Menjadi satu perkara yang amat menjengkelkan mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad melancarkan dana kononnya untuk melindungi pegawai-pegawai anti rasuah yang terkesan dan teraniaya dalam usaha membenteras rasuah.
Dana yang diberi nama Perdana International Anti Corruption Champion Fund (PIACCF) yang dilancarkan dalam majlis Penganugerahan Anti Rasuah Antarabangsa 2020 sudah cukup meloyakan.
PIACCF sudah jelas menggambarkan niat utama dana ini diwujudkan adalah untuk mengampu dan mengangkat Dr. Mahathir.
Seperti biasa, di mana ada semut, di situ ada gula dan bila ada dana yang diberi, akan ada tangan-tangan ghaib yang akan menyalahguna dana tersebut.
Dalam ucapan pelancaran yang sangat-sangat memualkan, tanpa rasa malu, Dr. Mahathir telah mengiktiraf 'sumbangan' Gani Patail, Zeti Aziz dan Shukri Abdul (BACA DI SINI).
Sementara itu, adalah sangat jelas, apa yang dilakukan oleh Abu Kassim adalah usaha beliau untuk menutup kesalahan yang beliau lakukan kerana telah menuduh orang yang salah dalam kes SRC dan 1MDB.
Mengapa Abu Kassim Diam Dalam Isu Air Asia Sedangkan Dia Ditugaskan Membaiki Hal Urus Tadbir, Integriti Dan Benteras Rasuah?
Abu Kassim ditugaskan sebagai Ketua Pengarah Pusat Urus Tadbir, Integriti dan Benteras Rasuah (NGIAC) tetapi diragui ada usaha yang ketara selain majlis anugerah.
Bertahun-tahun Abu Kassim menyuarakan kerisauan berkenaan pembiayaan politik, tetapi tindakannya hanya memperkenalkan tambahan peraturan-peraturan dari cadangan mekanisma yang upaya menyelesaikan pembiayaan dan menjadikan kos kempen rendah.
Abu Kassim merangka satu 'sekretariat pusat' di PMO yg merupakan pusat sama ditubuh di UITM yang gagal selepas MACC-AGC-BNM-PDRM 'super task force' untuk menganiaya DS Najib.
Dia mengambil kuasa pengawasan yang mengatasi KSN dengan secara tak langsung mengarah kepada semua sebagai sekretariat kepada Jawatankuasa Membenteras Rasuah yang dipengerusikan Perdana Menteri.
Namun, sekretariat tersebut hanya dianggotai pekerja dan kakitangan yang diambil dari SPRM dan PTD dengan pangkat tinggi dan gaji besar, tetapi tiada kerja dan proses sebenar dan berstruktur.
Dikhabarkan Abu Kassim telah campurtangan dan mengetepikan kuasa tadbir urus oleh Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia, yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara dalam hal-hal strategi, kewangan dan sumber.
Dia boleh mengatur Nomination and Remuneration Committee bawah Lembaga Pengarah untuk ubah keputusan berhubung cadangan CEO yg telah ditolak Jawatankuasa atas alasan tidak sesuai keperibadian dan tidak tepat kelayakan.
Seterusnya, dia mengarah CEO yang dia cadang untuk melantik segera kroni-kroni untuk kerja-kerja konsultansi yang aneh dan tidak penting bernilai RM25,000 seorang menggunakan rizab institut.
Tambah lagi, dengan alasan membenteras rasuah yang sepatutnya bawah pengendalian SPRM sepenuhnya, dia mengambil peluang dari platform struktur semula institut untuk keuntungan komersial dan lantik kenalan peribadi.
Dalam proses, dia telah membuang personel-personal penting dengan arahan oleh proksinya melalui cara taktik manipulasi, memperkasakan pembantu khas menjadi wakilnya untuk menentukan perjawatan dengan mendendangkan pengaruh PMO.
Pemangku CEO baru dilantik semula oleh Perdana Menteri selepas 6 bulan percubaan dan 6 bulan tambahan atas ihsan cadangan, perlindungan dan campurtangan Abu Kassim.
Pengalaman tiada, ditolak bekas BOD namun menjadi pilihan dan perlindungan peribadi.
Maka dengan adanya bapa angkat, CEO baru asyik menjaja nama Abu Kassim.
Dengan semua ini sedang berlaku, bolehkah diharap apa-apa dengan Abu Kassim sebagai nakhoda dan tiada kedengaran komen berhubung bencana Air Asia? (BACA DI SINI).
Inilah Abu Kassim yg merencana, mengatur, dan meriuhkan dari belakang tabir untuk menganiaya dalam kes SRC-1MDB.
Sekarang semua orang boleh disenyapkan seperti biri-biri untuk disembelih.
Kredit :
Fb Salahuddin Hisham
Blogger Another Brick In Wall
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.