Keterlaluan dan sungguh biadap.
Seramai 50 anggota Imigresen Selangor telah di halau keluar dari kawasan peniaga haram dari India dan Pakistan.
Lebih kurang 1,000 PATI telah dikenal pasti berniaga tanpa sebarang rasa takut disebabkan adanya perlindungan dari gangster di bawah nauangan Tan Sri Nadarajah yang juga sedang disiasat oleh SPRM.
Yang menjadi persoalan ialah kenapa boleh ada sampai 1,000 orang PATI yang berniaga secara bebas baru nak ambil tindakan!
Daripada Latheefa Koya sibuk buat pendedahan bodoh tentang rakaman audio lebih baik kerahkan setiap anggota SPRM bongkar kemungkinan adanya campurtangan orang politik sehingga AJK kuil menjadi sebegitu biadap.
AJK kuil telah membahayakan nyawa anggota penguatkuasa dengan konfrontasi dan provokasi yang sengaja diadakan ini .
Adakah pentadbiran Kuil Batu Caves ini begitu Hebat Dan Kebal hingga PDRM takut untuk mengambil tindakan tegas?
Memburukkan keadaan 50 orang AJK Kuil Batu Caves telah masuk campur dan mencemuh anggota penguatkuasa dengan perkataan kesat dan menghalau keluar anggota penguatkuasa dari Jabatan Imigresen Selangor.
Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Imigresen telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk membawa pasukan penguatkuasa keluar bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
PDRM mesti menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas dan penuh intergriti.
Tanpa memilih bulu, setiap yang terlibat dalam rusuhan ini perlu diambil tindakan yang cukup tegas.
Ini melibatkan Kedaulatan Undang Undang dsn maruah negara.
Dari sumber yang dipercayai, maklumat mengenai operasi hari ini telah pun dibocorkan kepada pihak pengurusan kuil Batu Caves yang sememangnya telah bersedia dari pagi dan menunggu operasi hari ini.
Jadi tidak hairanlah jika anggota penguatkuasa dapat dihalang dari menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
AJK kuil telah menyamar sebagai orang awam dan mula menyerang pihak JIM.
Pihak yang membocorkan rahsia juga perlu dikenakan tindakan oleh SPRM.
Adakah pihak PDRM akan menjalankan Ops Cantas Khas bagi menangkap setiap samseng di situ sekarang juga?
PDRM mesti lakukan Ops Cantas khas dan berkas setiap samseng ini tanpa belas kesian.
Jangan pula tunggu AJK kuil buat 'clearance' PATI India dan Pakistan tu baru nak ambil tindakan.
Ini bukan soal rasis tapi ini soal kredibiliti penguatkuasaan undang-undang di Malaysia dan maruah negara.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.