Wednesday, July 8, 2020

Konspirasi Mujahid Dan Lim Guan Eng Melelong Aset Tabung Haji Terbongkar


Sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan, banyak aset-aset strategik negara terutamanya milik Melayu Bumiputera dijarah.

Antara yang menjadi sasaran utama ialah harta milik Tabung Haji atau TH (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Antara pendapatan utama TH adalah melalui pelaburan saham dan juga hartanah.

Akibatnya, pendapatan TH menjadi semakin menguncup dan ini terbukti apabila pada tahun kewangan 2018, TH hanya mampu memberikan hibah sebanyak 1,25% kepada penyimpan TH (BACA DI SINI).



Rekod menunjukkan pada penghujung tahun 2017, TH Plantation (THP), anak syarikat TH memiliki hartanah untuk kegunaan pelbagai sektor sebanyak 101,000 hektar tetapi pada awal tahun 2020, pemilikan hartanah THP telah menyusut kepada 24,043 hektar sahaja.

Ini bermakna, hanya dalam masa 22 bulan Pakatan Harapan memerintah, mereka telah menjual lebih 76,957 hektar hartanah milik TH!!!

Alasan yang Pakatan Harapan berikan ialah penjualan aset TH adalah kononnya bertujuan untuk menyelamatkan TH.


Terkini, blogger Abdul Rahim Hilmi Zakariya mendedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika pemerintahan Pakatan Harapan, Mujahid Yusof, telah menjual saham milik TH yang bernilai jutaan ringgit dalam Abraj Sdn Bhd kepada pihak ketiga dengan harga yang jauh di bawah pasaran.

Abraj Sdn Bhd adalah sebuah SPV yang ditubuhkan pada 2010 dan dimiliki bersama oleh TH dan Amanah Raya Berhad dengan pegangan saham 50:50.

Masing-masing, TH dan Amanah Raya Berhad (yang diletakkan di bawah kawalan Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng), memiliki 40,225,000 pemilikan saham dalam Abraj Sdn Bhd.

Sepanjang pemilikan TH dalam Abraj, TH telah melabur sekitar RM45 juta.

Abraj Sdn Bhd memiliki 3 aset hartanah bernilai tinggi di Cyberjaya, MKN Embassy Techzone Blok A, MKN Embassy Techzone Blok B dan Bangunan Mustapha Kamal.

Pada tahun 2016, ketiga-tiga aset ini dinilai pada harga RM300 juta dan sudah pasti nilai itu akan meningkat lagi ketika pegangan TH dalam Abraj dijual pada tahun 2019.

Persoalannya, bagaimana Mujahid selaku Menteri yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan TH boleh membenarkan kepentingan TH yang bernilai ratusan juta ringgit dijual dengan hanya RM100,000 kepada pihak ketiga!!!

Nilai pegangan TH dalam Abraj Sdn Bhd yang dijual dengan harga Rm100,000 ternyata berada jauh di bawah harga pasaran!!!

Persoalan kedua, siapakah pihak ketiga yang membeli pegangan saham TH tersebut?

Apakah ianya berlaku sama seperti penjualan 2 subsidiari (termasuk tanah ladang seluas 5,703 hektar) yang dimiliki oleh TH Plantation kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd yang dimiliki oleh 5 taukey Cina (BACA DI SINI).

Seperti gesaan Pemuda UMNO Malaysia, Kerajaan Perikatan Nasional MESTI menubuhkan RCI dengan segera untuk menyiasat penjualan aset-aset Tabung Haji (BACA DI SINI).

Terlalu banyak penipuan dan penjualan aset Tabung Haji secara yang meragukan sepanjang 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan.

Rakyat, terutamanya pencarum Tabung Haji mahu tahu kebenarannya dan sekiranya ada penyelewengan atau salah guna kuasa, heret semua yang terlibat ke mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.