Tuesday, November 19, 2019

Pakatan Di Aibkan Di PRK Tg. Piai, Tapi Tidak Untuk DAP Dan Anwar (Bahagian 2)


Bagi sebuah parti politik dan calon yang bertanding, menang atau kalah dalam Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Kecil (PRK) adalah perkara biasa...

Dalam sistem pilihanraya di Malaysia, kekalahan di peringkat Parlimen dengan majoriti 5 ribu ke bawah adalah perkara biasa...

Ada juga calon yang menang dengan majoriti melebihi 10 ribu tetapi ianya bergantung pada faktor calon yang bertanding serta kawasan pilihanraya diadakan...

Tapi kalah dengan majoriti melebihi 15 ribu majoriti dan dalam pertandingan peringkat Parlimen, apa lagi dalam PRK adalah perkara yang luar biasa, apa lagi bila kekalahan itu adalah dari parti yang memerintah di peringkat negeri dan pusat...

Kalau dalam PRU, kekuatan jentera pilihanraya bergantung sepenuhnya pada kekuatan tempatan, tapi dalam PRK, keseluruhan kekuatan kempen parti, termasuk kempen dari pucuk pimpinan parti akan bertumpu pada kawasan PRK dan akan digabungkan dengan kekuatan jentera pilihanraya tempatan...

Apa yang ingin admin jelaskan, ada faktor lain yang mempengaruhi kekalahan yang memalukan calon PH/PPBM di PRK Tg. Piai...

Dalam tulisan admin semalam, telah dibongkarkan, berkemungkinan adanya konspirasi dari pihak tertentu yang mengatur kekalahan PH/PPBM di PRK Tg. Piai (BACA DI SINI)...

Kerakusan Anwar Mendesak Peralihan Kuasa


Perjanjian yang dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan ialah, sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU 14, Dr. Mahathir akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke 7 dan peralihan kuasa akan berlaku kepada Anwar (ketika itu di Penjara Sg. Buloh)...


Tempoh yang dicadangkan adalah dalam jangkamasa 2 tahun...

Pakatan Harapan sudah membentuk kerajaan selama 18 bulan, ini bermaksud, belum sampai tempoh yang dipersetujui untuk berlaku peralihan kuasa...

Tetapi Anwar dilihat sudah bertindak agresif untuk memberikan tekanan kepada Dr. Mahathir supaya peralihan kuasa dilakukan segera...

Baik di dalam atau di luar negara, Anwar berulang-ulang kali bercakap mengenai peralihan kuasa yang akan berlaku...

Sikap berdolak dalih Dr. Mahathir telah membuatkan Anwar dilihat telah hilang kesabaran...

Anwar semakin rancak bercakap mengenai peralihan kuasa dalam forum-forum dan ketika ditemuramah di luar negara...

Tujuannya apa?

Supaya ke mana saja Dr. Mahathir pergi, beliau akan di asak dengan soalan mengenai peralihan kuasa...

Di dalam negara, Anwar menggerakkan seluruh jenteranya untuk menghangatkan isu desakan peralihan kuasa...

Kalau kita mengenali perwatakan Dr. Mahathir, tekanan di dalam negara tidak mendatangkan kesan pada beliau...

Anwar mengetahuinya, tapi mengapa Anwar tetap mahu menggunakan strategi ini?

Malah sebagai seorang bekas Menteri Kewangan, Anwar mengetahui, bila isu transisi peralihan kuasa terlalu kerap menjadi perbualan, ianya pasti akan mendatangkan kesan yang sangat buruk pada ekonomi negara...

Sebenarnya itulah strategi Anwar supaya dapat memberitahu kepada rakyat akan ketidakupayaan Dr. Mahathir mentadbir negara dan peralihan kuasa perlu dilakukan segera supaya kehidupan rakyat tidak akan terus sengsara...

Tapi Dr. Mahathir dilihat terus bertahan dan menggunakan strategi 'blaming game' kepada kerajaan Barisan Nasional dan DS Najib untuk mengimbangi serangan Anwar...

Sebab itu kita perhatikan, dalam kebanyakan ucapan dan kenyataan Dr. Mahathir, zikir salah Barisan Nasional dan salah Najib merupakan zikir wajib...

Bila dilihat Dr. Mahathir masih terus bertahan, malah makin berani berdolak dalih mengenai peralihan kuasa, Anwar cuba merobek dari dalam keyakinan pemimpin PPBM dan Pakatan Harapan terhadap Dr. Mahathir...


Anwar bergandingan dengan DAP untuk memberikan tekanan pada kerajaan Negeri Perak yang diterajui oleh Menteri Besar, YAB Ahmad Faizal Azumu dari PPBM...

Satu rampasan kuasa cuba dicaturkan oleh Anwar dan DAP, namun gagal dan telah terbongkar...

Dari maklumat yang dipercayai, portal ini pernah membongkarkan, ada campurtangan dari luar PPBM untuk mewujudkan konflik dalaman PPBM, dalam isu menentukan pengganti Menteri Besar Johor, Osman Sapian (BACA DI SINI)...

Anwar menunggu peluang lagi setelah gagal menimbulkan perpecahan dalaman PPBM...

Bila PRK Tg. Piai diumum akan diadakan, Anwar dan DAP melihat ini peluang baru untuk wujudkan krisis kepercayaan dalaman Pakatan Harapan terhadap kepimpinan Dr. Mahathir...

Anwar dan DAP sedar, kekalahan calon PPBM dalam PRK Tg. Piai adalah satu perkara yang hampir pasti...


Sebab tu Lim Guan Eng awal-awal sudah bagi signal bahawa Tg. Piai tiada kaitan dengan DAP...

Tetapi kekalahan calon PPBM dengan majoriti rendah, tidak akan memberikan apa-apa impak pada Dr. Mahathir...

Signal yang diberikan oleh Lim Guan Eng adalah untuk jentera pilihanraya DAP...


Anwar pula dipercayai mengarahkan PKR mengeluarkan surat tidak keluar mengundi kepada ahli PKR di Tg. Piai...

Walau pun PKR menafikannya setelah surat tersebut viral di sosial media, namun ianya sudah cukup membuatkan ahli PKR di Tg. Piai berada dalam keadaan serba salah...

Inilah sebenarnya punca yang menyebabkan PH/PPBM mengalami kekalahan yang memalukan di PRK Tg. Piai...

Dan selepas PRK Tg. Piai, kepimpinan Pakatan Harapan terus memberikan tekanan pada Dr. Mahathir untuk melepaskan jawatan dengan segera (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Segala-galanya adalah mengenai perebutan kuasa...

Sanggup menggadaikan ekonomi negara dan kehidupan rakyat demi memenuhi impian peribadi...

Namun baik Dr. Mahathir, Anwar mahu pun DAP lupa, rakyat yang ada hari ini bukanlah sebodoh yang mereka sangkakan...

Sandiwara yang berlaku di depan mata telah mampu rakyat tafsirkan apa yang tersirat di sebalik yang tersurat...


Anwar dan DAP cuba wujudkan sentimen keputusan PRK Tg. Piai sebagai referendum penolakan rakyat terhadap kepimpinan Dr. Mahathir tetapi yang terjadi ialah referendum penolakan rakyat secara total terhadap Pakatan Harapan...

Kepada rakyat Malaysia, mari kita teruskan momentum penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan di PRK Tg. Piai dalam pilihanraya kecil yang akan datang sehingga PRU 15 kerana dalam pemikiran pemimpin Pakatan Harapan, hanya kemuncak kuasa yang menjadi kepentingan mereka dan bukannya rakyat, bukankah itu alasan yang cukup kukuh untuk kita tolak mereka!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.