Semalam laman blog nie menulis mengenai sebahagian kecil kerosakan yang di lakukan oleh kerajaan PH selama setahun mereka mengambil alih kuasa pemerintahan negara (BACA DI SINI)...
Persoalannya, kenapa boleh jadi begitu?
Tidak semua dari menteri2 kabinet yang ada sekarang adalah orang yang tidak berpengalaman...
Mahathir sendiri mempunyai pengalaman selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri...
Guan Eng mempunyai pengalaman sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama 2 penggal...
Azmin Ali mempunyai pengalaman sebagai Menteri Besar yang mentadbir negeri terkaya di Malaysia, Selangor...
Muhyiddin Yassin mempunyai pengalaman sebagai Menteri Besar Johor, menteri kanan dalam kabinet dan juga Timbalan Perdana Menteri...
Apakah pengalaman mereka masih tidak mampu membimbing rakan2 mereka di dalam kabinet?
Apakah pengalaman mereka masih tidak cukup untuk melicinkan jentera pentadbiran negara?
Keadaan Ekonomi Negara Semakin Tenat Dan Rakyat Makin Tersiksa
Sewaktu berkempen untuk menjatuhkan kerajaan BN, slogan yang sering di laungkan ialah Selamatkan Malaysia...
9 Mei 2018, hari yang bersejarah dalam politik tanahair...
PH berjaya menumbangkan kerajaan BN yang telah memerintah selama 61 tahun dan tidak pernah tewas dalam 13 siri PRU...
Tapi selepas 365 hari PH membentuk kerajaan, rakyat Malaysia bukan saja tidak selamat malah kehidupan rakyat Malaysia jauh lebih buruk dari era pemerintahan kerajaan BN...
Puluhan ribu hilang pekerjaan baik di sektor awam, mahu pun swasta (BACA DI SINI)...
Kos kehidupan semakin meningkat dengan harga barang semakin melambung...
Memburukkan keadaan, puluhan ribu golongan B40 kehilangan pekerjaaan...
Para petani, peneroka Felda menderita akibat harga komiditi menjunam...
Bantuan sara hidup di hapuskan oleh regim PH...
Para pelabur saham kerugian berbilion ringgit akibat pasaran saham yang menjunam...
Nilai RM semakin lemah di pasaran matawang antarabangsa...
Persoalannya mengapakah keadaan ini berlaku?
Kerosakan Ekonomi Yang Di Lakukan Oleh PH
Tak dapat di nafikan, kerajaan BN di jatuhkan kerana rakyat terpedaya dengan hasutan dan fitnah yang di sebarkan oleh PH...
Demi untuk membuktikan kerajaan BN adalah kerajaan kleptokrasi, di awal pemerintahan kerajaan PH mengisytiharkan bahawa kononnya hutang negara melebihi RM1 trilion dan bukannya RM686.6 juta seperti yang di isytiharkan oleh regim terdahulu...
Lebih memburukkan keadaan bila kerajaan PH mengumumkan Malaysia berada di ambang muflis sekiranya masaalah hutang negara tidak di tangani dengan baik...
Ini adalah satu pembohongan yang akhirnya memakan diri sendiri...
Pembohongan kerajaan PH mengakibatkan pasaran saham menjunam, pelabur asing meninggalkan pasaran saham kerana keyakinan mereka hilang dan menyebabkan nilai aset pelaburan GLC seperti PNB, Khazanah dan Tabung Haji menguncup...
Negara mengalami kekurangan aliran tunai yang cukup serius...
Keadaan menjadi semakin kritikal apabila PH cuba menutup kesilapan mereka dengan melakukan satu kesilapan lain...
Aset2 GLC seperti PNB, Khazanah dan Tabung Haji di jual sewenang2nya untuk mengatasi masaalah aliran tunai negara...
Tidak cukup dengan menjual aset2 bernilai negara, Petronas pula DI JARAH berbilion ringgit!!!
PH melakukan satu lagi kesilapan yang besar bila mengumumkan membatalkan semua projek mega infrastruktur rakyat yang berpotensi tinggi seperti ECRL dan HSR...
Memburukkan keadaan adalah 'mulut longkang' Mahathir dan sikap besar kepala beliau terhadap kuasa ekonomi dunia, China, yang berkepentingan dalam projek2 tersebut...
Menuduh negara China sebagai 'penjajah ekonomi', di bumi China dan di hadapan Perdana Menteri China dalam satu sidang media antarabangsa sempena lawatan pertama Mahathir ke China adalah satu perbuatan yang sangat TIDAK BERADAB!!!
China adalah pembeli terbesar komoditi Malaysia dan akibatnya bila China mengurangkan impot komoditi Malaysia sebagai 'hukuman' atas sikap biadab Mahathir, berlaku lambakan komoditi di Malaysia dan yang menjadi mangsa ialah golongan petani dan peneroka Felda yang memberikan kemenangan pada PH dalam PRU 14...
Dendam Peribadi Mahathir Yang Membuat Rakyat Menderita
Isu 1MDB sengaja di jadikan senjata sebagai 'character assissination' pemimpin BN dalam bentuk fitnah yang cukup kejam...
Tertekan dengan keadaan krisis ekonomi dunia, rakyat yang sedang di himpit dengan kos sara hidup waktu itu, di hasut dengan dakyah segala keperitan yang di alami adalah kerana berlakunya salah laku pemimpin BN ketika itu...
Fitnah pun di taburkan dengan memberi gambaran, pemimpin bermewah2 dengan duit rakyat tetapi rakyat di biarkan terkapai2...
Termakan dengan hasutan dan fitnah, maka berlaku tsunami politik di PRU 14 dan kerajaan BN berjaya di tumbangkan dengan kuasa rakyat...
Apakah benar apa yang di dakwa oleh pemimpin PH bahawa 1MDB di gunakan oleh pemimpin BN sebagai alat untuk merompak duit rakyat dan negara?
Hingga ke saat ini, belum ada bukti yang sahih dan meyakinkan, perbicaraan di minta tangguh oleh pihak kerajaan dan keterangan saksi pendakwaan juga tidak membantu pihak pendakwaan (BACA DI SINI)...
Hakikatnya konspirasi menjatuhkan kerajaan BN dengan menggunakan isu 1MDB adalah kerana dendam peribadi Mahathir kepada DS Najib...
Hanya kerana permintaan peribadi untuk melindungi anak2 serta kroni, Mahathir sanggup memperjudikan nasib rakyat dengan menjatuhkan pemimpin seperti DS Najib...
Ianya juga untuk menutup penjarahan yang pernah di lakukan oleh Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ke 4...
Demi melunaskan dendam peribadi, Mahathir sanggup bersekongkol dengan DAP, parti yang beliau sendiri katakan sebuah parti rasis...
Dan dendam Mahathir menjadi barah kepada diri beliau, apabila beliau menjangkakan legasi DS Najib akan terus berkubur selepas di jatuhkan yelah menjadi sebaliknya...
DS Najib bukan saja makin di terima rakyat malah rakyat semakin menyayangi DS Najib bila menyedari bahawa selama ini telah tertipu dengan permainan fitnah dendam Mahathir dan ini menjadikan dendam dan kemarahan Mahathir terhadap DS Najib semakin membara...
Mahathir lebih banyak menggunakan masa dan jawatan Perdana Menteri untuk terus menyerang DS Najib, tapi Mahathir lupa, keadaan sekarang jauh berbeza dengan keadaan beliau menjadi Perdana Menteri ke 4...
Pembohongan2 dan hasutan beliau dengan mudah dapat di tangkis dengan fakta oleh DS Najib dan melalui penjelasan DS Najib dalam media sosial, akhirnya rakyat sedar, yang mana kaca dan yang mana permata...
Ini menyebabkan rakyat sendiri mengecam setiap kenyataan Mahathir dan populariti Mahathir jatuh merudum selepas PRU 14...
Usaha2 ke arah memulihkan ekonomi bukan saja tidak di beri perhatian oleh Mahathir malah kerana marah dengan respon rakyat yang mengecam setiap kenyataan yang beliau keluarkan, Mahathir memperkenalkan dasar pengurangan penjawat awam atas alasan ramai penjawat awam tidak setia dan tidak menyokong kerajaan PH...
Tiada Halatuju Dan Mempunyai Matlamat Yang Berbeza Punca Segala Masaalah Yang Menyiksa Rakyat
Mahathir sibuk dengan dendam peribadi yang tiada penghujung...
DAP pula sibuk dengan agenda rasis mereka (BACA DI SINI)...
Puak liberal dalam PKR pula sibuk dengan agenda perjuangan hak2 puak liberal (BACA DI SINI)...
Kegawatan hidup rakyat di pinggirkan begitu saja...
Masa selama satu tahun atau 365 hari adalah lebih dari mencukupi sekiranya PH benar2 fokus untuk menyelesaikan masaalah ekonomi yang mereka cipta...
Apakah kita akan terus membiarkan mereka merosakkan negara?
Ramai rakyat Malaysia sudah sedar dan merasakan sendiri penderitaan selama 365 hari bawah pemerintahan PH...
PRU 15 bakal menyaksikan, satu lagi kerajaan akan di tumbangkan oleh kuasa rakyat...
PH tak pernah muak untuk mempolitikkan segala kemusnahan yang mereka telah lakukan tapi rakyat sudah muntah dengan permainan politik jijik mereka...
Maka benarlah kata2, kerajaan yang di bina atas dasar fitnah tidak akan kekal lama...
In Sya Allah, PH akan di nobatkan sebagai kerajaan sepenggal bila rakyat mengundi dalam PRU 15...
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.