Wednesday, October 10, 2018

Dah Tunjuk 'Gangster' Dengan Orang Kampung, YB Norhizam Keluarkan Kenyataan Akhbar Yang Tak Betul!!!


Viral satu Malaysia isu 'YB Gangster' kat Melaka!!!


Kalau ikut maklumat dari org yg dekat dengan Norhizam, dia nie mmg 'kahau' (kasar)...

Masaalahnya skrg nie, dia datang ke Taman Akasia sbb kononnya nak selesaikan masaalah rakyat, bercakap pula dgn orang kampung yg sama baya dengan bapak dia, sebagai ADUN dan Exco Kerajaan Negeri, sesuai ker bawak perangai 'kahau' tu, dapat selesai ker masaalah tu!!!

Mungkin sbb x tahan kena 'belasah' dalam media sosial, akhirnya petang tadi pejabat Norhizam keluarkan kenyataan akhbar utk bagi penjelasan atas apa yg berlaku...

KENYATAAN AKHBAR YB NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE BERHUBUNG KONTROVERSI 'GANGSTER' PENUTUPAN JALAN PINTAS KAMPUNG PULAU NIBONG-TAMAN AKASIA, DUN PENGKALAN BATU

Assalamualaikum Warahmatullahu

SALAM MELAKA BERWIBAWA

Dengan penuh kesederhanaan dan berpegang kepada fakta sebentar, izinkan saya, NORHIZAM BIN HASSAN BAKTEE ADUN N.15 PENGKALAN BATU menerangkan letak duduk sebentar kontroversi penutupan jalan pintas Taman Akasia-Kampung Pulau Nibong dalam DUN Pengkalan Batu...

Hadir sekitar jam 8.45 pagi tadi di Taman Akasia untuk menyelesaikan kemelut penutupan jalan pintas berkenaan, belum pun selesai saya berjabat tangan dengan semua yang ada di lokasi kejadian, sekumpulan individu bertubi2 menyerang @ menyoal saya dengan soalan2 panas...

Namun, ia tidak menjadi masalah pada saya untuk menjawab soalan2 berkenaan lantaran saya adalah wakil rakyat kawasan berkenaan dan perlu bersedia berhadapan dengan situasi tidak di duga seperti ini...

Apa yang tersebar di laman sosial menerusi video berkenaan adalah secebis darinya yang mana ada beberapa bahagian lebih2 lagi fakta sebenar berhubung penutupan jalan berkenaan tidak di sebarkan...

Yang di sebarkan hanyalah sisi buruk saya, sisi saya mendengar atau memuji, menyokong atau membantu penduduk kampung tidak pula di sebarkan, tidak mengapa...

Saya terima dan akur kerana saya sedia maklum, itulah sifat sebenar manusia yang lebih terarah menggali keburukan berbanding mengangkat kebaikan...

Untuk makluman semua, sebenarnya pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah lama mencadangkan agar jalan berkenaan yang merupakan hak mutlak Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) di tutup untuk laluan kenderaan awam atas sebab tanah berkenaan adalah untuk kemudahan JPS bagi kerja2 infrastruktur dan penambahan baik kawasan sungai (laluan khas untuk JPS) bagi kerja2 mengorek @ mendalamkan sungai bersebelahan kampung Pulau Nibong-Taman Akasia untuk tempoh akan datang)...

Bagaimanapun atas persetujuan bersama dan demi kemudahan penduduk kampung Pulau Nibong &  kampung2 berhampiran, jalan milik JPS berkenaan di izinkan digunakan dengan syarat :


  1. Kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan tidak boleh memandu laju...
  2. Kenderaan yg melalui & menggunakan jalan berkenaan mestilah kenderaan ringan (lori besar @ treler tidak boleh melalui kawasan berkenaan & Jalan Taman Akasia)...
  3. Jalan berkenaan tidak boleh di gunakan sama sekali walau satu hala sekali pun jika air sungai naik melimpah ekoran hujan lebat (pada ketika ini ada kenderaan termasuk lori muatan 3 tan berdegil dan tetap menggunakan laluan jalan pintas terbabit sungguh pun di tegah berbuat demikian)...
  4. Motosikal terutamanya tidak boleh menggunakan laluan berkenaan secara berbahaya (menunjukkan aksi berbahaya seperti 'wheelie' atau apa2 aksi berbahaya lain)...


Sebagai wakil rakyat, saya mengharapkan agar syarat2 berkenaan di patuhi kerana sudah menjadi tugas saya menjaga keharmonian sama ada penduduk kampung Pulau Nibong & kampung2 termasuk penduduk taman khususnya Taman Akasia bagi mengelakkan kekusutan atau konflik di kemudian hari...

Bagaimanapun, ia tidak berlaku dan amat di kesali, kemalangan sama ada motosikal dan kereta semakin kerap berlaku, kecurian harta benda juga kerap berlaku hingga membawa kepada laporan polis oleh mangsa yang merupakan penduduk di Taman Akasia...

Paling membimbangkan motosikal di pandu terlalu laju hingga membahayakan nyawa warga emas dan kanak-kanak (penduduk taman) yang menggunakan laluan berkenaan...

Jalan Taman Akasia juga menjadi sesak lantaran pertambahan kenderaan yang melalui jalan berkenaan yang semakin banyak dan membahayakan penduduk Taman Akasia...

Justeru, penyelesaiannya adalah menutup jalan berkenaan seperti yang di persetujui MPHTJ bersama Jabatan serta agensi2 berkaitan lain...

Dalam hal ini, jauh di sudut hati saya, sedikit pun saya tidak menyalahkan individu2 yang mendesak, memaki-hamun, meninggikan suara, melabelkan saya 'YB kurang ajar', menyumpah seranah saya, mempersoalkan kredebiliti saya sebagai seorang wakil rakyat dan exco Kerajaan Negeri Melaka...

Tetapi saya terkilan dan sedih kerana mereka tidak mengetahui perihal yang sebenar dan mereka juga tidak dapat menerima hakikat sebenarnya iaitu TIDAK ADA JALAN LANGSUNG YANG DI LULUSKAN UNTUK KEGUNAAN MANA2 PIHAK UNTUK MENUJU KE KAMPUNG PULAU NIBONG @ KAMPUNG PULAU NIBONG TIDAK ADA JALAN MASUK DARI ARAH MELAKA BARU @ TAMAN AKASIA...

Jalan sedia ada sekarang yang di gunakan penduduk Kampung Pulau Nibong adalah atas budi bicara jabatan dan agensi terlibat bersama Kerajaan Negeri (rujuk kuasa PBT)...

Jalan atau laluan sebenar yang selayak di gunakan oleh penduduk Kampung Pulau Nibong adalah dari arah Bukit Beruang @ Taman Kerjasama dan bukannya dari arah Melaka Baru @ Taman Akasia seperti ketika ini...

Saya mengharapkan penerangan ini jelas...

Siapalah saya untuk menghalang mana2 pihak agar tidak menyebar luaskan video berkenaan yang saya percaya kini sudah menjadi 'tular'...

Saya berkhidmat untuk semua masyarakat DUN Pengkalan Batu tanpa mengira apa juga parti politik kerana pada saya ketika ini adalah masa untuk saya bekerja dan bukan untuk berpolitik...

Apabila di tuduh saya bersandiwara dan bermain politik dalam penyelesaian kemelut ini, ia amat mengecewakan saya...

Di kesempatan ini juga, saya berharap perjelasan saya ini dapat merungkai konflik dan tanda tanya semua pihak berhubung kemelut ini...

Sekian,

Melaka Berwibawa
Pintar Hijau Bersih

Norhizam Hassan Baktee
ADUN N.15 Pengkalan Batu
Menangkap
Exco pertanian, Pembangunan Usahawan & Industri Asas Tani Negeri Melaka.

Itu kenyataan dari Norhizam @ 'YB Leng Chai' dari negeri Melaka...

Orang Kampung Kata Kenyataan Akhbar Tu 'Kencing' Dan Tak Ceritakan Keadaan Sebenar



Tapi apa yang di beritahu oleh orang kampung jauh berbeza dari penerangan yang Norhizam bagi dalam kenyataan akhbar yang dia keluarkan...

Pemuda Umno ambil inisiatif untuk cuba membantu menyelesaikan masaalah pertelungkahan orang kampung Pulau Nibong dengan Norhizam dengan bertemu sendiri individu2 yang terlibat dalam isu tersebut...

Saksikan sendiri penjelasan orang kampung dalam rakaman FB live oleh Pemuda Umno...



Kesimpulannya, kalau pemimpin nak rakyat ikut undang2, pemimpin sendirilah kena jadi contoh sebagai orang yang taat mengikut undang2...

Kalau pemimpin nak rakyat hormat pada pemimpin,  pemimpin sendirilah kena tunjukkan pada rakyat yang mereka menghormati hak2 rakyat...


Janganlah pulak bila dah terbukti salah tapi masih nak tegakkan benang yang basah dengan cara yang kurang ajar...

Siap bagi amaran nak saman lagi...

Kemonlah bro, sekarang nie memang zaman maklumat di hujung jari dan apa yg di tularkan tu memang petikan video klip asal...

Memang baguslah bagi kenyataan akhbar untuk menerangkan keadaan sebenar tapi kenapa dalam kenyataan akhbar pun nak menipu lagi!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.