Friday, May 31, 2019

Apa Sebenarnya Mahathir Mahu Dan Apa Yang Rakyat Perlu Tahu!!!


TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai Rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!!!


Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB, penubuhan siasatan Di Raja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk di sabitkan kesalahan pada Najib (BACA DI SINI)...

Kini semuanya sudah nyata dan jelas...

100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui...

Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu di tumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS dan juga tak mahu aset2 negara di jual ke negara luar...

Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka...

Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa...

Segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja...


Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?

Akan tercatit dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...

FItnah, pembohongan, putar belit serta hasutan di mainkan begitu meluas dengan mengetepikan ajaran Islam kerana nafsu mengatasi segalanya...

Buruknya pemimpin kerana buruknya rakyat dan rosaknya pemimpin kerana kebodohan rakyat...

Pasti bukan kerana apa yang Mahathir dan kuncu2nya berkata negara akan bankrap, Najib menyamun harta rakyat, Najib menzalimi rakyat dengan GST, ekonomi negara meleset teruk, Najib menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak...

Tapi jawaban sebenarnya :

MAHATHIR KEMARUK DUNIA...
BUKTINYA BAPA PM ANAK MB...

Fakta Yang Terpaksa Mahathir Telan


*Ekonomi Malaysia Stabil*

*Rezab Negara RM430 Billion, tertinggi dalam sejarah negara*

*Apungan harga minyak kekal seperti biasa sehingga menjumpai mekanisme baru*

*Tol tidak di hapuskan kerana masaalah penyelenggaraan*

*Pelaburan China, ECRL bagus dan di teruskan*

Astaghfirullahal adzim...

Selama ni FITNAH rupanya...

Fitnah modal melonjak di tampuk kuasa...

Lupa peringatan Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Mafhumnya :

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"... 

Al Hujurat : 6

Kasihan DS Najib...

Semoga Kita Semua dijauhi Azab dan Bala Allah

Malaysia Semakin Hampir 'Menghalalkan' LGBT?


Baru2 ini, kita di kejutkan dengan berita Lee Huan Wu, cucu kepada bekas pemimpin utama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew telah 'berkahwin' dengan pasangan gay beliau Hang Yirui di Cape Town, Afrika...

Dalam Twitter Lee Huan Wu, beliau mengatakan, "Hari ini saya mengahwini pasangan sehati sejiwa saya"...


'Pasangan' beliau, Hang Yirui juga memuatnaik status yang sama dalam akaun Instagram beliau...

Pendirian Mendiang Lee Kuan Yew Mengenai Homoseksual


Pendirian mendiang Lee Kuan Yew dalam isu LGBT jelas menampakkan pendirian yang tidak konsisten...

Dalam dirinya sebagai pemimpin veteran yang berfikiran konservatif, beliau jelas tidak bersetuju dengan amalan LGBT...

Tapi sebagai seorang ahli politik veteran yang mementingkan survivor politik dan legasi politik beliau, Lee Kuan Yew memberikan komen yang cukup longgar dengan memberikan ruang yang cukup selesa pada pengamal LGBT di Singapura...


Sikap dan pendirian Lee Kuan Yew itu di warisi oleh anak beliau Lee Hsien Leong, Perdana Menteri Singapura sekarang dan hasilnya pengaruh LGBT semakin meluas di Singapura...


Walau pun dari sudut perundangannya, Singapura masih lagi belum 'menghalalkan' amalan LGBT, malah mempunyai undang2 yang boleh menghukum amalan seks luar tabie di bawah Seksyen 377A, namun sikap pemimpin mereka yang mementingkan survivor politik telah menjadikan Singapura sebagai bumi yang subur bagi pengamal LGBT...


Apakah Malaysia Juga Akan Membuka Pintu Untuk LGBT?


Perdana Menteri Malaysia, Mahathir adalah seorang Islam yang cukup moderate...

Malah boleh di kategorikan sebagai moderate terlampau...

Seperti Lee Kuan Yew, bagi Mahathir, kelangsungan kuasa politik adalah lebih penting dari segala2nya...

Secara peribadi, kita tidak pasti sama ada Mahathir seorang yang menyokong atau menentang budaya LGBT...


Memang benar, Mahathir pernah keluarkan kenyataan Malaysia tidak boleh menerima budaya LGBT...

Tapi apakah itu pendirian Mahathir?


Masih boleh di sangsikan kerana anak Mahathir, Marina, adalah seorang pejuang tegar LGBT, malah cucu Mahathir pula adalah seorang pengamal budaya LGBT...

Jadi kenapa Mahathir keluarkan kenyataan Malaysia tidak akan menerima budaya LGBT?

Sama seperti Lee Kuan Yew dan Lee Hsien Leong, ianya adalah semata2 kerana kepentingan untuk terus berkuasa dalam politik, kerana Mahathir tahu, secara keseluruhan budaya masyarakat Malaysia menolak sekeras2nya budaya LGBT dan sekiranya Mahathir membuat kenyataan memberi ruang kepada LGBT di Malaysis, maka peluang untuk terus berkuasa akan terjejas!!!


Bolehkah rakyat Malaysia mengharapkan Anwar Ibrahim menghalang budaya LGBT dari masuk ke Malaysia...

Malas nak cakap, tanyalah diri kita sendiri!!!

Macam mana pula dengan parti Amanah...


Jelas lagi bersuluh, Amanah akan 'menghalalkan' apa saja yang di lakukan oleh DAP kerana bagi Amanah, pemimpin2 DAP adalah 'imam2 besar' mereka yang 'HARAM' di engkari atau di bantah!!!


Apakah DAP akan menghalang budaya LGBT dari masuk ke Malaysia?

Kalau dah PAP dah mula menghalalkannya di Singapura, maka DAP pasti akan membuka pintu seluas2nya untuk LGBT masuk ke Malaysia...

Cucu mendiang Lee Kuan Yew, mantan Perdana Menteri Singapura dah melakukannya dan sekarang mungkin sedang 'berbulan madu'...

Apakah cucu Mahathir, Perdana Menteri Malaysia juga akan melakukan perkara yang sama?

Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia, apakah kita akan terus berdiam diri!!!

Thursday, May 30, 2019

Saidina Umar Pun Tak Sedia Lakukan, Tinggi Maqam AP JB...?


Macam2 gila ada pada kerajaam PH nie...

Ada gila salah titik perpuluhan...

Ada gila pada janda meletop...

Ada gila nak jual harta negara...

Yang terbaru, gila nak cari publisiti murah...

Akmal Pertahankan Keputusan Berbuka Puasa Di Kuil


MP Johor Baru, merangkap Ketua Pemuda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah b Mohd. Nasir, tetap mempertahankan keputusan dan tindakan beliau untuk mengadakan majlis berbuka puasa di kuil Gurdwara, kuil masyarakat Sikh (BACA DI SINI)...


Apa yang lebih melucukan, bila Akmal di kecam hebat oleh netizen dan sebahagian mesyarakat, Akmal mengatakan beliau sudah buat rujukan sebelum membuat keputusan tersebut (BACA DI SINI)...

Admin tak tahu dengan siapa budak Akmal nie rujuk...

Yang pastinya bukan pihak mufti atau Jabatan Agama Islam Johor sebab kedua2 pihak tak berikan apa2 respon atas kenyataan Akmal tu...

Mungkin Akmal rujuk pada 'Mursyidul Am DAP, Lim Kit Siang' atau mungkin juga Akmal rujuk pada Ketua Sami Sikh!!!

Ada Penjilat PH Yang Pertahankan Tindaka Akmal!!!


Ada pula penyokong PH yang cumba pertahankan perbuatan Akmal dengan buat kenyataan bahawa tidak salah berbuka di kuil...

Siap 'quote' hadis baginda Rasulullah SAW yang mafhumnya :


"Semua bumi Allah SWT adalah halal untuk kita bersujud kecuali tandas dan kubur"...

Jadi kata mamat tu lagi, tak SALAH kalau berbuka puasa di kuil kalau berdasarkan peda hadis tersebut...

Amboi, senangnya keluarkan fatwa bro...

Admin ada beberapa soalan pada penyokong tegar PH tu :

》Apa taraf hadis tu, Hadis Hassan, Hadis Sahih, Hadis Daif?

Dan kalau masuk dalam kategori mutawatir, adakah ianya Mutawatir Lafzi atau ianya Mutawatir Ma'nawi?

Hukum yang ada dalam hadis yang di petik oleh penyokong tegar PH tu ialah mengenai hukum kesucian tempat kita sujud pada Allah SWT...

Maksudnya, Rasulullah SAW menegaskan, sujudlah di mana2 tempat di atas muka bumi ini kecuali kubur dan tandas...

Dan di tetapkan kubur adalah tempat yang HARAM untuk kita adalah kerana HARAM kita sujud pada makhluk selain dari Allah SWT...

Apa yang ada di kubur?

Dah tentulah jasad anak Adam yang telah reput dan untuk mengelakkan fitnah maka Rasulullah SAW melarang kita bersolat di kubur...

Tandas pula adalah tempat tempat yang penuh dengan najis maka dah tentulah tempat tu tak suci untuk kita sujud pada Allah SWT...

Jadi apa kena mengenanya dengan berbuka puasa?

Berbuka puasa dalam tandas pun tak SALAH tapi adakah wajar kita menggunakan hadis di atas untuk pertahankan keputusan kita untuk berbuka puasa dalam tandas?

Jadi kalau tak belajar ilmu hadis, nasihat admin  janganlah sesuka hati nak manipulasi hadis untuk tegakkan benang yang basah...

Rasulullah SAW adalah manusia yang paling layak di jadikan contoh termasuk dalam sikap toleransi beragama baginda terhadap kafir zinni yang ada di zaman baginda...

Terdapat kuil2 atau rumah2 ibadat kaum Yahudi dan Nasrani di zaman baginda...

Bukalah kitab sirah, tidak ada satu pun dari ribuan kitab sirah yang di tulus ulamak meriwayatkan baginda atau para sahabat pernah berbuka puasa di mana2 kuil atau rumah ibadat...

Hatta berbuka puasa bersama2 orang kafir zinni apa lagi kalau kafir harbi, tidak ada tercatit dalam kitab sirah baginda atau para sahabat baginda pernah lakukan!!!

HARAM Menjual Agama Untuk Kepentingan Dunia


Kepimpinan melalui teladan...

Memang bagus kalau pemimpin menunjukkan sikap toleransi beragama terutamanya dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia...

Namun ugama Islam ada batasan dan sempadan dalam menunjukkan sikap toleransi terutamanya terhadap golongan kafir...

Apakah cuma dengan berbuka puasa di kuil saja, Akmal boleh berikan contoh tauladan yang baik pada masyarakat?

Banyak lagi perkara yang boleh di lakukan, seperti memberikan bantuan kepada golongan kafir yang fakir dan miskin...

Pemimpin adalah salah satu dari sumber fitnah di akhir zaman...

Sebab itu Rasulullah SAW dan para sahabat baginda akan berfikir dulu sebelum bertindak, untuk mengelakkan fitnah...

Sebagai contoh, Saidina Umar pernah menolak untuk solat dalam gereja, bukan kerana bertujuan menghina ugama Nasrani, tetapi untuk mengelakkan fitnah...

Dan isu iftar di kuil, telah di jawab dan di jelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan (BACA DI SINI)...

Jadi tak perlulah Akmal cuba tegakkan benang yang basah lagi atau Akmal merasakan darjat beliau lebih tinggi dari Saidina Umar di sisi Allah SWT!!!

Wednesday, May 29, 2019

Tinggal Beberapa Hari Inkues, AG Baru Nak Arah Peguam Bomba Berundur?

Selepas Saksi Di Ugut, Peguam Pula Terima Tekanan


Apakah keputusan terhadap inkues menentukan punca kematian Allahyarham Mohd. Adib sudah di tentukan?

Ada asasnya kenapa admin bertanya soalan begitu...



Tentu kita masih ingat lagi, bagaimana rakyat Malaysia di gemparkan dengan berita saksi ke 24 dan saksi ke 27, prosiding inkues punca kematian Allahyarham Mohd. Adib, Dr. Mohd. Hafizam Hasmi dan Datuk Dr. Mohd Shah Mahmood membuat lapuran polis kerana mendakwa mereka telah di ugut oleh salah seorang saksi (di dakwa saksi ke 29, Prof. Dr. Shahrom Abd. Wahid)...

Bagaimana pun, Prof. Dr. Shahrom telah membuat lapuran balas kepada polis dengan mendakwa, lapuran beliau di dakwa mengugut atau mengganggu saksi ke 24 dan saksi ke 27 adalah palsu (BACA DI SINI)...

Apa sebenarnya yang berlaku antara ketiga2 dokltor pakar forensik nie...

Krisis antara mereka bertiga bermula bila Prof. Dr. Shahrom mempertikaikan keterangan yang di beri oleh saksi ke 24 dan saksi ke 27 tersebut...

Admin petik apa yang di katakan oleh Prof. Dr. Shahrom seperti yang di lapurkan oleh wartawan Bernama :

Saksi ke-29 itu berkata kekeliruan wujud sama ada Muhammad Adib keluar sendiri daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), ditarik oleh orang lain dan ketiga, Allahyarham mengalami kecederaan akibat terhimpit antara dua permukaan keras...

"(Dalam) laporan (bedah siasat) ini, pakar (daripada Hospital Kuala Lumpur yang menjalankan bedah siasat), menyatakan dia tidak pasti," katanya ketika menjawab soalan peguam Syazlin Mansor mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada prosiding inkues hari ke-29, di sini hari ini...

Saksi itu berkata beliau juga keliru dengan keterangan (saksi pakar) yang di kemukakan di mahkamah bahawa Muhammad Adib turun dan kemudian di langgar pintu van EMRS lalu terhumban ke bahu jalan...

Beliau berkata ini bercanggah dengan rumusan laporan bedah siasat oleh pakar sama yang tidak dapat menentukan sama ada anggota bomba tersebut turun sendiri atau di tarik oleh orang lain...

Saksi itu berkata hipotesis yang mengatakan Muhammad Adib turun sendiri daripada van EMRS dan kemudian di langgar pintu van ketika mengundur juga adalah tidak benar dan perlu di uji...

Beliau berkata berdasarkan 'controlled experiment' (uji kaji terkawal) yang di lakukan pihaknya, adalah 'almost improbable' (hampir mustahil) untuk mengatakan pelanggaran itu boleh mematahkan mana2 tulang rusuk anggota bomba berkenaan...

"Hipotesis mengatakan mangsa (Muhammad Adib) turun sendiri daripada van EMRS dan di langgar pintu depan EMRS ketika undur...

"Kemudian terhumban ke depan dan lepas itu landed (terdampar) di bahu jalan"...

"Saya dapati hipotesis tidak di uji," katanya...

Dr. Shahrom juga berkata Muhammad Adib berkemungkinan besar di serang oleh perusuh yang datang dari arah belakang atau berhampiran van EMRS pada awal pagi, 27 Nov tahun lepas...

Beliau berkata berdasarkan eksibit I38 iaitu video dua kenderaan bomba mengundur, sekumpulan perusuh datang dari arah depan jentera Fire Rescue Tender (FRT) yang berada di depan van EMRS...

Dr. Shahrom berkata sekiranya Muhammad Adib melihat perusuh datang dari arah depan ke pintu van EMRS untuk menyerang, mangsa mempunyai prejudis yang beliau akan di serang...

"Kemungkinan besar, terdapat orang lain dari belakang datang ke arah Adib"... 

"Tiba-tiba dia diserang,” katanya...

Rasanya, sudah terang lagi bersuluh, kenapa ada konspirasi untuk melucutkan kredibiliti Prof. Dr. Shahrom sebagai saksi prosiding inkues dengan membuat lapuran polis dan mendakwa kononnya beliau telah mengugut saksi ke 24 dan saksi ke 27 prosiding inkues Allahyarham Mohd. Adib...

Belum lagi reda dengan berita tentang lapuran oleh oleh 2 orang pakar forensik, kita di kejutkan pula dengan berita, Puan Syazlin Mansor, peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan keluarga Allahyarham Mohd. Adib, tiba2 mengumumkan menarik diri dari prosiding inkues punca kematian Allahyarham Mohd. Adib!!!

Syazlin Mansor ialah peguam yang mewakili 3 pihak berkepentingan (seperti yang tercatit di atas) dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dan di percayai berpunca daripada tekanan pihak tertentu...

Apa implikasinya bila Syazlin menarik diri dari inkues tersebut?



Saksi ke 29, Prof. Dr. Shahrom ialah saksi yang di panggil oleh Syazlin dan bila Syazlin menarik diri dari prosiding inkues tersebut, maka dengan sendirinya, keterangan yang di berikan oleh saksi ke 29, tidak akan di guna pakai oleh Mahkamah...

Maka penjelasan dari Prof. Dr. Shahrom yang mencabar keterangan yang di berikan oleh saksi ke 24 dan saksi ke 27 (yang mengatakan punca kematian Allahyarham Mohd. Adib berpunca dari hentakan dari kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat) dengan sendirinya akan terbatal...

Maka mahkamah cuma akan mengambil kira keterangan yang di buat oleh saksi ke 24 dan saksi ke 27 sahaja...

Apakah sebab sebenarnya Syazlin menarik diri?



Apakah ini satu lagi konspirasi pihak2 yang melibatkan Peguam Negara dalam menentukan keputusan mahkamah?


Terkini, Peguam Negara ada mengemukakan alasan kenapa Syazlin 'di nasihatkan' untuk berundur (BACA DI SINI)...



Dan Malaysiakini juga melapurkan perlantikan Syazlin di lakukan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tanpa pengetahuan Tommy Thomas (BACA DI SINI)...

Apa yang lebih menarik ialah pihak Jabatan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan, 'Ini boleh mencetuskan konflik kepentingan sekiranya keluarga Adib memutuskan untuk menyaman kerajaan kemudian hari nanti'...

Maksudnya apa?

Apakah pihak Jabatan Peguam Negara memang mahu dan sedang mengaturkan supaya keputusan Mahkamah Koroner membuat keputusan bahawa kematian Allahyarham Mohd. Adib ialah di sebabkan terhentak dengan kenderaan EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat?

Bukankah Allahyarham Mohd. Adib ialah seorang penjawat awam?

Mengapakah pihak Jabatan Peguam Negara seolah2 di lihat bersungguh2 mahu menafikan keadilan untuk Allahyarham Mohd. Adib?

Adakah kerana Allahyarham Mohd. Adib itu berbangsa Melayu dan yang di tuduh membunuhnya berbangsa India?

Di mana keadilan atau 'Rule of The Law' yang sering di laung2kan!!!

Dan persoalan yang paling besar ialah :

Kenapa baru sekarang, ketika prosiding inkues dah hampir sampai ke penghujung, baru Tommy Thomas sedar semua perkara ini?

Apakah selemah itu Tommy Thomas sebagai Peguam Negara hingga tidak tahu apa yang sedang dan telah berlaku dalam Jabatan Peguam Negara?

Atau Tommy Thomas mendapati perjalanan inkues tidak mengikut skrip yang telah di terima dari tangan2 ghaib dan perlu di lakukan campurtangan untuk menentukan keputusan mahkamah?

Apakah Kedaulatan Undang Undang di Malaysia telah di bakul sampahkan demi menjaga kepentingan pihak2 tertentu?

Rakyat Malaysia MESTI sedar dan bangkit...

Jangan di biarkan pihak2 tertentu membakul sampahkan kedaulatan undang undang negara demi menjaga kepentingan mereka...

Kalau kita masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat, tanyalah diri kita, di manakah maruah dan harga diri kita bila hanya berpeluk tubuh ketika melihat ada pihak membakul sampahkan kedaulatan undang undang negara...

Ini bukan soal Allahyarham Mohd. Adib!!!

Ini bukan soal bangsa!!!

Ini bukan soal parti politik!!!

Tapi ini soal kedaulatan undang undang negara!!!

Undang undang yang memastikan keharmornian hidup rakyat Malaysia...

Undang undang yang menjamin keadilan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira ugama dan bangsa...

Apakah rakyat Malaysia terlalu penakut untuk memperjuangkan yang hak?

Admin serahkan jawapannya kepada semua rakyat Malaysia...

Tuesday, May 28, 2019

PAP Dah Berjaya Di Singapura, DAP Sedang Berusaha Di Malaysia, Melayu Masih Leka!!!


Selama nie, orang Singapura tak di galakkan berkomunikasi dalam bahasa lain kecuali dalam bahasa ibunda, iaitu Bahasa Inggeris...

Tapi tiba2 keadaan bertukar dan ini menyebabkan orang Melayu Singapura terperanjat dan 'confused'...


Tapi dah dasar pemimpin PAP, kalau tiba2 baik dengan masyarakat Melayu, mesti ada agenda tersembunyi...

Macam cerita P. Ramlee, "Baik ada makna tuu"...

Sebenarnya PAP bimbang bila tenguk ramai orang2 Melayu dan anak2 muda lebih cenderung untuk mengundi pembangkang...

Jadi tu lah sebabnya, PAP mula untuk memikat hati orang Melayu...

PAP tahu, kalau keadaan nie di biarkan, tak mustahil mereka boleh tumbang dalam pilihanraya yang akan datang...

Mungkin mereka ambil pengajaran dari apa yang telah berlaku di Malaysia...

Melayu Singapura Di Pinggirkan Dalam Pengambilan Jawatan Penting Kerajaan


Betul, ada 2 juruterbang Melayu di RSAF...

Tapi dalam beratus2 mungkin beribu juruterbang falam RSAF, hanya 2 itu lah saja juruterbang Melayu dalam RSAF...

Tak logik rasanya dalam beribu malah ratusan ribu penduduk Melayu Singapura, cuma 2 orang saja yang layak di lantik sebagai juruterbang RSAF...

Takkan tak ada Melayu lain yang pandai...

Takkan tak ada Melayu lain yang cekap...

Takkan tak ada Melayu lain yang patriotik...

Yang 2 orang tu pun, tak tahulah entah pesawat apa yang di benarkan untuk mereka bawa...

Yang pasti, pesawat tercanggih RSAF memang kempunanlah 2 orang juruterbang Melayu tu nak bawa...

Kuota 2 orang tu yang di jadikan modal politik yang di jaja merata2, kononnya kerajaan PAP Singapura adil, tak rasis dan blaa, blaa, blaa...

Lagi satu, tak di nafikan, dalam RSAF memang ramai juga Melayu...

Tapi sekadar jadi 'cleaner', tukang masak dan tukang bawa 'spanar' dengan 'screw driver' dalam Jabatan Penyelenggaraan...

Dalam Angkatan Tentera, unit 'Special Force' memang langsung tak ada Melayu...

Bukankah sejarah mencatitkan, orang yang mempertahankan Bukit Candu hingga ke titisan darah terakhir dari serangan Jepun ialah Leftenan Adnan Saidin, seorang pahlawan Melayu?

Kerajaan PAP Singapura TIDAK Akan Berikan Dana Untuk Tujuan Pembinaan Masjid


Kerajaan Singapura, tidak akan sekali2 berikan apa2 dana untuk pembinaan masjid...

Semua orang Islam Singapura, WAJIB menyumbang dengan potongan gaji bulanan pada Tabung Mendaki...

Dan segala kos pembinaan dan penyelenggaraan masjid akan di tanggung sepenuhnya oleh Mendaki...

Dalam ertikata lain, semua kos penyelenggaraan dan pembinaan masjid, di tanggung sepenuhnya oleh masyarakat Melayu Islam Singapura...

Dan baru2 nie di Malaysia, Mahathir menggesa supaya masyarakat Melayu Islam Malaysia menanggung sendiri kos pembinaan masjid di Malaysia tanpa mengharapkan kerajaan...

Samakan!!!

Kerajaan Singapura Memang Kaya Tapi Rakyatnya Menderita


Singapura termasuk dalam kategori negara maju berpendapatan tinggi...

Pendapatan per kapita rakyat Singapura pada 2018 ialah USD64,030...

Tapi bagi rakyat Singapura, pendapatan yang tinggi tidak melambangkan keselesaan hidup...

Kos kehidupan yang tinggi, kemudahan infrastruktur yang terpaksa di tanggung sendiri, walau pun kos perubatan...

Tak ada klinik atau hospital kerajaan yang di sediakan untuk rakyat Singapura...

Semuanya di swastakan...

Semua warga Singapura WAJIB ada insuran Medisave dan Medishield sebelum boleh dapat rawatan perubatan...

Dah jumpa doktor, kena pergi farmasi untuk beli ubat pula...

Semua yang berkerja kena potong gaji tiap2 bulan untuk insuran Medisavd dan Medishield...

Kalau yang dah tua dan tak berkerja, terpaksa bergantung pada anak2...

Kerajaan tak peduli dah...

Mati kering pun, kerajaan tak kisah...

Dan sekarang perkara yang sama sedang di usahakan oleh DAP...

Masih tertutupkah mata hati kita?

Dinasti Lee Kuan Yew Memonopoli Segala2Nya Di Singapura


Tahukah kita, setiap orang yang beli rumah HDB di Singapura, semua yuran guaman MESTI di bayar kepada Lee and Lee Associate...

Syarikat itu adalah kepunyaan Perdana Menteri Lee Hsein Loong dan di warisi dari mendiang bapa dia yang juga bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew...

Sebagaimana Kuan Yew 'mewariskan' syarikat itu kepada anaknya Hsien Loong, begitulah juga dengan jawatan Perdana Menteri...

Apakah kita tak nampak perkara yang sama berlaku di dalam DAP?


Dari sumber dalaman DAP sendiri mengatakan, wujudnya beberapa dinasti di dalam DAP...

Dinasti yang terunggul ialah dinasti Lim, yang di asaskan oleh Lim Kit Siang dan yang kedua pula ialah dinasti Karpal Singh, yang di asaskan oleh mendiang Karpal Singh...

Demokratik sangatlah DAP tu!!!

Hubungan antara PAP dengan DAP adalah ibarat adik dan abang...

Sebab itu, PAP sedaya upaya cubs pengaruhi rakyat Malaysia supaya menerima DAP...

Waktu Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah pada PRU 13, PAP yang banyak membantu kemenangan Kit Siang di Gelang Patah...

Penulis asal surat ini berani memberikan pengesahan kerana beliau berkerja di National Safety Council of Singapore...

Sebab tu, apa saja dasar yang di praktikkan PAP di Singapura, mahu di praktikkan oleh DAP di Malaysia...

Tak kiralah kalau dasar tu menindas rakyat, mereka tak peduli asalkan ianya membawa keuntungan kepada peribadi dan parti...

Dan sedikit demi sedikit telah menampakkan kejayaan usaha DAP tu...


Tapi bangsa Melayu masih lagi fitnah memfitnah sesama sendiri, pancung memancung sesama sendiri dan tuduh menuduh sesama sendiri...

Apakah bangsa Melayu mahu menunggu hingga bangsa Melayu benar2 terbangsat di tanah air sendiri seperti yang telah berlaku pada Melayu Singapura, baru kita mahu buka mata hati kita?

Monday, May 27, 2019

Mahathir Tak Pernah Pinjam 1 Bilion, Cuma Seleweng RM100 - 150 Bilion?

Ratib Dan Zikir Mahathir Setiap Hari


Di dalam satu forum terbuka yang diadakan di Pusat Konvensyen Straits Quay Pulau Pinang yang dihadiri lebih kurang 600 orang, Mahathir telah memburuk2kan Dato’ Seri Najib Tun Razak berkenaan 1MDB...

Beliau berbohong dengan mengatakan "Semasa saya menjadi Perdana Menteri, seingat saya, saya tidak pernah meminjam RM1 bilion...

Betulker apa yang Mahathir cakap tu?

Skandal Maminco Sdn. Bhd. Dalam Perdagangan Industri Logam Di Bursa Logam London


Pada awal tahun 1980'an, Mahathir pernah terlibat dalam satu perdagangan penuh spekulasi dengan menggunakan sebuah syarikat RM2 yang bernama Maminco Sdn. Bhd (BACA DI SINI)...

Syarikat Maminco Sdn Bhd di gunakan untuk membeli kontrak masa depan timah dan mengumpul stok komoditi...

Semua urusan di jalankan secara rahsia dan bertujuan untuk mengapung harga komoditi tersebut di Bursa Logam London, pusat dunia untuk perdagangan industri logam...

Bagi membiayai skim tersebut, dengan kuasa dan pengaruhnya, Mahathir telah membantu Maminco untuk mendapatkan pinjaman RM1.5 bilion dari Bank Bumiputra....

Tiada siapa tahu nilai sebenar pinjaman yang di buat oleh Mahathir...

Perbandingan dengan nilai hari ini, ianya di anggarkan bernilai tidak kurang daripada RM7 bilion, atau mungkin 7 kali ganda lebih daripada nilai yang di nafikan oleh Mahathir!!!

Rancangan Mahathir pada permulaan urus niaga berjaya dan menyebabkan harga bijih timah meningkat...

Ianya telah memberikan keuntungan kepada Maminco, namun tidak kekal lama...

Tekanan permintaan menyebabkan peningkatan pengeluaran bijih timah dan memaksa AS melepaskan simpanannya...

Apabila harga bijih timah jatuh, Maminco berdepan kesukaran untuk membayar pinjaman...

Hal itu memaksa Mahathir terlibat dalam satu lagi konspirasi...

Skandal Makuwasa Sdn. Bhd. Untuk Menampung Kerugian Maminco Sdn. Bhd.


Beliau membenarkan jualan 'saham bumiputera terpelihara' yang baru pada nilai par kepada Makuwasa Sdn Bhd, satu lagi syarikat RM2 yang baru di tubuhkan...

Makuwasa Sdn Bhd di jadikan sebagai perantara pelaburan bagi KWSP, semua saham yang di beli terdiri daripada saham yang di pesongkan daripada dana simpanan untuk menyelamatkan Maminco (BACA DI SINI)...

Semua urusan di jalankan secara rahsia dan hanya di ketahui oleh Mahathir dan beberapa orang kepercayaannya...

Makuwasa pula telah menjual saham tersebut pada harga pasaran untuk dapatkan keuntungan, di mana sebahagiannya di salurkan oleh Mahathir kepada Maminco Sdn. Bhd. untuk menebus kerugian yang di alami di tangan spekulator Amerika Syarikat...

Jadi Mahathir bukan sahaja memainkan peranan dalam perdagangan spekulatif, malah beliau begitu bijak menggunakan dana yang sepatutnya di gunakan untuk bumiputera, bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang mempunyai tunggakkan pinjaman bank yang sangat besar...

Skandal Perdagangan Matawang Asing Menyebabkan Bank Negara Malaysia Di Isytihar Muflis


Skandal Makuwasa-Maminco bukanlah satu2nya untuk dana awam di gunakan dalam perdagangan spekulatif oleh Mahathir...

Pada pertengahan tahun 1980'an, Mahathir terlibat dalam perdagangan mata wang spekulatif melalui Bank Negara Malaysia dan menyebabkan bank pusat muflis hampir sedekad kemudian...

Semuanya bermula pada tahun 1985, apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan penyusutan rizab pertukaran asing bernilai sekitar USD5 bilion...

Kemerosotan secara tiba2 itu berlaku semasa perjanjian yang di persetujui oleh pemimpin2 negara G-5 ketika tu di Plaza Hotel New York...

Perjanjian tersebut membawa ke arah langkah perlindungan oleh Amerika Syarikat, yang sengaja menurunkan nilai mata wangnya sebanyak lebih kurang 50% bagi mengurangkan kerosakan cagaran antara rakan perdagangan strategik...

Bagi menebus kerugian, Mahathir bersekongkol dengan Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein untuk merampas pasaran mata wang dengan membuat spekulasi ke atas mata wang utama global...

Bank pusat di katakan telah bergantung pada maklumat yang diperolehi daripada bank2 pusat yang lain untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek daripada perbezaan kadar faedah dan perubahan kadar pertukaran...

TS Jaffar mencetuskan aliran rentas sempadan 'hot money' dan berjaya membuatkan bank2 pusat yang lain mengikutnya...

TS Jaafar telah melakukan sesuatu yang luar biasa dengan jayanya dalam pasaran pertukaran wang asing di bawah pengawasan Mahathir dan Daim Zainuddin...

Negara2 Asia secara tidak langsung mengiktiraf TS Jaafar sebagai perintis dalam pasaran pertukaran mata wang, di mana semua bank di rantau ini mengambil petunjuk daripadanya...

Pada tahun 1990, ketiga2 mereka, Mahathir, Daim dan Jaafar membuat keputusan yang cukup mengerikan...

Mereka mengambil keputusan untuk terjun dalam paun strrling British dengan menjual wang tersebut dalam jumlah yang sangat besar...

Langkah tersebut di kira bertepatan dengan perjanjian yang di tandatangani oleh United Kingdom dan negara2 Eropah lain...

Kerana perjanjian tersebut memerlukan British mematuhi Mekanisma Kadar Pertukaran (ERM) sebagai langkah keselamatan...

ERM membataskan negara2 yang mengambil bahagian untuk 'margin kadar pertukaran' yang ketat, bagi menstabilkan mata wang Eropah...

Dengan menspekulasikan pound, BNM berjaya menurunkan mata wang British sebanyak 4 sen apabila Britain menghantar kelulusan keahliannya kepada ERM...

Langkah spekulatif Jaafar menghasilkan wang besar, yang kemudiannya masuk ke dalam akaun penama dan sebahagiannya di gunakan untuk membantu pembiayaan PRU tahun 1990...

Tapi sebahagian besar daripada jumlah wang itu masih belum di pulangkan kepada UMNO atau belum di pulangkan kepada kerajaan persekutuan...

Ianya di percayai telah di letakkan atas penama2 tersebut untuk kepentingan perniagaan mereka di seluruh dunia...


Tahun 1992, Britain bertindak balas terhadap spekulasi yang di lakukan oleh Jaafar ke atas mata wang pound sterling...

United Kingdom telah menarik pelabur untuk pound sterling dengan menaikkan kadar faedah bagi mengapungkan nilai mata wang tersebut...

Secara tiba2, United Kingdom menarik diri dari ERM...

Lanhkah itu turut menjatuhkan pound sterling seperti seguni kentang panas dan membebani kerajaan Malaysia dengan kerugian yang di anggarkan sebanyak USD3.6 bilion!!!


Memburukkan keadaan, pada tahun 1993, Mahathir, Jaafar dan Daim telah kerugian lebih kurang USD2.2 bilion lagi dalam perdagangan spekulatif...

Ekoran dari kesan kerugian tersebut, bank pusat telah di isytiharkan muflis (BACA DI SINI)...

Tetapi di selamatkan oleh Kementerian Kewangan yang ketika itu di pegang oleh Anwar Ibrahim...

Jaafar telah meletakkan jawatan, walau pun beliau dan Mahathir telah di siasat kerana peranan mereka dalam melesapkan berbilion ringgit tetapi tiada tindakan di kenakan terhadap mereka...

Kerugian pada masa itu telah meningkat pada jumlah yang tidak pernah benar2 di ambil kira...

Mahathir berulangkali menuduh DS Nsjib melesapkan RM50 bilion dana 1MDB dan mengambil RM2.6 bilion daripada firma pelaburan strategik...

Mahathir tetap sombong dan degil, enggan mengakui hakikat bahawa 5 panel bebabs terikat dengan pelbagai undang2 telah membersihkan nana DS Najib dari sebarang perilaku jenayah...

Mahathir juga enggsn akui kerugian BNM ysng di catatkan pada pertengahan 90'an yang di anggarkan bernilai RM30 bilion...


Mengikut nilai hari ini ia bernilai tidak kurang dari RM150 bilion!!!

Tidak termasuk dengan RM7 bilion untuk skandal Maminco - Makuwasa...

Kepada rakyat Malaysia semua, fikirkanlah, siapakah Raja Kleptokrasi yang telah menyebabkan Bank Negara Malaysia pernah di isytiharkan muflis dan negara dan rakyat Malaysia rugi ratusan bilion ringgit...

Mahathir atau DS Najib?



Kredit :

Malaysia Today

Sunday, May 26, 2019

Kenyataan Debat Saddiq Dedah Hakim Kes Najib Berat Sebelah???!!!


Seperti yang di duga, bila 'Top Bulldog' (sebab Mahathir mengaku diri dia 'Top Dog' dalam PH), kena 'telanjang', berduyun2, bersusun kenyataan dari blok kerajaan akan pertahankan 'jeneral' yang lari dari medan perang sebelum perang bermula...

Antara yang menarik perhatian admin ialah kenyataan atau sindiran yang memakan diri sendiri dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq...


Ramai netizen yang memperlekehkan kenyataan yang Syed Saddiq buat...

Tak baik macam tu, kita bersangka baiklah yer dalam bulan Ramadhan nie...

Sebenarnya ada yang tersirat di sebalik kenyataan yang 'budak menteri' tu buat...

'Budak menteri' tu derrr...

Bekas pendebat terbaik Asia 2015 pulak tu, tapi tak tahulah pulak kalau2 yang masuk pertandingan debat 2015 tu semuanya gagap2 belaka kecuali Syed Saddiq, tu yang dapat jadi pendebat terbaik Asia...😂😂😂

Bagi admin, 2 mesej penting yang Syed Saddiq nak sampaikan dalam kenyataan dia :


》Pertama, apa maksud sebenar bila Syed Saddiq buat kenyataan "Buat Apa Nak Berdebat Dengan Pencuri"!!!

Pemimpin PH selalu menyalak dengan perkataan 'Rule of Law'...

Perkara yang paling asas dalam 'Rule of Law' ialah, suspek masih lagi tidak bersalah selagi mahkamah belum mendapati suspek bersalah...

Kes SRC DS Najib masih dalam perbicaraan, kes 1MDB masih belum di bicarakan tapi Syed Saddiq dah melabelkan DS Najib sebagai pencuri...

Kenapa?


- Adakah Syed Saddiq cuba nak beritahu rakyat Malaysia bahawa perbicaraan kes DS Najib dah ada keputusannya, walau pun mahkamah belum membuat keputusan?

- Atau mungkin Syed Saddiq nak beritahu, walau macam mana sekali pun perjalanan perbicaraan, penghujung ceritanya, mengikut ketetapan yang dah ada, sejak PH jadi kerajaan atau mungkin lebih awal, DS Najib WAJIB di dapati bersalah?

- Atau Syed Saddiq nak beritahu hakim, 'arahan' yang di terima ialah, DS Najib WAJIB di sabitkan dengan kesalahan?

Syed Saddiq, yang mana satu jawapan yang betul?

Pertama, kedua, ketiga atau ketiga2 sekali!!!


》Kedua, nie yang paling 'win'...

Belum pernah terjadi dalam sejarah perundangan dunia, mana2 tertuduh atau di panggil OKT (Orang Kena Tuduh) berdebat dengan hakim dalam mahkamah...

Apa mesej yang Syed Saddiq nak sampaikan?

- Inilah kebebasan bersuara ala Pakatan Harapan tajaan Bersatu!!!

Siapa saja boleh bersuara dan di mana saja termasuk dalam mahkamah tapi jangan sekali2 berani kritik atau bersuara dengan 'dewa2' PH macam Kit Siang (Top Bulldog), Mahathir (Top Dog), Guan Eng dll...

Kalau berani langgar, pilih sama ada ISA DAN mendapat kutukan cai2 PH atau di hadap ke mahkamah DAN mendapat kutukan cai2 PH!!!

Kesalahan cuma akan di ampunkan sekiranya 'bertaubat nasuha' dan berikrar akan JILAT 'dewa2' PH selagi mereka berkuasa...

Lim Guan Eng Anak Derhaka


Alamak Ah Beng, apa lu sudah bikin?

Talak baik maaa, lu kata lu punya apak 'chicken'!!!

Tapi 'chicken' yang mana satu yer?

Kentucky Fried Chicken atau pun Chicken Chop...😂😂😂

DAP Adalah Dewa 'Sembahan' Semua Parti Dalam PH


Satu realiti yang tak boleh di nafikan, bila pemimpin DAP kena serang, berlumba2 pemimpin parti lain pertahankan, walau pun dengan fakta2 yang sangat2 auta...

Cuba tenguk apa kenyataan2 parti2 komponen PH dalam isu Kit Siang di cap sebagai penakut...


Nie dari Amanah, yang di keluarkan oleh Setiausaha Akhbar Mat Sabu, Amin Shah Iskandar (BACA DI SINI)...


Nie dari PKR, Anwar Ibrahim, debat dengan DS Najib boleh cetus ketegangan katanya (BACA DI SINI)...


Selain dari Syed Saddiq, Timbalan Menteri Ijazah Palsu, Marzuki Yahya, Setiausaha Agung Bersatu pula cakap, cabaran debat adalah strategi terdesak DS Najib (BACA DI SINI)...

Hebat sungguh kuasa dan pengaruh DAP dalam PH...


Tapi bila pemimpin Bersatu, anak pada 'Top Dog' kena belasah atas isu biadab pada Sultan Johor (BACA DI SINI), tak ada satu pun kenyataan yang keluar dari pemimpin2 PH yang pertahankan atau sekurang2nya beri penjelasan bagi meredakan kemarahan rakyat...

Nasib kau lah Boboi...


Malah waktu berlakunya krisis antara 'Top Dog' dengan istana Johor, Mahathir di suruh selesaikan sendiri dan pemimpin PH tak nak masuk campur...


Dalam bahasa yang sopan, 'itu lu punya hal!!!'

Itulah nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri...

Malang sungguh nasib yang menimpa bangsa Melayuku...😢😢😢

Sebab Sebenar Kenapa Kit Siang Tarik Diri Dari Debat Dengan Datuk Seri Najib


Menarik dan sangat menarik bila ada ura2 mengatakan Lim Kit Siang dan Datuk Seri Najib akan mengadakan debat...

Cadangan untuk debat bermula bila DS Najib cabar Kit Siang untuk mengadakan debat antara mereka berdua selepas Kit Siang sering kali mengkritik DS Najib hingga DS Najib menggelar Kit Siang, MENHEN, (Menteri Hal Ehwal Najib)...

"Sekiranya dia cukup lapang untuk menulis pelbagai kenyataan setiap hari, dia sepatutnya lapang untuk berdebat", kata DS Najib dalam membuka gelanggang pada Kit Siang (BACA DI SINI)...

Cabaran DS Najib di sambut dengan 'gentel'man oleh Kit Siang (BACA DI SINI)... dengan tajuk yang Kit Siang sendiri berikan :

'Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti'...

Segala2 persiapan rancak di atur...

Rakyat yang mahu melihat kebenaran, menunggu2 debat antara 2 tokoh politik negara...

Kerana inilah debat yang akan menelanjangkan yang batil dan mengangkat yang hak...

Tapi sayang seribu kali sayang, rakyat Malaysia sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengahari...

Terbukti bahawa Kit Siang seorang yang 'gentel'man dan bukannya 'gentleman' bila takut berhadapan dengan DS Najib dan menarik diri dengan alasan2 merapu (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Kit Siang Terperangkap Dalam Jerat Sendiri


Tajuk nie di berikan oleh Kit Siang sekiranya mahu dia bersetuju berdebat dengan DS Najib...

Mungkin Kit Siang tak sedar sebenarnya dia sedang menggali kubur bukan untuk diri dia saja tapi juga untuk sekutu2 dia yang lain seperti anak beliau Lim Guan Eng, Mahathir dan beberapa pemimpin PH...

Seperti yang kita jangkakan (tapi tak seperti yang Kit Siang jangkakan), DS Najib pasti akan menerima tajuk tersebut dengan lapang dada...

Walaupun tajuk itu mungkin agak menyerang peribadi namun ianya memberi kelebihan kepada DS Najib...

Antara soalan2 DS Najib yang hampir pasti akan di tanya pada Kit Siang :

》Bagaimana seorang kleptokrat boleh memajukan pertubuhan ekonomi negara sepanjang 9 tahun?

》Bagaimana seorang kleptokrat mampu memberi perbagai manfaat kepada rakyat, tidak seperti Guan Eng yang menarik hampir segala2nya?

》Bagaimana seorang kleptokrat boleh membina aset² negara berkali ganda yang mana pada hari ini, aset² itu di jual oleh mereka dan tidak tahu ke mana hasilnya pergi?

》Bagaimana seorang kleptokrat boleh memastikan simpanan Petronas, KWSP bertambah dan membiak tanpa menjarah seteruknya seperti yang berlaku hari ini?

》Bagaimana seorang kleptokrat boleh keluar dari kemelut kemelesetan ekonomi global yang di katakan paling teruk di dunia sedangkan hari ini, negara serantau membina kekayaan tetapi di Malaysia sebaliknya?

Tentu tergeliat lidah Kit Siang nak jawab dengan fakta2 yang sahih...

Sudah pasti sukar sebab gelaran kleptokrat yang di tuduh ke atas DS Najib hanyalah persepsi dan fitnah politik PH selama ini...

Tapi kleptokrasi bukan lah 'keyword' dalam perbahasan nie...

Tetapi kunci yang sebenar adalah perkataan integriti...

Nie lagi akan menelanjangkan Kit Siang dan akan menjadikan beliau seorang BADUT di atas pentas debat...😂😂😂

Mesti melopong mulut Kit Siang bila DS Najib tanya :

》Bagaimana anda ingin membina sebuah negara berintergriti sekiranya Menteri Kewangan boleh di lepaskan begitu sahaja terhadap skandal² banglo dan terowong?

》Bagaimana anda ingin membina sebuah negara berintegriti apabila sebelum ini anda menyerang Mahathir dengan pelbagai dakwaan, tiba² hari ini anda lupakan dakwaan² tersebut?

》Bagaimana anda ingin bina sebuah negara berintegriti apabila janji menifesto anda sendiri anda mungkiri?

》Apakah definasi intergriti dalam kamus diri anda sebenarnya?

Sebenarnya, perbahasan ini akan jadi lebih menarik sekiranya ianya benar² berlaku...

Kita akan lihat bagaimana DS Najib akan 'meratah' dan 'menelanjangkan' Kit Siang serta pemimpin2 PH dengan mudah...

Sesungguhnya kebenaran tidak pernah tewas dengan kebatilan...

Apabila hijab kebenaran di buka dengan kehendak Allah SWT, pasti kebatilan akan terbongkar...

Pentas debat ini sebenarnya adalah pentas terbaik DS Najib buktikan kepada rakyat Malaysia terutama yang masih 'beriman'dengan 'fatwa2' PH terutamanya DAP, bahawa beliau adalah mangsa fitnah yang paling jijik dalam sejarah peradaban Malaysia...


Kit Siang sudah pasti melihat segala kemungkinan ini (BACA DI SINI)...

Untuk terus menyembunyikan 'kebenaran' fitnah yang di tabur selama ini, maka adalah adalah lebih selamat untuk beliau menarik diri dari perdebatan ini...

Ya, beliau akan di malukan dan di perlekehkan dengan panggilan pengecut dan sebagainya...

Bagi Kit Siang dan DAP, apalah sangat maruah diri dan integriti kalau di bandingkan dengan kuasa dan agenda Malaysian Malaysia...

Menarik diri, hanya beliau sahaja yang kena...

Namun jika di teruskan, bukan setakat beliau, anak beliau, Mahathir dan seluruh jentera pakatan Harapan akan menerima tempiasnya...

Bukan itu sahaja, beliau juga membantu DS Najib membersihkan diri dari segala bentuk persepsi yang beliau telah tanam dalam minda rakyat sejak sekian lama...

Kali ini, Kit Siang terperangkap lagi sekali entah kali yang keberapa dengan DS Najib dalam permainan yang beliau sendiri cipta...

Kit Siang perlu belajar dan akur pada sesuatu...

DS Najib adalah pencatur yang hebat...

Beliau boleh menyusun buah² catur dengan baik dan kemas hingga musuh sukar melihat ruang² kelemahan...

Kit Siang sanggup mengorbankan 'queen' bagi memastikan kelangsungan survival Pakatan Harapan...

DS Najib sudah di uji dengan pelbagai ujian dalam politik bukan sahaja di dalam negara tetapi juga luar negara...

Dan hari ini beliau di uji dalam bentuk yang berbeza dan lebih mencabar...


Infografik di atas menterjemahkan, bagaimana halus dan jijiknya fitnah dan permainan persepsi DAP (BACA DI SINI)...

Sekiranya beliau berjaya dengan ujian ini, maka telah lengkap sebuah bulatan dalam kehidupan karier politik beliau...

Sudah pasti, selepas itu beliau akan menjadi seorang negarawan yang terulung dan sukar di tandingi oleh sesiapa...

Namun jika berlaku sebaliknya, maka tamatlah legasi kehebatan Tun Abdul Razak...

Kisah ini masih belum tamat...

Banyak lagi episode yang akan menyusul...

Dan sama² kita melihat hingga episode terakhir - Game of Thrones ini...