Monday, September 30, 2019

Wira Tak Didendang Dan Pengkhianat Yang Kecundang Dalam Menuntut Keadilan Untuk Allahyarham Mohd. Adib


27 September 2019, Hakim Mahkamah Koroner Shah Alam, Yang Arif Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan bahawa punca kematian Allahyarham Mohd. Adib disebabkan adanya perlakuan jenayah yang dilakukan oleh 2 orang atau lebih...

Keputusan yang dibuat oleh Yang Arif Koroner Rofiah Mohamad belum lagi menjamin keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib tetapi ianya membuka ruang yang lebih besar untuk keadilan ditegakkan...

Sebelum admin pergi jauh, elok rasanya dijernihkan kekeliruan masyarakat akibat dari propaganda pihak yang berkepentingan...

Ada sebahagian masyarakat yang terpedaya dengan kenyataan tak berasas pihak yang tak bertanggungjawab demi untuk menyelamatkan dalang yang cuba menafikan keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib...

Jangan kita salahkan pihak polis kerana hakikatnya pihak polis telah melakukan segala-galanya...


Portal ini pernah mendedahkan masaalah sebenar yang dihadapi oleh pihak polis selepas Allahyarham disahkan meninggal dunia bila pihak Jabatan Peguam Negara ENGGAN membenarkan siasatan kes dipinda dari Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas tuduhan CUBAAN MEMBUNUH yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 7 tahun kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan MEMBUNUH yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori (BACA DI SINI)...


Malah seawal kejadian rusuhan, pihak-pihak berkepentingan telah menuding jari kepada pihak polis dengan dakwaan kononnya disebabkan tindakan lambat pihak polis telah menyebabkan keadaan menjadi semakin parah (BACA DI SINI)...

Jadi janganlah kita terpengaruh dengan kenyataan tidak berasas pihak yang berkepentingan dalam kes kematian Allahyarham Mohd. Adib, kita mesti terus memberikan tekanan kepada mereka supaya bertanggungjawab atas sikap tidak bertanggungjawab mereka...

Wira Yang Tak Didendang Dalam Menuntut Keadilan Untuk Allahyarham Mohd. Adib


Keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib sangat berliku malah hampir dinafikan...

Namun kehendak Allah SWT pasti akan mengatasi perancangan makhlukNya...

Namun kita merasa bertuah kerana di bumi Malaysia masih ada insan-insan yang sanggup mengenepikan kepentingan diri demi untuk menegakkan keadilan...

Pasangan suami-isteri, Puan Syazlin Mansor dan Tuan Ahmad Soffian Sheriff, merupakan antara wira yang tak didendang dalam menuntut keadilan buat Allahyarham Mohd. Adib...

Tak ramai yang tahu pengorbanan dan liku-liku yang mereka telah lalui untuk perjuangkan kebenaran...

Syazlin membawa kes Allahyarham Mohd. Adib ini secara pro-bono, iaitu secara percuma...

Beliau tidak caj walau sesen pun, sama ada dari keluarga Allahyarham Mohd. Adib, mahupun dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atau pun Jabatan Bomba dan Penyelamat...

Malah ketika beliau mewakili kesemua pihak-pihak ini, segala perbelanjaan dan kos guaman keluar dari poket sendiri...


Melalui Syazlin inilah, saksi-saksi pakar Prof. Dr. Shahrom dan Dr. Amir Radzi dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah...

Dan melalui keterangan Prof. Dr. Shahrom dan Dr. Amir, Hakim Mahkamah Koroner pada telah memutuskan keterangan-keterangan pakar tersebut sebagai autoritatif...

Dan saksi-saksi pakar ini, kesemuanya memberikan keterangan secara suka rela tanpa caj walau sesen pun yuran pakar!!!


Ketika Peguam Negara, Tommy Thomas cuba untuk menyingkirkan peguam Syazlin dari mewakili KPKT dan Bomba dengan memberi gambaran kononnya Syazlin tidak kompeten...

Dalam kenyataannya, Tommy menuduh Syazlin telah melanggar prinsip guaman (conflict of interest), lalu Tommy menulis surat kepada Menteri KPKT, Zuraida, agar menamatkan perkhidmatan guaman Syazlin Mansor...

Bar(ua) Council juga pada ketika itu mengkritik Syazlin, Syazlin berisiko diambil tindakan disiplin...

Lebih memeritkan Syazlin, suami beliau, Soffian, pada waktu itu adalah setiausaha akhbar kepada menteri KPKT, Zuraida...

Bagi memastikan agar isterinya dapat terus memperjuangkan kebenaran dan keadilan dalam inkues Allahyarham Mohd. Adib, Soffian sanggup meletakkan jawatannya supaya tidak berlaku masalah kelak dan untuk mengelakkan tekanan kepada Syazlin yang mengambil pendirian bertentangan dari arahan atasan, iaitu orang-orang politik yang jahat dan tidak jujur...

Sedangkan pada waktu itu Soffian memegang jawatan yang kanan di pejabat menteri dengan gaji dan kelebihan-kelebihan yang enak dan lunak...

Prosiding inkues punca kematian Allahyarham Mohd. Adib bukan setakat memperlihatkan kepada kita betapa bila sampai masanya yang dikehendaki oleh Allah SWT, walau bagaimana dan siapa pun yang merancang untuk menutup kebenaran, pasti akan tewas, malah ianya juga menjadi bukti kepada kita, betapa nilai kemanusiaan itu akan melangkaui sempadan agama dan bangsa...


Kita melihat bagaimana seorang berbangsa India bernama R. Narresh yang tak pernah kenal Adib sepanjang hidupnya telah mengambil risiko diugut, dituduh berbohong dan terpaksa bersendirian sepanjang proses inkues semata-mata untuk menegakkan keadilan...

Berkali-kali lelaki berfizikal besar ini menahan air mata ketika menceritakan penderitaan Allahyarham Mohd. Adib pada saat-saat akhir kehidupannya...

Ramai yang tidak tahu, pada hari pengkebumian Allahyarham Mohd. Adib, R. Narresh telah menaiki bas dari KL Sentral menuju ke Kedah dan kemudian menukar bas pergi ke Masjid Kampung Tebengau dengan hanya berpandukan keratan berita, semata-mata untuk memberikan penghormatan akhir kepada Allahyarham Mohd. Adib...

Dan ramai yang tidak tahu, bahawa seorang lagi saksi bernama S. Suresh sangat takut memberikan keterangan kerana ancaman di media sosial...

R. Narreshlah orangnya yang memujuk dan memberi kekuatan kepada S. Suresh agar membantu siasatan...

Mereka ini adalah wira yang tidak didendang dalam menuntut keadilan buat Allahyarham Mohd. Adib di bumi Malaysia...

Malaysia perlukan lebih ramai Syazlin, Soffian, Shahrom, Amir, R. Naresh dan S. Suresh untuk keadilan terus ditegakkan di bumi Malaysia...

Di Sebalik Wajah Wira Tak Didendang, Ada Wajah Pengkhianat Keadilan

Setiap yang diciptakan Allah SWT atas mukabumi ini berpasang-pasang...


Ada peguam Melayu yang berambut karat dan mungkin sekarat hatinya, wallahualam, mempersoalkan kenapa kuil tidak dipanggil di dalam inkues (BACA DI SINI)...

Peguam nie mungkin keliru atau pura-pura keliru sebab nak tutup malu, inkues ini bertujuan mencari punca kematian...

Bukan mencari punca rusuhan...

Kalau punca rusuhan, Ganabatirau dan Waythamoorthy pun kena bagi keterangan...


Peguam Melayu berambut karat yang sama juga pernah mendahului mahkamah bila membuat kenyataan bahawa punca kematian Allahyarham Mohd. Adib adalah disebabkan dilanggar oleh van EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat dan bukannya kerana dipukul oleh perusuh (BACA DI SINI)...

Kita juga ada ahli politik yang mengambil kesempatan, kononnya mereka dahulu sebenarnya mahu menegakkan keadilan...


Baru sekarang berani upload gambar bersama Allahyarham Mohd. Adib sebagai sokongan...

Mana mereka semua ketika keluarga Allahyarham Mohd. Adib hidup tertekan!!!

Padahal merekalah yang selama ini menuduh tuntutan keadilan kepada Almarhum bersifat perkauman!!!

Setiap yang berlaku adalah atas izin Allah SWT dan setiap yang Allah SWT izinkan, pasti ada hikmahnya...

Hikmah yang dapat kita ambil dari prosiding inkues Allahyarham Mohd. Adib, adalah, jangan kita takut dan gentar sekiranya kita yakin bahawa kita berada di pihak yang benar...

Biarpun mereka mempunyai kuasa, namun jangan lupa Allah SWT Maha Berkuasa...

Biarpun mereka bijak dan licik mengatur perancangan, namun jangan lupa Allah SWT Maha Bijaksana...

Bila Allah SWT mengkehendakinya, walau seluruh umat manusia saling bantu membantu untuk menyorokkan yang hak, namun yang hak PASTI akan ditegakkan...


Mari bersama-sama kuta sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd. Adib dan teruskan memberi tekanan kepada kerajaan sehingga keadilan Mohd. Adib dapat dituntut sepenuhnya...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.