Sebaik sahaja Kerajaan Pakatan Harapan tumbang akibat dari sikap rakus dan tamakkan kuasa pemimpin-pemimpin utama mereka, kerajaan baharu di bawah pimpinan TS Muhyiddin menghadapi tugas yang amat berat untuk menangani wabak Covid-19 yang telah diisytiharkan sebagai wabak epidemik dan pendemik dunia.
Sikap sambil lewa Kerajaan Pakatan Harapan telah membuka pintu penularan Covid-19.
Walau pun pemimpin Pakatan Harapan cuba sedaya upaya menuding jari dan meletakkan kesalahan tersebut pada kerajaan baharu, namun rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Menyedari situasi itu, pemimpin Pakatan Harapan cuba pula untuk menghasut rakyat dengan menggelar kerajaan baharu adalah kerajaan pintu belakang yang tidak sah.
Namun dakwaan Pakatan Harapan disambut sinis oleh rakyat.
Hasutan Pakatan Harapan terhenti bila DYMM Sultan Selangor bertitah bahawa kerajaan baharu yang ditubuhkan adalah kerajaan yabg sah mengikut Perlembagaan Malaysia dan baginda mahu segala tohmahan mengenai wujudnya kerajaan pintu belakang dihentikan segera.
Tidak pasti sama ada Pakatan Harapan memang tidak pandai berpolitik atau kewarasan mereka telah dibutakan dengan dendam kejatuhan mereka.
Di saat rakyat mula resah dan bimbang dengan penularan Covid-19, Pakatan Harapan tetap sibuk bermain politik sehingga rakyat menjadi semakin mual dengan cara Pakatan Harapan.
Gagal menghasut rakyat mengenai kewujudan kerajaan pintu belakang, Pakatan Harapan menumpukan pula serangan mereka pada setiap usaha yang kerajaan baharu lakukan untuk membantu rakyat dalam menghadapi Covid-19.
Fana RM250 bilion yang kerajaan umumkan sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Khas Covid-19 dikritik hebat.
Pakatan Harapan mendesak supaya sidang parlimen khas diadakan untuk membentangkan dana RM250 bilion itu supaya tidak berlaku ketirisan kononnya.
Sebenarnya bukan dana RM250 bilion yang mahu dibahaskan oleh Pakatan Harapan tetapi sedaya upaya mereka mahu kembali berkuasa dengan cuba membuat undi tidak percaya di parlimen (BACA DI SINI).
Namun ketirisan yang kononnya dikhuatiri akan berlaku oleh Pakatan Harapan dijawab oleh Allah SWT dengan terbongkarnya kehilangan duit tunai RM250,000 Syed Saddiq mantan Menteri Belia dan Sukan di era Pakatan Harapan (BACA DI SINI).
Pakatan Harapan sedar, semakin lama kerajaan baharu memerintah, maka harapan mereka untuk kembali ke Putrajaya akan menjadi semakin sukar malah tidak keterlaluan kalau dikatakan hanya akan menjadi angan-angan.
Dalam usia kerajaan baharu yang baru menjangkau sebulan setengah, barisan menteri kabinet yang dilantik telah menunjukkan prestasi kerja yang mengkagumkan.
Baik dari segi kerja berpasukan di dalam menangani Covid-19 hinggalah kepada menyelesaikan masaalah rakyat.
Walau pun beberapa pemimpin dan penyokong tegar Pakatan Harapan cuba mengkritik setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan baharu dalam menghadapi Covid-19 dengan mendakwa kerajaan baharu lambat bertindak, gerak kerja tidak tersusun, namun melalui perbandingan data-data yang berkaitan dengan Covid-19, rakyat malah dunia dapat menyaksikan Malaysia adalah antara negara terbaik di dunia dalam menangani krisis Covid-19.
Malah mantan Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Dr. Dzulkifli yang dikatakan kononnya lebih berkebolehan dari Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba, untuk menangani Covid-19, beliau dan pasukan yang beliau ketuai telah gagal mengawal penularan Covid-19 di Selangor dan telah menjadikan Selangor menjadi negeri yang paling parah dijangkiti Covid-19!!!
Lebih mengujakan lagi, bila Menteri Wilayah Persekutuan, TS Annuar Musa membuat perancangan yang akan dapat menyelesaikan masaalah gelandangan di ibukota pasca Covid-19 bila mengumumkan, golongan gelandangan tidak lagi akan terbiar bila kementerian beliau akan berkerjasama dengan beberapa pihak terutamanya DBKL untuk menyediakan tempat tinggal dan perkerjaan untuk golongan gelandangan (BACA DI SINI).
Kita ternanti-nanti apa respon Khalid Samad mengenai pengumuman ini antara jasa Khalid Samad semasa menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan ialah menyalahgunakan penguatkuasa DBKL sebagai 'out rider' beliau dan yang tersohor ialah mahu menjual Kg. Baru.
Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Pakatan Harapan, Fuziah Lynas, pula sekarang terjerat dengan fitnah kekecohan yang berlaku di Tambak Johor bila pihak PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) telah membuka kertas siasatan terhadap beliau di bawah Akta Hasutan dan telah merampas talipon serta Simkad beliau.
Admin hairan, bagaimana seorang Ahli Parlimen boleh membuat fitnah sebegitu di saat Malaysia dan Singapura sedang berbincang untuk menyelesaikan masaalah nasib 300,000 perkerja Malaysia di Singapura!!!
Bukankah itu akan memburukkan keadaan!!!
Tapi itulah sikap sebenar Pakatan Harapan, apa pun sanggup mereka lakukan demi untuk mendapat kredit politik supaya dapat dilihat sebagai hero.
Patutlah dahulu sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan, mereka bersungguh-sungguh mahu menghapuskan Akta Anti Berita Palsu dan mereka berjaya melakukannya.
Namun, sekiranya Fuziah Lynas disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan, berkemungkinan besar beliau akan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen.
Serangan demi serangan, fitnah demi fitnah dilakukan oleh Pakatan Harapan terhadap usaha kerajaan baharu yang berganding bahu dengan rakyat dalam menangani Covid-19 dilihat menemui kegagalan.
Ini amat membimbangkan Pakatan Harapan kerana mereka sedar, dari sudut prestasi kerja, mereka tidak akan dapat menandingi barisan kabinet kerajaan baharu yang sebahagiannya adalah menteri dari UMNO yang berpengalaman.
Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin sendiri dilentur budaya kerja beliau oleh UMNO sebab itu beliau tidak merasa kekok untuk berkerja dengan pemimpin-pemimpin UMNO.
Pilihan yang ada pada Pakatan Harapan ialah menghilangkan fokus kabinet kerajaan baharu dari masaalah Covid-19 supaya keadaan menjadi tidak terkawal dan rakyat akan marah.
Namun, keadaan dan masa tidak menyebelahi mereka, kerana rakyat dilihat semakin yakin dengan kerajaan baharu
Ianya menjadi mimpi ngeri kepada Pakatan Harapan kerana mereka sedar, semakin lama keadaan ini dibiarkan, maka impian untuk kembali ke Putrajaya akan terkubur, malah tidak mustahil Pakatan Harapan akan terkubur sekali sebagaimana yang berlaku pada Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.
Pelakon dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat adalah pelakon yang sama berada dalam Pakatan Harapan sekarang dan sudah pasti skrip serta kesudahan ceritanya adalah sama, In Sya Allah dan Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.