Tuesday, February 4, 2020

Pemimpin UMNO Yang Setuju Menyertai Pakatan Nasional Tajaan Dr. Mahathir Adalah Pengkhianat Kepada Perjuangan Muafakat Nasional, UMNO Dan Bangsa Melayu!!!


Pada 7 Februari 2020, Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan sama ada UMNO akan bersetuju untuk menyertai Pakatan Nasional tajaan Dr. Mahathir.

Pakatan Nasional dikatakan akan membentuk satu kerajaan baru antara PPBM, UMNO, sebahagian dari PAS dan sebahagian dari PKR (team kartel Azmin) tanpa DAP dan sebahagian dari PKR (team Anwar Ibrahim).

Portal ini pernah beberapa kali menulis mengenai usaha-usaha yang dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO tertentu untuk bergabung dengan Dr. Mahathir (BACA DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI).

Alasan yang diberikan untuk menubuhkan Pakatan Nasional ialah kononnya untuk memberhentikan kerosakan yang berlaku pada ugama Islam dan bangsa Melayu sekarang.

Agak pelik bila Dr. Mahathir berikan alasan begitu.

Siapakah yang menjadi Perdana Menteri sekarang?

Siapakah yang menjadi kerajaan sekarang?

Dan pengkhianat-pengkhianat UMNO ini pun kononnya kerana memikirkan nasib anak bangsa, maka mereka bersetuju untuk bersama-sama dengan Dr. Mahathir...🤔🤔🤔


Mana perginya kata-kata tidak mungkin ular lidi akan menelan ular sawa!!!


Atau apakah kini ular sawa sudah menyembah pada ular lidi?

Kalau bersekongkol dengan manusia yang bernama Dr. Mahathir Mohamad, tak payahlah hendak bercakap tentang nasib bangsa Melayu atau pun perpaduan Melayu.

Hadamkan apa yang Dr. Mahathir telah lakukan pada bangsa Melayu :


Sejarah politik Dr. Mahathir dari tahun 60' an sampai sekarang hanya memporak porandakan negara dan memecahbelahkan orang Melayu serta mengkhianati pemimpin-pemimpin UMNO.

Mula- mula dia khianati Tunku kemudian beliau khianati Dato' Harun, Tan Sri Ghazali Shafiee, Tun Hussein, Tengku Razaleigh, Tun Musa, Tun Abdullah dan kemudian mengkhianati Dato' Seri Najib dengan fitnah2 melampau serta taktik-taktik yang amat jijik!!!

Sepanjang sejarahnya beliau telah memecahbelahkan orang Melayu dan menghancurkan UMNO lebih dari dua kali.

Pertama tahun 1988 sehingga UMNO diharamkan dan kuasa politik orang Melayu berpecah dengan tertubuhnya Semangat 46.

Kemudian pertelagahan beliau dengan Anwar Ibrahim telah sekali lagi memecahbelahkan orang Melayu dengan tertubuhnya PKR.

Kemudian apabila Pak Lah berjaya mendapatkan kemenangan terbesar dalam sejarah untuk Barisan Nasional.

Beliau telah mengkhianati Pak Lah pula sehingga Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 dan Pak Lah terpaksa bersara awal.

Kemudian beliau sanggup mengkhianati UMNO lagi sekali dengan bersekongkol dengan DAP dan mengalahkan Barisan Nasional dan meletakkan negara dalam keadaan yang sangat tidak stabil.

Dalam beberapa aspek UMNO telah dibangsatkan dek gara gara kerakusan beliau hinggakan kepercayaan orang Melayu pada UMNO hampir hilang.

Dan sekarang apabila beliau sudah tidak berkuasa sangat sebab DAP menguasai Kementerian Kewangan yang telah beliau gadai dan bagi pada DAP kerana berkongsi kuasa, beliau dengan tidak sedikit pun rasa malu memancing pemimpin-pemimpin UMNO pula dengan ganjaran dan ugutan.

Memang sebelum PRU 14 lagi beliau memang ada barua dalam UMNO.

Sebab itu sesiapa sahaja pemimpin UMNO baik di peringkat tertinggi mahupun peringkat bahagian yang bekerjasama dan buat 'deal' dengan Dr. Mahathir ini WAJIB dianggap mengkhianati perjuangan ahli-ahli UMNO yang bertungkus lumus mempertahankan parti tapi senang-senang sahaja pengkhianat ini menjual maruah parti dengan bekerjasama dengan orang yang telah mengkhianati parti dan membangsatkan ahli-ahli parti.

Pengkhianat ini memanglah tak terkesan sangat sebab dah biasa hidup mewah hasil kuasa UMNO.

Tapi bila dah kalah, tergamak membelakangkan aspirasi ahli-ahli UMNO yang tak dapat habuan tapi kerja bermati-matian.

Jangan sesekali bekerjasama dan biarkan Dr. Mahathir buat Malaysia ni macam mak bapak dia punya.

UMNO bukan milik anak beranak dan kroni kroni golingan pengkhianat!!!

UMNO adalah milik orang-orang Melayu yang bermaruah!!!

Jangan khianati kami dan buat kami macam bangsat!!!

Kami mampu menghancurkan kamu!!!


Siapa ketua kepada pengkhianat ini?


Tak perlu diselindungkan lagi sebab sudah terang lagi bersuloh (BACA DI SINI).

Tahniah dan terima kasih pada Tok Mat Hassan kerana dengan tegas telah menyatakan pendirian untuk menolak sebarang kerjasama dengan Dr. Mahathir bagi membentuk kerajaan pintu belakang.

Ada pula yang cuba mempertahankan tindakan pengkhianat-pengkhianat UMNO itu dengan mengatakan PAS juga sebagai parti kedua terbesar dalam Muafakat Nasional sudah menyatakan pendirian untuk menyokong kepimpinan Dr. Mahathir sampai akhir penggal.

Bercakap tu biarlah berakal.


PAS hanya memberikan sokongan supaya Dr. Mahathir dikekalkan sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal BUKAN menyokong untuk melakukan kerjasama dengan Dr. Mahathir untuk tubuhkan kerajaan pintu belakang (BACA DI SINI).

Hakikatnya, sebab utama pengkhianat-pengkhianat ini setuju bersekongkol dengan Dr. Mahathir adalah kerana kepentingan peribadi mereka.

Ada yang kerana melihat peluang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, ada yang kerana ingin dilepaskan dari tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, sama ada yang telah didakwa di mahkamah atau yang masih berada dalam senarai menunggu.


Apa juga alasan pengkhianat-pengkhianat UMNO ini beri demi untuk menghalalkan cara, kami akar umbi UMNO dan bangsa Melayu yang mula kembali pada UMNO TIDAK bersetuju untuk diadakan kerjasama dengan Dr. Mahathir.

Ingat, suara rakyat suara keramat!!!

Tegaknya pucuk kerana akar!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.