Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, akhirnya menamatkan tandatanya sama ada PAS akan bersama Barisan Nasional atau PPBM dalam Pilihanraya Umum 15 nanti.
Sudah jelas lagi bersuluh, PAS akhirnya memuktamadkan keputusan untuk bersama PPBM dan walau pun tidak dinyatakan secara jelas, PAS telah meletakkan kerjasama politik antara UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional ke dalam muzium.
Tidak mungkin dapat diterima oleh UMNO dan akar umbi UMNO, ditakdirkan seandainya Barisan Nasional memenangi PRU 15 nanti, PAS mengubah keputusan untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan UMNO.
UMNO bukanlah barang mainan yang boleh diambil dan dibuang sesuka hati.
UMNO adalah wadah perjuangan dan maruah bangsa Melayu di bumi bertuah ini.
Seguris luka ditusuk ke kalbu UMNO, 3.4 juta ahli akar umbi UMNO merasakan bisanya.
Adakah akar UMNO kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh PAS?
Secara jujur memang kita akui ianya mengguris serta melukai hati dan perasaan akar umbi UMNO.
Ibarat isteri yang pernah kita ceraikan dalam jangka waktu yang lama sudah rujuk kembali, pastinya kita mengharapkan tautan kasih buat kali kedua ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Namun Allah SWT Maha Penentu segalanya.
Secara tiba-tiba, kasih yang baru terjalin semula itu terlerai juga biola isteri kita mengambil keputusan untuk meninggalkan kita dan menjalin kasih dengan teman baru.
Memang kita terluka, tetapi terluka tidak berarti kita kecewa.
UMNO pernah dikecewakan oleh PAS berpuluh tahun dahulu apabila meninggalkan Barisan Nasional dan ibarat menyiramkan garam ke atas luka tersebut, PAS bermesra pula dengan DAP yang menjadi musuh tradisi UMNO.
Kekecewaan kali kedua ini agak mudah untuk kita atasinya kerana kita pernah mempunyai pengalaman yang sama, malah ianya akan memberikan kekuatan kepada kita.
Tidak tersentuhkah hati pemimpin PAS bila mengenangkan bagaimana akar umbi UMNO dan ahli PAS berdakapan mesra sebagai tanda kesyukuran apabila ikatan ukhwah kembali terjalin?
Tulisan admin mengenai perhimpunan ICERD mendapat 'hit' melebihi 100,000.
Bukan admin hendak mengatakan tulisan itu 'superb', tapi apa yang admin hendak katakan di sini ialah bagaimana masyarakat Melayu Islam di negara ini amat menyokong dan mahu melihat sendiri penyatuan ummah walau pun tidak dapat hadir di Dataran Merdeka kerana jauh.
Baca di sini :
Kalau penyatuan ummah menjadi topeng kepada strategi jahat pihak di sebelah sana dalam memecahbelahkan ummah, di manakah PPBM ketika kedaulatan Raja dan bangsa Melayu mahu dirobek melalui ICERD dan Statut Rom?
Bukankah mereka yang merperlekehkan dan menyindir dengan kata-kata nista terhadap perhimpunan ICERD?
Bukankah PPBM ketika itu adalah sebahagian dari kerajaan, malah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu juga datangnya dari PPBM?
Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, pernah berkata, kerajaan yang naik kerana fitnah akan tumbang dengan fitnah mereka sendiri.
Kini yakinlah, kerjasama yang tidak dipasakkan dengan keikhlasan dan kejujuran tetapi cuma bersendikan sandiwara, pasti akan terlerai dengan sandiwara mereka sendiri.
UMNO menghormati pendirian PAS.
UMNO tidak akan merayu supaya PAS kembali kepada UMNO.
Namun UMNO tidak akan mendahului takdir, seandainya di masa akan datang, PAS ingin kembali kepada UMNO, admin yakin tidak akan ada masalah untuk UMNO terima kembali, namun kemesraannya pasti akan berbeza.
UMNO boleh memaafkan namun akar umbi UMNO pasti tidak akan dapat melupakannya.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.