Dr Mahathir tengah meroyan!!!
Habis semua orang dia salahkan.
Anwar Ibrahim dia kata tidak sabar-sabar hendak jadi Perdana Menteri (BACA DI SINI).
DS Najib sudah menjadi zikir harian Dr Mahathir, setiap kali buka mulut atau beri kenyataan, nama DS Najib tidak pernah lekang dari bibir Dr Mahathir (BACA DI SINI).
Terkini, Muhyiddin Yassin pula menjadi sasaran serangan Dr Mahathir. selain dari digelar pengkhianat, Dr Mahathir juga menuduh Muhyiddin merancang untuk membebaskan DS Najib dari semua pertuduhan mahkamah yang sedang beliau hadapi.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa selepas menjadi Perdana Menteri sebanyak 2+1 kali selama 22 tahun dan 22 bulan, Dr Mahathir masih lagi meroyan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi?
Alasan yang diberikan oleh Dr Mahathir kononnya untuk memperbaiki kerosakan yang telah dilakukan oleh DS Najib dan Muhyiddin Yassin.
Apa yang didakwa oleh Dr Mahathir ternyata tidak ada asasnya kerana pada kali ini dikatakan Dr Mahathir hanya meminta untuk menjadi Perdana Menteri selama 6 hingga 12 bulan sahaja.
Sedangkan selama 22 bulan berkuasa, Dr Mahathir bukan sahaja tidak berbuat apa-apa untuk membetulkan apa yang beliau dakwa telah dirosakkan oleh DS Najib dan Barisan Nasional, malah telah membuatkan keadaan rakyat dan negara lebih teruk.
Seakan menafikan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir, peguam Dr Mahathir, Matthias Chang mendedahkan, Dr Mahathir hendak menjadi Perdana Menteri semula kerana mahu mendapatkan semula duit yang telah dilaburkan oleh beliau dalam PRU 14 yang lepas (BACA DI SINI).
Raja Petra Kamarudin sependapat dengan Matthias yang berpendapat bahawa Dr Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri semula kerana selama 22 bulan menjadi Perdana Menteri yang ke 7 kerana tidak sempat untuk mendapatkan semula RM1.5 bilion yang telah dilaburkan Dr Mahathir dalam kempen PRU 14.
Admin serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian, apa sebab sebenarnya Dr Mahathir beriya-iya sangat mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi dalam survey di bawah ini š
BERIKAN PENDAPAT ANDA DI SINI
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.