Kemarahan rakyat terhadap Muhyiddin Yassin semakin memuncak.
Hampir setiap posting yang Muhyiddin buat dalam akaun Facebook beliau menerima kritikan-kritikan pedas dari rakyat.
Menambahkan kemarahan rakyat bila Muhyiddin melakukan lawatan rasmi ke Indonesia selepas beliau mengurung rakyat dengan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan Perintah Darurat!!!
Belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia rakyat bertindak hingga sedemikian.
Dr Mahathir juga pernah menjadi sasaran kemarahan rakyat, DS Najib juga pernah menjadi sasaran kemarahan rakyat, tetapi tidak pernah rakyat mengecam dan mengaibkan mereka di dalam media sosial rasmi kepunyaan pemimpin luar negara.
Persoalannya, mengapa rakyat bertindak begitu dan adakah rakyat boleh dipersalahkan?
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat ramah dan berbudi bahasa.
Tetapi harus diingat, rakyat Malaysia juga adalah manusia yang mempunyai perasaan marah dan kecewa.
Selagi rakyat Malaysia boleh menahan kekecewaan dan kemarahan mereka, rakyat Malaysia akan memendamnya di dalam hati.
Tetapi apabila keadaan sudah keterlaluan, maka tindakan yang yang akan diambil adalah di luar jangkaan.
Admin setuju sekiranya dikatakan tindakan rakyat Malaysia menyerang Muhyiddin di akaun rasmi Presiden Joko Widowo adalah keterlaluan.
Tetapi sebelum menuding jari kepada rakyat Malaysia, pasukan Muhyiddin mesti jujur dalam mencari punca kemarahan rakyat Malaysia terhadap Muhyiddin.
Dalam keadaan angka pengangguran telah hampir mencecah 1,000,000 orang atau 4.8% atau 4.8% pada Disember 2020, rakyat dihidangkan dengan pembongkaran menantu Muhyiddin 'dikurniakan' kontrak bernilai RM1.16 bilion!!!
Dalam keadaan rakyat kehilangan pounca pendapatan kerana banyak sektor ekonomi ditutup serta banyak syarikat-syarikat terpaksa gulung tikar dan mengharapkan agar Muhyiddin meluluskan pengeluaran simpanan Akaun 1 dalam KWSP, rakyat terus ditipu dan diberi harapan palsu oleh Muhyiddin.
Arahan PKP dan Perintah Darurat dilaksanakan Muhyiddin dengan tujuan untuk pentadbiran beliau membendung penularan Covid-19, tetapi cara pasukan Muhyiddin menguruskan Covid-19 membingungkan rakyat dan selepas hampir sebulan PKP dan Perintah Darurat dilaksanakan, belum ada tanda-tanda wabak Covid-19 dapat dikawal!!!
Terkini, Muhyiddin sekali lagi didapati menipu apabila dalam Rang Undang Undang Perbekalan 2021 menyatakan kononnya kerajaan telah memperuntukkan dana untuk MEMBERIKAN 150,000 LAPTOP secara percuma kepada 150,000 murid yang berasal dari golongan B 40.
Sebenarnya kalau hendak disenaraikan punca kemarahan rakyat kepada Muhyiddin banyak lagi cuma admin rasa cukup setakat itu sahaja sebab kalau disenaraikan satu persatu, tulisan ini akan menjadi panjang berjela.
Kesimpulannya, kritikan-kritikan rakyat kepada Muhyiddin adalah manifestasi kemarahan rakyat yang semakin memuncak kerana kegagalan Muhyiddin menjalankan amanah dan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri dan akibatnya kehidupan rakyat semakin hari semakin menderita, lalu kenapakah mahu disalahkan rakyat?
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.