Bermula dari 1 Oktober 2020, 3 hari berturut-turut, kes baharu Covid-19 di seluruh negara mencatatkan angka melebihi 200.
1 Oktober mencatatkan 260 kes baharu, 2 Oktober 2020 mencatatkan 287 kes baharu dan semalam, 3 Oktober 2020 mencatatkan jumlah kes yang tertinggi dalam negara, 317 kes baharu.
Keadaan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.
Ibubapa, terutamanya yang berada di Kedah dan Selangor merasa bimbang dengan keselamatan anak mereka kerana Kedah dan Selangor adalah antara negara yang mencatatkan kes baharu Covid-19 yang tinggi di Malaysia.
Dalam keadaan begini, pasti rakyat ternanti-nanti tindakan tegas dan pantas dari kerajaan untuk mengisytiharkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung penularan semula pandemik Covid-19 yang dahulunya telah hampir berjaya kita kawal.
Tetapi, amat mengejutkan, bila di saat kritikal begini, di saat ekonomi negara dilihat mungkin akan terkesan sekali lagi, di saat rakyat dilanda kebimbangan, di saat pemilik syarikat besar, sederhana dan kecil tidak lelap tidur bila memikirkan apakah syarikat yang mereka usahakan selama bertahun-tahun itu mampu untuk bertahan, di saat ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan penuh kebimbangan, di saat penjaja dan peniaga pasar malam merasa bimbang dengan nasib keluarga mereka seandainya pandemik Covid-19 kembali mengganas, orang terpenting untuk kerajaan membuat satu-satu keputusan, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hilang dari radar!!!
Kemana perginya Muhyiddin di saat yang cukup kritikal ini?
Muhyiddin dilapurkan meninggalkan Putrajaya dan berada di selatan tanah air.
Untuk apa?
Khabarnya untuk bermain golf bersama-sama rakan-rakannya dalam Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG)!!!
Kalau ikut dari apa yang diiklankan, ianya adalah untuk tujuan kebajikan, tapi kebajikan apa dan untuk siapa?
Dan dalam keadaan kritikal yang sedang negara hadapi sekarang, apakah program itu tidak boleh ditangguhkan?
Keselamatan dan nyawa rakyat lebih penting atau program kebajikan itu yang lebih penting?
Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh (Ku Li) yang tidak ada dalam kabinet juga telah batalkan program beliau di Ipoh, Perak, kenapa Perdana Menteri, Muhyiddin, tidak boleh tangguh atau batalkan program bermain golf itu?
Baguslah kalau begitu, cuma, kenapa selepas dapat kecaman dari netizen baharu Muhyiddin 'teringatkan' tanggungjawab dia sebagai Perdana Menteri Malaysia???
Muhyiddin bukan Ketua JKK atau Ketua Lorong di taman perumahan yang tidak ada penasihat.
Sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin dikelilingi oleh penasihat-penasihat seperti Setiausaha Sulit, Setiausaha Politik, Setiausaha Media dan pelbagai penasihat lagi.
Atau apakah Muhyiddin sekarang sudah besar kepala dan sudah tidak boleh dinasihatkan lagi?
Tapi tidak apa, lepas ini Setiausaha Media Muhyiddin bolehlah arahkan RTM ker, Media Prima ker atau Astro untuk siarkan video klip Muhyiddin dengan muka yang ala-ala sedih serta kusyuk dan tawaduk tengah mengaji atau pun baca doa untuk pikat balik hati rakyat sebab PRU 15 pun dikatakan tidak lama lagi...
Bukan admin hendak tuduh Muhyiddin pemimpin yang menunggang ugama untuk kepentingan politik beliau, tapi fikirkanlah sendiri.
Lagi pun, keupayaan Muhyiddin menaikkan ekonomi negara masih belum lagi terbukti, yang sudah terbukti ialah Muhyiddin dengan senang hati membelanjakan duit RM2 trilion dari rezab negara peninggalan dari DS Najib sewaktu menjadi Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.