Thursday, February 6, 2020

Lupakan Pakatan Nasional, Kembali Perkasakan Muafakat Nasional Demi ABATA

Apa Strategi Dr. Mahathir Sebenarnya


Dr. Mahathir tidak berani membuat rombakan kabinet untuk menyingkirkan mana-mana menteri DAP dan PKR yang menjadi ancaman kepadanya sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir sebaliknya mengambil pendekatan memecah belahkan Muafakat Nasional dengan alasan membentuk kerjasama dan kerajaan baharu yang dinamakan Pakatan Nasional tanpa DAP, PAN dan PKR.

Caranya sama sebagaimana dia mencuri Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang menyertai PPBM.

Jika Dr. Mahathir benar-benar menentang DAP dan PKR atau mahu menyekat kemaraan Anwar sebagai PM ke 8, beliau hanya perlu melakukan rombakan kabinet.

Bukankah kuasa mutlak rombakan kabinet terletak di tangan Perdana Menteri!!!

Tak perlu rombakan besar, cukup sekadar melibatkan 4 atau 5 orang menteri yang dianggap berpengaruh dan menggugat kepentingan beliau sahaja.


Kalau Dr. Mahathir boleh memecat Dr. Maszlee  yang setia pada PPBM, tentu tak sukar baginya melakukan perkara yang sama pada DAP, PKR dan PAN.

Jadi sangat jelas, tujuan Dr. Mahathir mahu menubuhkan Pakatan Nasional adalah untuk membunuh kekuatan Muafakat Nasional yang beliau sedar adalah ancaman terbesar pada Pakatan Harapan.

Secara peribadinya, admin berpendapat, agenda ini sebenarnya mendapat restu dari DAP, PKR dan PAN.

Cuba kita renungkan, kenapa DAP, PKR dan PAN langsung tak bersuara dalam isu ini?

Sedangkan waktu kecoh Hishamuddin cuba nak hasut Ahli Parlimen UMNO supaya menyertai gabungan Dr. Mahathir dulu, Setiausaha PKR, PAN dan juga DAP sampai keluarkan kenyataan bersama menghentam usaha tersebut!!!

Jangan Salah Tafsir Pendirian PAS


Setakat ini PAS konsisten untuk menentang kerajaan Pakatan Harapan.

Tidak ada kenyataan PAS akan bekerjasama dengan Dr. Mahathir untuk membentuk Pakatan Nasional sebagaimana dakwaan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.

Kenyataan yang berulangkali dikeluarkan oleh PAS ialah untuk menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sampai akhir penggal.

PAS TIDAK PERNAH keluarkan kenyataan untuk tinggalkan Muafakat Nasional dan akan menyertai Pakatan Nasional tajaan Dr. Mahathir.

PAS juga berulangkali menyatakan pendirian, mereka tidak akan memasuk ke Putrajaya melalaui pintu belakang.

Jadi usahlah diputarbelitkan kenyataan dan pendirian PAS, bukankah hanya PAS yang bersikap mesra dengan UMNO sewaktu kita rakan komponen Barisan Nasional, MCA dan MIC mengugut akan meninggalkan kita keseorangan dalam Barisan Nasional!!!

Yang Menjadi Persoalan Ialah Istiqomah Pemimpin UMNO Dalam Perjuangan Muafakat Nasional


Presiden dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO wajar memahami penolakan rakyat terhadap Dr. Mahathir dan kerajaan Pakatan Harapan dalam 5 PRK terakhir.

Menggunakan alasan demi menyelamatkan DS Najib hanya menyerlahkan sikap hipokrit beberapa orang pemimpin tertinggi UMNO yang juga berhadapan dengan pelbagai tuduhan mahkamah.

Ia sekaligus memberi gambaran kepada rakyat bahawa UMNO dan Pakatan Harapan tiada bezanya, boleh disucikan dari pelbagai kes mahkamah sekiranya mahu bekerjasama dengan Dr. Mahathir.

Petunjuk dariNYA telah lama dan sedang berlaku, namun parti yang mengaku memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara selama lebih 72 tahun itu sedang menjauhkan diri dari petunjukNYA, semata-mata kerana kepentingan peribadi pemimpin utama mereka.

Demi sesuap nasi dan menyelamatkan diri dari pelbagai dakwaan mahkamah, maka suara hati akar umbi dan rakyat yang menyokong pembangkang dinafikan, dikhianati serta dibakulsampahkan.

Tiada jaminan Muafakat Nasional akan kembali berkuasa (jika bekerjasama dengan Mahathir) melainkan andaian, kalau dan jika semata-mata.


Apakah kita sudah lupa apa yang Dr. Mahathir lakukan pada kita tatkala beliau sedang senang bersama-sama rakan beliau dalam Pakatan Harapan?

Kita dicaci, dihina dan dicerca sebagai sebuah parti yang konon sudah mati.

Beliau sendiri yang talkinkan kita!!!

Sekarang bila susah, cari kita pula!!!

Hina sangat ker kita nie?

Tiada maruah ker kita nie?

Sudahlah beliau yang mahu menyertai kita, tetapi beliau pula yang meletakkan bermacam-macam syarat.

Pelik dan ajaib sungguh!!!

Itu membuatkan beliau sebagai seorang yang diperlukan dan bukannya sebagai seorang yang memerlukan.

Kita semua amat arif apa natijahnya bila Dr. Mahathir menjadi sebagai seorang yang amat diperlukan!!!


Dengarlah apa yang akar umbi mahukan.

Jangan buat keputusan syok sendiri!!!

Jangan hanya fikir nak selamatkan tembolok sendiri!!!

Terdesak sangat ke nak jadi kerajaan semula?

Terdesak sangat ke nak jadi menteri semula?

Ingat, rakyat di bawah ini perhati semua gerak geri pemimpin di atas.

Jika dicampurkan jumlah ahli UMNO dan PAS, mencecah hampir 5 juta, bermakna jika dibahagikan jumlah barisan kepimpinan dan jumlah ahli, barisan kepimpinan adalah lebih kurang 1% sahaja, yang 99% adalah akar umbi.

Jadi bila membuat sesuatu keputusan besar itu, tolonglah dengar suara kami yang 99% ini.

Kami TIDAK MAHU kerajaan PINTU BELAKANG!!!

Kami TIDAK MAHU Dr. Mahathir!!!

Kami TIDAK MAHU Anwar!!!

Kami TIDAK MAHU DAP!!!

Apa yang kami mahu?

Kami MAHU Muafakat Nasional menjadi kerajaan melalui cara yang bermaruah iaitu melalui mandat rakyat Malaysis dalam PRU 15 nanti, In Sya Allah.


Kredit :

Fb Zam Yahaya

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.