Semalam laman blog ini menulis tentang keraguan kebenaran dakwaan team pro Dr. Mahathir yang mendakwa telah mempunyai sokongan 129 Ahli Parlimen untuk melakukan undi tidak percaya ke atas Muhyiddin Yassin (BACA DI SINI).
Hari ini admin menulis tentang rancangan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang sebenarnya tidak dipersetujui oleh pemimpin Pakatan Harapan.
Salahuddin Ayub menyatakan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan membincangkan agenda mengenai perjalanan Pakatan Harapan ke Putrajaya.
Kata Salahuddin, Pakatan Harapan sudah mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi dan Pakatan Harapan boleh kembali ke Putrajaya sebelum Parlimen bermula pada Julai ini (BACA DI SINI).
Apakah benar apa yang dikatakan oleh Salahuddin itu?
Jika betul cukup nombor :
} Pakatan Harapan tidak akan mendedahkannya kerana ini akan memberi ruang kepada pihak lawan untuk mengatur strategi.
} Pakatan Harapan tidak akan mendedahkannya sebaliknya akan terus menghadap SPB YDP Agong untuk menubuhkan kerajaan.
} Muhyiddin akan menggunakan peruntukan perlembagaan untuk menasihatkan SPB YDP Agong untuk membubarkan Parlimen.
Jika dinasihatkan untuk membubarkan Parlimen, SPB YDP Agong akan melakukannya dari membiarkan kitaran politiking tak berkesudahan.
Jika ini berlaku, imej Pakatan Harapan akan jatuh merudum kerana mengingkari titah SPB YDP Agong supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik.
Jika Parlimen dibubarkan, ramailah Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan sendiri yang tidak akan ada peluang untuk menikmati pencen sebagai Ahli Parlimen dan Perikatan Nasional mempunyai kelebihan yang besar dalam PRU 15 kerana ia akan berperanan sebagai 'caretaker government'.
Pakatan Harapan akan mengalami penolakan besar-besaran dalam PRU baru berdasarkan sentimen semasa rakyat.
Ianya diakui oleh pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, yang menyebut:
"In the event of dissolution of Parliament, the risk of losing power to PAS and UMNO/MCA/MIC is very real".
Perkara yang sama juga diakui oleh pemimpin PKR, Nik Azmi Nik Ahmad :
"While concerns about its infighting and disunity are valid, Perikatan Nasional will likely hold together until the 15th general election" (BACA DI SINI).
Beranikah Pakatan Harapan mengambil risiko sangat besar ini?
Cakap-cakap cukup nombor ini sebenarnya hanyalah agenda peribadi Dr Mahathir serta psy-war Pakatan Harapan untuk menakutkan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Harapan dari terus menyertai Perikatan Nasional sahaja.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.