Tentu ramai masih ingat bagaimana bekas Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng, di dalam Parlimen dengan angkuh menuduh kerajaan Barisan Nasional dahulu telah merompak wang GST RM19.2 bilion.
Tetapi akhirnya ternyata ianya adalah fitnah, bila PAC yang telah ditubuhkan untuk menyiasat fitnah dari Lim Guan Eng itu telah disangkal dalam laporan PAC yang dibuat berkaitan isu tersebut (BACA DI SINI) dan (DI SINI).
Di penghujung hayat Kerajaan Pakatan Harapan, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) telah tuduh kerajaan belum bayar balik GST sebanyak RM7.8 bilion (BACA DI SINI).
Terkini, Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) pula mendakwa kerajaan belum bayar balik GST sebanyak RM200 juta (BACA DI SINI).
Mungkin selepas ini akan tampil beberapa lagi persatuan industri yang akan menuntut bayaran balik GST.
Untuk rekod, ketika Barisan Nasional kalah dalam PRU 14, GST masih berjalan dan proses bayaran balik GST masih berjalan juga.
Tetapi mengapakah dalam masa 21 bulan Pakatan Harapan berkuasa, berbilion ringgit kutipan GST masih lagi belum dikembalikan?
Ke manakah perginya wang Petronas yang dijarah Pakatan Harapan dengan alasan kononnya untuk membayar tuntutan GST, kerana wang itu telah oun digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Harapan sewaktu memerintah? (BACA DI SINI).
Kalau dicampurkan wang kutipan GST dan wang Petronas yang dijarah dengan alasan untuk membayar balik kutipan GST, Pakatan Harapan sudah jarah berpuloh bilion ringgit tetapi duit kutipan GST masih belum dikembalikan kepada pihak yang sepatutnya!!!
Apakah yang telah berlaku?
Kerajaan manakah sebenarnya yabg merompak hasil negara sewaktu berkuasa, Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan Pakatan Harapan?
Apakah Dr. Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ke 7 di era Pakatan Harapan tidak menyedari perkara ini, hingga beliau secara terus-terusan melabelkan UMNO/BN kerajaan yang dipenuhi perompak?
Atau Dr. Mahathir juga bersekongkol merompak hasil negara?
Suruhanjaya Siasatan Di Raja (SRC), WAJIB ditubuhkan untuk menyiasat dan membongkar perkara ini hingga ke akar umbi.
Dakwa semua yang terlibat, kerana setiap sen yang dikutip dalam cukai GST datangnya dari keringat dan tulang empat kerat rakyat!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.