Thursday, July 9, 2020

Dr Mahathir Kini Bukan Sahaja Di Tolak Oleh Rakyat Dan Pakatan Harapan, Malah PPBM Juga Menolak Dr Mahathir


22 tahun + 22 bulan dan 2+1 kali menjadi Perdana Menteri, belum cukup memuaskan hati Dr Mahathir.

4 orang Perdana Menteri beliau jatuhkan, Al Marhum Tengku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Hussien Onn, Tun Abdullah Badawi dan Dato' Sri Najib Razak juga belum memuaskan hati Dr Mahathir.

3 orang Timbalan Perdana Menteri beliau singkirkan, Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak memuaskan hati beliau.

4 parti politik beliau pecah belahkan, UMNO, PAS, PKR dan juga PPBM parti yang beliau sendiri tubuhkan, juga belum dapat memuaskan hati beliau.

Dan kini beliau ingin sekali lagi menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga.



Alasan yang beliau sering gunakan ialah rakyat mahukan beliau menjadi Perdana Menteri semula.

Benarkah begitu atau itu cuma alasan Dr Mahathir yang merasakan hidup beliau akan menongkat langit dan jawatan Perdana Menteri adalah milik mutlak beliau.

Dr Mahathir Sudah Di Tolak Rakyat


Laman blog ini pernah membuat survey yang bertajuk "Adakah Tun M Patut Di Beri Peluang Untuk Menjadi Perdana Menteri Buat Kali Ke 3?" (BACA DI SINI).

Jawapan yang diterima dari respondan menunjukkan 100% tidak setuju (BACA DI SINI).

Jelas membuktikan rakyat marhaen secara keseluruhannya sudah menolak Dr Mahathir dari menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Malah beberapa penganalisis politik juga bersetuju bahawa sokongan masyarakat Melayu kepada Dr Mahathir sudah jatuh merudum (BACA DI SINI).


Bukti terkini ialah keputusan di PRK Chini, walau pun Dr Mahathir membuat video klip dan menulis surat untuk merayu pengundi Chini yang majoritinya adalah Melayu, tetapi calon tajaan Dr Mahathir kalah teruk di PRK Chini hingga hilang wang pertaruhan (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Pakatan Harapan Menolak Dr Mahathir Sebagai Calun Perdana Menteri


Terkini, Pakatan Harapan secara rasminya mengumumkan akan terus komited dengan pendirian asal untuk manamakan Anwar Ibrahim sebagai calun Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional.

Pendirian dan pengumuman Pakatan Harapan itu jelas membuktikan bahawa Dr Mahathir kini keseorangan dalam merebut jawatan Perdana Menteri.

Dalam ertikata lain, dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau mahu menjadi Perdana Menteri semula adalah kerana desakan dari Pakatan Harapan adalah satu penipuan.

Jelas kepada kita, Dr Mahathir sendiri yang mahu menjadi Perdana Menteri semula dan kini beliau cuma mempunyai sokongan dari 5 orang Ahli Parlimen dari serpihan PPBM tetapi tetap masih bernafsu untuk menjadi Perdana Menteri.

Bukan Hanya Di Tolak Pakatan Harapan, Malah PPBM Sendiri Menolak Dr Mahathir


Secara rasminya, keahlian Dr Mahathir sebagai ahli PPBM telah dipecat (BACA DI SINI).

Gunakanlah apa juga istilah, keahlian terhenti atau apa -apa pun, yang jelas PPBM telah mengambil keputusan untuk menyingkirkan Dr Mahathir dari parti yang beliau sendiri tubuhkan (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Mungkin PPBM sudah merasakan Dr Mahathir kini merupakan liabiliti terhadap parti tersebut.

PPBM merupakan parti yang dianggotai sepenuhnya oleh orang Melayu dan survivor PPBM adalah sangat bergantung kepada sokongan orang Melayu, tetapi dengan adanya Dr Mahathir di dalam PPBM, akan menyebabkan sokongan orang Melayu terhadap PPBM akan jatuh merudum sebagaimana sokongan orang Melayu kepada Dr Mahathir yang sudah jatuh merudum.

Jadi, apabila peluang terbukla dan dibuka sendiri oleh Dr Mahathir, maka PPBM dengan pantas menggunakan peluang itu.

Sangat jelas, Dr Mahathir kini bukan sahaja ditolak oleh rakyat dan Pakatan Harapan, malah PPBM sendiri sudah menolak beliau.

sebaik-baiknya, apakah harus beliau lakukan sekarang?


Umur sudah menghampiri satu abad, jadi inilah yang sebaik-baiknya beliau lakukan.

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.