Monday, August 10, 2020

Menjawab Dakwaan Lim Guan Eng Dan DAP Pendakwaan Kes Terowong Adalah Bermotifkan Politik

Selepas 3 hari disoal siasat SPRM bermula dari 22 Julai 2020 hingga 26 Julai 2020 mengenai skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion, dan diiktraf sebagai skandal salah guna kuasa kedua terbesar negara selepas skandal FOREX, akhirnya Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, pada 7 Ogos 2020.


Lim Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan sekiranya disabitkan kesalahan, Lim Guan Eng berhadapan dengan hukuman dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi (BACA DI SINI).


Dalam satu pertuduhan yang berasingan tetapi di bawah akta yang sama, Lim Guan Eng juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos 2020.


Selain itu, Lim Guan Eng juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama pada 11 Ogos 2020 bagi kes yang berlainan dan dipercayai kes yang berkaitan dengan banglo di Jalan Pinhorn.


Sebaik sahaja dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta, Lim Guan Eng cuba memainkan kad simpati dengan menggambarkan beliau adalah mangsa permainan politik pihak tertentu dengan tujuan untuk mencemarkan reputasi 'baik' beliau selama ini (BACA DI SINI) dan (DI SINI).


Jentera propaganda DAP juga turut cuba memutarbelitkan fakta dengan mendakwa pendakwaan kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang adalah bermotifkan politik dan Lim Guan Eng menjadi sasaran untuk memburuk-burukkan DAP.


Malah mantan MT UMNO, Dato' Lokman Norr Adam, juga mengakui bahawa pendakwaan kes Terowong Dasar Laut ke atas Lim Guan Eng adalah bermotifkan politik.

Adakah benar apa yang didakwa oleh jentera propaganda DAP dan adakah benar dakwaan Lokman Adam itu?

> DAP mendakwa bahawa penganugerahan adalah berdasarkan tender terbuka dan bukannya melalui perundingan terus atau 'direct negotiation'.

- Tetapi persoalannya, sehingga ke hari ini DAP mahu pun Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah menyatakan bilakah tender tersebut di buka dan berapa banyak syarikat yang telah menyertai tender terbuka tersebut, malah keupayaan SPV yang dianugerahkan dengan tender projek Terowong Dasar Laut tersebut amat meragukan (BACA DI SINI).

Hakikatnya ianya bukan tender terbuka sebaliknya penganugerahan projek melalui RFP (Request for Proposal).

Bermakna, pembida menghantar permohonan mereka. Setiap permohonan adalah berbeza dan tidak boleh diperbandingkan.

RFP juga merupakan PPP (Kerjasama Awam-Swasta).

Menurut Prof Jomo, projek PPP lebih mudah disalahgunakan kerana ia adalah 'off balance sheet', dan oleh itu tidak dinyatakan di dalam hutang kerajaan (BACA DI SINI).

> DAP mendakwa, yang terlibat dalam menguruskan penganugerahan tender tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu, Farizan Darus, dan Lim Guan Eng tiada kaitan dalam proses penganugerahan tersebut.

- Persoalannya apakah Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri yang secara amalannya dilantik oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar.

Pada 5 Ogos, dia dilantik sebagai CEO syarikat kerajaan negeri yang mengendalikan projek PTMP bernilai RM46 bilion, hanya 8 bulan selepas dia bersara.

SPRM juga telah memanggilnya memberi keterangan pada bulan Julai (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

> DAP mendakwa sehingga ke hari ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak ada membayar walau satu sen kepada syarikat pemaju dan semasa pertuduhan juga tidak ada dinyatakan jumlah suapan yang telah diterima.


- Memang benar, satu sen pun tidak pernah dibayar, tetapi setelah pertukaran pemilikan tanah kerajaan negeri dengan nilai RM208 juta, syarikat konsesi telah membangunkan projek mewah bernilai RM800 juta & RM15 bilion.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam jawapan bertulis bertarikh 19 Mei 2017, kepada soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pulau Betong ketika itu di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, DS Haji Muhamad Farid bin Haji Saad.

Sama ada peguam-peguam DAP tidak faham atau tidak tahu atau yang lebih tepat lagi ialah sengaja mahu memutarbelitkan fakta.

Pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 adalah pertuduhan ke atas mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima satu suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.

Takrifan rasuah adalah suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.

Dan maksud suapan pula boleh jadi dalam bentuk wang tunai, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan (seperti seks), jawatan, upah, diskaun, pinjaman dan sebagainya.

Pemberian tanah (land swap) milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208 juta kepada syarikat yang kononnya menjalankan kajian kebolehlaksanaan atau 'feasibility study' terhadap projek berkenaan adalah termasuk dalam istilah suapan kerana sehingga ke hari ini kajian tersebut masih lagi belum siap tetapi tanah yang telah ditukar milik tealh pun dimajukan dengan projek mewah bernilai RM800 juta dan RM1.5 bilion!!!

Secara dasarnya admin bersetuju dengan kenyataan Lokman Noor Adam bahawa pendakwaan ini bermotifkan politik kerana siasatan mengenainya telah dimulakan sejak tahun 2017 tetapi selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan pada 2018 hingga Februari 2020, kes ini telah cuba 'disembunyikan', hinggalah Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP tumbang, barulah kes ini 'diaktifkan' semula.

Walau bagaimana pun, admin percaya, pihak SPRM mempunyai asas dan bukti yang kukuh di dalam pendakwaan mereka.

Di bawah Seksyen 16 (a)(A),Lim Guan Eng berhadapan dengan hukuman penjara tidak lebih dari 20 tahun DAN denda 5 kali ganda dari nilai suapan untuk satu kes yang disabitkan kesalahan.

Dan kini Lim Guan Eng berhadapan dengan 3 pertuduhan yang berbeza di bawah akta yang sama.

Bersalah atau tidak, biarkan proses keadilan yang menentukannya!!!



Kredit :

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.