Sunday, August 16, 2020

PRK Slim N58, Apa Tujuan Sebenar Pejuang Letakkan Calon Walau Pun Tahu Tiada Peluang Menang?


Semalam, 15 Ogos 2020, seperti yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, adalah hari penamaan calon bagi PRK Slim N58.

Pegawai Pengurus Pilihanraya, Shamsul Ridzuan Idris, mengumumkan pertandingan 3 penjuru antara BN/Muafakat Nasional, Bebas/Pejuang dan Bebas selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Tanjung Majlis Daerah Tanjong ditutup pada jam 10 pagi semalam.

BN/Muafakat Nasional diwakili oleh Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tanjung Malim, Mohd. Zaidi Aziz seorang warga tempatan manakala Amir Khusyairi Mohamad Tanusi bertanding di atas tiket Bebas/Pejuang adalah berasal dari Teluk Intan dan seorang lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas adalah Santhara Sekaran Subramaniam.


PRK Slim N58 diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai 2020 akibat kesukaran bernafas di Hospital Bentong, Pahang.

Kerusi DUN Slim N58 Adalah Kerusi Tradisi UMNO


Sejak dari PRU 11 hingga PRU 14, UMNO memenangi kerusi DUN Slim N58, dalam ertikata lain, DUN Slim merupakan kubu kuat UMNO dalam 4 PRU berturut-turut.

Allahyarham juga telah memenangi kerusi DUN Slim N58 sejak PRU 11 lagi, ini bermakna kepercayaan dan keyakinan pengundi tempatan terhadap UMNO adalah sangat tinggi.

Namun, berbanding PRU 13, pada PRU 14, terdapat penurunan jumlah undi UMNO dan PAS berikutan tsunami politik yang melanda negara ketika itu.

Jumlah undi UMNO berkurangan dari 11,152 pada PRU 13 kepada 8,327 pada PRU 14 manakala PAS pula berkurangan dari 7,299 pada PRU 13 kepada 4,103 pada PRU 14 dan PPBM mendapat 6,144 undi pada PRU 14.

Ini jelas membuktikan, walau pun pada PRU 14, seluruh negara dilanda tsunami politik, namun DUN Slim N58 kekal menjadi kubu kuat UMNO.

Apa Tujuan Sebenar Dr Mahathir Letak Calon Walau Tiada Peluang Untuk Menang?


Dr Mahathir tahu calon tajaan beliau boleh dikatakan sangat mustahil untuk merampas kerusi DUN Slim N58 dari UMNO/Muafakat Nasional.

Kalau hendak mengharapkan undi yang PPBM perolehi dalam PRU 14 cuma 6,144 dan ini adalah kurang dari 50% berbanding dengan jumlah undi Muafakat Nasional bila dicampurkan undi UMNO dan PAS iaitu 12,430 undi.

Ini belum diambil kira undi PPBM yang mungkin akan berpecah dua, antara PPBM serpihan pro Dr Mahathir yang dijangka akan mengundi Bebas/Pejuang dan sebahagiannya pula akan mengundi calon UMNO di bawah PPBM yang pro Muhyiddin Yassin.

Kemungkinan besar calon Bebas/Pejuang tajaan Dr Mahathir akan mendapat undi kurang dari 3,000 undi di PRK Slim ini.

Tetapi tinjauan admin di lapangan mendapati tiada penyokong PPBM yang hadir sewaktu penamaan calon semalam, yang kelihatan cuma Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu @ Peja dan beberapa orang yang menemani beliau.

Yang kelihatan cuma penyokong Muafakat Nasional yang terdiri dari penyokong UMNO dan PAS.

Mungkin ini antara bukti mengapa keinginan PPBM untuk menyertai Muafakat Nasional masih terus diragui terutama di peringkat akar umbi.

Namun calon UMNO/Muafakat Nasional, Mohd Zaidi Aziz mempunyai kelebihan kerana beliau merupakan warga tempatan yang memangku jawatan Ketua Bahagian UMNO Tg. Malim dan merupakan Naib Ketua Bahagian UMNO Tg. Malim serta beliau merupakan Ahli Mesyuarat Daerah Tg. Malim, manakala calon Bebas/Pejuang, Amir Khusyairi, tajaan Dr Mahathir tidak berapa dikenali pengundi tempatan kerana beliau berasal dari Teluk Intan.

Dari sumber yang diperolehi dari kem Bebas/Pejuang memaklumkan, matlamat utama Dr Mahathir meletakkan calon bukanlah unttuk merampas kerusi DUN Slim kerana Dr Mahathir memang maklum harapan untuk menang adalah sangat tipis malah boleh dikatakan mustahil.

Matlamat utama Dr Mahathir adalah untuk mengurangkan undi yang bakal diperolehi oleh UMNO/Muafaklat Nasional.

Mengapa?

Dengan mengurangkan undi Muafakat Nasional di PRK Slim, Dr Mahathir boleh 'spin' bahawa sokongan rakyat kepada Muafakat Nasional sudah mula beralih kepada parti baharu beliau, Pejuang.

Dr Mahathir juga akan mendakwa parti Pejuang sudah diterima rakyat kerana di kubu kuat UMNO sendiri, mereka mampu 'mencuri' undi Muafakat Nasional.

Maka ini akan membuatkan hasrat beliau untuk menjadi 'king maker' dalam PRU 15 nanti akan mendapat perhatian sama ada dari Perikatan Nasional mahu pun Pakatan Harapan.

Sebab itulah strategi kempen di PRK Slim ini, Dr Mahathir akan lebih menumpukan pengundi Tg. Malim yang berada di luar Tg Malim kerana menyedari calon UMNO/Muafakat Nasional mempunyai kelebihan berbanding calon tajaan beliau.

Itulah strategi Dr Mahathir, hanya menggunakan calon tajaan beliau demi untuk kepentingan peribadi politik beliau sendiri.

Muga jentera PRK Slim Muafakat Nasional perlu melakukan sesuatu dan calon UMNO/Muafakat Nasional MESTI mendapatkan sekurang-kurangnya 14,000 undi di PRK Slim ini untuk membuktikan bahawa rakyat sudah menolak Dr Mahathir dan parti anak beranak yang baru beliau tubuhkan itu, Pejuang atau lebih tepat lagi PujaWang!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.