Tuesday, April 21, 2020

Apakah Kerajaan PN Mampu Bertahan Selepas Parlimen Bersidang 18 Mei Ini?


Kerajaan baharu di bawah pimpinan TS Muhyiddin Yassin bersetuju untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 18 Mei 2020, kali pertama sejak ambil alih pemerintahan dari Pakatan Harapan ekoran dari krisis politik yang dimulakan oleh Pakatan Harapan sendiri akhir bulan Februari 2020 lalu.

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Parlimen Ke 14 ialah pada 5 Disember 2019 dan Dewan Negara pula mengadakan mesyuarat terakhir pada 19 Disember 2019 (RUJUK DI SINI).

Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

Ini bermakna, Dewan Rakyat mesti dipanggil bersidang sebelum 19 Jun 2020.



Mengikut jadual asal, Dewan Rakyat akan dipanggil bersidang pada 9 Mac 2020 tetapi telah ditangguhkan kepada 18 Mei 2020 kerana negara menghadapi masaalah wabak Covid-19.




Dalam satu notis yang dikeluarkan kepada Ahli Dewan Rakyat, Yang Di Pertua Dewan Rakyat, TS Dato' Mohamad Ariff Yusof, mengesahkan persidangan Dewan Rakyat akan diadakan pada 18 Mei 2020.

Inilah yang dinanti-nantikan oleh pembangkang kerana kononnya mereka merasa sangat yakin kerajaan baharu yang memerintah sekarang akan dapat mereka tumbangkan melalui undi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat.

Tetapi mereka kecewa apa bila dimaklumkan, Dewan Rakyat hanya akan bersidang selama satu hari sahaja dan hanya untuk bincangkan Rang Undang Undang dan Usul Urusan Kerajaan sahaja serta tiada sesi soal jawab akan diadakan
(BACA DI SINI).



Antara pembangkang yang pantas menyatakan rasa tidak puas hati ialah Teresa Kok (BACA DI SINI).

Ironinya, Teresa Kok hanya membisu bila negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, Pulau Pinang dan Kedah hanya hanya 2 jam sahaja
(BACA DI SINI).

Berbalik pada persoalan sebenar, apakah benar pembangkang akan berjaya menumbangkan kerajaan sekiranya persidangan penuh Dewan Rakyat diadakan?

Pada pandangan admin, sebenarnya keyakinan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan melalui undi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat hanyalah perang saraf yang sedang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan.

Pakatan Harapan sendiri tiada keyakinan undi tidak percaya itu akan berjaya.


Kalau mereka benar-benar yakin, mengapa pada 7 April 2020, Anwar failkan semakan keputusan majoriti di Mahkamah Persekutuan untuk cabar kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri yang sah (BACA DI SINI).

Tidak cukup dengan itu, Anwar pergi pula mengadap Muhyiddin untuk berikan tekanan dan tawaran (BACA DI SINI).

Hakikatnya, paksi kekuatan Pakatan Harapan ialah kepada DAP, PKR dan PPBM manakala PAN pula hanyalah parti picisan di dalam Pakatan Harapan.

Tersingkirnya Pakatan Harapan dari Putrajaya bila PPBM mengisytiharkan keluar dari Pakatan Harapan.

Bila Muhyiddin dipilih sebagai Perdana Menteri ke 8, cuma 3 Ahli Dewan Rakyat PPBM secara rasmi mengisytiharkan menyokong Dr. Mahathir, iaitu Dr. Mahathir dan anak beliau Mukhriz serta Syed Saddiq.

Kalau pun Pakatan Harapan menerima PPBM kembali, mereka cuma mendapat tambahan 3 kerusi Ahli Dewan Rakyat.

Dan memburukkan keadaan Pakatan Harapan kehilangan bila 11 Ahli Dewan Rakyat PKR isytiharkan keluar dari PKR dan melompat ke PPBM.

Jadi sangat jelas, dakwaan Pakatan Harapan kononnya ada sokongan yang cukup untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin hanyalah perang saraf yang mereka lancarkan untuk menutup kekecewaan mereka setelah tumbang.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.