Monday, November 2, 2020

Syed Iskandar Saman Agong Untuk Atoq Atau Azmin?


Selepas SPB YDP Agong menolak nasihat Muhyiddin untuk mengumumkan Darurat Kesihatan di seluruh Malaysia, seorang peguam, Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tetuam Kengadharan & Co, telah memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, untuk mencabar keputusan SPB YDP Agong yang menolak nasihat Perdana Menteri.

Walau pun Kerajaan Malaysia telah dinamakan sebagai defendan pertama dalam saman yang beliau kemukakan, namun beliau telah meminta mahkamah untuk menentukan sama ada SPB YDP Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat sebagaimana yang telah dinasihatkan oleh Perdana Menteri.

Admin tidak akan mengupas dari sudut perlembagaan kerana itu bukan bidang admin, lagi pun pakar Perlembagaan Malaysia, Prof Dr Shamrahayu telah mengupasnya secara mendalam dan admin ada sertakan link tulisan beliau dalam siaran yang lepas.

Tetapi apa yang mahu admin dedahkan, siapakah sebenarnya di belakang Syed Iskandar?

Siapa Yang Berada Di Belakang Syed Iskandar?


Tindakan Syed Iskandar untuk memfailkan saman pemula untuk mencabar kuasa SPB YDP Agong bukanlah satu tindakan yang kecil atau remeh.

Betul, ini bukan pertama kali tindakan yang hampir sama pernah berlaku di Malaysia, malah mahkamah mempunyai 2 'precedent' untuk dijadikan sebagai rujukan.

Syed Iskandar bukanlah mantan Peguam Negara atau mantan Ketua Hakim Negara, beliau hanyalah seorang peguam biasa atau pengamal undang-undang biasa sahaja.

Kalau hendak dibandingkan kerjaya guaman Syed Iskandar dengan kerjaya peguam tersohor seperti TS Shafie Abdullah, adalah ibarat langit dan bumi.

Mengapa peguam yang langsung tidak terkenal seperti Syed Iskandar begitu berani mencabar kuasa SPB YDP Agong.

Kalau alasannya adalah kerana keadilan, banyak lagi kes-kes berprofil tinggi yang telah sama ada digugurkan atau sudah dijatuhkan hukuman dengan cara yang sangat-sangat menimbulkan tandatanya telah berlaku di Malaysia, tetapi tidak pula Syed Iskandar mengambil apa-apa tindakan.

Mesti ada seseorang yang sangat berpengaruh di belakang Syed Iskandar, amat mustahil beliau berani melakukannya sendirian.


Gambaran awal beliau didalangi oleh seseorang yang berpengaruh ialah apabila Yang Di Pertua Dewan Negara, Rais Yatim, juga telah mengeluarkan 
kenyataan yang senada.

Malah Rais Yatim telah mengesyorkan supaya dipersembahkan kali kedua ke bawah DYMM SPB YDP Agong perisytiharan darurat kesihatan untuk diperkenankan oleh baginda.


Ada teori dari Chegu Bard yang mengatakan bahawa Syed Iskandar adalah seorang peguam yang pro Dr Mahathir.

Alasan yang dikemukakan ialah pada 30 November 2018, Syed Iskandar pernah mewakili seorang blogger Adam Mukhriz @ Abdul Muhaimin dalam kes Adam Mukhriz memuatnaik gambar palsu DS Najib.

Dan Adam Mukhriz pula adalah salah seorang pegawai Dr Mahathir.

Tetapi teori yang dikemukakan oleh Chegu Bard boleh dipersoalkan kerana Dr Mahathir sendiri sebenarnya tidak bersetuju sekiranya Darurat Kesihatan diisytiharkan, Dr Mahathir masih lagi cenderung dengan idea asal beliau untuk menubuhkan 'unity government'.

Namun ada juga pendapat yang mengatakan sebenarnya Syed Iskandar adalah peguam upahan dari PPBM sendiri yang ditaja oleh Azmin Ali.

Sumber dalaman memberitahu, ketika SPB YDP Agong mengumumkan menolak cadangan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat kesihatan di seluruh negara, Muhyiddin dikatakan telah membuat keputusan untuk meletak jawatan.


Namun Azmin Ali dan Hamzah Zainudin dikatakan telah sedaya upaya memujuk dan meyakinkan Muhyiddin supaya tidak meneruskan niat tersebut.

'2nd plan' yang dimaksudkan Azmin ialah mengisytiharkan darurat dengan alasan PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak hanya dapat dielakkan sekiranya SPB YDP Agong memperkenankan perisytiharan darurat yang akan dipersembahkan kali kedua oleh Azmin ke pada SPB YDP Agong.

Tindakan Syed Iskandar itu dilihat sebagai 'psywar' kepada SPB YDP Agong supaya tidak menolak perisytiharan darurat yang akan dipersembahkan kepada baginda sekali lagi.

Tanpa Penaja Mampukah Portal Media Berbelanja Besar Begini?

Untuk menjayakan 'psywar' terhadap SPB YDP Agong, Azmin telah menaja beberapa portal media seperti MalaysiaNow dan beberapa Blogger dan Facebooker yang bersedia menjalankan perang saraf dengan memainkan isu darurat kesihatan MESTI diisytiharkan segera sekiranya tidak mahu gelombang keempat Covid-19 melanda negara sebagaimana negara dilanda gelombang ketiga Covid-19 selepas PRN Sabah.


Dalam perutusan khas Muhyiddin yang terbaru, secara nyata Muhyiddin telah menyatakan bahawa hanya darurat yang akan dapat mengelakkan dari mengadakan PRK Batu Sapi dan PRN Sabah.

Mengapa Azmin dan PPBM masih lagi mahu darurat kesihatan diisytiharkan?

Muhyiddin dikatakan masih tidak yakin akan mendapat undian yang mencukupi untuk meluluskan Bajet 2021.


Malah dikatakan telah berlaku 'politik wang' atau apa yang ditakrifkan oleh Dr Mahathir sebagai 'cash is king'.

Jelas tindakan Muhyiddin, Azmin, Hamzah dan PPBM adalah satu tindakan biadap malah boleh diklasifikasikan sebagai tindakan menderhaka bukan sahaja kepada SPB YDP Agong, malah kepada semua Raja Raja Melayu.

Demi mengekalkan kuasa politik, mereka sanggup mengheret SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu ke mahkamah.

Demi untuk memastikan kuasa politik kekal bersama mereka, nasihat dan perintah yang dikeluarkan oleh SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu sanggup mereka langgar.

Dengan jelas SPB YDP Agong telah menitahkan agar semua kegiatan politiking dihentikan buat sementara waktu dan baginda mahu semua pihak bersama-sama menangani masalah penularan Covid-19 demi untuk keselamatan rakyat dan negara.

Tetapi mereka tetap mahu memperjudikan nyawa rakyat Malaysia dan menganggap wabak Covid-19 ini adalah anugerah Allah SWT kepada mereka untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

Sangat malang bagi rakyat dan negara Malaysia kerana telah memilih pengkhianat dan penderhaka ini sebagai pemimpin.

Apakah kita masih mahu mengekalkan mereka dalam PRU 15 nanti?

Pandang dan renunglah wajah anak-anak kita kerana di situ ada jawapannya.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.