Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 4, banyak projek mega yang pernah dilancarkan telah bankrap dan kemudian terpaksa kerajaan bail-out...
Musibah yang menimpa negara ini terdiri daripada pelbagai projek pengangkutan awam utama Lembah Klang yang diperkenalkan oleh Mahathir sendiri melibatkan syarikat kroni beliau (BACA DI SINI)...
Kesemua projek mega ini malahan mempunyai landasan yang berbeza, sistem kereta api berbeza, penggunaan tiket berlainan dan integrasi yang amat minimum antara setiap stesen...
Prasarana sebuah agensi milik kerajaan kemudiannya terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk mengintegrasikan dan menyeragamkan kesemua stesen laluan berlainan...
Projek2 Mahathir yang bermasalah itu adalah :
LRT Putra - Kelana Jaya
Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra - Kelana Jaya yang dibina telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998...
Projek ini telah bankrap dan bail-out, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada tahun 2002 dengan nilai RM5.3 bilion...
LRT2 (Star - Ampang)
Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL Transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996...
LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh kerajaan pada tahun 2002...
Diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion...
KL Monorel
Projek Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group milik Vincent Tan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989...
Kos yang dianggarkan sebanyak RM143 juta ternyata jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion setelah projek tersebut siap dibina dan beroperasi pada tahun 2003...
Projek ini jatuh bankrap di sebabkan syarikat tersebut banyak menanggung kerugian akibat susut nilai dan kos pembayaran faedah...
Pada 30 April 2004, KL Infra Group mencatat kerugian bersih RM46.24 juta daripada hasil jualan RM15.08 juta...
KL Monorail telah diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik Kerajaan pada tahun 2007 dengan nilai RM882 juta...
Bas Intrakota
Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB - Hicom konon bagi menghapuskan imej bas mini yang buruk dan tidak berdisiplin...
Projek ini namun bankrap dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta...
Skandal Perwaja Steel
Perwaja Steel bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama antara Perbadanan Heavy Industries milik kerajaan dan syarikat Jepun Nippon Steel Corporation namun syarikat Jepun telah menarik diri di sebabkan hutang yang banyak...
Merujuk Malaysia Today, Mahathir sendiri mengakui secara terbuka pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion semasa dialog dengan rakyat Malaysia di London dan mengakui terdapat kemungkinan penyelewengan dana serta salah urus di Perwaja (BACA DI SINI)...
Jumlah kerugian telah meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion apabila Eric Chia mengambil alih dan Perwaja telah di lumpuhkan oleh hutang tambahan berjumlah RM5.7 bilion...
Projek ini telah diambil semula oleh kerajaan semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk diselamatkan...
Skandal Bank Bumi
Asia Correspondent melapurkan, skandal Bank Bumi semasa zaman Mahathir berkait kehilangan berbilion2 duit yang di benlanjakan...
Apabila ditanya, Mahathir cuba mengelak isu tersebut dengan mudah mengatakan dirinya tidak terlibat dengan skandal Bank Bumi...
"Saya tidak mencuri duit"...
"Wang itu hilang dan ia adalah wang bank," kata Mahathir kepada akhbar tempatan pada Mei 2015...
Empangan Bakun
Krisis ekonomi empangan hidroelektrik ini melibatkan banyak tangan yang silih berganti terdiri daripada syarikat2 swasta sejak bermulanya projek tersebut pada tahun 1960'an lagi...
Semasa zaman Mahathir, terdapat pelbagai halangan yang berlaku sehingga projek ini diserahkan kepada kroninya Tan Sri Ting Pek Khing (BACA DI SINI)...
Namun di sebabkan berlaku isu dengan masyarakat setempat dan masalah kewangan, projek ini terbengkalai...
Kerajaan terpaksa menyelamatkan projek empangan Bakun daripada terus terbengkalai dan mengalami kerugian yang besar...
Proton
Proton telah memohon kerajaan sebanyak RM1.5 bilion dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut untuk membayar vendor, namun setelah kereta itu mendapat pasaran Proton masih lagi mahu bantuan wang kerajaan bagi membuat pembayaran tersebut (BACA DI SINI)...
Secara langsung, Proton terpaksa bail-out oleh kerajaan bagi melunaskan hutang2 tersebut kepada vendor...
Malah, pendaptan Proton yang di ekspot merudum hanya 7,622 pada tahun 2003 berbanding 14,965 pada 1994, dan 25,686 pada 1997...
Kemudian, Proton telah diambil alih oleh kumpulan DRB - HICOM milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari...
Forex
Skandal pasaran pertukaran asing atau forex pada 1990'an menjadi tanda tanya sehingga kini di mana perginya wang lebih RM30 bilion yang hilang begitu sahaja tanpa ada siapa yang bertanggungjawab...
Kerugian terbesar yang disifatkan lebih lima kali ganda rizab asing negara ketika itu berlaku di sebabkan kelemahan kepimpinan kerana berlaku spekulasi wang asing tanpa kawalan...
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam laporannya percaya bahawa Mahathir merelakan tindakan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion bagi tempoh 1992 hingga 1994...
Malaysia Airlines (MAS)
Pada era 1990'an ini, Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin, bagi pihak Kerajaan Malaysia, mengarahkan Tajudin Ramli membayar RM8 sesaham (jauh melebihi harga pasaran ketika itu RM3.50) bagi saham MAS untuk membantu mengelakkan Bank Negara Malaysia (BNM) rugi berbilion ringgit akibat kerugian dalan skandal pertukaran asing...
Oleh disebabkan MAS terpaksa menanggung kerugian forex, MAS terpaksa diswastakan dan prestasinya turun mendadak sehingga bail-out dengan harga yang tinggi oleh kerajaan...
Mungkin Mahathir sudah lupa kegagalan yang di hadapinya dahulu sehingga banyak projek mega telah bankrap dan terpaksa diambil oleh kerajaan untuk diselamatkan dan diteruskan demi kepentingan rakyat...
Sehingga kini, projek2 dirancang Datuk Seri Najib Tun Razak pula menjadi mangsa apabila dibatalkan dengan digantikan kepada projek baharu oleh Mahathir sendiri...
Namun, adakah projek baru ini releven dan benar2 perlu dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara?
Kredit :
MyNewsHub
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.