Sunday, May 26, 2019

Kenyataan Debat Saddiq Dedah Hakim Kes Najib Berat Sebelah???!!!


Seperti yang di duga, bila 'Top Bulldog' (sebab Mahathir mengaku diri dia 'Top Dog' dalam PH), kena 'telanjang', berduyun2, bersusun kenyataan dari blok kerajaan akan pertahankan 'jeneral' yang lari dari medan perang sebelum perang bermula...

Antara yang menarik perhatian admin ialah kenyataan atau sindiran yang memakan diri sendiri dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq...


Ramai netizen yang memperlekehkan kenyataan yang Syed Saddiq buat...

Tak baik macam tu, kita bersangka baiklah yer dalam bulan Ramadhan nie...

Sebenarnya ada yang tersirat di sebalik kenyataan yang 'budak menteri' tu buat...

'Budak menteri' tu derrr...

Bekas pendebat terbaik Asia 2015 pulak tu, tapi tak tahulah pulak kalau2 yang masuk pertandingan debat 2015 tu semuanya gagap2 belaka kecuali Syed Saddiq, tu yang dapat jadi pendebat terbaik Asia...😂😂😂

Bagi admin, 2 mesej penting yang Syed Saddiq nak sampaikan dalam kenyataan dia :


》Pertama, apa maksud sebenar bila Syed Saddiq buat kenyataan "Buat Apa Nak Berdebat Dengan Pencuri"!!!

Pemimpin PH selalu menyalak dengan perkataan 'Rule of Law'...

Perkara yang paling asas dalam 'Rule of Law' ialah, suspek masih lagi tidak bersalah selagi mahkamah belum mendapati suspek bersalah...

Kes SRC DS Najib masih dalam perbicaraan, kes 1MDB masih belum di bicarakan tapi Syed Saddiq dah melabelkan DS Najib sebagai pencuri...

Kenapa?


- Adakah Syed Saddiq cuba nak beritahu rakyat Malaysia bahawa perbicaraan kes DS Najib dah ada keputusannya, walau pun mahkamah belum membuat keputusan?

- Atau mungkin Syed Saddiq nak beritahu, walau macam mana sekali pun perjalanan perbicaraan, penghujung ceritanya, mengikut ketetapan yang dah ada, sejak PH jadi kerajaan atau mungkin lebih awal, DS Najib WAJIB di dapati bersalah?

- Atau Syed Saddiq nak beritahu hakim, 'arahan' yang di terima ialah, DS Najib WAJIB di sabitkan dengan kesalahan?

Syed Saddiq, yang mana satu jawapan yang betul?

Pertama, kedua, ketiga atau ketiga2 sekali!!!


》Kedua, nie yang paling 'win'...

Belum pernah terjadi dalam sejarah perundangan dunia, mana2 tertuduh atau di panggil OKT (Orang Kena Tuduh) berdebat dengan hakim dalam mahkamah...

Apa mesej yang Syed Saddiq nak sampaikan?

- Inilah kebebasan bersuara ala Pakatan Harapan tajaan Bersatu!!!

Siapa saja boleh bersuara dan di mana saja termasuk dalam mahkamah tapi jangan sekali2 berani kritik atau bersuara dengan 'dewa2' PH macam Kit Siang (Top Bulldog), Mahathir (Top Dog), Guan Eng dll...

Kalau berani langgar, pilih sama ada ISA DAN mendapat kutukan cai2 PH atau di hadap ke mahkamah DAN mendapat kutukan cai2 PH!!!

Kesalahan cuma akan di ampunkan sekiranya 'bertaubat nasuha' dan berikrar akan JILAT 'dewa2' PH selagi mereka berkuasa...

Lim Guan Eng Anak Derhaka


Alamak Ah Beng, apa lu sudah bikin?

Talak baik maaa, lu kata lu punya apak 'chicken'!!!

Tapi 'chicken' yang mana satu yer?

Kentucky Fried Chicken atau pun Chicken Chop...😂😂😂

DAP Adalah Dewa 'Sembahan' Semua Parti Dalam PH


Satu realiti yang tak boleh di nafikan, bila pemimpin DAP kena serang, berlumba2 pemimpin parti lain pertahankan, walau pun dengan fakta2 yang sangat2 auta...

Cuba tenguk apa kenyataan2 parti2 komponen PH dalam isu Kit Siang di cap sebagai penakut...


Nie dari Amanah, yang di keluarkan oleh Setiausaha Akhbar Mat Sabu, Amin Shah Iskandar (BACA DI SINI)...


Nie dari PKR, Anwar Ibrahim, debat dengan DS Najib boleh cetus ketegangan katanya (BACA DI SINI)...


Selain dari Syed Saddiq, Timbalan Menteri Ijazah Palsu, Marzuki Yahya, Setiausaha Agung Bersatu pula cakap, cabaran debat adalah strategi terdesak DS Najib (BACA DI SINI)...

Hebat sungguh kuasa dan pengaruh DAP dalam PH...


Tapi bila pemimpin Bersatu, anak pada 'Top Dog' kena belasah atas isu biadab pada Sultan Johor (BACA DI SINI), tak ada satu pun kenyataan yang keluar dari pemimpin2 PH yang pertahankan atau sekurang2nya beri penjelasan bagi meredakan kemarahan rakyat...

Nasib kau lah Boboi...


Malah waktu berlakunya krisis antara 'Top Dog' dengan istana Johor, Mahathir di suruh selesaikan sendiri dan pemimpin PH tak nak masuk campur...


Dalam bahasa yang sopan, 'itu lu punya hal!!!'

Itulah nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri...

Malang sungguh nasib yang menimpa bangsa Melayuku...😢😢😢

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.