Tuesday, October 9, 2018

Janganlah Fitnah Mujahid, Tak Baik Tau...😉😉😉


Lepas kecoh dan panas dengan isu kerajaan tak lagi laksanakan serbuan khalwat kepada pasangan Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof akhirnya U-Turn dan tampil menafi bahawa dirinya mengeluarkan kenyataan berkenaan...

Beliau anggap kenyataannya di manipulasi akhbar berbahasa Inggeris, The Star...

Jelasnya, beliau hanya menyebut tentang salah guna kuasa penguatkuasaan di ruang awam dengan ruang peribadi yang tidak mengikut kaedah atau cara Islam.

“Saya hanya bercakap tentang isu kesalahan ataupun yang di katakan ruang awam dengan ruang peribadi"... 

"Saya menumpukan tentang salah guna kuasa dan pencerobohan di ruang peribadi yang tidak menggambarkan kaedah dan cara Islam", katanya...

Mujahid seperti yang di petik laporan The Star sebelum ini berkata :

"Apa yang di lakukan oleh individu di sebalik pintu yang bertutup adalah bukan urusan kerajaan"... 

Penegasannya itu berkaitan aktiviti 'maksiat peribadi' yang di lakukan dalam kawasan persendirian seperti khalwat dan zina adalah urusan peribadi jika di lakukan di tempat tertutup...

Oleh itu, jika pegawai agama mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi agama Islam 'tiada lagi ketukan atau pintu di pecahkan'...



Mujahid ketika di hubungi TV Al Hijrah menambah, beliau tidak pernah menyebut isu kononnya mengarahkan operasi di hentikan pada waktu malam...

"Tidak di ketuk pintu itu semua adalah tambahan daripada editor yang mengambil rumusan mereka sendiri daripada kenyataan saya"... 

"Sila rujuk kepada temubual yang di dalamnya lebih tepat kepada maksud yang saya ingin sampaikan", katanya...

"Jaga"...

"Jangan dok buat lece"...

"Fitnah tu pi balik kat hampa baru hampa tau", katanya...

Mahathir Pulak Dah Terlepas Cakap



Pendirian Mujahid di sokong penuh oleh Mahathir dan bukanlah sesuatu yang memeranjatkan bila yang memberi respon sebegitu namanya Mahathir bin Mohamad, perdana menteri Malaysia sekarang...


Sebab Mahathir memang di kenali sebagai seorang yang suka memperlekehkan hukum Allah swt dan mengulasnya mengikut logik akal sendiri tanpa apa2 sandaran pada sebarang nas Al Quran dan Hadis atau pun ijmak ulamak...

Ker memang Mujahid di arahkan untuk keluarkan kenyataan begitu...🤔🤔🤔

Hukum Hakam Mahathir Ikut Keadaan Dan 'Kewarasan' Semasa


Tertarik dengar komen Mahathir tadi...

'Kerabat rumah orang' untuk cari salah bukanlah cara Islam kata Mahathir tapi yang hangpa dok 'kerabat sampai ke hotel' tu nak kira lagu mana...🤔🤔🤔



Tapi jangan salahkan Mahathir, nanti di 'AMLA'nya kita...😉😉😉

Jangan marah yer Tun...😉😉😉

Yang salah wartawan sebab rujuk pada orang yang salah...

Amaran Mujahid Pada Netizen Bukan Pada The Star


Kisah pelik tapi benar...🤥🤥🤥



Mujahid hanya berani bagi amaran pada netizen bukan pada The Star...

Sedangkan netizen cuma menulis apa yang di lapurkan The Star...

Dan Mujahid sendiri dakwa The Star memanupulasi kenyataan yang dia keluarkan...

Kalau betul apa yang Mujahid katakan dalam U-Turn siri kedua nie, samanlah The Star, ada berannnn...😝😝😝

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.