Wednesday, April 29, 2020

Ada Isu Yang Cuba Di Sembunyikan Sebalik Kekecohan Isu Pelarian Rohingya


Sejak kebelakangan ini, isu pelarian Rohingya tiba-tiba tular di media sosial.

Netizen menumpukan seluruh perhatian mereka ke atas isu pelarian Rohingya.

Tidak kita nafikan, sikap biadap dan pengotor pelarian Rohingya, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Tidak kita nafikan, kebanyakan pelarian Rohingya bersifat parasit dan menggunakan status ugama untuk melindungi sikap mereka yang sebenar sedangkan dalam kehidupan seharian mereka adalah jauh menyimpang dari ajaran ugama Islam yang sebenar.

Tetapi, mengapakah selepas 30 tahun pelarian Rohingya berada di bumi Malaysia, secara tiba-tiba mereka menjadi perhatian?

Siapa dan apa agenda sebenar di sebalik isu pelarian Rohingya?

19 Ogos 2019, terbongkar sindiket jual MyKad yang sah dan pihak polis membuat tangkapan ke atas 20 individu di Pulau Pinang (BACA DI SINI).

Kesemua mereka ditahan di bawah SOSMA (jangan lupa, semasa berkuasa, DAP/Pakatan Harapan bersungguh-sungguh hendak mansuh SOSMA atas alasan hak asasi manusia).

Dua hari selepas tangkapan itu, pada 21 Ogos 2019, negara kecoh pula dengan gangguan sistem rangkaian operasi di KLIA


Sesuatu yang tidak pernah berlaku dan ianya menimbulkan persoalan yang besar kenapa ia berlaku ketika lambakan pelancong dari China ke Malaysia berada di KLIA? (BACA DI SINI).


September 2019, seluruh negara gempar bila pihak polis mendedahkan dan menahan beberapa pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang kerana terbabit dalam sindiket peringkat tertinggi penjualan MyKad yang sah kepada pendatang dari China (BACA DI SINI).


Pada 30 Oktober 2019, saksi utama kes mendedahkan beliau membayar lebih RM400,000 kepada Lai Chin Wah dan menerima MyKad pada Februari 2019 (BACA DI SINI).

2 Disember 2019, keluar Laporan Ketua Audit Negara 2018 (siri 2) yang mendedahkan jumlah pelancong China dan India yang tiada rekod keluar melalui Program Pengecualian Visa (melalui data sistem eNTRI dan MyIMMs).

Laporan Audit tersebut mendapati jumlah keseluruhan pelancong China dan India yang tiada rekod keluar dari Malaysia pada 2019 sehingga 2018 berjumlah keseluruhan 116,064 orang.

Menteri Dalam Negeri ketika itu, TS Muhyiddin arahkan kesemua pelancong asing yang tidak ada rekod keluar dikesan dengan segera (BACA DI SINI).


14 September 2019, Harian Metro mendedahkan 1,000 warga asing memiliki MyKad yang sah melalui sindiket pada Januari - Mei 2019.

Ribuan lagi MyKad yang sah telah dikeluarkan oleh sindiket bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi di seluruh Malaysia (BACA DI SINI).

Melalui operasi KDN dan pihak berkuasa, dapat kita temui laporan-laporan tangkapan warga asing, khususnya dari China yang masuk sebagai pelancong (serta pas pelajar) tetapi tidak keluar-keluar dari negara (BACA DI SINI).

3 Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan kes sindiket penjualan MyKad yang sah kepada warga asing yang melibatkan Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Pulau Pinang dan beberapa individu lain akan mula dibicarakan pada 6 April 2020 (BACA DI SINI).

Namun sampai sekarang, ianya belum lagi dibicarakan, mungkin kerana wabak Covid-19.

Selain dari isu Rohingya yang cuba dibesarkan, Pakatan Harapan juga dilihat cuba mengalih perhatian rakyat ke atas isu sindiket menjual MyKad yang sah ini dengan sentiasa mendesak agar Parlimen bersidang dengan segera dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.


Jangan lupa, ketika diminta kerajaan (ketika itu Pakatan Harapan) wujudkan RCI untuk siasat dan bongkar siapa sebenarnya dalang sindiket penjualan MyKad yang sah ini, Pakatan Harapan enggan (BACA DI SINI).

Pemimpin Muafakat Nasional dan rakyat Malaysia tidak boleh hilang fokus terhadap isu penjualan MyKad yang sah ini kepada ratusan ribu pelancong dari China dan India.


MyKad yang dijual sindiket ini bukanlah MyKad palsu tetapi adalah MyKad yang sah.

Ratusan ribu warga asing yang membeli MyKad yang sah ini boleh mendaftarkan nama dengan Suruhjaya Pilihanraya sebagai pengundi yang sah dan ini boleh mengubah pola pengundian secara keseluruhan.

Kalau ada pun pelarian Rohingya yang telah berjaya membeli MyKad yang sah ini melalui sindiket, mereka sangat mudah dikenal pasti berdasarkan dari rupa dan fizikal mereka.

Tetapi warga China dan India yang membeli MyKad yang sah ini, susah untuk kita bezakan dengan warga Malaysia yang berketurunan Cina dan India.

Ini terbukti bila mereka berjaya meletakkan nama mereka dalam pengkalan data BSH bekas Kerajaan Pakatan Harapan dan ada yang dikesan berjaya menikmati Bantuan Perihatin Nasional baru-baru ini.

Admin menyeru kepada semua pemimpin Muafakat Nasional dan rakyat Malaysia, sebaik sahaja kita dapat mengawal wabak Covid-19, perkara yang paling penting dan utama untuk kita desak kerajaan bukanlah masaalah pelarian Rohingya tetapi membongkar hingga ke akar umbi sindiket penjualan MyKad yang sah kepada warga asing terutamanya dari China dan India.

Kerana tidak syak lagi, ada pihak yang pernah memiliki kuasa mendalangi sindiket ini!!!




Kredit :

FB Korek Korek

Sunday, April 26, 2020

Sudah Sampai Masanya Kerajaan Bersikap Tegas Dan Keras Pada Pelarian Rohingya


Semakin ramai rakyat Malaysia menyuarakan kemarahan dengan sikap melampau Rohingya.

Rohingya dikatakan sebagai satu bangsa yang tidak tahu berterima kasih, tidak sedar diri dan ada juga yang menyifatkan, membantu Rohingya ibarat melepaskan anjing tersepit.

Apakah benar Rohingya begitu?

Pelarian Rohingya menjadi isu panas di kalangan rakyat Malaysia bila pihak berkuasa menghalang bot pelarian Rohingya dari memasuki perairan Malaysia.


TUDM dan APMM menahan bot pelarian Rohingya dari Bangladesh yang membawa 200-500 pelarian dan diarahkan keluar dari perairan Malaysia berikutan kebimbangan virus Covid-19 (BACA DI SINI).

Di kala Malaysia sendiri tengah sibuk menangani Covid-19, tekanan yang diberikan kepada kerajaan untuk menerima pelarian ini telah menimbulkan ketidaksenangan hati rakyat Malaysia.



Akibatnya Kerajaan Malaysia dikecam oleh beberapa NGO dan beberapa orang ahli politik pembangkang juga telah mengambil kesempatan dengan menggunakan isu ini untuk mengkritik kerajaan (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Mengapa rakyat Malaysia merasa tidak senang dengan pelarian Rohingya ini?

Selama hampir 30 tahun pelarian Rohingya dilayan dengan baik oleh kerajaan dan rakyat Malaysia, pelarian Rohingya telah mula malah sudah lama mula menunjukkan sikap kurang ajar, besar kepala dan parasit mereka.


Melihatkan sikap toleransi kerajaan dan rakyat Malaysia, Zafar Ahmad, yang mengaku sebagai Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) pernah menulis surat kepada bekas Menteri Sumber Manusia di era Pakatan Harapan dengan beberapa tuntutan yang tidak masuk akal :




》 Memberikan kebenaran pekerja kepada pelarian Rohingya mengikut sektor pekerjaan yang sesuai dengan mereka kerana tidak ada kebenaran pekerja yang dibenarkan kepada pelarian di Malaysia.

》Mewajibkan majikan menginsurankan pelarian Rohingya yang bekerja, kerana ramai majikan tidak mengambil insuran untuk pekerja mereka yang tidak mempunyai permit bekerja.

》Mengurangkan kos rawatan dan merawat pencari suaka bagi kes berisiko, kerana walaupun selepas mendapat diskaun 50% selepas menggunakan rebet UNHCR, kos ditanggung sepenuhnya oleh pelarian Rohingya.

Dan pencari suaka pula terpaksa menanggung kos tanpa diskaun sebelum mendapat status pelarian.

》Tidak menangkap pelarian Rohingya yang bekerja atas dasar kemanusiaan.

Di dalam surat itu juga disebutkan bahawa, ramai pelarian Rohingya telah dieksploitasi oleh majikan dan bekerja sebagai buruh paksa, tidak dibayar gaji, dipotong gaji secara tidak sah, dipukul, diugut, tiada cuti dan lain-lain.

Apa yang menjadi kemarahan netizen adalah apabila ada sepotong ayat yang berbunyi :

"Pelarian Rohingya telah memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan ekonomi Malaysia selama 30 tahun mencari perlindungan di Malaysia."

"Kami akan terus memberikan sumbangan kepada kerajaan Malaysia sehingga kami dapat pulang ke negara asal."

Satu persoalan yang timbul, apakah MERHROM benar-benar sudah berdaftar dengan ROS dan kalau sudah berdaftar, bagaimana ROS boleh meluluskan pendaftaran sebuah badan yang diwakili oleh individu bertaraf pelarian?

Lagi menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia bila ada pelarian Rohingya dengan sengaja menimbulkan provokasi dan bersikap biadab terhadap anggota keselamatan sebagai menunjukkan tanda protes terhadap arahan PKPD yang dikeluarkan oleh kerajaan. (BACA DI SINI).


Dengan bermodalkan kad UNHCR, mereka (Rohingya) cuba bersikap meminta hak yang macam-macam sedangkan mereka tiada hak atas nama pelarian.

Kerajaan tidak ada apa-apa perjanjian untuk puak ini dapat keistimewaan apa-apa.

Rohingya sekarang menuntut hak kesamaan seperti kaduk naik junjung.

Malah menggunakan agama dan airmata untuk menarik simpati.

Itulah juga yang berlaku di Myanmar hingga puak ini diserang oleh Junta.

Rohingya asal Bangladesh tapi datang ke Myanmar untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Bila sudah ramai, mereka menuntut hak yang sama seperti warga Myanmar.


Itulah kisahnya mengapa mereka dibenci di Myanmar.

Untuk pengetahuan, Rohingya adalah bangsa yang tidak boleh dipercayai dan tidak ada maruah diri.

Apa yang jadi pada mereka sekarang adalah balasan kerana lari dari perang.

Mereka pernah lari tinggalkan raja dan ulama mereka di Bangladesh, mencari kesenangan hidup di Myanmar.

Selepas lari ke Myanmar, pada awalnya mereka diterima dengan baik, malah Kerajaan Burma bagi senjata suruh lawan musuh tetapi mereka jual senjata.

Malah, mereka pernah jadi talibarut British untuk lawan Myanmar.

Sebab itu orang Myanmar sangat marah dengan mereka.


Dan sekarang, mereka mahu melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan dan rakyat Malaysia.

Pengalaman beberapa individu bila berurusan dengan Rohingya, sudah cukup memberikan gambaran dan peringatan kepada kita mengenai sifat parasit bangsa Rohingya (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Kerajaan dan rakyat Malaysia pernah menerima pelarian perang Cambodia dan Vietnam dengan baik tetapi jangan terpedaya dengan pelarian perang Rohingya ini.

Benar, kita adalah bangsa bertamadun yang penuh dengan sifat ihsan dan perikemanusiaan, tetapi bukan untuk diambil kesempatan kerana kita bukanlah sebodoh yang Rohingya sangkakan!!!

Friday, April 24, 2020

Dr. Mahathir Bakal Di Pecat Atau Di Gantung Keahlian PPBM?


Dr. Mahathir akan disingkirkan dari parti yang beliau sendiri tubuhkan?

Sesuatu yang agak susah untuk admin hadam.

Admin bukan penyokong Dr. Mahathir malah sering mengkritik Dr. Mahathir tapi maklumat yang admin dapat membuatkan admin termenung.

Tapi itulah kenyataan yang sedang dihadapi oleh Dr. Mahathir.

Alasan PPBM Mengambil Tindakan Displin Terhadap Dr. Mahathir


Dalam satu kenyataan yang Dr. Mahathir berikan kepada The Star, beliau memaklumkan bahawa beliau akan berada bersama dengan barisan pembangkang apabila Dewan Rakyat mula bersidang selama satu hari pada 18 Mei 2020 (BACA DI SINI).

Menurut Dr. Mahathir, walau pun beliau dan segelintir kecil Ahli Dewan Rakyat yang bersama beliau masih lagi ahli PPBM, tetapi kini PPBM sudah berpecah dua.

Sebahagian besar Ahli Dewan Rakyat PPBM telah bersama-sama dengan TS Muhyiddin dalam kerajaan dan cuma sebahagian kecil yang masih setia bersama Dr. Mahathir dan berada di pihak pembangkang.

Namun begitu, Dr. Mahathir menyatakan, Ahli Dewan Rakyat yang bersama dengan beliau di pihak pembangkang, tidak akan berada di blok Pakatan Harapan.

Ini adalah kerana PPBM bukan lagi parti komponen Pakatan Harapan dan Dr. Mahathir sendiri sudah tidak menjadi ahli Pakatan Harapan.


Memberikan respon bagi pihak PPBM, Pengerusi Lembaga Displin PPBM, Megat Najmuddin Megat Khas pula berkata, keputusan Dr. Mahathir itu jelas telah melanggar displin parti.

Tambah beliau lagi, PPBM sudah pun membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan dan kini sudah membentuk Kerajaan Perikatan Nasional.

Ini bermakna, Dr. Mahathir akan berhadapan tindakan displin di mana beliau menghadapi kemungkinan dipecat atau digantung keahlian PPBM.

Seperti yang admin katakan di awal tadi, admin bukan penyokong Dr. Mahathir tetapi kemungkinan beliau dipecat atau digantung keahlian PPBM adalah sesuatu yang sukar untuk admin hadamkan memandangkan Dr. Mahathir memegang jawatan nombor satu di dalam parti iaitu sebagai Pengerusi PPBM dan wujudnya PPBM adalah kerana Dr. Mahathir tetapi kini Dr. Mahathir bukan sahaja telah kehilangan cengkaman di Putrajaya tetapi juga bakal dipecat oleh parti yang beliau sendiri tubuhkan.

Apakah ini menunjukkan Allah SWT telah mula menurunkan laknatNya ekoran dari sumpah laknat yang dilafazkan oleh DS Najib dan dalam masa yang sama Allah SWT juga telah menjawab doa yang pernah dilafazkan oleh mantan Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Thursday, April 23, 2020

Dr. Mahathir Baru Acah, Anwar Dah Menggelabah...🤣🤣🤣


Seperti yang ditulis dalam laman blog ini, 18 Mei 2020 adalah hari yang dinantikan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, tapi mungkin juga dunia.

Dewan Rakyat akan bersidang buat pertama kalinya selepas Kerajaan Pakatan Harapan jatuh.

Kerajaan memutuskan Dewan Rakyat cuma akan bersidang satu hari saja dan cuma untuk bincangkan Rang Undang Undang dan Usul Kerajaan sahaja serta tiada sesi soal jawab diadakan (BACA DI SINI).

Namun ada beberapa perkara yang menarik perhatian sebelum tibanya tarikh 18 Mei 2020.


Dalam satu kenyataan, Dr. Mahathir mengesahkan bahawa beliau akan berada di barisan pembangkang tetapi 'bukan' sebagai Ketua Pembangkang (BACA DI SINI).

Tambah Dr. Mahathir lagi, beliau 'tidak' akan merebut jawatan itu dan ianya terpulang kepada pembangkang untuk menentukannya...😉😉😉

Paling menarik bila Anwar pula segera memberikan respon terhadap kenyataan Dr. Mahathir.

"Buat masa ini, saya Ketua Pembangkang", kata Anwar Ibrahim (BACA DI SINI)...😂😂😂

Mungkin Anwar rasa kedudukan beliau sebagai bakal Ketua Pembangkang tercabar bila Dr. Mahathir dilihat secara tiba-tiba bercakap isu jawatan Ketua Pembangkang.


Anwar pastinya sudah serik dikenakan Dr. Mahathir berkali-kali (BACA DI SINI) dan jelas bagi kita semua, 'Anwar Ibrahim is not Dr. Mahathir level.'

Harap Dr. Mahathir adalah sedikit perasaan belas pada Anwar Ibrahim...🤣🤣🤣

Sudahlah hendak menjadi Perdana Menteri masih tidak kesampaian, asyik digelar sebagai PM Tepi, janganlah jawatan Ketua Pembangkang pun Dr. Mahathir nak sailang...😜😜😜

Seperkara yang sangat jelas bagi admin, inilah wajah sebenar pemimpin Pakatan Harapan.

Bukan negara dan rakyat yang menjadi keutamaan tetapi jawatan dan pangkat yang menjadi buruan.

Bila jawatan dan pangkat berada dalam genggaman, negara dan rakyat akan diketepikan seperti yang mereka lakukan selama 22 bulan berkuasa.

Terlepas jawatan Perdana Menteri, jawatan Ketua Pembangkang pun jadi rebutan

Jadi, tidak salahlah bila rakyat membuat rumusan, kedua-dua mereka, Dr. Mahathir dan Anwar adalah perosak kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.

Juga tidak salah bila rakyat melihat Anwar sebagai ahli politik yang gelojoh.

Dr. Mahathir baru mengacah, Anwar sudah menggelabah.

Relakslah Bang Non...😝😝😝

Wednesday, April 22, 2020

Kenapa Rakyat Menyenangi Perikatan Nasional Dan Membenci Pakatan Harapan


Ahli politik hari ini menghadapi cabaran dan tanggungjawab yang sangat berbeza dari ahli politik 30 tahun yang dahulu.

Sebagai contoh, Dr. Mahathir berjaya kekalkan kuasa selama 22 tahun ketika menjadi Perdana Menteri ke 4 tetapi hanya bertahan selama 22 bulan ketika menjadi Perdana Menteri ke 7.

Mengapa?


Kita sedia maklum, Dr. Mahathir menggunakan senjata 3M untuk bertahan dalam politik iaitu Man Power, Money dan Media.

Tahun 80'an, 90'an dan awal alaf 2000, media dapat dikawal sepenuhnya oleh pemerintah.

Segala salah laku dan kelemahan pemimpin utama kerajaan dapat disembunyikan dari rakyat.

Ketika itu, media cetak dan media elektronik merupakan sumber maklumat utama kepada rakyat.

Amat mudah untuk mengawal kedua-dua medium media tersebut kerana mereka perlu lesen operasi yang hanya diperolehi dari kerajaan.

Segala apa yang akan disiarkan akan ditentukan oleh proksi ahli politik yang menguasai media tersebut.

Ahli politik yang menguasai kedua-dua media itu akan dipuja ibarat dewa, wajah sebenar serta segala salah laku dan kepincangan mereka akan disembunyikan.

Maka lahirlah ahli politik plastik yang bersifat musang berbulu ayam dan salah seorangnya ialah Dr. Mahathir sendiri.

Tetapi setelah wujudnya medium media sosial yang baharu, kawalan serta cengkaman ahli politik sudah hilang.

Setiap orang mempunyai akses yang mudah kepada media sosial.

Apa yang ahli politik lakukan atau katakan akan dengan mudah tersebar ke seluruh pelusuk dunia dalam masa hanya 5 minit, malah apa yang berlaku 50 tahun yang dahulu, hari ini dapat kita saksikan berulang kali dan dapat kita simpan.

Dalam menaikkan atau menjatuhkan seseorang pemimpin, malah sebuah kerajaan sekali pun, pengaruh netizen sudah mengatasi pengaruh wartawan media cetak dan media elektronik.

Wajah sebenar pemimpin dapat dilihat dengan jelas, akhlak mereka dapat ditelanjangkan sepenuhnya dan dipertontonkan kepada umum.

Yang akan bertahan cuma pemimpin yang jujur sementara pemimpin plastik yang angkuh pasti akan tersungkur.

Inilah yang berlaku pada pemimpin Pakatan Harapan dan inilah juga yang membezakan antara mereka dengan pemimpin Perikatan Nasional.

Cuba bezakan keangkuhan pemimpin Pakatan Harapan dalam memberikan respon terhadap kritikan netizen terhadap mereka :

Mujahid Yusof (PAN) Mantan Menteri Agama


Dalam ucapan perasmian persidangan meja bulat anjuran Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) pada 8 Oktober 2018 berkata :

"Please..."

"Cakap orang di media sosial ini saya tak hairan, it is not our level to discuss... (ia bukan tahap kita untuk bincangkannnya)."

Khalid Samad (PAN) Mantan Menteri Wilayah Persekutuan


Bila netizen mengkritik tindakan Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu yang dilihat terlalu lambat bertindak untuk menghalang kemasukan pelancong asing terutamanya dari China sebagai langkah membendung wabak Covid-19, Khalid dalam akaun Twitter beliau bukan sahaja membidas malah menghina netizen dengan mengatakan :

"Tapi kepakaran walaun dan netizen jauh mengatasi..."

"Mereka di kedudukan 0..." (BACA DI SINI).

Rafizi Ramli (PKR) Naib Prrsiden PKR


Dalam satu tulisan beliau dalam akaun Facebook, Rafizi yang tidak boleh terima kritikan netizen berhubung tulisan beliau mengenai osu Tabung Haji, Rafizi telah menghina netizen dengan mengatakan netizen BODOH.

"Menolak fakta yang hakiki dan memutar belit keadaan dengan harapan orang lain menjadi bodoh seperti anda (sama ada bodoh nombor 1, 2 atau 3) adalah satu kebodohan..." (BACA DI SINI).

Syahredzan Johan (DAP) Setiausaha Politik Lim Kit Siang


Syahredzan Johan menyindir netizen sebagai 'pakar dalam semua bidang' berhubung kes koronavirus (BACA DI SINI).

Secara perbandingan, kita tenguk bagaimana pula respon pemimpin dari Perikatan Nasional dalam menghadapi kritikan dari netizen :

Dr. Adham Baba (UMNO) Menteri Kesihatan


Dalam satu isu tersilap cakap yang diviralkan, Dr. Adham mengakui kesilapannya yang tersalah sebut perkataan '500 negara' yang sepatutnya ingin beliau sebut sebagai '500 wakil negara'.

Isu ini sebenarnya tidak sebesar mana kerana Dr. Adham cuma tersalah sebut dalam perbualan video antara beliau dengan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi tetapi biasalah, pemimpin dan netizen pembangkang cuba spin isu ini untuk menonjolkan kelemahan pemimpin UMNO.

Namun Dr. Adham mengambil langkah bijak dengan secara gentleman mengakui kesilapan beliau.

DS Ahmad Said (UMNO) Mantan Menteri Besar Terengganu


Dalam satu kejadian, viral di sosial media bila sukarelawan yang terdiri dari penyokong Ahmad Said dikatakan telah melanggar arahan PKP ketika menurunkan bantuan.

Dalam satu kenyataannya, Ahmad Said meminta maaf dan merayu supaya penyokong beliau dimaafkan dan atas prinsip tanggungjawab, beliau rela masuk penjara atas kesilapan penyokong beliau (BACA DI SINI).

Razman Zakaria (PAS) Exco Perak


Exco Perak, Razman Zakaria telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia apabila tindakan beliau menghadiri jamuan di Mahad Tahfiz Al Quran Lid Dakwah Wal Imamah tular di media sosial (BACA DI SINI) dan  (DI SINI).

Razman juga telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis apabila diminta hadir untuk memberi keterangan (BACA DI SINI).

Demikian sikap mereka bila berdepan kritikan.

Soal kesilapan atau keperluan untuk tindakan undang-undang, itu bicara bab yang berlainan.

Soal yang mahu admin ketengahkan ialah kematangan, kebijaksanaan serta berjiwa besar seseorang pemimpin.

Tahniah kepada pemimpin UMMO dan PAS yang mengambil sikap gentleman serta berani untuk bertanggungjawab atas setiap kesilapan yang dilakukan.

Ingat pesan Tok Mat Hassan, tegaknya pucuk kerana akar.

Berbeza dengan sikap pemimpin Pakatan Harapan yang bongkak sama ada semasa berkuasa mahu pun selepas kehilangan kuasa.

Itulah sebab mengapa pemimpin Pakatan Harapan semakin lama semakin dibenci oleh rakyat marhaen.

Selain tidak menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan, lebih buruk lagi dengan keangkuhan dan kesombongan mereka kepada rakyat yang telah memberikan mereka peluang untuk berkuasa selama 22 bulan dahulu.

Tuesday, April 21, 2020

Apakah Kerajaan PN Mampu Bertahan Selepas Parlimen Bersidang 18 Mei Ini?


Kerajaan baharu di bawah pimpinan TS Muhyiddin Yassin bersetuju untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 18 Mei 2020, kali pertama sejak ambil alih pemerintahan dari Pakatan Harapan ekoran dari krisis politik yang dimulakan oleh Pakatan Harapan sendiri akhir bulan Februari 2020 lalu.

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Parlimen Ke 14 ialah pada 5 Disember 2019 dan Dewan Negara pula mengadakan mesyuarat terakhir pada 19 Disember 2019 (RUJUK DI SINI).

Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

Ini bermakna, Dewan Rakyat mesti dipanggil bersidang sebelum 19 Jun 2020.



Mengikut jadual asal, Dewan Rakyat akan dipanggil bersidang pada 9 Mac 2020 tetapi telah ditangguhkan kepada 18 Mei 2020 kerana negara menghadapi masaalah wabak Covid-19.




Dalam satu notis yang dikeluarkan kepada Ahli Dewan Rakyat, Yang Di Pertua Dewan Rakyat, TS Dato' Mohamad Ariff Yusof, mengesahkan persidangan Dewan Rakyat akan diadakan pada 18 Mei 2020.

Inilah yang dinanti-nantikan oleh pembangkang kerana kononnya mereka merasa sangat yakin kerajaan baharu yang memerintah sekarang akan dapat mereka tumbangkan melalui undi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat.

Tetapi mereka kecewa apa bila dimaklumkan, Dewan Rakyat hanya akan bersidang selama satu hari sahaja dan hanya untuk bincangkan Rang Undang Undang dan Usul Urusan Kerajaan sahaja serta tiada sesi soal jawab akan diadakan
(BACA DI SINI).



Antara pembangkang yang pantas menyatakan rasa tidak puas hati ialah Teresa Kok (BACA DI SINI).

Ironinya, Teresa Kok hanya membisu bila negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, Pulau Pinang dan Kedah hanya hanya 2 jam sahaja
(BACA DI SINI).

Berbalik pada persoalan sebenar, apakah benar pembangkang akan berjaya menumbangkan kerajaan sekiranya persidangan penuh Dewan Rakyat diadakan?

Pada pandangan admin, sebenarnya keyakinan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan melalui undi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat hanyalah perang saraf yang sedang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan.

Pakatan Harapan sendiri tiada keyakinan undi tidak percaya itu akan berjaya.


Kalau mereka benar-benar yakin, mengapa pada 7 April 2020, Anwar failkan semakan keputusan majoriti di Mahkamah Persekutuan untuk cabar kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang sah (BACA DI SINI).

Tidak cukup dengan itu, Anwar pergi pula mengadap Muhyiddin untuk berikan tekanan dan tawaran (BACA DI SINI).

Hakikatnya, paksi kekuatan Pakatan Harapan ialah kepada DAP, PKR dan PPBM manakala PAN pula hanyalah parti picisan di dalam Pakatan Harapan.

Tersingkirnya Pakatan Harapan dari Putrajaya bila PPBM mengisytiharkan keluar dari Pakatan Harapan.

Bila Muhyiddin dipilih sebagai Perdana Menteri ke 8, cuma 3 Ahli Dewan Rakyat PPBM secara rasmi mengisytiharkan menyokong Dr. Mahathir, iaitu Dr. Mahathir dan anak beliau Mukhriz serta Syed Saddiq.

Kalau pun Pakatan Harapan menerima PPBM kembali, mereka cuma mendapat tambahan 3 kerusi Ahli Dewan Rakyat.

Dan memburukkan keadaan Pakatan Harapan kehilangan bila 11 Ahli Dewan Rakyat PKR isytiharkan keluar dari PKR dan melompat ke PPBM.

Jadi sangat jelas, dakwaan Pakatan Harapan kononnya ada sokongan yang cukup untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin hanyalah perang saraf yang mereka lancarkan untuk menutup kekecewaan mereka setelah tumbang.

Monday, April 20, 2020

Dr. Dzulkefly Bersilat Lagi, Seeloknya Kalau Tak Membantu, Jangan Ganggu


Mantan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly bersilat lagi.

Kali ini beliau cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu, Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, yang beliau dakwa ketika menjadi Menteri Dalam Negeri telah meluluskan permit Perhimpunan Jemaah Tabligh, Masjid Sri Petaling sebagai punca wabak Covid-19 menular di Malaysia.

Betulkah apa yang Dr. Dzulkefly dakwa?

Benar, di era Kerajaan Pakatan Harapan, Muhyiddin merupakan Menteri Dalam Negeri.

Juga benar, kelulusan permit untuk mengadakan perhimpunan awam adalah di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

Tetapi, sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu, keputusan yang dibuat Muhyiddin sudah pasti berdasarkan pendirian kerajaan.

Apa pendirian Kerajaan Pakatan Harapan mengenai wabak Covid-19 ketika itu?


29 Juanuari 2020, Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu mengecam tindakan menghalang pelancong asing dari melawat masjid (BACA DI SINI).

Beliau menyifatkan ianya sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.

AJK Masjid Putrajaya menghalang pelancong asing dari memasuki masjid kerana ragu dengan tahap kesihatan pelancong- pelancong tersebut memandangkan wabak Covid-19 sudah mula tersebar di seluruh dunia terutamanya di Wuhan, China.


Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dr. Wan Azizah, pada hari yang sama, juga keluarkan kenyataan yang senada dengan Dr. Mahathir.

Malah memberi kebenaran untuk orang ramai mengadakan perhimpunan besar-besaran (BACA DI SINI).



Malah dalam satu sidang media Dr. Wan Azizah yang turut sama dihadiri oleh Dr. Dzulkefly, Wan Azizah menyatakan pendirian kerajaan untuk tidak menaikkan status berjaga-jaga terhadap wabak Covid-19, walau pun ketika itu Kerajaan Singapura telah melakukannya (BACA DI SINI).


Dr. Dzulkefly sendiri, ketika menjadi Menteri Kesihatan masa itu, membantah pengumuman yang dibuat oleh Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi rantau Asia Pasifik, Dr. Takeshi Kasai, yang menasihatkan Kerajaan Malaysia supaya mengambil semua langkah yang perlu untuk menghadapi kemungkinan penyebaran wabak Covid-19 di Malaysia (BACA DI SINI).

Dr. Dzulkefly menyifatkan peringatan datmri Dr. Takeshi itu sebagai tidak perlu malah hanya akan mencetuskan panik di kalangan rakyat Mslaysia!!!

Jadi, apakah ada asas untuk Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk mengeluarkan arahan supaya PDRM batalkan permit perhimpunan Jemaah Tabligh di Masjid Sri Petaling?

Isu wabak Covid-19 ialah isu kesihatan, mengapa Dr. Dzulkefly sebagai Menteri Kesihatan ketika itu tidak memberikan nasihat kepada Menteri Dalam Negeri supaya tidak mengeluarkan apa-apa permit perhimpunan awam?

Apa pilihan yang Kementerian Dalam Negeri ada, bila Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan sendiri ambil sikap sambil lewa dan lebih mementingkan kejayaan Tahun Melawat Malaysia dari nyawa rakyat Malaysia?


Tapi begitulah sikap Dr. Dzulkefly, sentiasa rasakan dirinya hebat dan betul (BACA DI SINI), tidak peduli dengan nasihat dan pandangan dari pihak lain.


Tahniah, kerana dengan 'kehebatan dan kebijaksanaan' beliau, dalam Malaysia, Selangor menjadi negeri yang paling parah dijangkiti wabak Covid-19 kerana mempunyai ketua pasukan khas memerangi wabak Covid-19 bernama Dr. Dzulkefly (BACA DI SINI).

Kalau tidak mampu jadi garam, janganlah pula menjadi langau yang akan membusukkan daging.

Buat kata orang Negeri Sembilan, eloklah Dr. Dzulkefly duduk ontok-ontok dan jangan menyibuk.

Sunday, April 19, 2020

Anwar Dan PKR Akan Tinggalkan PH Untuk Ke Putrajaya?, Dr. Mahathir Sudah Atur Langkah!!!


Portal ini pernah menulis mengenai pertemuan antara Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin (BACA DI SINI).

Dalam tulisan tersebut, admin cuma mengulas alasan-alasan yang diberikan Anwar mengapa beliau meminta untuk berjumpa Muhyiddin.

Persoalannya, apakah benar alasan-alasan itu sebenarnya yang dibincangkan oleh Anwar ketika berjumpa Muhyiddin atau ianya sekadar alasan yang Anwar cipta untuk sembunyikan tujuan sebenar beliau mengadap Muhyiddin Yassin?

Ketika kerajaan baharu ditubuhkan selepas tumbangnya Pakatan Harapan, pemimpin Pakatan Harapan cuba menghasut rakyat supaya menolak kewujudan kerajaan baharu dengan alasan kononnya ia adalah sebuah kerajaan yang tidak sah (BACA DI SINI).

Semua pemimpin Pakatan Harapan melaungkan nada yang sama dengan harapan, rakyat akan menolak kerajaan baharu.

Agak mengejutkan, bila Pakatan Harapan dakwa kerajaan baharu adalah kerajaan yang tidak sah tetapi dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan telah bertindak untuk bertemu Perdana Menteri yang Pakatan Harapan dakwa pengkhianat dan tidak sah itu!!!


Timbul persoalan kepada kita, apakah dengan pertemuan Anwar dan Muhyiddin bermakna Pakatan Harapan telah mengiktiraf kerajaan baharu yang mereka dakwa tidak sah itu? (BACA DI SINI).

7 April 2020 yang lalu, Anwar sendiri pernah failkan semakan keputusan majoriti terhadap Muhyiddin di mahkamah (BACA DI SINI).

Dan apakah Anwar telah membelakangi Pakatan Harapan dengan bertindak sendirian untuk bertemu dan mengiktiraf Muhyiddin sebagai Perdana Menteri? (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Sekiranya Anwar bertindak membelakangi Pakatan Harapan, apakah sebabnya?

Admin berpendapat, tidak mungkin Anwar membelakangi Pakatan Harapan, akan admin jelaskan di bawah nanti.

Dari sumber yang dipercayai, tujuan Anwar berjumpa Muhyiddin bukanlah untuk bincang tentang masaalah Covid-19 atau untuk nyatakan penghargaan kepada kerajaan atas usaha yang telah kerajaan lakukan dalam menangani Covid-19.

Tetapi Anwar mempunyai agenda peribadi untuk dibincangkan bersama Muhyiddin.

Ugut dan beri tawaran.

Dipercayai, iulah sebenarnya yang dibincangkan oleh Anwar dalam pertemuan beliau dengan Muhyiddin.

Pakatan Harapan mahu sidang Parlimen diadakan segera supaya mereka dapat menunbangkan kerajaan baharu di bawah pimpinan Muhyiddin.

Mereka seolah-olah yakin, akan berjaya dalam undi tidak percaya terhadap Muhyiddin nanti.

Inilah senjata ugutan Anwar kepada Muhyiddin.


Anwar menawarkan sokongan PKR untuk menolak undi tidak percaya itu dengan syarat beliau akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Modus operandi Anwar, yakinkan Muhyiddin, sekiranya undi tidak percaya di Parlimen berjaya, Muhyiddin akan jatuh malah akan menjadi penamat karier politik beliau kerana ianya berkemungkinan besar akan membuatkan Muhyiddin akan kalah di tangan Mukhriz yang mencabar jawatan Presiden PPBM.

Berikan jaminan tawaran sokongan PKR untuk tidak menyokong undi tidak percaya di Parlimen nanti dengan syarat lantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apa akan jadi selepas itu?

Muhyiddin akan ditekan supaya letak jawatan atas alasan kesihatan dan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri akan tercapai.

Tidak mustahil selepas itu, Anwar akan kembali bergabung dengan DAP dan PAN, maka Kerajaan Pakatan Harapan 2.0 akan memerintah kembali.


Di satu pihak yang lain, kem Dr. Mahathir pula dikatakan sedang giat melobi Ketua-Ketua Bahagian PPBM supaya singkirkan Muhyiddin dari Presiden PPBM ketika pemilihan parti diadakan nanti.

Motif utamanya ialah untuk menobatkan Mukhriz sebagai Perdana Menteri yang ke 9.

Dr. Mahathir sedar, selagi Anwar menerajui Pakatan Harapan, selagi itulah sangat mustahil untuk beliau kembali menjadi Perdana Menteri.

Malah dikatakan, Dr. Mahathir pernah tawar diri untuk kembali menjadi Pengerusi Pakatan Harapan tetapi telah ditolak (BACA DI SINI).

Maka Dr. Mahathir terpaksa gunakan plan B.

Singkir Muhyiddin dan angkat anak beliau, Mukhriz sebagai Perdana Menteri!!! (BACA DI SINI).


Apa pun kesudahannya kepada perancangan Dr. Mahathir mahu pun Anwar, pendokong Muafakat Nasional jangan turut melatah dengan permainan mereka.

Ingat pesan DS Najib, sokongan kita kepada kerajaan yang ada sekarang adalah terhad sehingga PRU 15 sahaja.

Jangan kita ikut menari dengan rentak politik sumbang mereka yang sentiasa mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Matlamat perjuangan Muafakat Nasional berbeza dengan Pakatan Harapan dan juga ex Pakatan Harapan, walau pun ketika ini kita berada dalam satu kumpulan.

Selepas masaalah Covid-19 dapat diselesaikan, Muafakat Nasional mesti bergerak cergas sehingga ke akar umbi untuk menghadapi sebarang kemungkinan, terutamanya PRU 15.

Saturday, April 18, 2020

Lim Guan Eng/Pakatan Harapan Lesapkan Duit Kutipan GST RM8 Bilion?


Tentu ramai masih ingat bagaimana bekas Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng, di dalam Parlimen dengan angkuh menuduh kerajaan Barisan Nasional dahulu telah merompak wang GST RM19.2 bilion.


Tetapi akhirnya ternyata ianya adalah fitnah, bila PAC yang telah ditubuhkan untuk menyiasat fitnah dari Lim Guan Eng itu telah disangkal dalam laporan PAC yang dibuat berkaitan isu tersebut (BACA DI SINI) dan (DI SINI).


Di penghujung hayat Kerajaan Pakatan Harapan, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) telah tuduh kerajaan belum bayar balik GST sebanyak RM7.8 bilion (BACA DI SINI).


Terkini, Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) pula mendakwa kerajaan belum bayar balik GST sebanyak RM200 juta (BACA DI SINI).

Mungkin selepas ini akan tampil beberapa lagi persatuan industri yang akan menuntut bayaran balik GST.

Untuk rekod, ketika Barisan Nasional kalah dalam PRU 14, GST masih berjalan dan proses bayaran balik GST masih berjalan juga.

Tetapi mengapakah dalam masa 21 bulan Pakatan Harapan berkuasa, berbilion ringgit kutipan GST masih lagi belum dikembalikan?


Ke manakah perginya wang Petronas yang dijarah Pakatan Harapan dengan alasan kononnya untuk membayar tuntutan GST, kerana wang itu telah oun digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Harapan sewaktu memerintah? (BACA DI SINI).

Kalau dicampurkan wang kutipan GST dan wang Petronas yang dijarah dengan alasan untuk membayar balik kutipan GST, Pakatan Harapan sudah jarah berpuloh bilion ringgit tetapi duit kutipan GST masih belum dikembalikan kepada pihak yang sepatutnya!!!

Apakah yang telah berlaku?

Kerajaan manakah sebenarnya yabg merompak hasil negara sewaktu berkuasa, Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan Pakatan Harapan?

Apakah Dr. Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ke 7 di era Pakatan Harapan tidak menyedari perkara ini, hingga beliau secara terus-terusan melabelkan UMNO/BN kerajaan yang dipenuhi perompak?

Atau Dr. Mahathir juga bersekongkol merompak hasil negara?

Suruhanjaya Siasatan Di Raja (SRC), WAJIB ditubuhkan untuk menyiasat dan membongkar perkara ini hingga ke akar umbi.

Dakwa semua yang terlibat, kerana setiap sen yang dikutip dalam cukai GST datangnya dari keringat dan tulang empat kerat rakyat!!!