Monday, September 30, 2019

Wira Tak Didendang Dan Pengkhianat Yang Kecundang Dalam Menuntut Keadilan Untuk Allahyarham Mohd. Adib


27 September 2019, Hakim Mahkamah Koroner Shah Alam, Yang Arif Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan bahawa punca kematian Allahyarham Mohd. Adib disebabkan adanya perlakuan jenayah yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih...

Keputusan yang dibuat oleh Yang Arif Koroner Rofiah Mohamad belum lagi menjamin keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib tetapi ianya membuka ruang yang lebih besar untuk keadilan ditegakkan...

Sebelum admin pergi jauh, elok rasanya dijernihkan kekeliruan masyarakat akibat dari propaganda pihak yang berkepentingan...

Ada sebahagian masyarakat yang terpedaya dengan kenyataan tak berasas pihak yang tak bertanggungjawab demi untuk menyelamatkan dalang yang cuba menafikan keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib...

Jangan kita salahkan pihak polis kerana hakikatnya pihak polis telah melakukan segala-galanya...


Portal ini pernah mendedahkan masaalah sebenar yang dihadapi oleh pihak polis selepas Allahyarham disahkan meninggal dunia bila pihak Jabatan Peguam Negara ENGGAN membenarkan siasatan kes dipinda dari Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas tuduhan CUBAAN MEMBUNUH yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 7 tahun kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan MEMBUNUH yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori (BACA DI SINI)...


Malah seawal kejadian rusuhan, pihak-pihak berkepentingan telah menuding jari kepada pihak polis dengan dakwaan kononnya disebabkan tindakan lambat pihak polis telah menyebabkan keadaan menjadi semakin parah (BACA DI SINI)...

Jadi janganlah kita terpengaruh dengan kenyataan tidak berasas pihak yang berkepentingan dalam kes kematian Allahyarham Mohd. Adib, kita mesti terus memberikan tekanan kepada mereka supaya bertanggungjawab atas sikap tidak bertanggungjawab mereka...

Wira Yang Tak Didendang Dalam Menuntut Keadilan Untuk Allahyarham Mohd. Adib


Keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib sangat berliku malah hampir dinafikan...

Namun kehendak Allah SWT pasti akan mengatasi perancangan makhlukNya...

Namun kita merasa bertuah kerana di bumi Malaysia masih ada insan-insan yang sanggup mengenepikan kepentingan diri demi untuk menegakkan keadilan...

Pasangan suami-isteri, Puan Syazlin Mansor dan Tuan Ahmad Soffian Sheriff, merupakan antara wira yang tak didendang dalam menuntut keadilan buat Allahyarham Mohd. Adib...

Tak ramai yang tahu pengorbanan dan liku-liku yang mereka telah lalui untuk perjuangkan kebenaran...

Syazlin membawa kes Allahyarham Mohd. Adib ini secara pro-bono, iaitu secara percuma...

Beliau tidak caj walau sesen pun, sama ada dari keluarga Allahyarham Mohd. Adib, mahupun dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau pun Jabatan Bomba dan Penyelamat...

Malah ketika beliau mewakili kesemua pihak-pihak ini, segala perbelanjaan dan kos guaman keluar dari poket sendiri...


Melalui Syazlin inilah, saksi-saksi pakar Prof. Dr. Shahrom dan Dr. Amir Radzi dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah...

Dan melalui keterangan Prof. Dr. Shahrom dan Dr. Amir, Hakim Mahkamah Koroner pada telah memutuskan keterangan-keterangan pakar tersebut sebagai autoritatif...

Dan saksi-saksi pakar ini, kesemuanya memberikan keterangan secara suka rela tanpa caj walau sesen pun yuran pakar!!!


Ketika Peguam Negara, Tommy Thomas cuba untuk menyingkirkan peguam Syazlin dari mewakili KPKT dan Bomba dengan memberi gambaran kononnya Syazlin tidak kompeten...

Dalam kenyataannya, Tommy menuduh Syazlin telah melanggar prinsip guaman (conflict of interest), lalu Tommy menulis surat kepada Menteri KPKT, Zuraida, agar menamatkan perkhidmatan guaman Syazlin Mansor...

Bar(ua) Council juga pada ketika itu mengkritik Syazlin, Syazlin berisiko diambil tindakan disiplin...

Lebih memeritkan Syazlin, suami beliau, Soffian, pada waktu itu adalah setiausaha akhbar kepada menteri KPKT, Zuraida...

Bagi memastikan agar isterinya dapat terus memperjuangkan kebenaran dan keadilan dalam inkues Allahyarham Mohd. Adib, Soffian sanggup meletakkan jawatannya supaya tidak berlaku masalah kelak dan untuk mengelakkan tekanan kepada Syazlin yang mengambil pendirian bertentangan dari arahan atasan, iaitu orang-orang politik yang jahat dan tidak jujur...

Sedangkan pada waktu itu Soffian memegang jawatan yang kanan di pejabat menteri dengan gaji dan kelebihan-kelebihan yang enak dan lunak...

Prosiding inkues punca kematian Allahyarham Mohd. Adib bukan setakat memperlihatkan kepada kita betapa bila sampai masanya yang dikehendaki oleh Allah SWT, walau bagaimana dan siapa pun yang merancang untuk menutup kebenaran, pasti akan tewas, malah ianya juga menjadi bukti kepada kita, betapa nilai kemanusiaan itu akan melangkaui sempadan agama dan bangsa...


Kita melihat bagaimana seorang berbangsa India bernama R. Narresh yang tak pernah kenal Adib sepanjang hidupnya telah mengambil risiko diugut, dituduh berbohong dan terpaksa bersendirian sepanjang proses inkues semata-mata untuk menegakkan keadilan...

Berkali-kali lelaki berfizikal besar ini menahan air mata ketika menceritakan penderitaan Allahyarham Mohd. Adib pada saat-saat akhir kehidupannya...

Ramai yang tidak tahu, pada hari pengkebumian Allahyarham Mohd. Adib, R. Narresh telah menaiki bas dari KL Sentral menuju ke Kedah dan kemudian menukar bas pergi ke Masjid Kampung Tebengau dengan hanya berpandukan keratan berita, semata-mata untuk memberikan penghormatan akhir kepada Allahyarham Mohd. Adib...

Dan ramai yang tidak tahu, bahawa seorang lagi saksi bernama S. Suresh sangat takut memberikan keterangan kerana ancaman di media sosial...

R. Narreshlah orangnya yang memujuk dan memberi kekuatan kepada S. Suresh agar membantu siasatan...

Mereka ini adalah wira yang tidak didendang dalam menuntut keadilan buat Allahyarham Mohd. Adib di bumi Malaysia...

Malaysia perlukan lebih ramai Syazlin, Soffian, Shahrom, Amir, R. Naresh dan S. Suresh untuk keadilan terus ditegakkan di bumi Malaysia...

Di Sebalik Wajah Wira Tak Didendang, Ada Wajah Pengkhianat Keadilan

Setiap yang diciptakan Allah SWT atas mukabumi ini berpasang-pasang...


Ada peguam Melayu yang berambut karat dan mungkin sekarat hatinya, wallahualam, mempersoalkan kenapa kuil tidak dipanggil di dalam inkues (BACA DI SINI)...

Peguam nie mungkin keliru atau pura-pura keliru sebab nak tutup malu, inkues ini bertujuan mencari punca kematian...

Bukan mencari punca rusuhan...

Kalau punca rusuhan, Ganabatirau dan Waythamoorthy pun kena bagi keterangan...


Peguam Melayu berambut karat yang sama juga pernah mendahului mahkamah bila membuat kenyataan bahawa punca kematian Allahyarham Mohd. Adib adalah disebabkan dilanggar oleh van EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat dan bukannya kerana dipukul oleh perusuh (BACA DI SINI)...

Kita juga ada ahli politik yang mengambil kesempatan, kononnya mereka dahulu sebenarnya mahu menegakkan keadilan...


Baru sekarang berani upload gambar bersama Allahyarham Mohd. Adib sebagai sokongan...

Mana mereka semua ketika keluarga Allahyarham Mohd. Adib hidup tertekan!!!

Padahal merekalah yang selama ini menuduh tuntutan keadilan kepada Almarhum bersifat perkauman!!!

Setiap yang berlaku adalah atas izin Allah SWT dan setiap yang Allah SWT izinkan, pasti ada hikmahnya...

Hikmah yang dapat kita ambil dari prosiding inkues Allahyarham Mohd. Adib, adalah, jangan kita takut dan gentar sekiranya kita yakin bahawa kita berada di pihak yang benar...

Biarpun mereka mempunyai kuasa, namun jangan lupa Allah SWT Maha Berkuasa...

Biarpun mereka bijak dan licik mengatur perancangan, namun jangan lupa Allah SWT Maha Bijaksana...

Bila Allah SWT mengkehendakinya, walau seluruh umat manusia saling bantu membantu untuk menyorokkan yang hak, namun yang hak PASTI akan ditegakkan...


Mari bersama-sama kuta sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd. Adib dan teruskan memberi tekanan kepada kerajaan sehingga keadilan Mohd. Adib dapat dituntut sepenuhnya...

Sunday, September 29, 2019

Isu Babi Dan Sawit Digunakan DAP Untuk Membunuh Karier Politik YB Norhizam Hassan Baktee


Bagi orang Melayu Islam di Malaysia, perkatasn BABI adalah sangat-sangat sensitif...

Panggil atau gelarlah dengan apa saja panggilan dan gelaran pada orang Melayu, mereka masih boleh bersabar...

Tapi bila dikaitkan dengan BABI, kemarahan orang Melayu akan serta merta memuncak...

Isu BABI Akan Memusnahkan Karier Politik Norhizam


Satu Malaysia gempar bila ADUN Pengkalan Batu, merangkap Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani kerajaan negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee, secara tiba-tiba bercerita tentang BABI...

Sebelum muncul secara online dalam program Wacana Sinar Harian, rakyat negeri Melaka terutamanya masyarakat Melayu Islam sudah merasa tidak senang dengan Norhizam dalam beberapa isu yang berkaitan dengan BABI, antaranya :


》Perbelanjaan berjuta ringgit yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Melaka untuk membina pusat penyembelihan babi @ abattoir yang moden di Paya Mengkuang sedangkan pusat penyembelihan babi @ abattoir yang lama masih lagi boleh digunakan (BACA DI SINI)...

》Rakyat Melaka mempersoalkan kenapa secara tiba-tiba Norhizam viralkan isu migrasi BABI Sumatera ke Melaka?

Kita tak nafikan memang BABI boleh berenang dan pernah dikhabarkan BABI berenang menyeberang laut...

Tapi dimanakah logiknya kalau Norhizam katakan yang BABI tu hanya memilih Melaka sebagai destinasi...

Kenapa tak Kukup atau Tg. Piai atau Port Dickson dan mana-mana pesisir pantai di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia?

Apakah Norhizam mendapat arahan dari DAP untuk viralkan cerita mengarut itu?

Kalau betul, apa motifnya?

Ada teori yang mengatakan ianya berkait rapat dengan rumah penyembelihan babi @ abattoir moden yang baru dibina...

Apakah ada rancangan untuk membawa masuk BABI hidup secara besar-besaran ke Melaka dan menjadikan Melaka sebagai negeri pengeluar daging BABI terbesar di Malaysia?

Untuk rekod, terdapat 27 pengusaha yang memiliki 36 ladang ternakan BABI di Melaka yang berkemungkinan besar akan diberikan lesen oleh kerajaan negeri Melaka...

Dengan kapasiti 36 ladang ternakan BABI dan dicampur dengan jumah BABI yang mungkin akan dibawa masuk, Melaka negeri yang pernah menjadi pusat pengembangan ajaran Islam di Tanah Melayu akan menjadi negeri pengeluar daging BABI terbesar di Malaysia...


Ini sudah pasti akan mengguriskan hati dan perasaan masyarakat Melayu Islam di Melaka...

Selepas BABI, Sawit Pula Akan Menyebabkan Norhizam Dipandang Bodoh Oleh Pengundi Sendiri


Selepas Norhizam menjadi bahan jenaka kerana isu migrasi BABI Sumatera ke Melaka, sekali lagi Norhizam akan menjadi bahan ketawa dengan teori Sawit Antara Punca Empangan Kering!!!

Umum tahu bahawa taraf pendidikan Norhizam hanya setakat Tingkatan 5 dan beliau sendiri mengakuinya...

Di mana rasionalnya bila Norhizam diarahkan untuk bercakap tentang kaitan antara musim kemarau yang sedang melanda Melaka dengan tanaman sawit...

Apa tujuan DAP mengarahkan Norhizam?

Bukankah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Meteorologi dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pertanian lebih sesuai membincangkan isu yang agak teknikal ini...

Lagi pun, secara logik akal, dah berpuluh tahun ladang kelapa sawit wujud di Melaka dan belum pernah empangan di Melaka kering, kenapa bila keringnya air di empangan Melaka tahun ini, tiba-tiba ladang kelapa sawit yang dikatakan menjadi penyebabnya!!!

Bagaimana Norhizam mahu menjawab soalan-soalan yang berbentuk teknikal dari ahli panel yang lain...

Perbincangan ini diadakan secara 'live' dan 'online'...

Apakah DAP mahu 'menelanjangkan' Norhizam ke seluruh dunia?

Admin bukan penyokong DAP tapi admin rasa simpati dan kesal bila melihat anak bangsa admin diperkudakan oleh bangsa DAP...

Kepada Norhizam, berpada-padalah...

Taat kita biar berakal dan mengikut kita biarlah pintar!!!

Saturday, September 28, 2019

Kes Adib: Hamzah Zainuddin Perlu Desak AG Bercuti


Alhamdulillah, pukul 9.00 pagi tadi, Hakim Mahkamah Koroner, Koroner Rofiah Mohamad, membuat keputusan punca kematian Allahyarham Mohd. Adib bukan perbuatan sendiri tetapi akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali (BACA DI SINI)...

Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Koroner Shah Alam disambut dengan penuh kesyukuran oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan...

Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Mendesak Tan Sri Rommy Thomas, Peduam Negara Agar Tidak Mencampuri Urusan Pendakwaan Terhadap 4 Pembunuh Allahyarham Mohd. Adib


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. PUTRA telah mengeluarkan kenyataan media pagi tadi bagi menzahirkan rasa syukur dan menerima baik di atas keputusan Hakim Mahkamah Koroner Shah Alam yang memutuskan bahawa kematian Allahyarham Adib adalah akibat perbuatan jenayah iaitu di belasah sehingga mati oleh perusuh-perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman USJ...

2. PUTRA juga dalam kenyataan yang sama di atas mendesak polis agar menangkap semula 4 orang perusuh yang telah ditahan reman kerana memukul Allahyarham tetapi kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 10 Disember 2018...

3. PUTRA juga mendesak Peguam Negara untuk segera membuat pendakwaan ke atas kesemua 4 lelaki India berkenaan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh di hukum gantung sampai mati...

4. Walaubagaimanapun, PUTRA tidak lagi percaya kepada kredibiliti Tan Sri Tommy Thomas untuk mengeluarkan surat Izin Pendakwaan berikutan Mahkamah Koroner yang sama telah memutuskan secara prima facie bahawa Peguam Negara, Tommy Thomas telah melakukan kesalahan menghina mahkamah...

5. Berikut ini adalah beberapa petikan dari Alasan Penghakiman Hakim Koroner dalam permohonan komital terhadap Tommy Thomas :

"Adalah amat tidak wajar dan menyalahi prinsip perundangan inkues serta subjudis bagi AG untuk mengambil kedudukan mengenai punca kematian arwah Adib yang masih menjadi persoalan yang cuba dirungkaikan di dalam inkues yang sedang berlangsung"...

"Perlakuan AG yang sedemikian itu telah 'scandalized' prosiding inkues tersebut"...

"Inkues berkenaan boleh sahaja dianggap sebagai hanya satu lakonan atau permainan wayang dan satu proses 'rubber stamping' sahaja kepada kedudukan yang telah diambil oleh AG"...

"Oleh itu, atas imbangan kebarangkalian saya memutuskan bahawa pemohon telah menunjukkan secara prima facie bahawa AG telah melakukan penghinaan terhadap mahkamah"...

6. Oleh itu, Peguamcara Negara hendaklah mengambil alih tanggungjawab Peguam Negara mengikut Seksyen 40A Jadual Kesebelas Perlembagaan Persekutuan apabila tindakan Peguam Negara yang telah menghina Mahkamah Koroner bakal memprejudiskan keputusan beliau samada untuk mendakwa atau tidak mendakwa 4 lelaki India berkenaan...

7. PUTRA mendesak Tommy Thomas untuk mengeluarkan kenyataan media mengecualikan diri beliau dari membuat apa-apa keputusan berkaitan pendakwaan ke atas 4 lelaki India berkenaan atas alasan konflik kepentingan sepertimana kenyataan media beliau menarik diri dari mencampuri kes pendakwaan Lim Guan Eng suatu ketika dahulu...

8. Pentadbiran "Rule Of Law" yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan hendaklah dilihat oleh rakyat akan dilaksanakan walaupun setakat ini rakyat masih sangsi dengan retorik politik mempermainkan kesucian istilah berkenaan...

9. Ini adalah peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti dan kredibiliti Institusi Kehakiman dan Perundangan di Malaysia dengan melakukan tindakan yang betul iaitu penarikan diri Peguam Negara dari mencampuri proses pembuatan keputusan...

10. Kegagalan Peguam Negara melakukan tindakan yang betul ini akan menghampakan seluruh rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib...

Sekian terima kasih

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
27 September 2019
2.30 pm

Mana Suara MP Larut, Hamzah Zainuddin Yang Kononnya Seorang Politikus Berprinsip Dan Mementingkan Integriti


Bulan Disember 2018, MP Larut, Hamzah Zainuddin yang melompat meninggalkan UMNO selepas UMNO tumbang dalam PRU 14 pernah mendesak malah lebih sesuai disebut sebagai mengugut Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya meletak jawatan...

Alasan yang diberikan oleh Hamzah adalah kerana DS Zahid dikatakan sudah hilang kepercayaan dari ahli UMNO kerana gagal menetapkan halatuju parti dan juga kerana mempunyai kes di mahkamah...

Hamzah tidak bertindak bersendirian, malah menghasut 6 lagi MP UMNO supaya melompat ke parti Bersatu sekiranya DS Zahid enggan menunaikan permintaan mereka supaya beliau meletak jawatan...


Malah Hamzah mengaku menjadi broker kepada kepada 36 MP Barisan Nasional untuk melompat ke PPBM...

Alasan yang digunakan adalah sama, Presiden UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan dari ahli UMNO...

Senario yang sama berulang kembali...

Kalau dulu Hamzah dakwa DS Zahid MESTI letak jawatan kononnya kerana sudah tidak mendapat kepercayaan ahli UMNO, kini bukan lagi dakwaan malah sudah menjadi kenyataan Tommy Thomas sudah tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat Malaysia untuk terus berfungsi sebagai Peguam Negara...

Bukan saja rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Tommy Thomas malah pihak mahkamah sendiri telah menyatakannya secara jelas melalui penghakiman yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Koroner, Yang Arif Rofiah Mohamad...

Peluang telah terbuka luas buat Hamzah untuk sekali lagi menjadi broker bagi pihak Dr. Mahathir dengan mendesak Tommy Thomas supaya meletak jawatan...

Adalah sangat-sangat mustahil untuk Dr. Mahathir mengarahkan Tommy Thomas supaya meletak jawatan atau memecat Tommy Thomas kerana ianya pasti akan melukakan hati DAP...

Jadi peluang untuk Hamzah buktikan ketaatan kepada Dr. Mahathir telah datang sekali lagi di depan mata...


Persoalannya, beranikah Hamzah sekali lagi menjadi broker Dr. Mahathir dan memulakan gerakan mendesak Tommy Thomas supaya meletak jawatan demi untuk menyelamatkan maruah Dr. Mahathir tetapi dalam masa yang sama melukakan hati DAP yang sangat-sangat diperlukan sokongannya oleh Dr. Mahathir...

Kalau Hamzah tidak berani memulakan gerakan mendesak Tommy Thomas untuk meletak jawatan, maka di mata rakyat Malaysia, khususnya pengundi beliau di Larut akan melihat Hamzah hanya sebagai politikus lalang yang bersifat parasit...

Ke mana angin bertiup, di situlah lalang akan melentok dan bila ada tapak yang menyediakan makanan, di situlah parasit akan menumpang tanpa perlu melakukan apa-apa!!!

Friday, September 27, 2019

Bila 'Ah Long' Kata Mahu Tolong Orang Melayu Kampung Baru


Baru-baru nie, Khalid Samad tawarkan pewaris Kg. Baru untuk jual tanah mereka dengan harga RM850/kaki persegi...


Khabarnya ramai pewaris Kg. Baru yg tolak tawaran Khalid Samad sebab harga yang ditawarkan terlalu rendah, malah pakar hartanah pun akui harga tu jauh di bawah pasaran sedangkan Kg. Baru berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur!!!

Dahsyat juga belit taukey Harapan Coin tu yer...


Katanya dalam majlis tu Khalid Samad kena boooo!!!

Bagi admin, kalau Khalid Samad betul-betul ikhlas nak tolong bangsa Melayu kat Kg. Baru tu, bukanlah dengan cara beli dan halau penduduk Kg. Baru tu keluar...

Kalau admin jadi pewaris Kg. Baru pun admin tak setuju...


Dah lah harga rendah, boleh pulak bayar 10% tahun nie dan bakinya bayar lagi 4 tahun...

Nampak sangat nak membelit si Khalid Samad nie...


Khalid Samad sepatutnya jumpa dan belajar dengan Tan Sri Ali Rustam bekas Ketua Menteri Melaka (BACA DI SINI)...

Ali Rustam berjaya bangun dan indahkan Kg. Morten, Melaka yang pada tahun 60'an tak ada apa dan tahun 80'an jadi sarang penagih dadah tapi sekarang dah jadi tarikan pelancung dari dalam dan luar negara ke negeri Melaka...

Tak ada pun penduduk Kg. Morten tu kena jual tanah, tak perlu dibina kediaman mewah walau pun Kg. Morten tu terletak di tengah2 pusat Bandaraya Melaka...

Hasilnya sekarang, penduduk dapat nikmat dari industri hiliran macam jualan kraftangan, kuih muih tradisional, homestay pada pelancung dan kerajaan negeri dapat hasil dari kedatangan pelancung dalam dan luar negara...

Tu kalau betul2 nak tolong bangsa Melayulah tapi kalau nak sakau komisen dari tanah org Melayu, terpulanglah pada kau Lid!!!

Kalau nak sakau komisen hasil dari jual tanah, tanah kat Kg. Baru tu kecik jer...


Admin cadangkan Khalid Samad ambil tanah kubur Cina yang ada kat tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur...

Lagi banyak komisen dapat sebab 3 kali ganda lebih besar dari tanah Kg. Baru...

Tanah-tanah kubur orang Islam pun dah banyak dialihkan demi untuk pembangunan, takkanlah tanah kubur atau jirat Cina ini tak boleh nak dialihkan demi untuk pembangunan, betultak Lid?

Apa macam?


ADA BERAN KER LID?

Buat cadangan untuk ambil alih tanah tersebut daripada orang yang telah mati sebagaimana yang  dilakukan oleh pemerintah Singapura?

Khalid Samad buatlah plan pengambilan tanah demi untuk pembangunan negara...

Berapa ribu rumah rakyat boleh dibuat kat situ?

Kalau tak boleh buat rumah rakyat, bolehlah buat banglo utk rakyat China dan Hong Kong...

Zuraida Kamaruddin boleh jadi promoter...

Nie asyik-asyik tanah kampung Melayu jer kena sakau!!!

Jadi, tak payahlah sibuk sangat dengan tanah Kg. Baru tu...


Takut nanti kena ganggu jin...😂😂😂

Lagi admin tak boleh terima, bila apa yang ditawarkan Khalid Samad tu ditolak oleh orang Melayu Kg. Baru, dia mula meroyan...


Perli dan hina penduduk Kg. Baru...

Kemonlah Lid, satu jer admin nak pesan, kalau niat dan tujuan kau tu ikhlas, pasti Allah SWT akan permudahkan perlaksanaannya tapi kalau tujuan dan niat kau tu tak ikhlas pasti Allah SWT akan menyukarkan perlaksanaannya...

Apa yang admin nampak, 'tawaran' Khalid Samad pada penduduk Kg. Baru ibarat Ah Long yang kata mahu tolong!!!

Thursday, September 26, 2019

DAP Bela Pengkhianat Negara Dalam Kes Jual MyKad, Lepas Tu Tuduh BN Pulak!!!


PENGKHIANAT NEGARA!!!

Begitulah perkataan yang paling sesuai untuk digambarkan ke atas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang yang bersekongkol dengan sindiket menjual MyKad...

Mereka dilaporkan menerima sejumlah wang antara RM100,000 dan RM600,000 hasil jualan MyKad kepada warga asing...

Kelolosan dalam sistem pendaftaran negara ini amat membimbangkan...

Ia menunjukkan terdapat individu yang mempunyai hubungan dan saluran dengan sindiket antarabangsa...



Kebarangkalian juga terdapat dalang lain yang beroperasi di sebalik tabir dan berkemungkinan memegang jawatan penting dalam negara (BACA DI SINI)...

Keuntungan yang diperoleh semestinya tersangat lumayan mencecah berjuta-juta ringgit...

Tatkala rakyat sedang membanting tulang dan bersusah payah kerana kos sara hidup yang meningkat, berita ini sangat menggores hati semua...

Mereka ini yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kedaulatan negara telah menodai amanah rakyat dan tersungkur dek habuan dunia...



Mereka layak didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)...

Selain itu Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Aktiviti Keganasan 2001 juga harus dipertimbangkan berdasarkan fakta kes...

Umum mengetahui rakyat negara asing sering masuk ke dalam negara dengan menjalankan kegiatan-kegiatan tidak sihat dan tidak bermoral seperti pelacuran...



Peningkatan kemasukan warga asing ini akan meningkatkan kes gejala sosial dalam kalangan rakyat tempatan...

Ia melibatkan kesan rantaian yang begitu kompleks...

Antaranya peningkatan rumah-rumah urut yang tidak berlesen seterusnya peningkatan kes penyakit HIV...

Kelolosan warga asing ini akan menyebabkan kebarangkalian pengganas untuk meresap masuk ke dalam masyarakat dan menyebarkan pelbagai ideologi yang mengancam keselamatan ramai...

Hukuman yang setimpal harus dijatuhkan jika benar-benar individu-individu ini didapati bersalah...

Dalang di sebalik kegiatan ini harus dicari dan diberkas serta-merta demi kedaulatan dan keamanan negara...

Tumpasnya Sindiket Jual MyKad Menunjukkan Tahap Integriti Pegawai Kerajaan Masih Tinggi Tapi Macam Mana Pula Dengan Kerajaan



Tumpasnya sindiket jual MyKad adalah kerana tahap integriti sebahagian pegawai kerajaan masih tinggi dan bukannya kerana dasar yang dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah sekarang...

Itu adalah fakta...

Segalanya bermula dengan sikap peka Pegawai Imigresen yang merasa curiga dengan seorang berbangsa Cina cuba memohon Passport Antarabangsa Malaysia tetapi langsung tidak tahu berbahasa Melayu...

Di situlah segala pembongkaran sindiket itu bermula...

Jadi kerajaan Pakatan Harapan tak payahlah nak ambil kredit kerana kononnya ketegasan dasar yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan menyebabkan sindiket itu terbongkar...



Apa lagi bila diketahui, ahli parlimen DAP dari Jelutong, RSN Rayer, menjadi peguambela kepada pengkhianat negara itu...

Tidak terjangkau dek akal, bagaimana salah seorang ahli Dewan Rakyat dari pihak kerajaan boleh mewakili pengkhianat negara...

Sedangkan Dewan Rakyat ialah badan perundangan tertinggi negara, tempat undang-undang didaulatkan di negara ini...

Tapi di satu sudut yang lain, salah seorang dari ahli Dewan Rakyat yang mewakili kerajaan bertindak membela seorang yang disyaki pengkhianat negara yang sekiranya terbukti bersalah telah dengan jelas dan sengaja menjadi pengkhianat terhadap bukan saja kedaulatan undang-undang, malah kedaulatan negara sendiri...

Apa juga alasan yang diberi oleh Rayer atau DAP, hakikatnya mereka telah cuba menyelamatkan seorang yang disyaki telah khianat pada negara ini (BACA DI SINI)...



Lebih menjijikan, bila tindakan Rayer dikritik hebat oleh rakyat Malaysia, seorang lagi ahli Dewan Rakyat DAP, Kasthuri Patto, cuba nak alihkan isu dengan kenyataan DS Zahid perlu disiasat berkaitan dengan kes penjualan MyKad kerana kononnya, sindiket itu telah mula beroperasi sejak zaman kerajaan Barisan Nasional memerintah (BACA DI SINI)...

Tak pasti sama ada Kasthuri sedar atau tahu apa yang dia cakap...

Pertama, hasil siasatan mendapati sindiket ini mula menjual MyKad bermuala dari Januari 2019 dan 1,000 MyKad yang dijual itu adalah antara Januari 2019 hingga Mei 2019, sebelum itu tidak ada...

Kedua apa kena mengena DS Zahid Hamidi dalam kes jual MyKad di Pulau Pinang?

Kenapa tak disuruh siasat Ketua Menteri Pulau Pinang?

Atau Muhyiddin Yassin yang jadi Menteri Dalam Negeri sekarang ini?



Atau Dr. Mahathir yang jadi Perdana Menteri sekarang ini dan lebih-lebih lagi Dr. Mahathir pernah disebut-sebut sebagai individu yang terlibat dalam kes projek IC kepada warga asing di Sabah? (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Bila dah jadi ahli Dewan Rakyat, bercakap tu biarlah gunakan otak sebab setiap kenyataan dari ahli Dewan Rakyat, terutamanya dari pihak kerajaan akan diberi perhatian bukan saja oleh rakyat Malaysia malah masyarakat dunia...

Dah 500 hari memerintah, rupa-rupanya 'zikir' salah Najib dan salah BN masih menebal lagi dikalangan ahli politik Pakatan Harapan...

Tapi rakyat dah merasa sangat-sangat bosan bila dengar Pakatan Harapan dok meratib benda yang sama tak habis-habis, Najib, UMNO, BN, Najib, UMNO, BN!!!

Wednesday, September 25, 2019

Hakim Mahkamah Koroner Sahkan Campurtangan Tommy Thomas Dalam Prosiding Inkues Allahyarham Mohd. Adib

"Oleh itu, atas imbangan kebarangkalian,
saya memutuskan bahawa pemohon telah menunjukkan
secara prima facie bahawa AG telah melakukan
PENGHINAAN TERHADAP MAHKAMAH"
Hakim Mahkamah Koroner
Yang Arif Rofiah bte Mohamad

Peguam Negara mencabol prinsip Kedaulatan Undang Undang!!!

Ini adalah satu perkara yang sangat serius!!!


Hakim Mahkamah Koroner, Hakim Rofiah bte Mohamad mengesahkan ada campurtangan dari Peguam Negara, Tommy Thomas untuk dalam menentukan keputusan inkues terhadap punca kematian Allahyarham Mohd. Adib, seorang anggota Bomba dan Penyelamat yang terkorban ketika cuba memberikan bantuan kepada perusuh dalam kejadian rusuhan Kuil Sri Mariaman, Subang Jaya, Selangor...

Dalam penghakiman yang diberikan oleh Hakim Rofiah bte Mohamad, beliau mengatakan :


"Adalah amat tidak wajar dan menyalahi amalan prinsip perundangan inkues serta subjudis bagi Peguam Negara untuk mengambil kedudukan mengenai punca kematian arwah Adib yang masih menjadi persoalan yang cuba dirungkaikan dalam prosiding yang sedang berlangsung"...

Sudah terang lagi bersuloh, bukan lagi sekadar tanggapan umum malah Mahkamah Koroner sendiri telah mengesahkan adanya campurtangan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam menyelamatkan pembunuh Allahyarham Mohd. Adib!!!


Portal ini juga telah beberapa kali menyatakan kemungkinan adanya campurtangan Tommy Thomas dalam perjalanan inkues menyiasat punca kematian Allahyarham Mohd. Adib (BACA DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI)...


Walau pun pada bilan Julai yang lalu, Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan yang menafikan beliau campurtangan dalam perjalanan inkues tersebut (BACA DI SINI), namun keputusan hakim Mahkamah Koroner menyatakan sebaliknya...

Seperti tulisan admin dalam keluaran-keluaran yang lepas, keadilan yang dituntut atas kematian Allahyarham Mohd. Adib, tidak ada kaitan dengan politik...

Ini bukan isu antara UMNO/PAS vs Pakatan Harapan dan ianya juga bukan mengenai isu DS Najib vs Dr. Mahathir atau isu mengenai perkauman tetapi ianya mengenai Kedaulatan Undang Undang Malaysia seperti yang tercatit dalam Rukun Negara...

Sikap yang ditunjukkan oleh Tommy Thomas sangat-sangat menjijikkan dan ianya adalah satu penghinaan secara terang-terangan ke atas proses keadilan di Malaysia...

Sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan, kes kematian Allahyarham Mohd. Adib bukanlah hanya satu-satu kes yang menimbulkan persoalan di kalangan rakyat Malaysia malahan masyarakat dunia...

Banyak lagi keputusan-keputusan kes yang dikendalikan secara langsung oleh Tommy Thomas menimbulkan persoalan...


Kes rasuah Lim Guan Eng yang digugurkan tanpa sebarang justifikasi (BACA DI SINI), kes salah guna dana RM1.5 bilion yang melibatkan Shafie Afdal (BACA DI SINI), perjalanan kes rogol amah rakyat Indonesia yang dilakukan oleh ADUN Tronoh merangkap Exco negeri PerakPaul Yong Choo Kiong (BACA DI SINI) sehingga mendapat bantahan dari kerajaan Indonesia, kes semburit yang membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali (BACA DI SINI) dan (BACA DI SINI) yang dilaporkan beberapa kali pihak Jabatan Peguam Negara memulangkan balik kertas siasata PDRM atas berbagai alasan...

Apa yang dicatitkan di atas cuma sebahagian kecil dari kes-kes kendalian Jabatan Peguam Negara yang menimbulkan tandatanya...

Kalau nak disenaraikan semuanya, senarainya akan menjadi sangat panjang...

Jelas Tommy Thomas telah gagal secara total untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab beliau sebagai Peguam Negara...

Malah bukan setakat gagal, beliau sendiri telah merobek prinsip Kedaulatan Undang Undang di Malaysia dan ianya bukan tuduhan liar atau pun fitnah tetapi pihak mahkamah sendiri yang telah mengesahkanya...

Kedaulatan Undang Undang Malaysia menjadi bahan lawak jenaka seluruh dunia, proses keadilan di mahkamah menjadi bahan ketawa kepada dunia perundangan dunia kerana yang menjadi badut bukanlah peguam biasa tetapi Peguam Negara Malaysia...

Kalau DS Najib secara 'gentleman' mengambil tanggungjawab moral meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Presiden Barisan Nasional kerana kegagalan Barisan Nasional dalam PRU 14 maka Tommy Thomas MESTI mengambil langkah yang sama untuk meletak jawatan sebagai Peguam Negara...

Seperti yang pernah admin siarkan sebelum ini, Tommy Thomas mesti letak jawatan secara terhormat sebelum disingkirkan dengan cara terbangsat (BACA DI SINI)...

Tuesday, September 24, 2019

Matlamat Membangsatkan Bangsa Melayu Sudah Hampir Menjadi Kenyataan


Mantan Perdana Menteri ke 6 dan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Razak pernah mengingatkan, bangsa Melayu akan TERBANGSAT di tanah air sendiri sekiranya kehilangan kuasa...

Kini, kebimbangan yang pernah dilontarkan oleh pemimpin itu semakin jelas kelihatan...

Hinanya besi kerana karat dan hinanya manusia kerana miskin...

Itu peringatan nenek moyang kita untuk kita ambil iktibar...

Sejarah Menceritakan Bagaimana Peribumi Yang Kehilangan Kuasa Ekonomi, Kuasa Pemerintahan Dan Berpecah Belah Akan Terbangsat Di Bumi Sendiri


Satu-satu bangsa akan dipandang mulia bila memiliki kuasa pemerintahan atau politik, menguasai ekonomi dan bersatu padu...

Tanpa ketiga-tiga perkara tersebut, bangsa akan dipinggirkan malah akan dibangsatkan walau pun di tanah air sendiri...

Sejarah menceritakan bagaimana bangsa Red Indian dibangsatkan di bumi Amerika oleh bangsa British yang pada mulanya hanyalah bangsa pendatang buangan kerana kesalahan jenayah (BACA DI SINI)...

Bangsa Melayu pernah dijajah dan dibangsatkan juga oleh bangsa British dan Eropah hingga kita langsung tidak mempunyai hak untuk bersuara, apa lagi untuk membuat keputusan di tanah air kita sendiri...

Serangan Tiga Penjuru Untuk Membangsatkan Bangsa Melayu

Sama ada kita sedar atau tidak sedar atau buat-buat tak sedar, bangsa DAP sedang menyerang bangsa Melayu dari 3 penjuru secara serentak...

Cuba kita lihat perkembangan mutakhir di tanah air kita...

Harta Bangsa Melayu Di Jual Hampir Tidak Bersisa


Sebaik saja berkuasa, tanpa lengah, harta pegangan Melayu dan Bumiputera terus jadi sasaran DAP...

Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Khazanah, IHH, sampaikan harta zakat pun DAP kacau (BACA DI SINI)...

Ada saja yang tak kena, ada saja fitnah yang ditaburkan...

Di war-warkan, kononnya bawah pentadbiran Barisan Nasional, berlakunya salah guna kuasalah, salah tadbir urus pegawai-pegawai kanan yang sebabkan kemelut kewangan lah...

Tapi bila hasrat dan cita-cita dah tercapai, cerita salah tadbir urus senyap begitu jer...

Matlamat utama ialah untuk melemahkan kuasa ekonomi bangsa Melayu!!!

Orang Melayu Dihalau Seperti Anjing


Bila kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO tumbang dalam PRU 14, maka yang tumbang sebenarnya bukan parti Barisan Nasional tapi yang tumbang sebenarnya ialah kuasa pemerintahan orang Melayu (BACA DI SINI)...

Bila ini terjadi, kerajaan yang dilantik tidak akan mampu membela nasib bangsa Melayu yang dizalimi...

Dan inilah yang sedang berlaku sekarang...


Bulan Julai 2019, penduduk Melayu di Kg. Jawa, Tronoh, Perak dihalau dari tanah milik mereka walau pun mereka memiliki geran yang sah (BACA DI SINI)...



Di Paya Jaras, Selangor, 72 penduduk Melayu dirobohkan rumah mereka tanpa perikemanusiaan kerana didakwa mereka adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), walau pun waktu berkempen PRU 14, mereka didatangi oleh perayu-perayu undi...

Ada juga yang didakwa menduduki secara haram ditanah tersebut walau pun setiap tahun mereka membayar cukai pintu...

Apa pun alasannya, mereka semua adalah bangsa Melayu dan rakyat Malaysia...

Mengapakah kerajaan begitu kejam merobohkan rumah mereka tanpa menyediakan tempat tinggal sementara sebelum rumah dirobohkan (BACA DI SINI)...

Tak tersentuhkah hati bila melihat ibu-ibu tua dan kanak-kanak terpinga-pinga meratap sambil mengalirkan airmata bila rumah mereka dirobohkan di hadapan mata mereka sendiri?



Ironinya, orang Melayu dirobohkan rumah mereka, tapi orang Cina dengan murah hatinya kerajaan negeri Selangor keluarkan geran tanah untuk mereka!!!



Dan terkini, perancangan untuk menghalau bangsa Melayu dari satu-satunya penempatan bangsa Melayu di bandaraya Kuala Lumpur, iaitu Kg. Baru...

Berbagai janji manis ditaburkan, mungkin semanis janji PRU 14 yang lalu...

Ibarat kail berduri yang bersalut umpan, penduduk ditawarkan dengan RM850 bagi setiap kaki persegi tanah yang akan mereka jual, sedangkan harga tanah yang berhampiran KLCC yang cuma bersebelahan Kg. Baru berharga hingga RM4,000 per kaki persegi (BACA DI SINI)...

Pembangunan Kg. Baru yang dirancangkan sudah pasti akan membina kondominium meeah yang berharga jutaan ringgit dan sudah pasti tidak mampu dibeli oleh penduduk Kg. Baru...

Siapakah yang akan memenuhi Kg. Baru selepas ini?

Sudah pastilah jutawan-jutawan Cina yang dah lama mengidamkannya akan menjadi penduduk baru di Kg. Baru...

Tiada lagi penempatan bangsa Melayu di Kg. Baru...

Cina boleh berbangga dengan China Town di Petaling Street, India boleh berbangga dengan Little India di Brickfields tapi Melayu cuma boleh tersenyum kelat kerana pernah menjadi bekas penduduk Kg. Baru...

Memecahbelahkan Perpaduan Bangsa


Bukan rahsia, DAP sangat takut dengan gelombang penyatuan ummah yang digerakkan oleh UMNO dan PAS...

Penyatuan ini dilihat DAP boleh mengancam bukan saja kuasa pemerintaham malah ekonomi bangsa Melayu yang telah berjaya mereka robekan...


Usai majlis menandatangani Piagam Penyatuan Ummah, DAP dengan pantas menyuruh lembu-lembu yang telah dicucuk hidung belaan mereka untuk merangka satu lagi program yang dinamakan Kongres Maruah Melayu yang juga berasaskan bangsa Melayu sebagai mengimbangi gelombang Penyatuan Ummah supaya sokongan orang Melayu akan terbahagi kepada dua...

Walau pun DAP cuba bersikap baling batu sembunyi tangan tapi dengan kecekapan rakyat mencari maklumat telah mendedahkan segala-galanya (BACA DI SINI)...

Ternyata program Kongres Maruah Melayu adalah saranan DAP dan mendapat tajaan kewangan sepenuhnya dari DAP (BACA DI SINI)...

Kita tidak merasa hairan bila mendapat tahu DAP berhempas pulas mahu membangsatkan bangsa Melayu seperti yang terjadi pada kaum Red Indian di benua Amerika Utara tapi kita merasa hairan, marah dan malu bila ada bangsa Melayu sendiri yang bersekongkol dengan DAP untuk membangsatkan anak bangsa mereka di tanah air sendiri (BACA DI SINI)...


Bangunlah bangsa Melayu, jangan lagi kita leka dan alpa kerana mereka telah berada di depan rumah kita, cuma menunggu masa dan ketika untuk menghalau kita keluar...