Tuesday, April 30, 2019

Dengan Modal RM1 Juta, 1MDB Mampu Jana RM140 Bilion Untuk Projek Bandar Malaysia, Masih Berdosakah Lagi DS Najib?


Dengan Bangga PM ke 7 kata Projek 1MDB Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion (BACA DI SINI)...

Sekarang PH bolehlah jilat ludah sendiri, bila sendiri terkejut dengan kehebatan projek hasil dari 1MDB...

Sesungguhnya yang teraniya ialah DS Najib (BACA DI SINI)...

Kerana ini adalah hasil kerja beliau untuk bangunkan ekonomi negara...

Dan boleh mengukuhkan nilai Ringgit serts memberi impak yang besar ke atas ekonomi Malaysia dan bakal menjadi hab global untuk menarik lebih banyak kewangan global, teknologi dan firma keusahawanan berimpak tinggi...

Tapi apa bezanya projek Bandar Malaysia zaman DS Najib dengan zaman Mahathir sekarang nie?

Banyak bezanya, projek Bandar Malaysia zaman DS Najib adalah projek 1MDB dan hasilnya di pulangkan kepada rakyat...

Apa buktinya?

Tanyalah Tok Imam dan Tok Bilal yang pernah di taja menunaikan fardu haji oleh 1MDB dan pelajar2 miskin yang di berikan biasiswa, mereka boleh menjelaskan...

Tapi projek Bandar Malaysia bawah Mahathir pula?


Ingat The Loaf, ingat Bandar Malaysia (BACA DI SINI)...


Mahathir dan kroni adalah ibarat irama dan lagu, yang tak boleh di pisahkan...

Hasil 1MDB Bukan Setakat Bandar Malaysia Tapi TRX Juga


Menteri Kewayangan pula kata projek 1MDB TRX bernilai RM40 bilion dan antara aset negara terbesar negara (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...


Tiba2, hutang RM30 bilion 1MDB tidak akan bankrapkan negara dan bukan lagi beban untuk generasi2 akan datang...

Tiba2, 1MDB akan menjana keuntungan sangat besar dan memberi manfaat ekonomi dan menjamin masa depan untuk negara...

Belum masuk lagi RM400 bilion di selamatkan untuk negara dari penyelesaian perjanjian penjana kuasa besar berat sebelah dengan pertolongan 1MDB pada tahun 2012...

Belum ambil kira pangkalan baru TUDM Sendayan yang amat besar...


Pangkalan baru Udara PDRM di Subang dan 6 lagi pangkalan TUDM yang di naiktaraf kerana 1MDB...

Belum termasuk juga perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapat balik semua wang yang di katakan hilang setelah di hantar kepada mereka...

Di manakah maruah kerajaan PH bila menjilat balik ludah dan kahak yang mereka keluarkan?

Semasa kempen PRU 14, nama2 1MDB, Bandar Malaysia, TRX dan lain2 lagi menjadi zikir harian mereka untuk menanamkan perasaan benci rakyat pada kerajaan BN...

Kononnya, terdapat penyelewengan!!!

Kononnya, kerajaan BN boros dalam membelanjakan duit rakyat ketika rakyat di himpit dengan kos kehidupan!!!

Kononnya, projek2 mega tu telah menjual kedaulatan negara kepada China...

Tapi sekarang, ketika mengumumkan keputusan meneruskan projek2 tersebut, di manakah maruah kerajaan PH bila mengakui projek2 tersebut sebenarnya mampu menjana pendapatan yang tinggi pada negara...

Waktu membuat keputusan meneruskan projek2 tersebut, apakah kehidupan rakyat sekarang ini dalam keadaan mewah?

Waktu sujud di kaki pemimpin China untuk merayu simpati supaya di teruskan projek tersebut, apakah Mahathir tak merasakan ianya tidak menggadai maruah dan kedaulatan negara?

Kalau menggadai maruah Mahathir dan menteri2 bangangnya, rakyat tak kisah sebab memang pun mereka tak ada harga diri...

Ribuan umat Islam yang di hantar oleh 1MDB untuk menunaikan ibadah Haji serta anak2 muda yang mendapat biasiswa dari 1MDB lebih faham...

Monday, April 29, 2019

Richard Malanjum Dah, Tommy Tomato Bila Pulak? (Updated)

Updated : 12.59pm...

Dah Selamat Ker Malaysia Nie?


Pejam celik, pejam celik, dah dekat setahun PH memerintah Malaysia...

Teringat masa pra PRU 14, dulu, slogan2 Selamatkan Malaysia antara slogan yang paling kerap di laungkan...

Kalau ada pertandingan slogan paling popular dalam Malaysia nie, slogan Selamatkan Malaysia mesti kat carta teratas...

Sekarang nie, apa yang dah di selamatkan?

Yang admin tahu dan pasti, harta benda orang Melayu memang dah selamat kena jual!!!

'Report Card' Tommy Tomato


Penasihat Kepada SPB YDP Agong Mengenai Hal Ehwal Ugama Islam

Antara perkara WAJIB yang mesti macai DAP (saper lagi kalau bukan Atok) buat ialah lantik Tommy Thomas (peguambela Guan Eng dalam kes rasuah banglo dan peguambela Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya) jadi Peguam Negara...

Ramai yang tak setuju sebab antara tugas dan tanggungjawab Peguam Negara ialah memberi nasihat perundangan mengenai hal ehwal Ugama Islam pada DYMM SPB YDP Agong...

Nama pun dah Tommy a/l Thomas dan bukannya Mohd. Tommy bin Mohd. Thomas, ugama pun dah memang ugama Kristian, macam mana dia nak bagi nasihat perundangan tentang Ugama Islam pada Agong?

Berak dengan kencing pun tak beristinjak, inikan pula nak cakap pasal hukum hakam Ugama Islam dari sudut perundangan?

Dah gilaker apa!!!

Terang2 dah fail si Tommy nie...

Tapi, DON'T SAY NO TO DAP!!!

Tak Fasih Bahasa Melayu


Carilah mana2 negara dalam dunia nie yang Peguam Negaranya tak fasih bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sendiri...

Gerenti tak ada, cuma Malaysia punya Peguam Negara jer yang tak fasih Bahasa Kebangsaan...

Admin pelik juga  sebab dah berpuluh tahun si Tommy nie duduk dalam Malaysia, mengaku rakyat Malaysia dan dah jadi Peguam Negara pun tapi tak fasih bercakap dan menulis dalam bahasa kebangsaan  mat Nepal dengan mat Bangla yang baru empat lima tahun duduk Malaysia pun dah boleh kita kategorikan fasih, walau pun cakap ada bunyi 'kacang dal' lagi!!!

Taraa malukah AVANG Tommy?

Sebab Tommy tak fasih bahasa kebangsaan, dia minta prosiding di bacakan dalam Bahasa Inggeris...

Baca Di Sini dan Di Sini...

Gugurkan Kes Rasuah Banglo LGE



Nie kes pencabulan Kedaulatan Undang Undang yang 'RARE' dalam planet bumi...


Kalau tak percaya cubalah google, ada tak mana2 negara dalam dunia nie yang batalkan kes yang tengah berjalan dalam mahkamah? (BACA DI SINI)...

Lagi 'EPIC' bila yang buat arahan tu ialah Peguam Negara sendiri!!!

Siapa lagi kalau bukan avang Tommy Thomas!!! (BACA DI SINI)...

Yang syahdunya, satu negara di landa fenomena TERKEJUT!!! (BACA DI SINI)...

Inkues Kes Adib Di Adakan


Masih belum kering airmata ayah dan ibu Allahyarham Mohd. Adib...

Tak ada yang di inginkan oleh kedua ayah dan ibu Allahyarham Mohd. Adib cuma keadilan untuk anak mereka...

4 ekor Mat Sentol dah di kenal pasti oleh PDRM...

Ada beberapa perkara yang timbulkan keresahan masyarakat :

1) 4 ekor Mat Sentol yang pada peringkat awalnya di dakwa bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa tuduhan cubaan membunuh telah 'di arahkan' untuk di bebaskan dengan jaminan polis!!!

Kes cubaan membunuh tu kot, belum pernah berlaku di bebaskan dengan jaminan polis, yang biasanya berlaku ialah pihak DPP akan cuba menahan jamin kerana di khuatiri suspek akan membahayakan mangsa, tapi 4 ekor Mat Sentol nie, di bebaskan dengan jaminan polis, dah tentulah 'happy se happy happynya', apa lagi passport antarabangsa tak di rampas dan sekatan untuk buat passport antarabangsa tak di keluarkan oleh mahkamah!!!

2) Keengganan Tommy Thomas untuk meluluskan permohonan pihak polis supaya pindaan di pinda dari Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cubaan Membunuh) kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Membunuh), selepas kematian Allahyarham Mohd. Adib...

Ini adalah prosedur biasa bagi OKT yang pada awalnya di tuduh bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cubaan Membunuh), bila mangsa meninggal dunia, pertuduhan akan di pinda pada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Membunuh) yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori...

Tapi permohonan pihak polis di jawab dengan keputusan mengadakan inkues terhadap punca kematian Allahyarham Mohd. Adib!!! (BACA DI SINI)...

Nak siasat punca kematian apa lagi, semua dah ada dalam IP (Kertas Siasatan) polis masa pertuduhan bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cubaan Membunuh), kalau tak ada bukti yang kukuh, polis tak akan buat pertuduhan...

Lebih pelik lagi, masa kes bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cubaan Membunuh), Tommy Thomas setuju pendakwaan di buat, maksudnya setuju 4 Mat Sentol tu pukul Allahyarham Mohd. Adib, tapi bila nak di pinda pertuduhan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Membunuh), dah tak setuju pulak, tak ker vavie namanya tu!!!

Ada persepsi yang mengatakan, wujud konspirasi untuk melepaskan 4 ekor Mat Sentol tu dengan membuktikan bahawa Allahyarham Mohd. Adib tidak di pukul tapi di langgar oleh kenderaan Jabatan  Bomba dan Penyelamat dari keterangan saksi yang akan di panggil nanti, ini terbukti bila ada saksi buat lapuran polis dengan mengakui mereka di ugut untuk beri keterangan palsu masa di panggil oleh Mahkamah Inkues (BACA DI SINI)...

Tidak Berakhlak Dan Tidak Melambangkan Budaya Bangsa Malaysia


Kita faham dan kita tahu yang Tommy Thomas nie kafir harbi...

Tapi janganlah tunjukkan perangai tak bermoral tu di khalayak umum...

Kalau kau nak mabuk ker, berzina ker, beronani ker, rakyat Malaysia peduli apa kalau kau buat kat tempat tertutup...

Sebagai Peguam Negara, Tommy Thomas mesti membuktikan beliau mendukung sepenuhnya 5 Prinsip Rukun Negara...

Nie nak tanya Tommy Thomas, prinsip kelima Rukun Negara tu apa yer?

Kesopanan dan Kesusilaan atau Berjoget Macam Yahudi Mabuk?

(BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Bersikap Prejudis Dan Bias Pada Parti Politk Yang Mewakili Kerajaan


Perlu di ingatkan, sistem pentadbiran negara terbahagi pada dua :

》Eksekutif (Kumpulan pembuat dasar, ahli politik)...

》Legislatif (Perundangan yang terdiri dari hakim2 dan peguam2)...

Kedua2 badan melapur terus kepada sistem monarki (SPB YDP Agong)...

Maksudnya, badan legislatif MESTI bebas dari sebarang pengaruh badan eksekutif dan begitulah sebaliknya...

Tapi perbuatan Tommy Thomas memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan mengenai isu tanah orang asli ketika kempen PRK Cameron Highland (BACA DI SINI), menimbulkan persoalan :

1) Apa relevannya kes yang lama tiba2 di naikkan semula?

2) Sudahkah pihak Peguam Negara merujuk pada badan penasihat perundangan Negeri Kelantan sebelum memfailkan saman?

3) Kenapa di buat tergesa2 dan di waktu menjelang PRK Cameron Highland yang di ketahui undi penentunya ialah masyarakat Orang Asli?

Kalau nak berpolitik, 'gentlelah' Tommy Thomas, letak jawatan dan masuk politik...

Atau kalau rasa tak boleh lepas dari cengkaman tangan ghaib, eloklah letak jawatan, main dengan anak cucu kat rumah, atau kalau tak ada anak cucu, main nyorok2 dengan bini, kan tu permainan yang lebih sesuai untuk 'kanak2 Dumex'!!!



Paling rakyat tak boleh terima bila terdedah rakaman talipon yang terang2 buktikan wujudnya konspirasi yang melibatkan Tommy Thomas dalam kes saman Kerajaan Kelantan...

Deiii Tambi, luu betul2 kasi malu institusi Peguam Negara!!!

Janganlah jadi bahan sejarah sebagai Peguam Negara yang mencemarkan integriti institusi Peguam Negara!!!

Lepaskan Suspek Pembunuh Kim Jong Nam


Serius, ini satu keputusan yang sangat2 bodoh dan membahayakan negara...

Kalau si Tommy nie lupa, Kim Jong Nam bukannya orang 'bisher bisher'...

Mendiang ialah abang kepada Presiden Korea Utara...

Dan pembunuhan mendiang berlaku di Malaysia...

Betul, Mahkamah Tinggi Shah Alam buat keputusan 'melepaskan TANPA membebaskan'...

Takkan Tommy Thomas tak faham maksud lepas tanpa bebas...

Biasanya keputusan lepas tanpa bebas di buat mahkamah bila pihak mahkamah percaya dan mengakui kesalahan OKT tapi pihak pendakwaraya kekurangan fakta yang kukuh untuk sabitkan kesalahan pada OKT...

Jadi mahkamah menangguhkan kes dengan melepaskan tanpa membebaskan OKT untuk beri peluang pada pihak pendakwaraya mencari fakta atau bukti yang lebih kukuh...

Pada bila2 masa, bila pihak pendakwaraya dah bersedia, pertuduhan baru boleh di buat dan kes boleh di jalankan semula...

Benat, ada permintaan dari pihak Peguam Negara Indonesia untuk melepaskan Siti Aisyah (BACA DI SINI) tapi :

1) Adakah Tommy Thomas dah buat semakan semula kes tersebut?

2) Adakah Tommy Thomas dah rujuk dan maklumkan pada pihak Korea Utara sebelum membebaskan Siti Aisyah?

Sekali lagi di ingatkan, mangsa ialah ABANG kepada Presiden Korea Utara dan Korea Utara ialah salah satu dari kuasa nuklear besar dunia, hingga Amerika sendiri cuma berani menyalak dari jauh tapi apa yang Tommy buat ialah menusuk jarum terus ke hati Korea Utara!!!

Jangan suka bermain apai dengan kuasa besar apa lagi kuasa nuklear dunia!!!

Iktiraf UEC Sebelum Kabinet Buat Keputusan


Wah, nie betul2 tindakan yahudi mabuk yang tak tahu undang2...

Lagi pelik bila yang buat tindakan nie ialah si Tommy Thomas, Peguam Negara...

Belum pernah terjadi dalam sejarah manusia, Peguam Negara satu2 negara merasakan ada kuasa untuk mengubah satu2 dasar negara sebelum merujuk dan mendapatkan persetujuan dari kabinet kerajaan...

Cuma Tengku Tommy Thomas jer yang buat camtu, ingat aney, lu sudah lawan abang busat DYMM Mahathir Mohamad!!!

(BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Gagal Siapkan Dokumen Kes SRC-Najib Hingga Prosiding Tertangguh


Nie nak gelak ker nak maki nie!!!

Kes SRC ialah ker berprofil tinggi dan di ikuti oleh bukan jer rakyat Malaysia tapi seluruh dunia, sebab melibatkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib...

Dan Tommy Thomas terlibat secara langsung dan menganggotai barisan pendakwa dalam kes tu...

Tapi bila prosiding nak di mulakan, dokumen pun tak siap lagi...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

Apa punya haprak Peguam Negara Malaysia nie (BACA DI SINI)...

Kes Belum Berjalan Tapi Bahan Bukti Kes Dah Di Lupuskan (Di Jual)


Pertuduhannya ialah, kapal mewah Equanimity di dakwa di beli oleh Jho Lo hasil dari penipuan dalam kes 1MDB...

Jho Lo masih lagi gahal di kesan, kes 1MDB pun belum lagi di adili di mahkamah dan kapal mewah Equaminity sudah pun di lupuskan dengan di jual...

(BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Baik, beberapa persoalan yang timbul ialah :

1) Apa alasan sebenarnya kapal Equanimity di bawa pulang dari Indonesia selepas pihak berkuasa Indonesia merampasnya tapi pihak CIA sendiri mengakui ianya tiada kaitan dengan kes 1MDB?

2) Sudahkah keterangan Jho Lo di ambil, sudahkah di sahkan kapal Equanimity tu kepunyaan Jho Lo?

3) Kalau kapal mewah Equanimity bukan kepunyaan Jho Lo atau memang kepunyaan Jho Lo, maka kerajaan Malaysia akan di anggap kerajaan penyamun kerana menjual hak milik orang lain tanpa kebenaran dan tanpa apa2 asas yang kukuh!!!

Sepatutnya Tommy Thomas cadangakan pada pihak yang nak sangat ada kapal mewah macam Equanimity tu supaya jual aset TH ker, aset Felda ker atau aset PNB, bukan kata satu kapal mewah, sepuluh kapal mewah boleh tempah, boleh bagi sorang satu, macam tak biasa pulak!!!

Gagal Urus Isu Statut Rom


Dulu ICERD, Tommy Thomas bagi maklumat salah, sekarang Statut Rom...

Depan Majlis Raja Raja, Tommy dengan Menteri Luar, Salehuddin Abdullah, cakap lain, depan media cakap lain!!!

Kalau betul Statut Rom tu tak ada apa2 kesan pada DYMM SPD YDP Agong, kenapa tak jelaskan bila di panggil?

(BACA DI SINI), (DI SINI), (DI SINI)  dan (DI SINI)...

Oh ya, untuk menjawab apa yang di dakwa Tommy Thomas seperti dalam gambar di atas, sila (BACA DI SINI)...

Daripada 'report card' Tommy Thomas, berapa markah kita nak bagi dia...

Nasaruddin Nasution dengan poyonya bagi diri dia sendiri 6.5 markah...

Din Pudu pulak bagi dirinya sendiri 6 markah...

Untuk Tommy Thomas, bagilah markah kesian...

Tapi kalau ikut admin, baik Nasaruddin, Din Pudu apa lagi Tommy Thomas, yang terbaim ialah markah negatif, sebabnya, sejak dia orang pegang jawatan, tak ada satu pun kebaikan yang rakyat dapat!!!

Sunday, April 28, 2019

U-Turn Projek Mega Adalah Bukti Pembohongan Dan Fitnah PH Selama Ini


Apabila Dato' Seri Najib tumbang pada 9 Mei, sebahagian rakyat berharap akan ada kisah2 buruknya yang dapat di buktikan oleh kerajaan sedia ada...

Tetapi setelah hampir setahun, ceritanya terbalik...

Kisah kisah duit yang di transaksi bagi kepentingan diri langsung belum ada asas bukti...


Yang di dedah di mahkamah kebanyakannya duit yang di berikan bagi membantu pendidikan keluarga balu, pembaikian bekalan air bagi imarah pelajar tahfiz dan penyaluran dana yayasan bagi kebajikan rakyat...


Mana transaksi duit negara yang di guna bagi pembelian berlian pink, beg Birkin dan jam Hublot Big Bang?

Mana RM1 bilion tunai dan barang berharga yang di rampas dahulu kononnya hasil rompakan perbendaharaan negara?

Malah dalam mahkamah juga di buktikan bagaimana beliau dan keluarga sebenarnya tidak begitu kerap tinggal di istana ratusan juta Seri Perdana Putrajaya...

Sebaliknya lebih banyak hidup berkeluarga di kediaman peribadinya di Langgak Duta...

Ini apa?

Beliau sebenarnya diktator jenis apa?


ECRL yang di nista sebagai projek mahal yang membayar hutang 1MDB, rupanya berharga (BACA DI SINI), sebegitu kerana kerasnya tekad beliau untuk menyeimbangkan ekonomi antara dua kawasan Timur-Barat di Semenanjung Malaysia...


Tun Razak Exchange yang di kata sebagai bukti beliau menjarah negara akhirnya di iktiraf sebagai antara aset terbaik kita oleh kerajaan semasa (BACA DI SINI)...


Bandar Malaysia yang di katakan menggadai pertahanan negara kerana di dirikan di atas tanah asal Airport Sungai Besi akhirnya di teruskan kerajaan baru dan di akui sebagai projek yang akan menjana ekonomi dan menggerakkan pelaburan dari pelusuk dunia (BACA DI SINI)...


Kawasan Perindustrian Kuantan China-Malaysia (MCKIP) seluas 3000 ekar yang di katakan bukti beliau menjual tanah ibunda, rupa2nya di balas dengan 7,400 ekar tanah industri di Qinzhou (CMQIP) oleh kerajaan China...

Sehinggakan pelaburan di sana pada awal 2017 sahaja mencecah USD5 bilion dan menghasilkan manfaat ekonomi besar buat negara...

Bila Allah SWT Membuka Hijab Kebenaran, Tiada Satu Kuasa Yang Dapat Menutupnya


Golongan yang mengharapkan kejahatan beliau di bongkar, tetapi Allah SWT menetapkan bagaimana satu demi satu hijab kebaikannya di buka...

Lebih 1,400 tahun yang lalu, Rasulullah SAW telah mengingatkan kita mengenai kedatangan zaman fitnah...


Baginda Rasulullah SAW berdoa pada Allah SWT agar pemimpin yang zalim akan di berhadapan dengan halangan demi halangan...


Imam Syafie rahimullah memberi panduan kepada kita, bagaimana membezakan antara pemimpin yang adil dengan pemimpin yang zalim...

Jadi yang gigih menyebar dan berdondang tentang penyelewangannya dahulukala, bagaimana sebenarnya kalian masih mampu tidur malam dengan lena?

Kalau kerajaan yang di tegakkan dengan anak panah2 iblis boleh membuat U-Turn sesuka hati mereka tanpa memikirkan kesan dan perasaan rakyat, apakah yang menghalang kita dari beralih arah...

Masih belum terlambat untuk kita berpatah balik...


Sama2 kita tentang kezaliman yang di lontarkan ke atas DS Najib yang selama ini banyak memperjuangkan kedaulatan Islam dan bangsa Melayu...

Janganlah kita menjadi seperti Firaun, apabila nyawa sampai di khalkum, baru mahu mengakui kebenaran...

Kerana waktu itu, segala2nya sudah terlambat!!!

Saturday, April 27, 2019

Parti Cauvinis DAP Sedang Menyerang Masyarakat Malaysia!!!


Semasa mendominasi pakatan pembangkang dahulu, sikap cauvinis mereka amat ketara sekali...

Kini DAP telah menang pilihan raya dan mendominasi kerajaan Pakatan Harapan, sikap mereka tetap sama...

Mereka tetap cauvinis dan rasis... 

DAP Cuba Gagalkan Penyatuan Ummah Dengan Serangan Terhadap UMNO Dan PAS



DAP kini cuba mengheret kerjasama UMNO-PAS dari sudut songsang perkauman yang negatif...

Di dalam strategi peperangan terbuka (conventional warfare), tembakan pemula haruslah kuat dan memusnahkan sasaran semaksima mungkin...

Sasaran boleh di musnahkan oleh tembakan artileri dari darat atau serangan udara dari jet2 pejuang...



Inilah yang di mulakan Lim Guan Eng...

Istilah perang ke atas bukan Melayu oleh LGE adalah sangat melampau serta besar impaknya...

Tembakan itu berhasil menimbulkan keraguan kaum bukan Melayu-Islam terhadap kerjasama ini...

Masyarakat bukan Melayu-Islam akan fobia manakala golongan Melayu-Islam liberal pula akan memandang sinis kerjasama ini...

Tembakan pertama LGE berjaya memusnahkan sasaran... 



Tembakan kedua LGE yang menukar istilah perang kepada sasaran memusnahkan lagi sasaran (kerjasama UMNO-PAS) dan menguatkan lagi kesatuan bukan Melayu-Islam...

LGE berjaya menembak sasaran beliau dua kali dengan percikan publisiti besar2an...



Tembakan artileri kedua dalam cubaan DAP menghancurkan kerjasama UMNO-PAS ini datangnya dari Nga Kor Ming...

Istilah melampau ‘Taliban’ yang di guna beliau sengaja dicetus bagi membangkitkan kebimbangan masyarakat...

Umum mengetahui istilah Taliban merujuk kepada pelampau agama di Afghanistan... 



Hakikatnya, kerjasama UMNO-PAS tidak bersifat melampau... 

Ia bersifat mempertahankan kepentingan dari ancaman golongan yang tidak bertanggungjawab...

Istilah Taliban berjaya menaikkan moral bukan Melayu-Islam demi kesatuan mereka untuk terus prejudis dengan kerjasama ini... 

Nga Kor Ming bijak memilih senjata pemusnah untuk di gunakan dengan tujuan ‘discredit‘ lawan...

Setelah sasaran di percayai musnah, barulah ketumbukan tentera infantri (askar berjalan kaki) memasuki kawasan musuh dengan misi memusnahkan saki baki musuh bagi mencapai kemenangan total... 



Dalam situasi ini, strategis DAP Liew Chin Tong cuba menyusup masuk dalam pemikiran masyarakat Malaysia apabila mengibaratkan kerjasama UMNO-PAS seperti teori bumi hangus...

Chin Tong mengumpamakan Pakatan Harapan yang di dominasi DAP sebagai mangsa kekejaman serangan dari dua arah oleh kerjasama UMNO-PAS serta MCA-MIC yang cuba menghancurkan golongan bukan Melayu-Islam di Malaysia...

Chin Tong mengandaikan kerjasama UMNO-PAS akan menyerang Melayu-Islam di dalam PH manakala MCA dan MIC akan keluar dari BN dan menyerang kelompok bukan Melayu-Islam di dalam PH. DAP dan PH diandaikan akan terbakar hangus jika kerjasama UMNO-PAS menjadi realiti... 



DAP sedang bermain api perkauman dan menghina darjat intelektual masyarakat moden Malaysia dengan pemikiran seperti ini... 



Apakah DAP sebagai parti paling rasis di Malaysia telah mengguna pakai taktik bumi hangus demi survival mereka selama ini? 

Apakah kerana itu mereka sering menyangka pihak lain akan mengguna taktik jijik seperti mereka?

Selalunya, satu jari telunjuk menunjuk kesalahan orang lain, 4 jari menunjuk ke arah sendiri...

Itulah parti rasis DAP...



Selagi mana tidak tunduk kepada kemahuan DAP, selagi itulah DAP akan menyasar dan memerangi mereka...

Sikap ini saling tidak ubah seperti fahaman komunis dan Taliban...

Zaman berubah, namun pegangan terhadap ideologi menyerupai komunis mahupun Taliban tetap teguh bagi DAP...

Di Malaysia, fahaman seperti ini amat bahaya bagi kestabilan politik negara...



Mereka adalah parasit yang meracuni kontrak sosial anjuran pemimpin Malaysia terdahulu... 

Mereka adalah pengkhianat kepada perjuangan nenek moyang kita dahulu...

Serangan DAP amat strategik dan halus sekali...



Strategi Melayu Skru Melayu tetap di guna pakai...

Demi mengelak serangan balas Melayu-Islam terhadap mereka (DAP), mereka menggunakan PAN (AMANAH) sebagai perisai...

Mat Sabu membuktikannya semalam apabila beliau mempertahankan LGE yang menyasarkan perang terhadap kerjasama UMNO-PAS...

Apakah Mat Sabu selesa dengan elemen komunis dan Taliban dalam DAP? 

Tidak perlu bertanya lanjut kerana kita pasti tahu jawapannya…



Maka itu berhati2lah dengan serangan serta jarum halus DAP, parti perosak negara yang akan sentiasa berusaha memusnahkan keamanan dan kedamaian negara yang telah terbina sekian lama…

Friday, April 26, 2019

Kerajaan PH Johor Goyang, Mukhriz Bakal Presiden PPBM


Kemelut antara Mahathir dengan Din Pagoh belum lagi reda, malah di khabarkan semakin panas...


Din Pagoh di katakan telah minta maaf dari Mahathir tapi respon Atok ialah Sorry No Cure (BACA DI SINI) yer lah, tahu jer lah Atok tu, macam2 dia boleh buat kalau nak jatuhkan orang...

Kalau Bang Non dulu, Atok jatuhkan dengan kes liwat, DS Najib pula dengan fitnah RM2.6 bilion dan 1MDB, jadi tak mustahil Din Pagoh, Atok boleh kelelek dengan bermacam cara (BACA DI SINI)...


Walaupun cytro Bersatu dengan penyokon2 kuat Atok cuba menafikan keretakan hubungan antara Atok dengan Din Pagoh tapi macam yang orang tua2 kata, bangkai gajah mana boleh di tutup, yer tak? (BACA DI SINI)...

Macam yang pernah di siarkan dalam laman blog nie (BACA DI SINI), bagi admin, apa yang berlaku cuma satu dari sketsa yang berada dalam perancangan Mahathir...

Ahli Parlimen Dan ADUN Johor Keluar PPBM


Keadaan menjadi semakin kalut bila beberapa Ahli Parlimen dan ADUN yang setia dengan Din Pagoh di katakan akan meninggalkan meninggalkan PPBM sebab tak bersetuju dengan Mahathir (BACA DI SINI)...

Sekiranya perkara ini benar2 berlaku, yang akan menanggung akibatnya pastilah rakyat Johor sendiri...

Tiada pelabur yang akan datang melabur apabila politik sesuatu negara atau negeri di lihat tidak stabil dan bergolak...

Malah, pelabur yang sedia ada juga tidak akan berasa selamat dan tidak mungkin akan membesarkan pelaburan mereka...

Kerajaan negeri akan kehilangan pendapatan dari cukai yang di kutip, rakyat akan kehilangan pekerjaan!!!


Ada yang mengatakan, punca kemarahan Ahli Parlimen dan ADUN tersebut bukan saja sebab perbalahan antara Mahathir dengan Din Pagoh tapi ibarat menyiram minyak ke dalam api, mereka marah bila Mahathir mengatakan, bila Johor bersetuju menganggotai Malaysia maka Perlembagaan Johor, sekiranya ada, dengan sendirinya terbatal!!!


Tak tahulah sama ada Mahathir ada meminta pendapat dari Peguam Negara atau mana2 peguam sebelum keluarkan kenyataan syok sendiri tu...

Apakah maksud Mahathir, Sultan Johor mesti akur dengan apa saja keputusan yang Mahathir buat?

Apakah baginda Sultan Johor langsung tidak boleh bersuara demi untuk kebaikan rakyat dan negeri baginda?

Bagaimana kalau baginda Sultan Johor mengeluarkan titah, parti Bersatu dan ahli2nya di HARAMKAN di negeri Johor?

Atau lebih teruk lagi kalau baginda Sultan Johor dan Raja Raja Melayu membuat keputusan untuk keluarkan negeri Johor dan negeri2 yang beraja dari Malaysia?


Apa yang pasti, kesan dari tindakan Mahathir tu, rakyat Johor PASTI akan mendapat impak negatifnya, meletakkan Din Pagoh dan kemnya seperti cacing kepanasan (BACA DI SINI),

Dan bukan menjadi rahsia lagi, segala2 yang Mahathir lakukan adalah untuk memberi ruang dan jalan seluas2nya untuk Boboi naik menjadi Presiden Bersatu...

Matlamat utama Mahathir ialah untuk mewariskan jawatan Perdana Menteri kepada anak bongsunya, Boboi (BACA DI SINI)...


Apakah gerakan buah catur Mahathir seterusnya?

Mahathir sudah berjaya menghancurkan ekonomi Malaysia sehancur2nya dalam fasa kedua pemerintahannya (BACA DI SINI)...

Apakah Sultan Johor dan rakyat baginda akan membenarkan Mahathir hancurkan negeri Johor pula?


Dan apakah kita rakyat Malaysia terus akan menjadi YES MAN pada Mahathir sedangkan kehancuran yang beliau lakukan berada di hadapan mata kita?

Mahathir pernah mengulangi apa yang Laksmana Bentan katakan :

"Raja Adil, Raja Di Sembah, Raja Zalim, Raja Di Sanggah"...

Mungkin Mahathir lupa, Laksmana Bentan berasal dari bumi Johor...

Dan mungkin Mahathir lupa perkataan 'Raja' juga boleh di guna pakai kepada Perdana Menteri!!!

Dan Mahathir jangan lupa, ianya telah di guna pakai oleh mssyarakat seluruh dunia...

Muammar Gadafi tumbang di Libya di tangan rakyatnya, Mugabe tumbang di Zimbabwe di tangan rakyatnya, Marcos tumbang di Filipina, juga di tangan rakyatnya dan nama ketiga2 pemimpin itu bermula dari huruf 'M'...

Siapakah yang akan menjadi 'M' yang ke empat, harap Mahathir dapat renungkan sebelum terlambat!!!

Thursday, April 25, 2019

Kesombongan Dan Kebodohan Guan Eng Benar2 Buatkan Malaysia Di Ambang Muflis

Blomberg Salahkan Lim Guan Eng Kerana Menjadi Penyebab Kehancuran Ekonomi Malaysia


Menurut wawancara Blomberg, Bajet 2019 punca merosotnya Bursa Saham Malaysia...

Siapa yang buat bajet ini kalau bukan Lim Guan Eng...


Ingat tak apa amaran Dato' Sri Najib Razak kepada Guan Eng?

Jangan buat bajet dengan pergantungan kepada pasaran harga minyak dunia...

Tetapi Guan Eng dengan bongkak mempertikaikan tahap pengalaman Najib dalam membuat bajet selama 9 tahun sebagai PM dan hampir sepuluh tahun sebagai Menteri berdasarkan portfolionya ketika itu...

Setelah masuk bulan ke 4 tahun 2019, kesan yang seperti amaran Najib mula menunjukkan kebenarannya dan ini di jelaskan oleh pakar ekonomi dunia dalam wawancara Blomberg...


Kelvin Tay daripada UBS Global Wealth Management Regional CIO menekankan 2 punca dalam Belanjawan 2019 yang memberi kesan kepada kemerosotan pasaran saham Malaysia :

》Jangkaan purata harga minyak mentah pada USD72 setong...

》Pemansuhan GST, kadar sifar GST dan kembali kepada sistem percukaian SST...

Punca pertama yang di tekankan adalah jangkaan purata harga minyak mentah pada USD72 setong merupakan satu kesalahan...

Perlu diketahui bahawa, harga komoditi minyak mentah Brent tidak mencapai harga purata USD72 setong dan hasil Kerajaan Persekutuan daripada hasil petroleum akan berkurang...

Terdapat 3 komponen hasil Kerajaan Persekutuan berkenaan petroleum iaitu :

1. Petroleum Income Tax Act (PITA)
2. Royalti minyak
3. Dividen Petronas

Untuk Belanjawan 2019, kerajaan persekutuan menganggarkan pendapatan daripada PITA sebanyak RM18.04 billion...

Royalti minyak pula sebanyak RM5.6 billion...

Terakhir sekali dividen PETRONAS sebanyak RM54 billion dengan RM30 billion daripadanya adalah dividen khas yang di terima oleh kerajaan persekutuan daripada syarikat tersebut (Ministy of Finance Malaysia, 2018)...

Pemberian dividen khas oleh PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan telah menjejaskan kedudukan syarikat tersebut apabila Moody’s menurunkan penarafan daripada stabil ke negatif (Moody’s, 8 November 2018)...

Tujuan dividen PETRONAS adalah untuk menampung pemulangan cukai GST kepada peniaga sebelum cukai SST di perkenalkan semula pada 1 September 2018...

Secara keseluruhannya, kerajaan telah kembali bergantung pada hasil petroleum apabila PETRONAS di minta untuk memberikan dividen sebanyak RM54 billion kepada Kerajaan Persekutuan...

Jangkaan sebanyak 30.9% hasil Kerajaan Persekutuan adalah daripada Petroleum...


Tindakan ini adalah punca pertama yang ditekankan dalam wawancara Bloomberg mengenai pretasi pasaran saham Malaysia yang merupakan terburuk di dunia...

Apa yang di luahkan dalam wawancara tersebut adalah sama dengan hujah Najib sewaktu Guan Eng dengan riak umumkan bajet 2019 adalah tertinggi dalam sejarah...


Sekarang Guan Eng boleh buang kebodohannya dan belajar kejayaan bajet negara bukan bergantung kepada berapa besar jumlah peruntukan tetapi bergantung kepada berapa bijak meneliti sumber kewangan dan membuat pengagihan bijak...

Walaupun cara Najib lebih kepada membantu rakyat tetapi secara tidak langsung dagangan dalam negara bergerak dengan rancak sekaligus meningkatkan dagangan luar...


Cara ini terbukti apabila dunia iktiraf Najib menteri kewangan terbaik Asia hingga ekonomi negara 2017, di semak 4 kali dengan kejayaan terbaik dunia tetapi ketika Guan Eng pula negara di letak sebagai ekonomi terhancur di Rantau Asia dan Dunia...

Hasil input ini jelas menunjukkan siapa bijak dan siapa yang bodoh...

Tetapi bukan semua kesalahan ini, perlu di tuju kepada Guan Eng sebaliknya, Mahathir paling patut di persalahkan kerana melantik menteri MOF yang mempunyai pentauliahan palsu dalam bidang perakaunan...

Sebijak2 kedua2 orang ini bercakap, rupa2nya banyak kebodohan yang terselindung di sebalik pembohongan demi pembohongan mereka...

Pesan orang tua2, kalau selalu berbohong lama2 mencuri...




Kredit :

Rozmi Mokhtar

Wednesday, April 24, 2019

Mahathir Merajuk, Arahkan Majlis Tertinggi PPBM Pujuk

Mahathir vs Muhyiddin Dalam PPBM!!!


Pengerusi PPBM, Mahathir, dan Presiden PPBM, Muhyiddin di khabarkan tak sehaluan dalam isu rombakan barisan Exco Negeri Johor...


Pertelagahan yang bukan 'bisher bisher' tu menyebabkan MPT PPBM seluruh negara di panggil untuk mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya...

Dari sumber dalaman memberitahu, mesyuarat tergempar MPT yang di adakan pada Isnin malam di jalankan dalam keadaan tegang dan penuh emosi...


Tambah sumber dalaman lagi, punyalah panas mesyuarat tergempar tu, sampaikan Mahathir merajuk dan nak letak jawatan sebagai Perdana Menteri...🤭🤭🤭


Chop chop chop...

Macam sama jer dengan skrip PAU 2002...🤫🤫🤫

Tapi admin tak pastilah pulak, sama ada, ada drama airmata yang tak berapa nak keluar, atau pun dalam drama tu siapa yang pegang watak perempuan yang jerit 'WHY' sambil pandang kamera, atau pun ada perkataan 'DAH LAMA DAH'...😉😉😉

Kenapa Mahathir Marah Sampai Acah2 Merajuk Nak Letak Jawatan?


Bekas MB Johor, 'Man Datsun' sampaikan titah DYMM Sultan Johor pada MB Johor yang baru di lantik, Dr. Sahruddin Jamal supaya barisan Exco Johor di rombak sebagai syarat untuk istana terima MB Johor yang baru...

Mahathir pula keluarkan arahan pada Sahruddin supaya barisan Exco yang ada di kekalkan...

Alasan Mahathir ialah kabinet merasakan tak ada keperluan untuk merombak barisan Exco Negeri Johor...


Itu yang tersuratlah tapi yang tersirat ialah antara Exco Johor yang ada dalam senarai untuk di gugurkan ialah orang kuat DAP Johor, ADUN Skudai, Tan Hong Pin, dan konfirm 'TORA TORA PH' tak merestuinya walau pun akan di gantikan dengan ADUN DAP juga...


Tapi Sahruddin tetap juga membuat rombakan barisan Exco Negeri Johor dengan alasan itu adalah titah dari DYMM Sultan Johor...


Itu juga sebenarnya adalah alasan yang tersurat, tapi alasan yang tersurat ialah Sahruddin di katakan dapat arahan dari Din Pagoh supaya meletakkan orang2 yang setia pada Din Pagoh dalam barisan Exco Johor (BACA DI SINI)...


Tu yang buat Mahathir marah pada Muhyiddin, jadi untuk memberikan amaran pada Mahathir supaya 'Never Say No To Atok'...

Orang2 Mahathir pun panggil MPT Bersatu seluruh negara ke mesyuarat tergempar di Putrajaya dan menyuruh semua MPT Bersatu untuk buat memorandum meminta Mahathir tidak letak jawatan dan berikrar akan sentiasa menyokong Mahathir dan desak Din Pagoh letak jawatan...

Ada juga teori yang mengatakan, sebenarnya semua yang berlaku hanyalah rekaan semata2 dan bertujuan meletakkan Din Pagoh dalam keadaan CHECK MATE!!!


Tujuannya ialah supaya Mahathir dapat singkirkan Din Pagoh dan Boboi akan di nobatkan sebagai Presiden Bersatu...


Boboi di katakan akan di tarik ke pusat dan bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri, rasionalnya sebab kedudukan kerajaan PH di Kedah di lihat ibarat telur di hujung tanduk dan angin yang bertiup dari utara membawa khabar MB Perak dan MB Kedah berada dalam zon bahaya...

Amat memalukan sekiranya anak kepada seorang yang berjaya menjadi Perdana Menteri sebanyak 2 kali dan berjaya menjatuhkan 4 orang Perdana Menteri Malaysia, di singkirkan buat kali kedua dari kerusi Menteri Besar...

Tercalar teruk ego Mahathir nanti, jadi sebelum perkara tu menjadi kenyataan, eloklah di bawak Boboi ke zon selamat di pusat...

Bang Non Kena Kencing Dua Kali, Din Pagoh Pun Akan Kena Kencing Dua Kali Dengan Mahathir


Ikhlas admin cakap, sebenarnya admin kesian tenguk Din Pagoh nie...

Masuk isu Exco Johor nie, maknanya 2 kali kena kencing dengan Mahathir...

Kali pertama, sebelum PRU 14, mula2 beria2 Mahathir kata, Din Pagoh akan jadi PM bila PH menang PRU 14...

Sampai ke telinga, senyum Din Pagoh masa tu...

Tapi tiba2 Mahathir BERTUKAR, Din Pagoh gigit jari dan terpaksa simpan 'niat suci' nak jadi Perdana Menteri...

Kali nie, 'knock out' terus...

Sanggupker Din Pagoh terus tinggal dalam Bersatu bila semua MPT dah buat memorandum tuntut Din Pagoh letak jawatan?

Mana nak letak muka?

Tu lah, 'Never Say No To Atok' sebab Mahathir tu bukan 'bisher bisher' tau!!!


Kerabat dari salah sebuah negara kuasa nuklear tau!!!

Tuesday, April 23, 2019

Senarai Projek Mega Mahathir Yang Bankrap Dan Kerajaan Bail Out Dengan Duit Rakyat


Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4, banyak projek mega yang pernah dilancarkan telah bankrap dan kemudian terpaksa kerajaan bail-out...

Musibah yang menimpa negara ini terdiri daripada pelbagai projek pengangkutan awam utama Lembah Klang yang diperkenalkan oleh Mahathir sendiri melibatkan syarikat kroni beliau (BACA DI SINI)...


Kesemua projek mega ini malahan mempunyai landasan yang berbeza, sistem kereta api berbeza, penggunaan tiket berlainan dan integrasi yang amat minimum antara setiap stesen...

Prasarana sebuah agensi milik kerajaan kemudiannya terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk mengintegrasikan dan menyeragamkan kesemua stesen laluan berlainan...

Projek2 Mahathir yang bermasalah itu adalah :


LRT Putra - Kelana Jaya

Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra - Kelana Jaya yang dibina telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998...

Projek ini telah bankrap dan bail-out, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2002 dengan nilai RM5.3 bilion...

LRT2 (Star - Ampang)

Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL Transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996...

LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh kerajaan pada tahun 2002...

Diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion...

KL Monorel

Projek Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group milik Vincent Tan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989...

Kos yang dianggarkan sebanyak RM143 juta ternyata jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion setelah projek tersebut siap dibina dan beroperasi pada tahun 2003...

Projek ini jatuh bankrap di sebabkan syarikat tersebut banyak menanggung kerugian akibat susut nilai dan kos pembayaran faedah...

Pada 30 April 2004, KL Infra Group mencatat kerugian bersih RM46.24 juta daripada hasil jualan RM15.08 juta...

KL Monorail telah diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta...

Bas Intrakota

Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB - Hicom konon bagi menghapuskan imej bas mini yang buruk dan tidak berdisiplin...

Projek ini namun bankrap dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta...

Skandal Perwaja Steel


Perwaja Steel bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama antara Perbadanan Heavy Industries milik kerajaan dan syarikat Jepun Nippon Steel Corporation namun syarikat Jepun telah menarik diri di sebabkan hutang yang banyak...

Merujuk Malaysia Today, Mahathir sendiri mengakui secara terbuka pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion semasa dialog dengan rakyat Malaysia di London dan mengakui terdapat kemungkinan penyelewengan dana serta salah urus di Perwaja (BACA DI SINI)...

Jumlah kerugian telah meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion apabila Eric Chia mengambil alih dan Perwaja telah di lumpuhkan oleh hutang tambahan berjumlah RM5.7 bilion...

Projek ini telah diambil semula oleh kerajaan semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk diselamatkan...

Skandal Bank Bumi


Asia Correspondent melapurkan, skandal Bank Bumi semasa zaman Mahathir berkait kehilangan berbilion2 duit yang di benlanjakan...

Apabila ditanya, Mahathir cuba mengelak isu tersebut dengan mudah mengatakan dirinya tidak terlibat dengan skandal Bank Bumi...

"Saya tidak mencuri duit"...

"Wang itu hilang dan ia adalah wang bank," kata Mahathir kepada akhbar tempatan pada Mei 2015...

Empangan Bakun


Krisis ekonomi empangan hidroelektrik ini melibatkan banyak tangan yang silih berganti terdiri daripada syarikat2 swasta sejak bermulanya projek tersebut pada tahun 1960'an lagi...

Semasa zaman Mahathir, terdapat pelbagai halangan yang berlaku sehingga projek ini diserahkan kepada kroninya Tan Sri Ting Pek Khing (BACA DI SINI)...

Namun di sebabkan berlaku isu dengan masyarakat setempat dan masalah kewangan, projek ini terbengkalai...

Kerajaan terpaksa menyelamatkan projek empangan Bakun daripada terus terbengkalai dan mengalami kerugian yang besar...

Proton


Proton telah memohon kerajaan sebanyak RM1.5 bilion dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut untuk membayar vendor, namun setelah kereta itu mendapat pasaran Proton masih lagi mahu bantuan wang kerajaan bagi membuat pembayaran tersebut (BACA DI SINI)...

Secara langsung, Proton terpaksa bail-out oleh kerajaan bagi melunaskan hutang2 tersebut kepada vendor...

Malah, pendaptan Proton yang di ekspot merudum hanya 7,622 pada tahun 2003 berbanding 14,965 pada 1994, dan 25,686 pada 1997...

Kemudian, Proton telah diambil alih oleh kumpulan DRB - HICOM milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari...

Forex


Skandal pasaran pertukaran asing atau forex pada 1990'an menjadi tanda tanya sehingga kini di mana perginya wang lebih RM30 bilion yang hilang begitu sahaja tanpa ada siapa yang bertanggungjawab...

Kerugian terbesar yang disifatkan lebih lima kali ganda rizab asing negara ketika itu berlaku di sebabkan kelemahan kepimpinan kerana berlaku spekulasi wang asing tanpa kawalan...


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam laporannya percaya bahawa Mahathir merelakan tindakan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion bagi tempoh 1992 hingga 1994...

Malaysia Airlines (MAS)


Pada era 1990'an ini, Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin, bagi pihak Kerajaan Malaysia, mengarahkan Tajudin Ramli membayar RM8 sesaham (jauh melebihi harga pasaran ketika itu RM3.50) bagi saham MAS untuk membantu mengelakkan Bank Negara Malaysia (BNM) rugi berbilion ringgit akibat kerugian dalan skandal pertukaran asing...

Oleh disebabkan MAS terpaksa menanggung kerugian forex, MAS terpaksa diswastakan dan prestasinya turun mendadak sehingga bail-out dengan harga yang tinggi oleh kerajaan...


Mungkin Mahathir sudah lupa kegagalan yang di hadapinya dahulu sehingga banyak projek mega telah bankrap dan terpaksa diambil oleh kerajaan untuk diselamatkan dan diteruskan demi kepentingan rakyat...

Sehingga kini, projek2 dirancang Datuk Seri Najib Tun Razak pula menjadi mangsa apabila dibatalkan dengan digantikan kepada projek baharu oleh Mahathir sendiri...

Namun, adakah projek baru ini releven dan benar2 perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara?


Kredit :

MyNewsHub