Selepas PRU 14, pada bulan Mei 2018, Kerajaan Pakatan Harapan melalui PDRM telah menyerbu dan menyelongkar kediaman mantan Perdana Menteri, DS Najib.
Dalam serbuan tersebut, PDRM telah merampas barang-barang yang didakwa oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Amar Singh bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion (BACA DI SINI).
Pada Mac 2018, Ketua Polis Negara ketika itu, Mohamad Fuzi Harun menegaskan bahawa siasatan ke atas barangan yang dirampas mesti selesai pada atau sebelum 16 Mei.
Ini kerana pihak polis hanya mempunyai sehingga tarikh itu untuk memegang barang yang dirampas (BACA DI SINI).
Dalam ertikata lain, sekiranya hingga 16 Mei 2019, tiada sebarang tindakan atau siasatan atau dakwaan jenayah yang dilakukan oleh pihak PDRM, maka barang rampasan tersebut mesti dikembalikan.
Namun, untuk menghalang barang tersebut dari dikembalikan, Kerajaan Pakatan Harapan telah failkan saman sivil untuk sita barang-barang tersebut pada April 2019 sebelum tamatnya tempoh 1 tahun di mana barang-barang perlu dikembalikan.
Dalam afidavit Kerajaan Pakatan Harapan yang digunakan sebagai alasan saman sivil, melalui siasatan yang dilakukan, mereka mengaku kebanyakan barang-barang tersebut merupakan hadiah peribadi terkumpul seluruh keluarga DS Najib sejak berdekad-dekad lalu.
Namun tidak ada bukti dokumen jelas yang buktikan ianya adalah hadiah.
DS Najib telah beberapa kali menjelaskan bahawa banyak dari hadiah-hadiah tersebut adalah hadiah tunang, perkahwinan dan harijadi dari kawan-kawan termasuk dari orang kenamaan dan kerabat Raja dari dalam dan luar negara.
Sebab itu juga, pihak DS Najib mahu periksa dan pastikan jumlah dan nilai barang yang mereka umumkan semasa sita adalah sahih.
Pada bulan Julai 2019, DS Najib failkan permohonan untuk periksa barang-barang tersebut kerana senarai yang dikeluarkan semasa PDRM sita tidak lengkap dan tidak jelas.
Selepas beberapa penangguhan akibat langkah Kerajaan Pakatan Harapan membantah pemeriksaan, kes akhirnya didengar pada awal Februari 2020.
Kerajaan Pakatan Harapan membantah lagi dalam mahkamah dengan memberi beberapa alasan yang tidak logik antaranya nilai barang-barang tersebut akan merosot jika terdedah kepada udara apabila dikeluarkan dari bilik kebal (BACA DI SINI).
Hakim tolak alasan tersebut dan memerintah bahawa pemeriksaan dilakukan selewat-lewatnya pada 17 Februari 2020 atau dalam tempoh 2 minggu kemudian (BACA DI SINI).
Pada 14 Februari 2020, Kerajaan Pakatan Harapan sekali lagi memohon lanjutan tempoh unruk pemeriksaan barangan tersebut oleh pihak DS Najib kononnya atas alasan keselamatan (BACA DI SINI).
BNM mampu kawal keselamatan untuk wang-wang kertas serta jongkong emas bernilai puluhan bilion ringgit tetapi tidak mampu mengawal keselamatan untuk ahli keluarga memerika barang yang disita?
Beberapa persoalan yang timbul, mengapakah Kerajaan Pakatan Harapan menggunakan berbagai alasan untuk menghalang pihak DS Najib dari memeriksa barangan rampasan tersebut?
Sudah berlalu 21 bulan dari tarikh barangan tersebut dirampas, sekiranya benar memang barangan tersebut diperolehi dari kegiatan jenayah komersial, mengapakah tiada kertas siasatan dibuka oleh pihak PDRM untuk membuat siasatan terperinci?
Apakah tujuan Kerajaan Pakatan Harapan mengemukakan saman sivil perlucutan harta sebagai langkah untuk mengelakkan dari barangan itu dikembalikan setelah siasatan mendapati tiada kes prima facie untuk mensabitkan perolehan barangan tersebut di bawah AMLA?
Kredit :
FB DS Najib Razak
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.