Saturday, April 27, 2019

Parti Cauvinis DAP Sedang Menyerang Masyarakat Malaysia!!!


Semasa mendominasi pakatan pembangkang dahulu, sikap cauvinis mereka amat ketara sekali...

Kini DAP telah menang pilihan raya dan mendominasi kerajaan Pakatan Harapan, sikap mereka tetap sama...

Mereka tetap cauvinis dan rasis... 

DAP Cuba Gagalkan Penyatuan Ummah Dengan Serangan Terhadap UMNO Dan PAS



DAP kini cuba mengheret kerjasama UMNO-PAS dari sudut songsang perkauman yang negatif...

Di dalam strategi peperangan terbuka (conventional warfare), tembakan pemula haruslah kuat dan memusnahkan sasaran semaksima mungkin...

Sasaran boleh di musnahkan oleh tembakan artileri dari darat atau serangan udara dari jet2 pejuang...



Inilah yang di mulakan Lim Guan Eng...

Istilah perang ke atas bukan Melayu oleh LGE adalah sangat melampau serta besar impaknya...

Tembakan itu berhasil menimbulkan keraguan kaum bukan Melayu-Islam terhadap kerjasama ini...

Masyarakat bukan Melayu-Islam akan fobia manakala golongan Melayu-Islam liberal pula akan memandang sinis kerjasama ini...

Tembakan pertama LGE berjaya memusnahkan sasaran... 



Tembakan kedua LGE yang menukar istilah perang kepada sasaran memusnahkan lagi sasaran (kerjasama UMNO-PAS) dan menguatkan lagi kesatuan bukan Melayu-Islam...

LGE berjaya menembak sasaran beliau dua kali dengan percikan publisiti besar2an...



Tembakan artileri kedua dalam cubaan DAP menghancurkan kerjasama UMNO-PAS ini datangnya dari Nga Kor Ming...

Istilah melampau ‘Taliban’ yang di guna beliau sengaja dicetus bagi membangkitkan kebimbangan masyarakat...

Umum mengetahui istilah Taliban merujuk kepada pelampau agama di Afghanistan... 



Hakikatnya, kerjasama UMNO-PAS tidak bersifat melampau... 

Ia bersifat mempertahankan kepentingan dari ancaman golongan yang tidak bertanggungjawab...

Istilah Taliban berjaya menaikkan moral bukan Melayu-Islam demi kesatuan mereka untuk terus prejudis dengan kerjasama ini... 

Nga Kor Ming bijak memilih senjata pemusnah untuk di gunakan dengan tujuan ‘discredit‘ lawan...

Setelah sasaran di percayai musnah, barulah ketumbukan tentera infantri (askar berjalan kaki) memasuki kawasan musuh dengan misi memusnahkan saki baki musuh bagi mencapai kemenangan total... 



Dalam situasi ini, strategis DAP Liew Chin Tong cuba menyusup masuk dalam pemikiran masyarakat Malaysia apabila mengibaratkan kerjasama UMNO-PAS seperti teori bumi hangus...

Chin Tong mengumpamakan Pakatan Harapan yang di dominasi DAP sebagai mangsa kekejaman serangan dari dua arah oleh kerjasama UMNO-PAS serta MCA-MIC yang cuba menghancurkan golongan bukan Melayu-Islam di Malaysia...

Chin Tong mengandaikan kerjasama UMNO-PAS akan menyerang Melayu-Islam di dalam PH manakala MCA dan MIC akan keluar dari BN dan menyerang kelompok bukan Melayu-Islam di dalam PH. DAP dan PH diandaikan akan terbakar hangus jika kerjasama UMNO-PAS menjadi realiti... 



DAP sedang bermain api perkauman dan menghina darjat intelektual masyarakat moden Malaysia dengan pemikiran seperti ini... 



Apakah DAP sebagai parti paling rasis di Malaysia telah mengguna pakai taktik bumi hangus demi survival mereka selama ini? 

Apakah kerana itu mereka sering menyangka pihak lain akan mengguna taktik jijik seperti mereka?

Selalunya, satu jari telunjuk menunjuk kesalahan orang lain, 4 jari menunjuk ke arah sendiri...

Itulah parti rasis DAP...



Selagi mana tidak tunduk kepada kemahuan DAP, selagi itulah DAP akan menyasar dan memerangi mereka...

Sikap ini saling tidak ubah seperti fahaman komunis dan Taliban...

Zaman berubah, namun pegangan terhadap ideologi menyerupai komunis mahupun Taliban tetap teguh bagi DAP...

Di Malaysia, fahaman seperti ini amat bahaya bagi kestabilan politik negara...



Mereka adalah parasit yang meracuni kontrak sosial anjuran pemimpin Malaysia terdahulu... 

Mereka adalah pengkhianat kepada perjuangan nenek moyang kita dahulu...

Serangan DAP amat strategik dan halus sekali...



Strategi Melayu Skru Melayu tetap di guna pakai...

Demi mengelak serangan balas Melayu-Islam terhadap mereka (DAP), mereka menggunakan PAN (AMANAH) sebagai perisai...

Mat Sabu membuktikannya semalam apabila beliau mempertahankan LGE yang menyasarkan perang terhadap kerjasama UMNO-PAS...

Apakah Mat Sabu selesa dengan elemen komunis dan Taliban dalam DAP? 

Tidak perlu bertanya lanjut kerana kita pasti tahu jawapannya…



Maka itu berhati2lah dengan serangan serta jarum halus DAP, parti perosak negara yang akan sentiasa berusaha memusnahkan keamanan dan kedamaian negara yang telah terbina sekian lama…

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.