15 Julai 2020 lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Slim, Perak (N58), Allahyarham Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib meninggal dunia akibat serangan jantung.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sg. Behrang.
Allahyarham Khusairi merupakan ADUN Slim selama 4 penggal berturut-turut.
Kita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semuga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan roh orang-orang yang saleh.
Allahyarham Khusairi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.
Seperti biasa, bila ada kekosongan sama ada di peringkat DUN atau Parlimen, maka Pilihanraya Kecil akan diadakan.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai ini bagi membincangkan tarikh penting pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim (BACA DI SINI).
Ini bermaksud,tarikh penamaan calon, apa lagi tarikh PRK masih jauh lagi dan belum ditetapkan lagi oleh pihak SPR.
Tapi Parti Keadilan Rakyat (PKR), seolah-olah sudah tidak sabar untuk menamakan calon mereka dalam PRK Slim (N58).
Belum 10 jam berita kematian Allahyarham Mohd. Khusairi diterima, Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, telah mengeluarkan kenyataan PKR Perak akan meletakkan calon dalam PRK Slim nanti (BACA DI SINI).
Kegelojohan mereka ternyata melambangkan sikap tamak dan tidak beradap serta tidak menghormati perasaan keluarga Allhyarham (BACA DI SINI).
Apakah PKR yakin akan dapat merampas DUN Slim dari UMNO/Muafakat Nasional?
Atau Farhash ingin mengangkat dirinya sebagai calon PRK Slim?
Apa pun alasan yang diberikan oleh PKR Perak, jelas ianya menggambarkan kegelojohan, sifat tamak dan kurang ajar parti PKR dalam politik!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.