Pakar strategi DAP, Liew Chin Tong pernah mengakui DAP menggunakan strategi Bumi Hangus dalam politik.
Strategi yang digunakan DAP itu sangat memudaratkan rakyat dan negara.
Sewaktu berkuasa, segala-galanya akan dijarah, malah akan dimusnahkan sehingga ke tahap maksima supaya siapa sahaja yang berkuasa selepas itu tidak akan mempunyai apa-apa untuk digunakan bagi membangunkan rakyat dan negara (BACA DI SINI).
Tujuannya, supaya rakyat akan terus mengharapkan DAP kekal sebagai pemerintah selepas kerajaan yang baru mengambil alih kuasa tidak mampu membuat apa-apa pembangunan untuk rakyat dan negara.
Maka DAP akan dianggap oleh rakyat sebagai satu-satunya parti politik yang mampu mentadbir negara dengan baik.
Kita bernasib baik kerana DAP hanya berkesempatn memerintah selama 22 bulan.
DAP telah menyusun tindakan serampang 2 mata mereka dalam melaksanakan strategi dasar Bumi Hangus mereka.
Selama 22 bulan memerintah, DAP telah meletakkan proksi mereka baik di peringkat akar umbi mahu pun di peringkat pusat (BACA DI SINI).
Dan dalam masa yang sama, DAP menjual sewenang-wenangnya aset-aset strategik negara.
Itulah dasar Bumi Hangus yang tidak sempat dilaksanakan sepenuhnya oleh DAP.
Pada awalnya, ramai yang terkejut bila melihat Dr Mahathir yang pernah dianggap sebagai 'Ultra Malay' sanggup tidur sebantal dengan DAP.
Sedangkan sebelum ini, Dr Mahathir dilihat sangat-sangat memusuhi DAP yang sering beliau sendiri labelkan sebagai parti yang rasis.
Tetapi dengan pendedahan terbaru oleh Dr Mahathir sendiri, telah jelas kepada kita bahawa Dr Mahathir yang selama ini dianggap sebagai pejuang bangsa Melayu, sebenarnya adalah seorang ahli politik yang sanggup lakukan apa saja, asalkan beliau dapat terus berkuasa.
Malah secara tidak langsung, Dr Mahathir mendedahkan, FITNAH merupakan senjata utama beliau dalam menentang siapa sahaja yang dianggap sebagai musuh politik beliau (BACA DI SINI).
Sudah jelas lagi bersuluh, Dr Mahathir dan DAP selama ini adalah sealiran, sehati dan sejiwa.
Pengakuan yang dibuat sendiri oleh Dr Mahathir sudah jelas menunjukkan kepada kita siapa dan apa matlamat sebenar Dr Mahathir!!!
Nyatakan pendapat kita di dalam survey di bawah 👇
Apakah Dr Mahathir Layak Di Anggap Sebagai Pembela Bangsa?
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.