Secara dasarnya, kepimpinan tertinggi Muafakat Nasional sudah setuju untuk menerima PPBM ke dalam Muafakat Nasional.
Selamat datang kami ucapkan kepada PPBM ke rumah kami yang dahulunya pernah kamu gelar sebagai kereta buruk, parti yang sudah hancur, parti yang sudah jatuh ke dalam longkang, parti Pak Lebai penunggang ugama dan berbagai-bagai kata-kata hinaan yang kamu lemparkan ke atas kami.
Namun kini, parti yang yang pernah kamu hina itulah kamu jadikan sandaran untuk berteduh demi survivor parti politik kamu yang kini semakin tenat.
'What goes arround, comes arround', pernah dengar kata-kata itu?
Sekarang ini, itulah yang terjadi kepada rumah kamu yang pernah kamu bangga-banggakan dahulu.
Allah SWT Maha Adil, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, mungkin sewaktu kamu melemparkan kata-kata hinaan ketika kamu berkuasa dan mendapat sokongan rakyat dahulu, kamu lupa pada hakikat itu!!!
Namun, demi memartabatkan maruah agama Islam dan bangsa Melayu di tanah air tercinta ini, kami berserta pemimpin-pemimpin kami berlapang dada untuk menerima kamu semua ke dalam rumah kami.
'We can forgive but will never forget'!!!
Adat orang menumpang, biarlah bersopan bila berkata-kata, biarlah beradab dalam segala tindakan, jangan besar kepala, tuan rumah tetap tuan rumah, ingat tu!!!
Pembentukan Muafakat Nasional Dengan Air Mata, Jangan Pula PPBM Hendak Besar Kepala
Mengenangkan kembali pembentukan Muafakat Nasional yang lahir dari usaha Penyatuan Ummah yang digerakkan oleh UMNO dan Pas bukan satu fasa mudah.
Bibit asal bermula ketika sebelum PRU14 lagi DS Najib dan kemudian di sambung oleh Tok Mat Hassan ketika memangku jawatan Presuden UMNO dan seterusnya direalisasikan oleh Presiden UMNO sekarang DS Zahid.
Ketika itu apa yang tidak diperkatakan oleh PPBM kepada UMNO dan PAS?
Selepas PRU14, bukan satu yang mudah untuk DS Zahid, Tok Mat Hassan dan TG Hj Hadi serta pembabitan DS Najib bagi menciptakan sejarah membentuk Muafakat Nasional.
Waktu itu apa kata Abah kau, UMNO sampah, kereta buruk dan apa fitnah mereka tahap PAS, rasuah juta2 dari UMNO.
Malah Abah kau tuduh PAS dan Umno kini sedang berkhalwat.
Sekarang Abah kau mohon masuk Muafakat Nasional sebab hendak berkhalwat sekali ker!!!
Namun UMNO PAS tetap istiqamah membuang ego hingga berlaku perhimpunan berlinangan air mata mementerai pembentukan Muafakat Nasional.
Selama Muafakat Nasional dibentuk dan telah memenangi 6 PRK berturut-turut tanpa PPBM, belum pernah dibincangkan pembahagian kerusi dan siapa bakal Perdana Menteri.
Tahukah kamu mengapa?
Kerana matlamat Muafakat Nasional ditubuhkan hanya semata-mata demi agama, bangsa dan tanah air tercinta, bukannya jawatan atau kuasa.
Dalam bermesyuwarah dan bermuafakat, adab dan syariah menjadi pegangan, nafsu serakah bukan kiblat kami.
Kami yakin dengan qada dan qadar serta pertolongan Allah SWT.
Apabila kesepaduan yang jitu dicapai dan apabila kesepakatan dipersetujui bersama barulah calon yang sesuai akan diangkat sebagai Perdana Menteri, sama dari UMNO atau PAS.
Setiap kali kempen PRK kedua parti ini sentiasa bersama-sama bekerjasama dan sepakat dalam strategi memenangi PRK.
Tetapi berbeza dengan PPBM, walau pun kini dalam kemelut kelumpuhan akar umbi kerana Dr Mahathir tubuh parti baru yang dinamakan Pejuang dan tarik sebahagian PPBM melompat dan ada saki baki belum bertindak, tetapi tidak menurunkan ego PPBM yang datang mengetuk pintu rumah Muafakat Nasional tetapi berlagak macam tuan besar!!!
Tanpa menurunkan ego, kamu datang bukan dengan keinsafan memelihara perpaduan tetapi datang dengan syarat-syarat kamu yang mesti kami ikuti.
Kamu mahu jawatan Perdana Menteri kekal menjadi milik kamu, kamu mahu menjadi tuan rumah dalam Muafakat Nasional dan kamu yang akan tentukan kerusi mana UMNO dan PAS boleh bertanding.
Sedarkah kamu bahawa kamu hanya parti serpihan kecil yang kini berada dalam keadaan yang cukup nazak.
Akar umbi PPBM merasakan bahawa mereka jauh lebih besar dan lebih mulia dari akar umbi UMNO dan PAS.
Sudah 2 PRK yang telah berlaku dan sedang berlaku tetapi kehadiran PPBM hanya dengan menghantarkan wakil sahaja tanpa jentera PPBM.
Kedatangan wakil kamu pun pasti akan bersama-sama dengan borang keahlian untuk diedarkan kepada ahli UMNO dan bukannya untuk membantu berkempen.
Di manakah adab, keikhlasan dan semangat setia kawan kamu.
Maka tidak hairanlah Presiden UMNO agak marah ketika melancarkan jentera Pemuda Barisan Nasional di PRK Slim baru-baru ini.
Itu belum cerita PRN Sabah, awal-awal PPBM sudah tuntut lebih 50 kerusi dari 73 kerusi.
Padahal sebelum PRU 14, PPBM tidak wujud pun di Sabah.
Itulah hakikat betapa besarnya nafsu PPBM yang tidak berpijak di bumi nyata tetapi hanya berdiri di atas nafsu serakah yang berpaksikan jawatan dan kuasa semata-mata.
Bagaimana mungkin dapat dijalinkan kerjasama dan kemesraan antara akar umbi Muafakat Nasional dan PPBM sekelip mata kalau tiada keikhlasan PPBM untuk bersama Muafakat Nasional.
Mohon kepimpinan tertinggi Muafakat Nasional jangan tergesa-gesa untuk memuktamadkan menerima PPBM.
Berikan mereka tempoh percubaan sekurang-kurang ambil tempoh setahun untuk kita melihat keikhlasan PPBM.
Kita bimbang yang masuk bukan sahabat sejati bersatu tetapi sekadar 'Kuda Trojan' yang dihantar menyelinap masuk ke dalam rumah Muafakat Nasional.
Di mana di dalamnya dipenuhi dengan petualang-petualang yang mahu merampas rumah Muafakat Nasional yang selama ini kita dirikan dengan kemuafakatan ummah.
Namun sekiranya keputusan sudah dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi Muafakat Nasional, kami akar umbi yang tidak pernah meninggalkan perjuangan parti ketika bangkit dan jatuh, yang menangis hiba di dalam hati bila melihat parti dan pemimpin kami dihina dan diinjak-injakkan maruah mereka, yang tersenyum bangga bila melihat panji-panji parti dan perjuangan kami kembali di dakap oleh rakyat jelata, atas sikap wallak kepada pemimpin, atas sikap sayang kepada parti dan perjuangan, akan tetap akur dengan keputusan yang telah dibuat.
Kepada PPBM, admin tahu, tulisan admin ini memang pahit untuk kamu telan, tapi bukankah ubat itu pahit sifatnya, namun zatnya menyembuhkan.
Mari kita bersama-sama ikhlaskan diri kita untuk berganding bahu di dalam masa susah atau pun masa senang, yang berat sama kita pikul, yang ringan sama kita jinjing, hati kumah sama kita cicah, hati gajah sama kita lapah, demi untuk agama, bangsa dan tanah air kita.
Bukankah kita semua sama-sama sangat menyintai agama, bangsa dan tanah air kita!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.