Portal ini ada menyiarkan mengenai konspirasi antara Anwar dannDAP untuk menjatuhkan Dr. Mahathir selama 2 hari berturut-turut (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...
Portal ini juga pernah mengecam tindakan segelintir pemimpin UMNO yang mengenepikan suara dan kehendak akar umbi, seolah-olah UMNO adalah milik mak bapak dia orang (BACA DI SINI)...
Terkini, seramai 17 orang Ahli Parlimen Ahli Parlimen UMNO telah berkumpul di rumah Azmin Semburit di Putrajaya (BACA DI SINI)...
Apa yang sedang dan akan berlaku?
Apa tujuan mereka berkumpul di sana?
Jangan Khianati Akar Umbi Yang Selama Ini Banyak Berkorban Untuk UMNO
Adakah mereka sudah mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi UMNO dan juga Majlis Tertinggi UMNO? (BACA DI SINI)...
Siapa pun yang mengaturkan pertemuan itu, ia bukan persoalan kritikal lagi kerana kita telah mengetahui, lalang dan talam 2 muka dalam UMNO, Hishamuddin, sedang mengepalai satu gerakan untuk selamatkan Mahathir!!! (BACA DI SINI)...
Referendum penolakan kepimpinan Dr. Mahathir telah pun akar umbi dan rakyat zahirkan melalui keputusan PRK Tg. Piai...
Apakah Hishamuddin dan 17 Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah buta dan pekak?
Janganlah hanya kerana dijanjikan sesuatu imbuhan berbentuk pangkat atau kuasa, perjuangan dan pengorbanan akar umbi UMNO selama ini diketepikan...
Gerakan oleh Anwar untuk tamatkan kedudukan Dr. Mahathir bukan hanya berlaku ketika PRK Tg. Piai tetapi keputusan kekalahan dengan majoriti yang sangat di luar jangkaan buatkan Anwar lebih teruja menuntut kerusi Perdana Menteri...
Fokus UMNO bukan saja menentang Dr. Mahathir tapi lebih utama ialah menyekat DAP daripada menguasai pentadbiran negara...
PAS juga mempunyai azam yang sama dan telah menyatakan sokongan terbuka kepada Dr. Mahathir jika Anwar memulakan langkah...
Kita menghormati pendirian dan keputusan PAS, tapi yang membezakannya dari gerakan yang dilakukan oleh Hishamuddin ialah, Ahli Parlimen PAS bertindak dengan mendapat restu dari kepimpinan tertinggi parti mereka, sedangkan Hishamuddin bertindak tanpa pengetahuan dan persetujuan kepimpinan tertinggi dan Majlis Tertinggi UMNO!!!
Mengapa Mahu Di Bela Nasib Dr. Mahathir Atau Pun Anwar, Sedangkan Maruah Pemimpin Dan Parti UMNO Sedang Mereka Telanjangkan?
Apa juga yang akan terjadi dalam Pakatan Harapan, itu adalah masaalah mereka...
Sama ada Dr. Mahathir atau Anwar, tanpa sokongan Ahli Parlimen UMNO, mereka tidak mampu untuk 'membunuh' antara satu sama lain...
Mereka saling memerlukan, sekiranya ingin kekal sebagai kerajaan...
Apa pun janji Anwar kepada DAP, beliau telah lebih lama mendapat sokongan DAP berbanding Dr. Mahathir...
Itu sesuatu yg sukar dinafikan...
Di antara kem Anwar dan kem Dr. Mahathir, masing-masing sedang mengumpul kekuatan sokongan dan kita amat mengetahui, Dr. Mahathir tidak mampu mendapat kekuatan dengan hanya sokongan dari kem Azmin dan beberapa MP UMNO yang telah melompat ke partinya...
Dr. Mahathir juga berhadapan dengan pecahan sokongan memandangkan kem Muhyiddin tidak bersama-sama beliau...
Apa lagi yang perlu Dr. Mahathir lakukan selain dari meminta sokongan dari Ahli Parlimen UMNO yang kini sedang digerakkan Hishamuddin dan disokong oleh Azmin?
Walaupun matlamat kini cuba untuk menghalalkan cara, politik adalah seni strategi untuk berkuasa...
Dr. Mahathir telah gunakan strategi manipulasi ketika bertempur di PRU14 dan beliau menang...
Tetapi malangnya, bukan beliau yang sebenar-benarnya berkuasa tetapi Dr. Mahathir telah memberi kuasa besar kepada DAP...
Setiap jawatan penting negara telah diberikan kepada DAP...
Menteri Kewangan, Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara...
Semua ini adalah kehendak DAP dan Dr. Mahathir terpaksa laksanakan kerana terhutang budi...
Akhirnya DAP telah menjadikan Dr. Mahathir sebagai proksi dan bukan sepertimana yang Dr. Mahathir sering lakukan melantik orang-orang tertentu sebagai proksi atau pupetnya...
Senario yang berlaku hari ini, nyawa politik Dr. Mahathir berada di hujung tanduk dan UMNO saja yang mampu selamatkan beliau...
Kepada PPBM, tanpa sokongan MP UMNO, Dr. Mahathir akan lenyap dan begitu juga parti ini...
Maka, jangan angkuh dan sombong!!!
Akhirnya kamu terpaksa melutut kepada UMNO...
Kepada UMNO pula, sekiranya telah mendapat restu dan mandat dari kepimpinan tertinggi serta Majlis Tertinggi, sokongan kepada Dr. Mahathir perlulah bersyarat dan jangan dibodohkan untuk sekelian kalinya...
Kalau Dr. Mahathir boleh dengan sewenang-wenangnya boleh menggugurkan kes terowong Lim Guan Eng, membebaskan ADUN DAP yang secara terang lagi bersuloh terlibat dengan pengganas LTTE, maka syarat menggugurkan pendakwaan mengarut dan bermotifkan politik ke atas DS Najib dan juga Presiden UMNO, WAJIB menjadi SYARAT UTAMA untuk memulakan rundingan dan beberapa syarat lain yang difikirkan perlu akan menyusul sebelum persetujuan ditandatangani...
Ingat, UMNO adalah 'king maker' dalam menyambung hayat politik sama ada Dr. Mahathir atau pun Anwar!!!
Tulisan asal :
Fb Azeeza Abdullah
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.