Friday, July 3, 2020

Matlamat Dr Mahathir Dalam Politik Cuma 2, Sekat Anwar Dan Naikkan Mukhriz, Tindak Balas Anwar Sokong Muhyiddin


Sekarang ini sudah jelas lagi bersuluh.

Matlamat Dr Mahathir di penghujung karier politik dan mungkin juga di penghujung nyawa hanya 2, iaitu sekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri dan naikkan Mukhriz aka Boboi sebagai Perdana Menteri.

Bukan admin yang kata tapi kenyataan-kenyataan dari Dr Mahathir sendiri yang mengesahkan perkara tersebut.



"Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri sebab dia banyak musuh", kata Dr Mahathir (BACA DI SINI).

Jadi mungkin selama ini admin tersilap tafsir, populariti Dr Mahathir merudum bukan kerana rakyat sudah menyampah pada beliau tetapi kerana selama ini Dr Mahathir berkerjasama dengan Anwar yang banyak musuh...😜😜😜

Mungkin sebab itulah gamaknya DAP dan PAN 'renjiskan' Anwar begitu sahaja walau pun sudah berpuluh tahun berkerjasama dengan Anwar...😛😛😛

Lainlah Warisan, sekarang ini tengah 'bergumbira' sebab Shafie Apdal mendapat sokongan dari Dr Mahathir untuk dicalunkan sebagai Perdana Menteri...😂😂😂

Tapi pelik juga...🙇‍♂️🙇‍♂️🙇‍♂️

Dr Mahathir kata pencalunan Shafie sebagai Perdana Menteri dibuat dan dipersetujui semasa perbincangan antara beliau dengan Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Shafie Apdal tapi Shafie pula terkejut dan perlukan masa untuk pertimbangkan (BACA DI SINI).

Malu-malu kucing pula Sahfie nie, orang sudah bagi tu, bedal jer lah...😋😋😋

DAP dengan PAN pula kata, itu hanya cadangan dan belum dimuktamadkan lagi (BACA DI SINI)...🤷‍♂️🤷‍♂️🤷‍♂️

Agenda siapa sebenarnya pencalunan Shafie sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan?

Memang cadangan Pakatan Harapan atau agenda peribadi Dr Mahathir untuk mengkambing hitamkan Shafie Apdal pula (BACA DI SINI).

Tujuan Dr Mahathir mencadangkan Shafie sebagai calun Perdana Menteri sebenarnya untuk menjayakan agenda peribadi beliau untuk menjadikan Mukhriz aka Boboi sebagai Perdana Menteri atau pun boleh ditafsirkan Shafie cuma transit sementara sebelum Mukhriz diangkat sebagai Perdana Menteri.

Jadi takkanlah Dr Mahathir hendak tentang rancangan yang beliau sendiri buat (BACA DI SINI)...😜😜😜

Yang bermain difikiran kita, kalau rancangan Dr Mahathir itu berjaya, apakah Mukhriz layak dan bersedia untuk menjadi Perdana Menteri.

Sejarah politik Malaysia mencatatkan Mukhriz sudah 2 kali tersungkur dari jawatan Menteri Besar di negeri kelahiran beliau dan Dr Mahathir (BACA DI SINI).

Betul cakap Tok Mat Hasan, mati hidup balik pun Dr Mahathir tidak akan biarkan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Nampaknya sekali ini, sebagai ahli politik yang tidak berparti dan tidak mempunyai sokongan akar umbi, Dr Mahathir cuba untuk memperbodohkan DAP dan PAN dengan cuba menentukan keputusan yang mesti dibuat oleh Pakatan Harapan dengan bersandarkan alasan beliau masih lagi mendapat sokongan pengundi Melayu...🤣🤣🤣



Walau pun nampaknya Anwar Ibrahim seakan reda dengan jawatan PM tepi buat selama-lamanya...😥😥😥

Tetapi tidak semudah itu untuk Anwar menyerah kalah.



Seperti yang Anwar sering katakan, "Lawan Tetap Lawan"...😂😂😂



Terkini dikhabarkan dari sumber yang dipercayai, Anwar akan menentang usul undi tidak percaya dengan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri di dalam Parlimen nanti.

Sediakan 'Super Ring' banyak-banyak, pertengahan bulan depan Parlimen akan bersidang!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.