Tuesday, July 21, 2020

Iktiraf UEC : Siapa Yang Menipu, Muhyiddin Atau Hua Zhong?


Malaysiakini melapurkan kumpulan Hua Zhong mendakwa Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin secara dasarnya bersetuju untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) (BACA DI SINI).

Dakwaan Hua Zhong itu adalah berikutan pertemuan wakil pertubuhan itu dengan Perdana Menteri pada 16 Julai lepas.

Hua Zhong juga mendakwa, Muhyiddin juga berharap satu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.



Tidak lama selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Hua Zhong, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengeluarkan kenyataan media yang menafikan Muhyiddin telah menyatakan persetujuan untuk mengiktiraf UEC dalam pertemuan dengan wakil pertubuhan Hua Zong.

Malah dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh PMO, Muhyiddin menegaskan, UEC mestilah selari dengan Dasar Pendidikan Kebagsaan sekiranya mahu diiktiraf kerajaan (BACA DI SINI).

Persoalannya, mengapa ada 2 kenyataan yang berbeza dari satu pertemuan yang dihadiri oleh orang yang sama?

Siapa yang berkata benar dan siapa yang menipu?



Dari sudut politik, Muhyiddin tidak akan mendapat apa-apa kelebihan sekiranya memang benar beliau bersetuju untuk mengiktiraf UEC.

Malah berkemungkinan besar, Muhyiddin akan kehilangan sokongan dan kepercayaan masyarakat Melayu yang telah berjaya beliau perolehi di atas kejayaan barisan menteri yang berpengalaman dalam kabinet beliau dalam menangani krisis wabak pandemik Covid-19.

Lebih melonjakkan nama Muhyiddin bila kerajaan memberikan berbagai-bagai insentif dan bantuan kepada rakyat ketika wabak pandemik Covid-19 melanda negara.

Adakah Muhyiddin sanggup kehilangan kedudukan yang selesa ini hanya semata-mata mahu mengikut kehendak pertubuhan Hua Zhong untuk mengiktiraf UEC?



Adakah Hua Zhong yang menipu atau memutarbelitkan kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin waktu pertemuan antara mereka?

Usaha untuk mengiktiraf UEC telah lama digerakkan oleh Hua Zhong.

Waktu pemerintahan Pakatan Harapan, pertubuhan ini sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendesak supaya UEC diiktiraf.



Sampai ke satu peringkat, mereka menggunakan Peguam Negara lantikan DAP untuk mengisytiharkan bahawa kerajaan sudah mengiktiraf UEC (BACA DI SINI), suatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara bila Peguam Negara turut mencampuri urusan menetapkan dasar negara!!!



Dari desakan yang sama yang dibuat oleh Ronnie Liu dari DAP, sudah jelas lagi bersuluh bahawa usaha untuk mengiktiraf UEC sebenarnya bermotifkan kepentingan politik yang didalangi oleh DAP (BACA DI SINI).

Survivor DAP adalah bergantung sepenuhnya pada sokongan masyarakat Cina di Malaysia.

Tetapi sokongan masyarakat Cina kepada DAP didapati semakin merudum apabila DAP gagal menjadi kerajaan yang baik sewaktu Pakatan Harapan memerintah dahulu.

Dasar-dasar ekonomi yang diumumkan oleh mantan Menteri Kewangan dari DAP, Lim Guan Eng, telah menyusahkan ramai peniaga Cina dan masyarakat Cina.

Untuk kembalikan sokongan masyarakat Cina, DAP mesti menonjolkan imej sebagai parti yang menjadi hero dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Malaysia.

Jadi tidak hairan bila ada sumber mengatakan pertemuan antara Muhyiddin dan pertubuhan Hua Zhong ini sebenarnya dirancang oleh DAP untuk memerangkap Muhyiddin.

Sebab itu, Ronnie Liu pantas mengeluarkan kenyataan dan bukannya pertubuhan Hua Zhong selepas PMO mengeluarkan siaran media yang menafikan Muhyiddin bersetuju untuk mengiktiraf UEC.

Dulu, kini dan selamanya, UEC TIDAK BOLEH diiktiraf oleh kerajaan kerana ianya bukan sahaja bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara tetapi mempunyai implikasi yang sangat buruk terhadap keharmornian pelbagai kaum di Malaysia (BACA DI SINI).

Tetapi bagi DAP, ada aku kesah, janji dapat memerintah!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.