Hari ini kami tubuhkan kerajaan, esok LYNAS akan tutup...😮😮😮
Ingat lagi tak video klip dari heroin alam sekitar Fuziah, bertajuk 'Masakan Cinta'?
Dan juga drama airmata yang tak menjadi dari heroin alam sekitar nie di lobi parlimen...😅😅😅
Dan juga himpunan anti Lynas di Pulau Pinang.
Tak kurang hebat, aksi hero alam sekitar, Wong Tack...😉😉😉
Malah Wong Tack mengecam keputusan Kerajaan Pakatan Harapan kerana bersetuju menyambung lesen Lynas (BACA DI SINI).
Tapi akhirnya Kerajaan Pakatan Harapan setuju untuk lanjutkan kontrak Lynas, dan yang paling kelakar, heroin alam sekitar salahkan Kerajaan Barisan Nasional sebab kononnya, Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa bersetuju lanjutkan kontrak Lynas sebab banyak berhutang dengan Jepun...😲😲😲
Admin yakin Fuziah nie dah terlebih kena toksid tapi bukan pencemaran radioaktif Lynas tapi masa pencemaran toksid kat Pasir Gudang dulu.
Sebab tu bagikan alasan bodoh luar tabie.
Kalau kita semak rekod, masa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional bawah Tun Abdullah dan DS Najib, tak ada satu sen pun kerajaan Malaysia pinjam duit dari Jepun.
Yang banyak pinjam duit dari Jepun ialah Dr. Mahathir.
Dalam masa tak sampai 2 tahun nie jer, dah 2 Bon Samurai Dr. Mahathir tandatangan.
Yang tak disebut oleh Fuziah ialah Kerajaan Pakatan Harapan telah terima RM175 juta dari Lynas untuk melanjutkan lesen mereka (BACA DI SINI).
Masih lagi nak menipu, Fuziah salahkan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Pahang, atas pengumuman Lynas meneruskan operasi (BACA DI SINI).
Sedangkan Kerajaan Negeri Pahang meluluskannya berdasarkan kelulusan dari Kerajaan Pakatan Harapan di pusat.
Malah Fuziah sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepatutnya lebih tahu mengenai kelulusan yang dah diberi oleh kerajaan pusat!!!
Apa alasan yang digunakan oleh hero dan heroin alam sekitar nie?
Alasan mereka pelupusan nadir bumi tu nanti akan mencemari alam sekitar terutamanya di kawasan tadahan hujan.
Tapi betulkah apa yang dikatakan oleh hero dan heroin alam sekitar tu?
Ada buat kajiankah?
Siapa yang buat kajian tu?
Kalau ada buat kajian, mana lapuran kajian tu?
Pencarian dalam google, admin tak jumpa apa-apa kajian yang mengesahkan sama ada telah, sedang atau akan berlaku pencemaran alam sekitar akibat dari pengumpulan nadir bumi Lynas.
Malah kajian yang dibuat oleh beberapa pakar dan saintis dari luar mengesahkan sistem pengurusan pengumpulan nadir bumi adalah mengikut spesifikasi antarabangsa dalam mengumpul dan merawat nadir bumi (BACA DI SINI).
Malah pihak Lynas yelah mencabar Fuziah untuk mengemukakan bukti dakwaan beliau (BACA DI SINI).
Tapi Fuziah diam seribu bahasa!!!
Hero alam sekitar pula, Wong Tack, dakwa kononnya beliau telah dilantik mewakili penduduk Kg. Balok untuk perjuangkan keselamatan mereka dalam isu Lynas.
Tapi yang anehnya, Ketua Penduduk Kg. Balok, Mansor Moktar menafikannya, malah telah membuat dakwaan polis atas penipuan Wong Tack (BACA DI SINI).
Emmmm, pulak dah...😏😏😏
Sebenarnya sama ada Wong Tack, Fuziah atau mana-mana pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan hanya menjadikan Lynas sebagai satu penipuan demi untuk mendapatkan kemenangan dalam PRU 14.
Mereka tahu pengurusan pengumpulan nadir bumi oleh Lynas tidak merbahaya dan tidak mendedahkan penduduk tempatan kepada bahaya pencemaran radio aktif.
Ini jelas dalam kenyataan rasmi Lynas bahawa kajian terperinci telah dijalankan dan didapati selamat dan Bukit Ketum bukanlah kawasan tadahan hujan seperti yang didakwa.
Sebab itu Kerajaan Pakatan Harapan menyambung lesen Lynas, apa lagi bila dah dapat RM175 juta dari Lynas kan.
Malu dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan, Fuziah cuba memutarbelitkan isu kononnya disebabkan Kerajaan Barisan Nasional banyak berhutang dengan Jepun, maka operasi Lynas terpaksa diteruskan.
Cukup-cukuplah tu, Pakatan Harapan bukan pembangkang tapi dah jadi kerajaan.
Tak perlulah ditegakkan benang yang basah tu.
Buatlah kerja sebagai kerajaan sebelum rakyat kerjakan Pakatan Harapan dalam PRU 15 nanti.
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.