Thursday, May 30, 2019

Saidina Umar Pun Tak Sedia Lakukan, Tinggi Maqam AP JB...?


Macam2 gila ada pada kerajaam PH nie...

Ada gila salah titik perpuluhan...

Ada gila pada janda meletop...

Ada gila nak jual harta negara...

Yang terbaru, gila nak cari publisiti murah...

Akmal Pertahankan Keputusan Berbuka Puasa Di Kuil


MP Johor Baru, merangkap Ketua Pemuda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah b Mohd. Nasir, tetap mempertahankan keputusan dan tindakan beliau untuk mengadakan majlis berbuka puasa di kuil Gurdwara, kuil masyarakat Sikh (BACA DI SINI)...


Apa yang lebih melucukan, bila Akmal di kecam hebat oleh netizen dan sebahagian mesyarakat, Akmal mengatakan beliau sudah buat rujukan sebelum membuat keputusan tersebut (BACA DI SINI)...

Admin tak tahu dengan siapa budak Akmal nie rujuk...

Yang pastinya bukan pihak mufti atau Jabatan Agama Islam Johor sebab kedua2 pihak tak berikan apa2 respon atas kenyataan Akmal tu...

Mungkin Akmal rujuk pada 'Mursyidul Am DAP, Lim Kit Siang' atau mungkin juga Akmal rujuk pada Ketua Sami Sikh!!!

Ada Penjilat PH Yang Pertahankan Tindaka Akmal!!!


Ada pula penyokong PH yang cumba pertahankan perbuatan Akmal dengan buat kenyataan bahawa tidak salah berbuka di kuil...

Siap 'quote' hadis baginda Rasulullah SAW yang mafhumnya :


"Semua bumi Allah SWT adalah halal untuk kita bersujud kecuali tandas dan kubur"...

Jadi kata mamat tu lagi, tak SALAH kalau berbuka puasa di kuil kalau berdasarkan peda hadis tersebut...

Amboi, senangnya keluarkan fatwa bro...

Admin ada beberapa soalan pada penyokong tegar PH tu :

》Apa taraf hadis tu, Hadis Hassan, Hadis Sahih, Hadis Daif?

Dan kalau masuk dalam kategori mutawatir, adakah ianya Mutawatir Lafzi atau ianya Mutawatir Ma'nawi?

Hukum yang ada dalam hadis yang di petik oleh penyokong tegar PH tu ialah mengenai hukum kesucian tempat kita sujud pada Allah SWT...

Maksudnya, Rasulullah SAW menegaskan, sujudlah di mana2 tempat di atas muka bumi ini kecuali kubur dan tandas...

Dan di tetapkan kubur adalah tempat yang HARAM untuk kita adalah kerana HARAM kita sujud pada makhluk selain dari Allah SWT...

Apa yang ada di kubur?

Dah tentulah jasad anak Adam yang telah reput dan untuk mengelakkan fitnah maka Rasulullah SAW melarang kita bersolat di kubur...

Tandas pula adalah tempat tempat yang penuh dengan najis maka dah tentulah tempat tu tak suci untuk kita sujud pada Allah SWT...

Jadi apa kena mengenanya dengan berbuka puasa?

Berbuka puasa dalam tandas pun tak SALAH tapi adakah wajar kita menggunakan hadis di atas untuk pertahankan keputusan kita untuk berbuka puasa dalam tandas?

Jadi kalau tak belajar ilmu hadis, nasihat admin  janganlah sesuka hati nak manipulasi hadis untuk tegakkan benang yang basah...

Rasulullah SAW adalah manusia yang paling layak di jadikan contoh termasuk dalam sikap toleransi beragama baginda terhadap kafir zinni yang ada di zaman baginda...

Terdapat kuil2 atau rumah2 ibadat kaum Yahudi dan Nasrani di zaman baginda...

Bukalah kitab sirah, tidak ada satu pun dari ribuan kitab sirah yang di tulus ulamak meriwayatkan baginda atau para sahabat pernah berbuka puasa di mana2 kuil atau rumah ibadat...

Hatta berbuka puasa bersama2 orang kafir zinni apa lagi kalau kafir harbi, tidak ada tercatit dalam kitab sirah baginda atau para sahabat baginda pernah lakukan!!!

HARAM Menjual Agama Untuk Kepentingan Dunia


Kepimpinan melalui teladan...

Memang bagus kalau pemimpin menunjukkan sikap toleransi beragama terutamanya dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia...

Namun ugama Islam ada batasan dan sempadan dalam menunjukkan sikap toleransi terutamanya terhadap golongan kafir...

Apakah cuma dengan berbuka puasa di kuil saja, Akmal boleh berikan contoh tauladan yang baik pada masyarakat?

Banyak lagi perkara yang boleh di lakukan, seperti memberikan bantuan kepada golongan kafir yang fakir dan miskin...

Pemimpin adalah salah satu dari sumber fitnah di akhir zaman...

Sebab itu Rasulullah SAW dan para sahabat baginda akan berfikir dulu sebelum bertindak, untuk mengelakkan fitnah...

Sebagai contoh, Saidina Umar pernah menolak untuk solat dalam gereja, bukan kerana bertujuan menghina ugama Nasrani, tetapi untuk mengelakkan fitnah...

Dan isu iftar di kuil, telah di jawab dan di jelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan (BACA DI SINI)...

Jadi tak perlulah Akmal cuba tegakkan benang yang basah lagi atau Akmal merasakan darjat beliau lebih tinggi dari Saidina Umar di sisi Allah SWT!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.