Saturday, July 18, 2020

Apa Agenda Zuraidah Masih Mahu Meneruskan Pilihanraya PBT


Ketika UMNO dan PAS bermati-matian mempetahankan ahli politik dari PPBM dan PKR, sama ada dalam media sosial mahu pun di dalam Dewan Rakyat, yang dituduh oleh Pakatan Harapan sebagai pengkhianat kerana meninggalkan parti masing-masing dan membentuk Kerajaan Perikatan Nasional, ada antara ahli politik dari PKR dan PPBM yang seolah-olah tidak berterima kasih, malah terus-terusan membawa agenda politik Pakatan Harapan.

Sebelum ini. menteri dalam kabinet Perikatan Nasional dan juga ahli Parlimen Mersing, Dr Abdul Latif, dari PPBM menimbulkan kemarahan pemimpin dan orang UMNO bila mengatakan bahawa UMNO sudah tidak laku (BACA DI SINI).

Sedangkan dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil kebelakangan ini menyaksikan bagaimana Muafakat Nasional, di mana UMNO dan PAS adalah parti tunggak di dalamnya menumbangkan calon dari Pakatan Harapan, sama ada dari DAP, PPBM, PKR atau pun Warisan.

Malah di Sabah sendiri, negeri yang Abdul Latif dakwa UMNO tidak laku, calon UMNO/Muafakat Nasional menumbangkan calon dari Warisan/Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil Kimanis (BACA DI SINI).



Terkini dalam sesi soal jawab di Parlimen, seorang lagi menteri di dalam kabinet Perikatan Nasional dan juga ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, dari PKR kini PPBM telah menimbulkan kemarahan UMNO dan PAS dengan memberikan janji bahawa pilihanraya PBT akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada pertengahan 2021.



Seperti yang kita ketahui, mantan Perdana Menteri ke 4, ke 7 dan Interim, Dr Mahathir sendiri telah menolak cadangan untuk membuat pilihanraya PBT ketika pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan dahulu.

Jadi persoalannya, mengapakah Zuraidah masih lagi mempertahankan, malah berjanji untuk mengadakan pilihanraya PBT?

Apa itu Pilihanraya Tempatan @ Pilihanraya PBT @ Council Election dan agenda siapa sebenarnya dan mengapa ianya terus diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu?

Pilihanraya Tempatan adalah untuk memilih Ahli Majlis Mesyuarat Daerah atau Exco peringkat daerah.

Selepas terpilih dalam Pilihanraya Tempatan, Ahli Majlis Mesyuarat Daerah ini yang sebelumnya dilantik oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar, akan mempunyai kuasa mutlak untuk meminda, memansuh serta menguatkuasakan undang-undang dan membatal atau meluluskan projek pembangunan yang dirasakan perlu tanpa ada campurtangan Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Pusat.

Dalam artikata lain, Ahli Majlis Mesyuarat Daerah mempunyai kuasa autonomi untuk daerah masing-masing.

Dari permukaannya, pemerintahan autonomi yang diturunkan kepada Ahli Majlis Daerah adalahiti baik kerana ia akan memudahkan pentadbiran di peringkat masing-masing dan mengurangkan karenah birokrasi di peringkat negeri dan pusat.

Tapi dari sudut hakikatnya, ia akan mendatangkan impak yang sangat besar.

Dari sudut taburan penduduk, majoriti masyarakat Melayu dan India berada di luar bandar, sama ada bandar kecil mahu pun bandar besar yang bertaraf bandaraya.

Yang mendominasi bandar dan bandaraya ialah masyarakat Cina.


Sekiranya berlaku Pilihanraya Tempatan, sudah pasti Ahli Majlis Daerah akan didominasi oleh masyarakat Cina.

Dan mereka mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran di peringkat daerah masing-masing.

Ianya ibarat menyerahkan semua PBT yang ada dalam Malaysia kepada masyarakat Cina untuk ditadbirkan, maka apa yang akan terjadi ketika itu, (BACA DI SINI).


Sebenarnya, yang beriya-iya sangat untuk mengadakan Pilhanraya Tempatan ialah DAP (BACA DI SINI).
DAP mempunyai agenda tersembunyi dan hanya menggunakan alasan melicinkan pentadbiran peringkat daerah untuk mendesak kerajaan supaya mengadakan pilihanraya tempatan.

Dan kini, Zuraidah sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersungguh-sungguh mendokongnya dengan mengenepikan pendirian UMNO, PAS dan GPS.

Mengapa?

Adakah kerana Zuraidah masih lagi setia pada Pakatan Harapan terutamanya DAP atau Zuraidah takut ditolak oleh pengundi Cina di Ampang dalam PRU 15 nanti?

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.