Tuesday, July 14, 2020

UMNO Dah Tak Laku Atau Dr Abdul Latiff Yang Tak Malu


Bercakap dengan suara yang lantang dan berani memang sifat yang dituntut ke atas seorang pemimpin atau ahli politik.

Kerana keberanian bersuara dengan lantang akan menggambarkan kualiti kepada prinsip perjuangan seseorang pemimpin atau ahli politik itu.

Tetapi mestilah berlandaskan kepada fakta dan kebenaran dan bukannya merapu macam orang mabuk air ketum.



Baru-baru ini dalam satu majlis ramah mesra dengan warga MARA, Ahli Parlimen Mersing (PPBM), telah mengeluarkan satu kenyataan yang sangat biadap dan menimbulkan kemarahan bukan sahaja pemimpin UMNO malah ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Apa yang dikatakan oleh Latiff adalah satu kenyataan yang bukan sahaja berbentuk penghinaan dan biadap tetapi juga tidak bersandarkan kepada fakta yang benar.

Latiff mendakwa parti UMNO Sabah sebagai sudah 'tidak laku' dan sudah tidak lagi diterima oleh rakyat Sabah.

Latif juga mendakwa, ramai ahli UMNO Sabah sudah melompat dari parti UMNO ke parti PPBM.

Kita tidak pasti berdasarkan fakta apa atau bersandarkan maklumat apa, seorang menteri dari PPBM di dalam Kerajaan Perikatan Nasional di mana UMNO merupakan parti dominan di dalam Perikatan Nasional boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Tidak perlu kita imbas bagaimana sambutan rakyat Sabah ketika PPBM melakukan pelancaran PPBM di Sabah.

Yang datang bukan kerana mahu benar-benar mahu menghadiri majlis tersebut tetapi kerana mahukan imbuhan yang telah dijanjikan.

2019 menyaksikan beberapa barisan penaja PPBM Sabah bertindak keluar parti dan menyertai Warisan kerana tidak bersetuju dengan keputusan PPBM pusat (BACA DI SINI).


Awal 2020 pula menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara calun UMNO/MN, Mohamad Alamin @ Datuk Mo dengan calun Warisan Sabah, Karim Bujang, orang kuat Presiden Warisan, Shafie Apdal di PRK Kimanis.

Dalam PRK tersebut, Datuk Mo telah berjaya menumpaskan Karim Bujang yang mendapat sokongan sepenuhnya dari Shafie dan parti Warisan dengan majoriti 2,029 undi (BACA DI SINI).

Apa yang ingin admin sampaikan ialah, sedangkan mendapat sokongan dari Warisan yang menjadi kerajaan negeri, calun UMNO/MN dapat menumbangkannya, apakah itu boleh dianggap sebagai UMNO sudah tidak laku lagi atau sudah tidak diterima lagi oleh rakyat di Sabah?

Apakah sekiranya Karim Bujang digantikan dengan calun dari PPBM, maka Latiff rasa PPBM boleh memenangi PRK Kimanis?

Presiden UMNO dan Bossku Sudah Bersuara



Presdien UMNO dan DS Najib dilihat memberikan respon yang senada.

Dalam PRU 15, UMNO akan menghantar wakil untuk bertanding di Parlimen Mersing, sama ada PPBM menghantar wakil atau pun tidak.

Dalam ertikata lain, sekiranya PPBM menghantar wakil, maka akan berlaku pertembungan 3 penjuru antara UMNO/MN, PPBM dan PH.

Seperti yang dikatakan oleh DS Najib, adalah sesuatu yang sangat tidak bijak bagi Latiff mengeluarkan kenyataan yang menghina parti UMNO sedangkan kini UMNO dan PPBM berada dalam satu gabungan yang membentuk Kerajaan Persekutuan.



Walau pun Latiff ada mengeluarkan kenyataan meminta maaf setelah kenyataan beliau mendapat respon yang keras dari Presiden UMNO dan Bossku, namun kenyataan maaf Latiff dilihat tidak ikhlas malah bersikap angkuh.

Malah Latiff dilihat cuba memutarbelitkan isu dengan mengatakan musuh sebenar adalah Pakatan Harapan dan bukannya bercakaran sesama sendiri.

Persoalannya, siapakah yang memulaka isu ini?

Siapakah yang memulakan serangan sesama sendiri dahulu?



Malah Latiff seakan cuba memanjangkan lagi sengketa dengan cuba memperlekehkan Pemuda UMNO yang membidas kenyataan beliau.

Sebenarnya, ahli politik yang angkuh dan cepat lupa diri seperti Latiff yang menyebabkan UMNO dijauhi rakyat terutamanya masyarakat Melayu ketika di PRU 14 yang lepas.

Satu perkara yang patut Latiff ingat ialah, beliau menang di PRU 14 Parlimen Mersing adalah atas tiket UMNO dan atas kerja keras jentera pilihanraya UMNO.

Benar, Latiff sudah menjadi Ahli Parlimen di Mersing selama 5 penggal tetapi dari maklumat yang admin dapat, Latiff mampu bertahan kerana pengundi Mersing mengundi parti dan bukannya calun serta tidak ada masaalah bagi mereka untuk mengundi calun lain, asalkan ianya datang dari parti UMNO.

Ingat, sedangkan Barisan Nasional yang sudah memeintah lebih dari 6 dekad boleh tumbang sekelip mata bila rakyat tlak, inikan pula Latiff yang baru 5 penggal menjadi Ahli Parlimen.

Rakyat sudah mual dengan pemimpin yang bermulut celupar serta bongkak seperti Latiff!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.