Jelas pada kita semua, perjumpaan sulit antara 17 Ahli Parlimen UMNO dari 22 Ahli Parlimen BN dengan Azmin adalah perjumpaan yang dilakukan tanpa pengetahuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO...
Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi menjelaskan, Lembaga Displin UMNO akan membincangkan isu itu dengan serius dan akan memanggil kesemua 17 Ahli UMNO yang mengadakan pertemuan sulit itu...
Kepada semua 17 Ahli Parlimen UMNO tersebut, mereka mesti sedar, mereka bertanding dan memenangi pilihanraya atas tiket UMNO, menggunakan segala jentera kempen pilihanraya UMNO sewaktu berkempen dan menggunakan dana yang diberikan oleh UMNO untuk bertanding, maka amat TIDAK WAJAR sekiranya mereka membelakangi UMNO dalam mengambil apa-apa keputusan di atas kapasiti sebagai seorang Ahli Parlimen UMNO...
Semasa ditanya wartawan, DS Zahid dengan sinis menjelaskan, dari laporan yang diterima, tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk meminta Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi meluluskan projek pembangunan di kawasan masing-masing...
Bagaimana pun, mantan Perdana Menteri, DS Najib menyatakan, sekiranya 22 Ahli Parlimen Barisan Nasional ingin mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin atau menteri dari parti lawan, mereka seharusnya memaklumkan kepada Ketua Pembangkang, DS Ismail Sabri atau WHIP...
Sekiranya benar tujuan mereka ingin meminta supaya projek pembangunan di kawasan masing-masing diluluskan, ia seharusnya dilakukan di pejabat menteri berkenaan dan bukannya pertemuan di kediaman rasmi pada waktu malam (BACA DI SINI)...
Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen UMNO merangkapAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, ketika ditanya wartawan mengenai pendapat beliau mengenai isu tersebut di lobi Dewan Rakyat mengatakan, tindakan MESTI diambil ke atas kesemua 22 Ahli Parlimen tersebut...
Bentuk tindakan yang perlu diambil bergantung bagaimana seriusnya isu tersebut, sekiranya tidak begitu serius, surat peringatan dan amaran hendaklah dikeluarkan kepada mereka semua...
Sudah Sampai Masa Kepimpinan UMNO Bertindak Tegas Kerana Rakyat Bosan Dengan Pemimpin Lalang Dan Talam Dua Muka Dalam UMNO
Apa pun alasan yang diberikan oleh 17 Ahli Parlimen UMNO tersebut, seperkara yang cukup jelas adalah tindakan mereka secara terang-terang telah membelakangi UMNO dan TIDAK MENGHORMATI keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO supaya dihentikan semua bentuk usaha atau kerjasama dengan mana-mana pemimpin parti lawan untuk membentuk kerajaan sama ada melalui pintu hadapan atau pun pintu belakang!!!
Majoriti akar umbi UMNO melahirkan rasa kecewa dengan tindakan 17 Ahli Parlimen UMNO tersebut...
Janganlah digunakan alasan ingin memohon projek untuk rakyat sebagai alasan bodoh untuk melindungi niat sebenar mereka...
Sekiranya benar alasan yang diberi, kenapakah Ahli Parlimen PAS tidak turut sama dalam pertemuan sulit itu?
Sedangkan kita tahu, pembangunan di kawasan yang diwakili oleh Ahli Parlimen PAS yang banyak sekali disekat oleh kerajaan pusat terutamanya di Kelantan...
Jawapannya ialah kerana, 18 orang Ahli Parlimen PAS dari awal lagi telah menyatakan sokongan untuk mengekalkan kepimpinan Dr. Mahathir sekiranya undi tidak percaya dilakukan di Dewan Rakyat...
Maka tiada keperluan untuk memanggil dan memujuk Ahli Parlimen PAS dalam pertemuan sulit itu...
Akar umbi UMNO sudah muak dengan kerenah pemimpin UMNO yang bersifat lalang dan talam dua muka...
Mereka inilah yang menyebabkan orang Melayu menjauhi UMNO dalam PRU 14 yang lalu...
Angkuh, bongkak dan mementingkan diri sendiri...
Mandat yang diberi digunakan untuk memenuhi kepentingan peribadi dan rakyat serta akar umbi dibiarkan begitu saja...
Tiada perasaan setia pada parti!!!
Kepada kepimpinan tertinggi UMNO, lakukan sesuatu dengan segera!!!
Rakyat sedang memerhati...
Jangan dianggap perubahan sokongan rakyat kepada UMNO tidak boleh berubah...
Pemutihan WAJIB dilakukan dalam UMNO...
17 Ahli Parlimen UMNO Yang Hadir Dan Yang Tidak Hadir Ke Rumah Azmin Ali
HADIR
1. Jasin
2. Arau
3. K Krau
4. Gerik
5. Paya Besar
6. Maran
7. Sembrong
8. Pengerang
9. Kuala Kangsar
10. Jerantut
11. Tenggara
12. Parit
13. Lipis
14. Jempol
15. Cameron Highlands
16. Jelebu
17. Padang Besar
TIDAK HADIR
1. Bagan Datuk
2. Pekan
3. Ketereh
4. Pasir Salak
5. Machang
6. Padang Rengas
7. Bera
8. Padang Terap
9. Lenggong
10. Parit Sulong
11. Pontian
12. Kota Tinggi
13. Tapah
14. Ayer Hitam
15. Tg Piai
16. Tg Karang
17. Rompin
18. Gua Musang
19. Kinabatangan
20. Kepala Batas
21. Putrajaya
22. Rembau
23. Besut
Total MP BN : 40
Hadir : 17
Tidak hadir : 23
Sekiranya 17 Ahli Parlimen perlu disingkirkan, biarlah kita cuma tinggal 23 Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat, tetapi mereka adalah pemimpin yang berkualiti dan setia pada parti...
Kita anggapkan UMNO cuma kehilangan 17 orang pengkhianat dari jumlah 2.5 juta ahli UMNO di seluruh Malaysia...
Ramai lagi pemimpin muda UMNO boleh menggantikan mereka dalam PRU 15 nanti...
Pilihan ditangan Lembaga Displin UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi...
Apakah kita sanggup korbankan sokongan dan kesetiaan 2.5 juta ahli UMNO demi memberi peluang kepada 17 orang pengkhianat UMNO?
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.