Thursday, October 1, 2020

Perak Mula Di Jangkiti Virus Gila Kuasa PPBM!!!


PRN Sabah sudah berlalu.

UMNO tidak dapat meletakkan ADUN sebagai Ketua Menteri, tak apa, kita 'move on'.

UMNO cuma menang 14 kerusi DUN, tak apa, kita 'move on'.

UMNO kena main dekat Sabah, tak apa, kita 'move on'.

Perkara sudah berlaku, kita berbalah sesama kita, kata mengata sesama kita, tetap tidak akan mengubah keadaan.

Yang penting, kita mesti ambil pengajaran supaya dapat mengelakkan perkara yang sama daripada berulang kali kedua.

Moh kita fokus pada keadaan politik negeri Perak, negeri di mana teman bermastautin sekarang ini. dan negeri Presiden UMNO kita.

Rancak terdengar khabar pergolakan politik di negeri Perak. 

Bermacam-macam spekulikasi berlegar punca kenapa politik di negeri Perak bergolak. 

Sumber dari pihak dalaman PPBM Perak sendiri menyatakan sebabnya adalah kerana pergolakan dalaman PPBM sendiri.

Tapi yang lebih sahih lagi adalah kedengaran dari sumber lain menyatakan dari pihak parti-parti komponen Kerajaan Perikatan Negeri Perak ini yang kurang selesa dengan sikap PPBM.

Kemelut pemilihan Ketua Menteri Sabah membuatkan PPBM Perak merasakan mereka mesti mempunyai kerusi dominan dalam DUN Perak apabila PRU 15 diadakan nanti.

Kalau tidak, jawatan Menteri Besar Perak akan terlepas kepada parti lain, sama ada UMNO atau PAS.

Apa lagi Menteri Besar Perak sekarang adalah Timbalan Presiden PPBM, apa 'standard' kalau Timbalan Presiden PPBM cuma dapat jawatan Exco Negeri Perak!!!


Jadi PPBM mula mengintai beberapa kerusi DUN milik UMNO dan PAS untuk dikorbankan supaya kedudukan PPBM dapat diperkukuhkan di negeri Perak atas alasan penyatuan ummah dan pertembungan sesama sendiri tidak boleh berlaku untuk menjamin kemenangan Perikatan Nasional dalam PRU 15 nanti!!!

Sebagaimana yang kita semua maklum, di dalam DUN Perak, PPBM cuma memiliki satu kerusi, admin ulang, satu kerusi sahaja, dan yang satu-satunya kerusi itu lah yang menjadi Menteri Besar Perak sekarang ini atas alasan semangat ukhwah dan kerjasama di dalam Perikatan Nasional.

Dan satu kerusi itu adalah kerusi yang dimenangi di atas tiket UMNO, yang mendapat undi dari penyokong UMNO, yang menggunakan jentera pilihanraya, dana dan watikah dari UMNO!!!

Apakah kepimpinan UMNO dan PAS masih mahu terus berlapang dada dan berputih mata?

Apakah kepimpinan UMNO dan PAS akan terus secara rela dalam paksa mengorbankan kerusi demi untuk menggemukkan PPBM?

Jika pemimpin UMNO dan PAS, terutamanya UMNO masih lagi bersikap angguk-angguk, jangan terkejut kalau mendapat undi protes dari akar umbi dalam PRU 15 nanti.

Kepada kepimpinan UMNO, baik di peringkat negeri, mahu pun pusat, jadikanlah PRN Sabah sebagai pengajaran.


Bagaimana pengorbanan yang kita lakukan untuk PPBM, akhirnya PPBM mengkhianati UMNO balik.

Kepada kepimpinan PAS, ingat dan insaflah, bagaimana layanan PPBM terhadap PAS dalam PRN Sabah.

PPBM secara jelas memperlekehkan PAS dengan mengatakan PAS tidak diberi bertanding di mana-mana kerusi DUN Sabah sebab PAS tidak popular di Sabah.

Tapi jentera PAS tetap dikerah ke sana dan ke sini untuk memacak bendera dan merayu undi pengundi di Sabah.

Kenapa masih gunakan jentera parti yang tidak popular untuk merayu undi, bukankah berisiko?

Buat apa berkongsi kuasa kalau asyik kita terkena.

Mengikut biar berakal, taat biar pintar!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.