Luka akar umbi UMNO bila melihat parti keramat terbesar orang Melayu ini diperkotak-katikan oleh PPBM di PRN Sabah masih lagi berdarah.
Atas alasan perpaduan masyarakat Melayu Islam, UMNO terus-terusan ditekan, ditindas dan dikhianati oleh sekutu-sekutu politik, terutamanya PPBM.
Namun relevankah alasan perpaduan masyarakat Melayu Islam terus dinyanyikan oleh sekutu-sekutu politik kita bila dalam masa yang sama menekan, menindas dan mengkhianati UMNO?
Bukankah ahli UMNO juga berbangsa Melayu?
Bukankah ahli UMNO juga berugama Islam?
Jutaan ahli UMNO di peringkat akar umbi telah menzahirkan kemarahan mereka di media sosial.
Terkini, bukan sahaja ahli UMNO di peringkat akar umbi, malah orang nombor dua UMNO, iaitu Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Utama Mphamad Hj. Hassan @ Tok Mat Hassan, telah mengeluarkan kenyataan yang sama dengan akar umbi UMNO.
Keputusan Pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.
Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS.
Apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan UMNO dalam jangka waktu panjang.
Pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan UMNO secara signifikan. Lebih menyedihkan, UMNO terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO.
Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri.
UMNO tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, 'biar alah sabung, asal menang sorak'.
Justeru, telah tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita.
Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRU Sabah.
Menuju masa depan, UMNO mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui 'Langkah Sheraton' adalah demi menyelamatkan negara.
Episod itu telah berakhir.
Episod seterusnya ialah bagaimana UMNO akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.
Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia.
Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional.
Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri.
Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan UMNO ke landasan sebenarnya.
Kusut dihujung, balik lah kepangkal.
Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula UMNO agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.
Timbalan Presiden UMNO
Cukup mendalam dan tegas kenyataan dari Tok Mat Hassan.
Admin bersetuju dengan ketegasan dalam kenyataan Tok Mat Hassan.
Benar, untuk menjamin kejayaan masyarakat Melayu Islam dalam negara ini, UMNO perlu berkorban.
Tetapi keadaan sekarang, UMNO bukan berkorban, tetapi sudah dikorbankan maruahnya.
Ibarat menarik benag dalan tepung, sekutu sendiri secara teliti telah mengorak langkah untuk meluaskan pengaruh mereka dengan cara melemah dan meminggirkan UMNO.
Lihat sahaja apa yang berlaku di Sabah.
Setelah UMNO berkorban dengan memberikan laluan kepada PPBM untuk bertanding di kawasan kubu UMNO dengan keadaan kejayaan sudah hampir pasti dalam genggaman, janji yang sama-sama dipersetujui tealh dikhianati oleh PPBM yang menggunakan topeng sekutu politik dan bermodalkan penyatuan ummah.
KIta faham kepimpinan berada dalam keadaan serba salah untuk bertindak tegas kerana tidak mahu UMNO dilihat sebagai parti politik yang bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan ummah semata-mata demi kepentingan politik.
Tetapi kita tidak boleh terus berdiam diri dan membiarkan maruah kita terus dipijak atas alasan penyatuan ummah.
Mulai saat ini, pemimpin mesti sekali lagi turun padang untuk bertemu rakyat di seluruh negara untuk menjelaskan mengapa UMNO mengambil tindakan tegas yang drastik supaya rakyat faham dan tidak salah anggap terhadap UMNO.
Janganlah pemimpin UMNO mengambil sikap tunggu dan lihat, hingga akhirnya bila PRU 15 diumumkan, kita berada dalam keadaan serba salah, kalau bertindak, akan dianggap sebagai pemecahbelah masyarakat Melayu Islam, kalau tidak bertindak, UMNO semakin tenggelam!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.