Monday, November 18, 2019

Pakatan Di Aibkan Di PRK Tg. Piai, Tapi Tidak Untuk DAP Dan Anwar (Bahagian 1)


Apa pun alasan yang pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan cuba bagi, hakikatnya kekalahan dengan majoriti lebih dari 15K adalah satu yang sangat-sangat mengaibkan (BACA DI SINI)...

Tapi, ibarat yang sering kita katakan, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan nie, ibarat tidur sebantal tapi mempunyai mimpi yang berbeza antara satu sama lain...

Kekalahan yang dianggap mencalarkan maruah Pakatan Harapan sebagai kerajaan, disambut sebagai berita yang sangat-sangat menggembirakan bagi sebahagian pemimpin utama dalam Pakatan Harapan sendiri...

DAP Memang Mahu Pakatan Harapan Kalah Di Tg. Piai Untuk 'Mengajar' Dr. Mahathir


Sudah jelas lagi bersuloh...

Beberapa isu yang berlaku telah bangkitkan kemarahan DAP pada Dr. Mahathir...


Gerakan memujuk, memaksa malah mengugut Ahli Parlimen dari barisan pembangkang terutamanya dari UMNO melompat ke barisan kerajaan terutamanya PPBM telah bangkitkan kemarahan pemimpin parti politik Pakatan Harapan terutamanya DAP terhadap PPBM...

Atas alasan kononnya PPBM telah mengkhianati mandat yang telah rakyat berikan di PRU 14, DAP terutamanya, telah mendesak supaya Dr. Mahathir berhentikan usaha itu serta merta...

Hakikatnya, bukan isu mandat rakyat yang menjadi kebimbangan DAP tetapi isu penambahan Ahli Parlimen PPBM yang membimbangkan DAP...


Selepas PRU 14, PPBM cuma mempunyai 12 Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat...


Waktu itu DAP tahu, walau pun Dr. Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri, tapi beliau WAJIB mengikut arahan DAP...

Sekiranya sesuatu berlaku, dan Dr. Mahathir membawa PPBM keluar dari Pakatan Harapan, ianya tidak mendatangkan masaalah pada Pakatan Harapan untuk kekal sebagai kerajaan kerani kekosongan 12 Ahli Parlimen boleh digantikan dengan 4 Ahli Parlimen Bebas dan 4 lagi dari Gabungan Parti Sarawak yang pro Pakatan Harapan...

Waktu itu, Warisan dilihat akan setia dengan Pakatan Harapan kerana sebagai parti baru mereka perlu berada dalam barisan parti kerajaan...


Tetapi selepas PPBM berjaya mempengaruhi 10 orang Ahli Parlimen UMNO untuk melompat ke PPBM, DAP sedar, sama ada mereka mahu atau tidak, PPBM mesti dikekalkan dalam Pakatan Harapan sekiranya mereka masih mahu menjadi kerajaan...

Apa lagi selepas kekuatan PKR telah berjaya Dr. Mahathir pecahkan, maka untuk menyingkirkan PPBM dari Pakatan Harapan adalah mustahil..

Sekiranya Dr. Mahathir membawa keluar PPBM dan 10 Ahli Parlimen PKR yang setia dengan Azmin Ali, maka mahu atau tidak mahu, suka atau tidak suka, parlimen terpaksa dibubarkan, kerana tidak ada satu gabungan parti politik mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan...

PPBM sekarang mempunyai 22 Ahli Parlimen dan dicampur dengan 10 Ahli Parlimen dari PKR, maka jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan tinggal cuma 93 orang Ahli Parlimen...

Untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, Pakatan Harapan memerlukan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat...

Dengan peralihan gelombang sokongan rakyat beralih kepada parti gabungan Muafakat Nasional, membubarkan parlimen adalah sesuata yang amat ditakuti oleh Pakatan Harapan...


Sebab itu bila berlakunya beberapa isu seperti penglibatan pemimpin DAP dengan pengganas LTTE, isu memperkenalkan Tulisan Khat Jawi di sekolah vernakular, isu Dr. Zakir Naik, isu Kongres Melayu, isu komik kontroversi dan terbaru isu Menteri Besar Perak, Dr. Mahathir dilihat berani menongkah arus dan membuat keputusan yang bertentangan dengan kepentingan DAP...

Tidak ada apa yang mampu DAP lakukan, hanya mengeluarkan kenyataan membidas keputusan yang dibuat oleh Dr. Mahathir seperti yang dilakukan oleh Ronnie Liu dengan menggelar Dr. Mahathir sebagai Harimau Kertas...

Kekalahan PPBM memang dinanti-nantikan oleh DAP untuk memberi amaran, peringatan dan petunjuk kepada Dr. Mahathir bahawa sekiranya Dr. Mahathir mahukan undi Cina, arahan dan perintah DAP, WAJIB dipatuhi!!!


Bagi DAP, Dr. Mahathirlah yang menyebabkan kekalahan yang memalukan di PRK Tg. Piai...

Walau pun pada hakikatnya, keputusan PRK Tg. Piai sebenarnya adalah protes kaun Cina pada DAP (BACA DI SINI) tetapi DAP menganggapnya punca kepada protes itu adalah disebabkan oleh Dr. Mahathir (BACA DI SINI)...

Untuk kekal sebagai kerajaan, DAP perlukan Ahli Parlimen PPBM tetapi TIDAK lagi memerlukan Dr. Mahathir...

Kekalahan di PRK Tg. Piai akan membukka peluang dan ruang yang besar untuk mereka menyampaikan mesej itu kepada Dr. Mahathir...

Begitulah kerapuhan kerjasama dan muafakat antara pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan...

Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain...

Kini telah datang kepada rakyat Malaysia sama ada yang berbangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain kaum, satu muafakat yang lebih jitu dan ikhlas dalam memakmurkan rakyat dan negara dari parti Gabungan Muafakat Nasional...

Semakin hari persefahaman dan kerjasama antara parti-parti dalam Muafakat Nasional menjadi semakin baik dan perjuangan politik Muafakat Nasional adalah atas dasar salivg membantu dan melengkapi antara satu sama lain...

Inilah sebenarnya sinar harapan rakyat Malaysia yang akan menjanjikan masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang untuk semua bangsa dan penganut apa juga ugama di Malaysia...

In Sya Allah, besok, admin akan bongkarkan pula konspirasi Anwar dan DAP untuk menjatuhkan Dr. Mahathir...

Tungguuuu...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.