Sunday, April 28, 2019

U-Turn Projek Mega Adalah Bukti Pembohongan Dan Fitnah PH Selama Ini


Apabila Dato' Seri Najib tumbang pada 9 Mei, sebahagian rakyat berharap akan ada kisah2 buruknya yang dapat di buktikan oleh kerajaan sedia ada...

Tetapi setelah hampir setahun, ceritanya terbalik...

Kisah kisah duit yang di transaksi bagi kepentingan diri langsung belum ada asas bukti...


Yang di dedah di mahkamah kebanyakannya duit yang di berikan bagi membantu pendidikan keluarga balu, pembaikian bekalan air bagi imarah pelajar tahfiz dan penyaluran dana yayasan bagi kebajikan rakyat...


Mana transaksi duit negara yang di guna bagi pembelian berlian pink, beg Birkin dan jam Hublot Big Bang?

Mana RM1 bilion tunai dan barang berharga yang di rampas dahulu kononnya hasil rompakan perbendaharaan negara?

Malah dalam mahkamah juga di buktikan bagaimana beliau dan keluarga sebenarnya tidak begitu kerap tinggal di istana ratusan juta Seri Perdana Putrajaya...

Sebaliknya lebih banyak hidup berkeluarga di kediaman peribadinya di Langgak Duta...

Ini apa?

Beliau sebenarnya diktator jenis apa?


ECRL yang di nista sebagai projek mahal yang membayar hutang 1MDB, rupanya berharga (BACA DI SINI), sebegitu kerana kerasnya tekad beliau untuk menyeimbangkan ekonomi antara dua kawasan Timur-Barat di Semenanjung Malaysia...


Tun Razak Exchange yang di kata sebagai bukti beliau menjarah negara akhirnya di iktiraf sebagai antara aset terbaik kita oleh kerajaan semasa (BACA DI SINI)...


Bandar Malaysia yang di katakan menggadai pertahanan negara kerana di dirikan di atas tanah asal Airport Sungai Besi akhirnya di teruskan kerajaan baru dan di akui sebagai projek yang akan menjana ekonomi dan menggerakkan pelaburan dari pelusuk dunia (BACA DI SINI)...


Kawasan Perindustrian Kuantan China-Malaysia (MCKIP) seluas 3000 ekar yang di katakan bukti beliau menjual tanah ibunda, rupa2nya di balas dengan 7,400 ekar tanah industri di Qinzhou (CMQIP) oleh kerajaan China...

Sehinggakan pelaburan di sana pada awal 2017 sahaja mencecah USD5 bilion dan menghasilkan manfaat ekonomi besar buat negara...

Bila Allah SWT Membuka Hijab Kebenaran, Tiada Satu Kuasa Yang Dapat Menutupnya


Golongan yang mengharapkan kejahatan beliau di bongkar, tetapi Allah SWT menetapkan bagaimana satu demi satu hijab kebaikannya di buka...

Lebih 1,400 tahun yang lalu, Rasulullah SAW telah mengingatkan kita mengenai kedatangan zaman fitnah...


Baginda Rasulullah SAW berdoa pada Allah SWT agar pemimpin yang zalim akan di berhadapan dengan halangan demi halangan...


Imam Syafie rahimullah memberi panduan kepada kita, bagaimana membezakan antara pemimpin yang adil dengan pemimpin yang zalim...

Jadi yang gigih menyebar dan berdondang tentang penyelewangannya dahulukala, bagaimana sebenarnya kalian masih mampu tidur malam dengan lena?

Kalau kerajaan yang di tegakkan dengan anak panah2 iblis boleh membuat U-Turn sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesan dan perasaan rakyat, apakah yang menghalang kita dari beralih arah...

Masih belum terlambat untuk kita berpatah balik...


Sama2 kita tentang kezaliman yang di lontarkan ke atas DS Najib yang selama ini banyak memperjuangkan kedaulatan Islam dan bangsa Melayu...

Janganlah kita menjadi seperti Firaun, apabila nyawa sampai di khalkum, baru mahu mengakui kebenaran...

Kerana waktu itu, segala2nya sudah terlambat!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.