Monday, July 13, 2020

DAP Dah Claim Credit Atas Keuntungan Khazanah Nasional Bhd, Atokku Kenapa Senyap, Maluker...


Minggu lepas, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan bagi tahun kewangan 2019, di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (Pengerusi Khazanah iketika itu asdalah Dr Mahathir, PM7) naik ke RM7.36 bilion 

Paras paling tinggi dalam sejarah setelah Khazanah Nasional Bhd mengalami kerugian paling teruk dalam sejarah akibat pasaran saham Malaysia menjunam selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU14 pada bulan Mei 2018.

Namun seperti dilaporkan sendiri oleh Khazanah, faktor keuntungan RM7.36 bilion ini adalah kerana keuntungan RM9.9 bilion dari 'divestment' yang meningkat secara drastik (BACA DI SINI) dan penurunan rosot nilai yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Bhd.

Apa maksud 'divestment'?

'Divestment' bermaksud penjualan aset.

Berapa banyak aset yang telah dijual oleh Khazanah Nassional Bhd untuk mencatat keuntungan sebanyak RM9.9 bilion?

Secara perbandingannya, pada akhir tahun 2008 (di bawah pemerintahan Barisan Nasional ketika DS Najib mula menjadi Perdana Menteri), aset Khazanah Nasional Bhd cuma RM32 bilion.

Pada akhir tahun 2017 (sebelum Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan dan sebelum Dr Mahathir melantik dirinya sebagai Penerusi Khazanah Nasional Bhd), aset Khazanah Nasional Bhd telah meningkat kepadsa RM116 bilion.

Ini bermakna selama 9 tahun di era DS Najib, aset Khazanah Nasional Bhd telah meningkat sebanyak RM83 bilion sementara di  era Dr Mahathir menjadi Pengerusi Khazanah Nasional Bhd selama 22 bulan, aset Khazanah Nasional Bhd telah merosot atau dijual sebanyak RM43 bilion!!! (BACA DI SINI).

Antara aset yang telah dijual di era Dr Mahathir menjadi Pengerusi Khazanah Nasional Bhd ialah :

- IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion, sedangkan keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya (BACA DI SINI).

- Syarikat Insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa (BACA DI SINI).

- Pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion (BACA DI SINI).

- Saham TNB sebanyak RM1.05 bilion dan perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta dengan harga di bawah pasaran (BACA DI SINI).

- Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings, juga dilaporkan telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga cuma RM197 juta (BACA DI SINI). 

Apa yang tersenarai hanyalah sebahagian dari aset Khazanah Nasional Bhd yang telah dijual, untuk senarai penuh (BACA DI SINI).

Dan jangan lupa, hampir semua aset Khazanah Nasional Bhd adalah dalam bentuk saham yang dipegang dalam syarikat-syarikat yang berprestasi tinggi.

Rosot nilai yang berlaku ke atas aset-aset tersebut adalah akibat dari ketidakyakinan pelabur asing dan tempatan terhadap Pakatan Harapan sewaktu memerintah (BACA DI SINI), akibatnya nilai saham merudum dengan begitu teruk sekali.

Inilah yang menjadikan kos rosot nilai yang terpaksa ditanggung oleh Khazanah Nasional Bhd meningkat (BACA DI SINI).

Jadi tidak hairanlah, Dr Mahathir agak 'malu-malu' untuk 'claim credit' daripada keuntungan yang Khazanah Nasional Bhd umumkan.

Tapi DAP pula yang terlebih sudu dari kuah.

Page DAP memuji Lim Guan Eng untuk keuntungan Khazanah RM7.3 bilion pada tahun 2019.

Tahun 2018, Khazanah Nasional Bhd rugi RM6.27 bilion. 

Tahun 2019, Khazanah Nasional Bhd untung RM7.3 bilion selepas banyak menjual aset.

Dalam ertikata lain, keuntungan yang dibuat adalah hasil dari menjual harta benda Khazanah Nasional Bhd.

Soalan cepumas kepada DAP, siapakah yang mengumpulkan aset-aset tersebut?

Betul seperti kata DS Najib, dalam bab menipu, DAP memang parti yang tidak rasis kerana tidak kira apa bangsa sekali pun, pasti DAP akan tipu (BACA DI SINI).

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.