Ahli politik hari ini menghadapi cabaran dan tanggungjawab yang sangat berbeza dari ahli politik 30 tahun yang dahulu.
Sebagai contoh, Dr. Mahathir berjaya kekalkan kuasa selama 22 tahun ketika menjadi Perdana Menteri ke 4 tetapi hanya bertahan selama 22 bulan ketika menjadi Perdana Menteri ke 7.
Mengapa?
Kita sedia maklum, Dr. Mahathir menggunakan senjata 3M untuk bertahan dalam politik iaitu Man Power, Money dan Media.
Tahun 80'an, 90'an dan awal alaf 2000, media dapat dikawal sepenuhnya oleh pemerintah.
Segala salah laku dan kelemahan pemimpin utama kerajaan dapat disembunyikan dari rakyat.
Ketika itu, media cetak dan media elektronik merupakan sumber maklumat utama kepada rakyat.
Amat mudah untuk mengawal kedua-dua medium media tersebut kerana mereka perlu lesen operasi yang hanya diperolehi dari kerajaan.
Segala apa yang akan disiarkan akan ditentukan oleh proksi ahli politik yang menguasai media tersebut.
Ahli politik yang menguasai kedua-dua media itu akan dipuja ibarat dewa, wajah sebenar serta segala salah laku dan kepincangan mereka akan disembunyikan.
Maka lahirlah ahli politik plastik yang bersifat musang berbulu ayam dan salah seorangnya ialah Dr. Mahathir sendiri.
Tetapi setelah wujudnya medium media sosial yang baharu, kawalan serta cengkaman ahli politik sudah hilang.
Setiap orang mempunyai akses yang mudah kepada media sosial.
Apa yang ahli politik lakukan atau katakan akan dengan mudah tersebar ke seluruh pelusuk dunia dalam masa hanya 5 minit, malah apa yang berlaku 50 tahun yang dahulu, hari ini dapat kita saksikan berulang kali dan dapat kita simpan.
Dalam menaikkan atau menjatuhkan seseorang pemimpin, malah sebuah kerajaan sekali pun, pengaruh netizen sudah mengatasi pengaruh wartawan media cetak dan media elektronik.
Wajah sebenar pemimpin dapat dilihat dengan jelas, akhlak mereka dapat ditelanjangkan sepenuhnya dan dipertontonkan kepada umum.
Yang akan bertahan cuma pemimpin yang jujur sementara pemimpin plastik yang angkuh pasti akan tersungkur.
Inilah yang berlaku pada pemimpin Pakatan Harapan dan inilah juga yang membezakan antara mereka dengan pemimpin Perikatan Nasional.
Cuba bezakan keangkuhan pemimpin Pakatan Harapan dalam memberikan respon terhadap kritikan netizen terhadap mereka :
Mujahid Yusof (PAN) Mantan Menteri Agama
Dalam ucapan perasmian persidangan meja bulat anjuran Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) pada 8 Oktober 2018 berkata :
"Please..."
"Cakap orang di media sosial ini saya tak hairan, it is not our level to discuss... (ia bukan tahap kita untuk bincangkannnya)."
Khalid Samad (PAN) Mantan Menteri Wilayah Persekutuan
Bila netizen mengkritik tindakan Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu yang dilihat terlalu lambat bertindak untuk menghalang kemasukan pelancong asing terutamanya dari China sebagai langkah membendung wabak Covid-19, Khalid dalam akaun Twitter beliau bukan sahaja membidas malah menghina netizen dengan mengatakan :
"Tapi kepakaran walaun dan netizen jauh mengatasi..."
"Mereka di kedudukan 0..." (BACA DI SINI).
Rafizi Ramli (PKR) Naib Prrsiden PKR
Dalam satu tulisan beliau dalam akaun Facebook, Rafizi yang tidak boleh terima kritikan netizen berhubung tulisan beliau mengenai osu Tabung Haji, Rafizi telah menghina netizen dengan mengatakan netizen BODOH.
"Menolak fakta yang hakiki dan memutar belit keadaan dengan harapan orang lain menjadi bodoh seperti anda (sama ada bodoh nombor 1, 2 atau 3) adalah satu kebodohan..." (BACA DI SINI).
Syahredzan Johan (DAP) Setiausaha Politik Lim Kit Siang
Syahredzan Johan menyindir netizen sebagai 'pakar dalam semua bidang' berhubung kes koronavirus (BACA DI SINI).
Secara perbandingan, kita tenguk bagaimana pula respon pemimpin dari Perikatan Nasional dalam menghadapi kritikan dari netizen :
Dr. Adham Baba (UMNO) Menteri Kesihatan
Dalam satu isu tersilap cakap yang diviralkan, Dr. Adham mengakui kesilapannya yang tersalah sebut perkataan '500 negara' yang sepatutnya ingin beliau sebut sebagai '500 wakil negara'.
Isu ini sebenarnya tidak sebesar mana kerana Dr. Adham cuma tersalah sebut dalam perbualan video antara beliau dengan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi tetapi biasalah, pemimpin dan netizen pembangkang cuba spin isu ini untuk menonjolkan kelemahan pemimpin UMNO.
Namun Dr. Adham mengambil langkah bijak dengan secara gentleman mengakui kesilapan beliau.
DS Ahmad Said (UMNO) Mantan Menteri Besar Terengganu
Dalam satu kejadian, viral di sosial media bila sukarelawan yang terdiri dari penyokong Ahmad Said dikatakan telah melanggar arahan PKP ketika menurunkan bantuan.
Dalam satu kenyataannya, Ahmad Said meminta maaf dan merayu supaya penyokong beliau dimaafkan dan atas prinsip tanggungjawab, beliau rela masuk penjara atas kesilapan penyokong beliau (BACA DI SINI).
Razman Zakaria (PAS) Exco Perak
Exco Perak, Razman Zakaria telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia apabila tindakan beliau menghadiri jamuan di Mahad Tahfiz Al Quran Lid Dakwah Wal Imamah tular di media sosial (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
Razman juga telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis apabila diminta hadir untuk memberi keterangan (BACA DI SINI).
Demikian sikap mereka bila berdepan kritikan.
Soal kesilapan atau keperluan untuk tindakan undang-undang, itu bicara bab yang berlainan.
Soal yang mahu admin ketengahkan ialah kematangan, kebijaksanaan serta berjiwa besar seseorang pemimpin.
Tahniah kepada pemimpin UMMO dan PAS yang mengambil sikap gentleman serta berani untuk bertanggungjawab atas setiap kesilapan yang dilakukan.
Ingat pesan Tok Mat Hassan, tegaknya pucuk kerana akar.
Berbeza dengan sikap pemimpin Pakatan Harapan yang bongkak sama ada semasa berkuasa mahu pun selepas kehilangan kuasa.
Itulah sebab mengapa pemimpin Pakatan Harapan semakin lama semakin dibenci oleh rakyat marhaen.
Selain tidak menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan, lebih buruk lagi dengan keangkuhan dan kesombongan mereka kepada rakyat yang telah memberikan mereka peluang untuk berkuasa selama 22 bulan dahulu.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.