Seperti yang ditulis dalam laman blog ini, 18 Mei 2020 adalah hari yang dinantikan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, tapi mungkin juga dunia.
Dewan Rakyat akan bersidang buat pertama kalinya selepas Kerajaan Pakatan Harapan jatuh.
Kerajaan memutuskan Dewan Rakyat cuma akan bersidang satu hari saja dan cuma untuk bincangkan Rang Undang Undang dan Usul Kerajaan sahaja serta tiada sesi soal jawab diadakan (BACA DI SINI).
Namun ada beberapa perkara yang menarik perhatian sebelum tibanya tarikh 18 Mei 2020.
Dalam satu kenyataan, Dr. Mahathir mengesahkan bahawa beliau akan berada di barisan pembangkang tetapi 'bukan' sebagai Ketua Pembangkang (BACA DI SINI).
Tambah Dr. Mahathir lagi, beliau 'tidak' akan merebut jawatan itu dan ianya terpulang kepada pembangkang untuk menentukannya...😉😉😉
Paling menarik bila Anwar pula segera memberikan respon terhadap kenyataan Dr. Mahathir.
"Buat masa ini, saya Ketua Pembangkang", kata Anwar Ibrahim (BACA DI SINI)...😂😂😂
Mungkin Anwar rasa kedudukan beliau sebagai bakal Ketua Pembangkang tercabar bila Dr. Mahathir dilihat secara tiba-tiba bercakap isu jawatan Ketua Pembangkang.
Anwar pastinya sudah serik dikenakan Dr. Mahathir berkali-kali (BACA DI SINI) dan jelas bagi kita semua, 'Anwar Ibrahim is not Dr. Mahathir level.'
Harap Dr. Mahathir adalah sedikit perasaan belas pada Anwar Ibrahim...🤣🤣🤣
Sudahlah hendak menjadi Perdana Menteri masih tidak kesampaian, asyik digelar sebagai PM Tepi, janganlah jawatan Ketua Pembangkang pun Dr. Mahathir nak sailang...😜😜😜
Seperkara yang sangat jelas bagi admin, inilah wajah sebenar pemimpin Pakatan Harapan.
Bukan negara dan rakyat yang menjadi keutamaan tetapi jawatan dan pangkat yang menjadi buruan.
Bila jawatan dan pangkat berada dalam genggaman, negara dan rakyat akan diketepikan seperti yang mereka lakukan selama 22 bulan berkuasa.
Terlepas jawatan Perdana Menteri, jawatan Ketua Pembangkang pun jadi rebutan
Jadi, tidak salahlah bila rakyat membuat rumusan, kedua-dua mereka, Dr. Mahathir dan Anwar adalah perosak kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.
Juga tidak salah bila rakyat melihat Anwar sebagai ahli politik yang gelojoh.
Dr. Mahathir baru mengacah, Anwar sudah menggelabah.
Relakslah Bang Non...😝😝😝
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.