Baru2 ini, kita di kejutkan dengan berita Lee Huan Wu, cucu kepada bekas pemimpin utama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew telah 'berkahwin' dengan pasangan gay beliau Hang Yirui di Cape Town, Afrika...
Dalam Twitter Lee Huan Wu, beliau mengatakan, "Hari ini saya mengahwini pasangan sehati sejiwa saya"...
'Pasangan' beliau, Hang Yirui juga memuatnaik status yang sama dalam akaun Instagram beliau...
Pendirian Mendiang Lee Kuan Yew Mengenai Homoseksual
Pendirian mendiang Lee Kuan Yew dalam isu LGBT jelas menampakkan pendirian yang tidak konsisten...
Dalam dirinya sebagai pemimpin veteran yang berfikiran konservatif, beliau jelas tidak bersetuju dengan amalan LGBT...
Tapi sebagai seorang ahli politik veteran yang mementingkan survivor politik dan legasi politik beliau, Lee Kuan Yew memberikan komen yang cukup longgar dengan memberikan ruang yang cukup selesa pada pengamal LGBT di Singapura...
Sikap dan pendirian Lee Kuan Yew itu di warisi oleh anak beliau Lee Hsien Leong, Perdana Menteri Singapura sekarang dan hasilnya pengaruh LGBT semakin meluas di Singapura...
Walau pun dari sudut perundangannya, Singapura masih lagi belum 'menghalalkan' amalan LGBT, malah mempunyai undang2 yang boleh menghukum amalan seks luar tabie di bawah Seksyen 377A, namun sikap pemimpin mereka yang mementingkan survivor politik telah menjadikan Singapura sebagai bumi yang subur bagi pengamal LGBT...
Apakah Malaysia Juga Akan Membuka Pintu Untuk LGBT?
Perdana Menteri Malaysia, Mahathir adalah seorang Islam yang cukup moderate...
Malah boleh di kategorikan sebagai moderate terlampau...
Seperti Lee Kuan Yew, bagi Mahathir, kelangsungan kuasa politik adalah lebih penting dari segala2nya...
Secara peribadi, kita tidak pasti sama ada Mahathir seorang yang menyokong atau menentang budaya LGBT...
Memang benar, Mahathir pernah keluarkan kenyataan Malaysia tidak boleh menerima budaya LGBT...
Tapi apakah itu pendirian Mahathir?
Masih boleh di sangsikan kerana anak Mahathir, Marina, adalah seorang pejuang tegar LGBT, malah cucu Mahathir pula adalah seorang pengamal budaya LGBT...
Jadi kenapa Mahathir keluarkan kenyataan Malaysia tidak akan menerima budaya LGBT?
Sama seperti Lee Kuan Yew dan Lee Hsien Leong, ianya adalah semata2 kerana kepentingan untuk terus berkuasa dalam politik, kerana Mahathir tahu, secara keseluruhan budaya masyarakat Malaysia menolak sekeras2nya budaya LGBT dan sekiranya Mahathir membuat kenyataan memberi ruang kepada LGBT di Malaysis, maka peluang untuk terus berkuasa akan terjejas!!!
Bolehkah rakyat Malaysia mengharapkan Anwar Ibrahim menghalang budaya LGBT dari masuk ke Malaysia...
Malas nak cakap, tanyalah diri kita sendiri!!!
Macam mana pula dengan parti Amanah...
Jelas lagi bersuluh, Amanah akan 'menghalalkan' apa saja yang di lakukan oleh DAP kerana bagi Amanah, pemimpin2 DAP adalah 'imam2 besar' mereka yang 'HARAM' di engkari atau di bantah!!!
Apakah DAP akan menghalang budaya LGBT dari masuk ke Malaysia?
Kalau dah PAP dah mula menghalalkannya di Singapura, maka DAP pasti akan membuka pintu seluas2nya untuk LGBT masuk ke Malaysia...
Cucu mendiang Lee Kuan Yew, mantan Perdana Menteri Singapura dah melakukannya dan sekarang mungkin sedang 'berbulan madu'...
Apakah cucu Mahathir, Perdana Menteri Malaysia juga akan melakukan perkara yang sama?
Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia, apakah kita akan terus berdiam diri!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.