Thursday, October 11, 2018

Skim Kadir Jasin Lagi Cepat Kaya, Selamat Dari Jho Loh, Pak Man Telo

CARA JADI KAYA SKIM KADIR JASIN, BUKAN PAK MAN TELO ATAU JHO LOW

Cara Kadir Jasin Melombong 'WANG BESAR'


Tak susah kita nak faham apa yang tersirat dalam posting A. Kadir Jasin (penulis upahan Mahathir) yang di siarkan oleh portal Malaysiakini...

Posting yang di maksudkan bertajuk 'Rahsia Jadi Kaya Cara Pak Man Telo'... 

Bagi Kadir Jasin, mereka ini golongan bangang dan tamak...

Jadi dia nak ajar golongan nie cara buat skim Pak Man Telo yang gerenti tak rugi tapi untung besar...

Ingat Betul2, Bukan Skim Pak Man Telo Atau Skim Jho Lo Tapi Skim Kadir Telo

Kadir Jasin namakannya sebagai skim Jho Lo...

Tapi sebenarnya skim Jho Lo pun tak bagus...

Kalau nak jadi kaya raya, paling bagus gunakan skim Kadir Telo...

Resepinya tak banyak dan tak berapa susah nak cari : 
  • Proksi...
  • Kronisme...
  • Nepotisme...
  • Dan yang paling penting, perangai Kacang Lupakan Kulit...

Semua orang tahu Kadir Jasin dan 3 lagi konco dia iaitu Nazri Abdullah, Khalid Hj Ahmad dan Mohd Nor Mutalib dengan begitu mudah menguasai empayar media, TV3 dan NSTP dengan gunakan skim 'Management Buy Out' melalui syarikat Realmild Sdn Bhd... 

Mudah sebab mereka adalah proksi kepada Anwar yang menjadi Menteri Kewangan masa tu dan mereka juga kroni Daim yang sebenarnya tak reti nak diam...

Mereka berempat menguasai 48.01% saham NSTP dan 43.22% saham TV3 daripada Renong yang di kuasai oleh Halim Saad... 

Masa tu di katakan ada masalah antara Halim Saad dgn Anwar...


Banyak pihak persoalkan MBO nie sebab modal berbayar Realmild Sdn. Bhd. hanyalah RM100 ribu dan tidak mempunyai aaet tapi mampu menguasai empayer media yang bernilai RM800 juta tunai...


Tapi sebab mereka adalah proksi dan kroni kepada Anwar dan Daim maka 2 hari kemudian MRCB umum ambil alih kepentingan Realmild...

MRCB memang ada tunai...

MRCB di kuasai oleh Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pengerusi dan Mirzan Mahathir pulak sebagai pengarah....


Wan Azmi juga merupakan pengarah Fleet Group masa tu...

Langkah seterusnya, Wan Azmi dgn Mirzan letak jawatan dan 4 orang tu pun ambil alih balik...

Dengan skim 'Management Buy Out' dan 'Reverse Takeover' tu, maka Kadir Jasin dan 3 orang kawan2 dia pun jadi kaya...


Punyalah kaya mamat 4 orang tu, 5 syarikat public listed tu dan juga termasuk Bank of Commerce dapat dia orang kuasai secara langsung dan tidak langsung...

Skim Kadir Jasin adalah skim merompak sesama sendiri...

Yang penting mesti pandai 'sailang' dan memilih 'tuan'.

Tak payah nak berterima kasih kepada yang membantu...

Sebab itu Kadir Jasin tak pernah merasa terhutang budi kepada Anwar...


Masa krisis antara Mahathir vs Anwar pada tahun 1998, Kadir Jasin kekal menjadi kroni kepada Mahathir - Daim...

Sekarang dia dah jadi lebih kuat dan membesar bagai johan sebab Mahathir dgn Daim kembali berkuasa...

Bijak tak Kadir Jasin...🤔🤔🤗

Kaya melalui proksi dan kroni lebih selamat...

Tak der rasa bimbang sikit pun kalau2 kena pakai baju oren SPRM dan di gari...

Sebab tu Kadir Jasin tak puas hati kenapa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tak di gari dan pakai baju oren...

Pada beliau mereka yang ikut skim Kadir Jasin sahaja yang tak layak malah 'haram' di gari dan di pakaikan baju oren...


Kredit :

Mohd Puad Zarkashi
Baca berita selanjutnya di sini :

https://www.editormalaysia.com/4404/

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.